Anda di halaman 1dari 5

Impak dan Cabaran terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia dari segi budaya.

The Challenge to humanity is to adopt new ways of thinking, new ways of acting, new ways of organizing itself into society, in short, new ways of living. The challenge is also to promote different path of development, informed by a recognition of how cultural factors shape the way in which societies concieve their own futures and choose he means to to attain these futures (Cabaran terhadap umat manusia adalah untuk mengambil guna cara-cara baru tentang menguruskan diri sendiri dalam masyarakat, dengan ringkasnya, cara-cara baru tentang kehidupan. Cabarannya juga adalah untuk mempromosi landasanlandasan yang berbeza tentang pembangunan, berasaskan penerimaan tentang bagaimana faktor-faktor budaya menyusun aturcara masyarakat merencana masa hadapan mereka dan memilih cara-cara untuk mencapai masa hadapan tersebut) Javier Perez de Cuellar (Our Creative Diversity hal 11, Versi Ringkas 1996) Mandat UNESCO dan Cabaran Globalisasi. Hussein Hj. Ahmad. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Tertubuhnya dan merdekanya Malaysia adalah hasil daripada keutuhan dan kerjasama daripada masyarakat berbilang kaum. Bila disebut berbilang kaum, maka pelbagai budaya dan adat resam wujud di sekeliling kita, baik dari segi amalan seharian mahupun yang khusus seperti perkahwinan dan kematian. Kepelbagaian budaya menjadikan Malaysia adalah satu negara unik meskipun terdapat berbilang bangsa namun persengketaan antara bangsa yang menghuni tanah Malaysia ini tidak wujud. Namun begitu, impak hasil daripada kepelbagaian budaya menghasilkan beberapa cabaran yang perlu diambil perhatian sekiranya ianya melibatkan agama. Islam melarang keras asimilasi budaya yang secara terang-terangan atau secara simboliknya berunsurkan agama. Walaupun begitu, keindahan Islam adalah ianya membenarkan bangsa-bangsa lain di Malaysia mempraktikkan budaya yang diamalkan dalam Islam dan juga budaya bangsa itu sendiri. Secara ringkasnya, mengambil tiga contoh budaya yang sering dilihat diaplikasikan oleh rakyat Malaysia. Budaya tersebut adalah Pakaian, Perkahwinan, Pemakanan dan Perayaan Pakaian Secara amnya, Masyarakat Melayu pada Zaman Keemasan Kesultanan Melayu (Melaka, Johor, Kedah dan lain-lain) mengenakan pemakaian Baju Melayu. Berlakunya asimilasi dalam pemakaian apabila kedatangan bangsa-bangsa asing dan mereka memperkenalkan pakaian bangsa mereka. Asimilasi tersebut masih lagi berlaku hingga pada masa sekarang apabila cara-cara pemakaian yang sentiasa diperbaharui oleh masyarakat sedunia dan diperkuasakan dengan adanya kemudahan media massa terutamanya internet, pakaian-pakaian bangsa Malaysia sentiasa selari dengan fesyen masakini.

Dahulu, bangsa Malaysia bangga memperagakan pakaian kaumnya. Baju Melayu dan Kurung Melayu, Cheongsam, Sari dan sebagainya bebas kelihatan di segala ceruk kawasan. Ini kerana mereka bangga dengan pakaian kaum sendiri dan suka apabila kaum-kaum lain di Malaysia mencuba dalam mengenakan busana mereka. Di Universiti terutamanya, kerap kelihatan kaum-kaum yang memakai pakaian bangsa lain. Kelihatan manis apabila kaum Tionghua dan India mengenakan persalinan baju kurung. Begitu juga apabila kaum Melayu mengenakan pakaian bangsa Cina dan India. Namun begitu, terdapat beberapa isu yang timbul. Dewasa ini kedapatan ramai rakyat Malaysia hanya mengenakan pakaian kebangsaan sendiri pada majlis tertentu atau hanya pada hari yang diwajibkan pemakaian tersebut. Mereka dilihat senang mengenakan pakaian Inggeris seperti Kot dan Jeans. Hasil dari impak tersebut akan menyebabkan generasi baru akan merasa janggal apabila mereka cuba memakai pakaian kebangsaan. Contoh paling mudah adalah apