Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu-Bahagian A Dasawarsa,teknologi maklumat berkembang bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Sedar mahupun tidak,terdapat pelbagai kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan.Jadi,tidak hairanlah jika agenda baharu ini mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Antara kepentingannya ialah,para pelajar dapat menggunakan internet untuk membantu pembelajaran seharian.Kewujudan portal pendidikan di alam maya secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk melaksanakan tugasan,dan mencari maklumat tambahan dengan mudah. Seterusnya,teknologi maklumat turut menjadi mekanisme bagi masyarakat untuk mempercepatkan kerja.Dunia kini berada di hujung jari manusia.Tambahan pula,penciptaan telefon pintar memudahkan manusia untuk bekerja dengan cepat dalam masa yang lebih singkat .Kata pepatah,masa itu emas.Penggunaan teknologi yang membangun ini berupaya memendekkan sesuatu tugasan,dan masalah pembaziran masa dapat dielakkan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini dapat menghubungkan manusia tidak kira di mana mereka berada.Konsep dunia tanpa sempadan membolehkan manusia untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi-aplikasi pintar seperti Skype,webcam,serta Livechat.Walaupun berada di benua yang berbeza,penggunan teknologi kini mampu mendekatkan hubungan masyarakat dunia sesuai dengan peribahasa;yang jauh didekatkan,yang dekat dimesrakan. Selain itu,penggunaan teknologi juga memudahkan urusan perniagaan,Sebagai contoh,persidangan antara syarikat yang berbeza dapat dilakukan secara atas talian.Urusan-urusan perniagaan yang lain turut sama dapat dilaksanakan dengan lebih mudah,cepat,dan efektif dengan adanya teknologi. Konklusinya,kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi banyak kepentingannya serta memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.Pepatah berkata,hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Manusia hendaklah mengambil peluang ini untuk menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin,bukannya secara sambalewa agar manfaat maksimum dapat dicapai. -232 patah perkataan

Bahagian B(No.1) 44,Jalan Tiung Batu,6/11A, Seksyen 6,40000, Shah Alam,Selangor. 21 Julai 2013. Ke hadapan sahabatku,Christian Mann yang kini berada di Almere,Belanda.Apa khabar saudara dan keluarga?Harapan saya agar semuanya sihat sejahtera hendaknya,lebih-lebih lagi diri saudara.Untuk pengetahuan saudara,saya baru sahaja sembuh daripada demam dua hari yang lalu.Mungkin keadaan cuaca yang panas dan hujan silih berganti setiap hari yang menyebabkan saya menghidap demam tersebut.Hal ini menyebabkan saya lewat membalas warkah yang telah saudara kirimkan. Saudara, Dalam surat yang saudara kirimkan kepada saya tempoh hari,saudara meminta saya untuk menjelaskan tentang perpaduan kaum di Malaysia.Oleh itu,saya akan memberi penjelasan berhubung dengan persoalan tersebut. Buat pengetahuan saudara,Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan diwarnai dengan masyarakatnya yang berbilang kaum serta pelbagai budaya.Terdapat tiga jenis kaum utama yang menduduki negara Malaysia,yakni kaum Melayu,kaum Cina dan kaum India.Jika kita lihat dari sudut Sejarah,semasa zaman penjajahan British dahulu,masyarakat Malaysia dipisahkan mengikut kegiatan ekonominya semata-mata untuk menghalang ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu-padu untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur.Namun,berkat usaha Perdana Menteri pertama Malaysia,Tunku Abdul Rahman serta rakyat Tanah Melayu ketika itu,rancangan pihak British gagal lalu terbentuklah negara Malaysia yang terdiri daripada kaum yang berlainan.Kini,penduduk Malaysia hidup bersatu padu di bawah satu bumbung,saling bertoleransi dan bekerjasama ibarat aur dengan tebing. Budaya dan adat resam merupakan antara elemen penting dalam penyatuan kaum.Setiap kaum di Malaysia mempunyai perayaan dan tradisi mereka tersendiri.Jika masyarakat Melayu (Islam) ada perayaan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha,masyarakat India dengan perayaan Deepavalinya,masyarakat Cina pula menyambut perayaan tahun baru Cina.Ketiga-tiga kaum ini mempunyai perayaan yang berlainan dan keunikan perayaan-perayaan inilah yang mengikat tali persaudaraan kaum di Malaysia.Sebagai contoh,apabila tibanya musim perayaan,tidak kiralah kaum Melayu,Cina atau India,masing-masing akan berkumpul bersama-sama dan ziarah-menziarahi antara satu sama lain.Selain itu,kaum-kaum di Malaysia berfikiran terbuka dan menerima adat dan budaya yang berlainan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.Amalan berpuasa dan bersunat kini bukan hanya diamalkan oleh masyarakat Melayu sahaja,malahan kaum-kaum lain juga turut melakukan perkara yang sama.Dengan adanya aktiviti sedemikian,setiap kaum dapat belajar sesuatu perkara yang baru mengenai identiti dan budaya masyarakat yang berbeza.

Baru-baru ini,negara Malaysia dikejutkan dengan isu gambar Vivian Lee dan Alvin Tan Dan yang telah memuat naik gambar dan tulisan ''Selamat berbuka puasa(dengan Bak Kut Teh)''.Hal ini telah membangkitkan kemarahan penduduk Islam serta penduduk lain kerana isu ini telah menyentuh sentimen agama. Ibarat kata pepatah,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.Ekoran daripada kejadian itu,pasangan terbabit memohon maaf kepada rakyat Malaysia,kepada umat Islam khususnya, dan Mahkamah Sesyen telah memutuskan untuk memenjarakan mereka.Perbezaan agama di Malaysia memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk menganut mana-mana agama yang diingini.Agama Islam menjadi agama rasmi negara,manakala agama Kristian,Hindu dan Budha pula merupakan agama sampingan.Setiap kaum hendaklah menghormati agama masing-masing dan agama kaum yang lain.Isu agama tidak boleh dipermainkan kerana ia boleh menimbulkan masalah yang seterusnya boleh membawa kepada pertelingkahan dan perpecahan dalam masyarakat.Jika rakyat Malaysia saling menghormati agama dan kepercayaan masing-masing,tidak mustahil rakyat dapat hidup dengan aman dan damai.Perpaduan juga dapat dipupuk dalam masyarakat kerana bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat. Aktiviti-aktiviti perpaduan yang dianjurkan turut mengeratkan tali persaudaraan penduduk Malaysia.Sebagai contoh,penyertaan masyarakat dalam aktiviti gotong-royong dapat memupuk nilai kerjasama,tolong-menolong di dalam diri masyarakat.Pepatah berkata,berat hendaklah sama dipikul,ringan hendaklah sama dijinjing.Apabila setiap masyarakat berkumpul dan bersama-sama melakukan sesuatu pekerjaan untuk meringankan beban,perasaan saling sayangmenyayangi,hormat-menghormati,serta semangat kesatuan dan muhibbah dalam masyarakat dapat diwujudkan dalam diri tidak kira berlainan bangsa,agama,kaum mahupun keturunan.Hal ini juga sesuai dengan seruan wazir negara Malaysia,Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dalam seruan beliau yang mengetengahkan slogan '1 Malaysia' yang merupakan langkah jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Saudara, Penghayatan dan amalan prinsip Rukun Negara oleh setiap rakyat merupakan tonggak utama dalam mengakrabkan lagi hubungan antara kaum.Selain itu,cogan kata bersatu teguh,bercerai roboh dan bersekutu bertambah mutu sentiasa menjadi pegangan kami dalam usaha mengekalkan perpaduan .Sebagai rakyat,saya berasa sungguh berbangga kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara Malaysia,bumi bertuah ini.Sebelum saya menamatkan warkah saya buat kali ini, diharapkan penjelasan saya di atas dapat memuaskan hati saudara.Akhirulkalam,sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga.Semoga hubungan persahabatan kita terus kukuh meskipun jarak memisahkan kita. Sekian,terima kasih. Yang ikhlas, Siti Sarah.

Anda mungkin juga menyukai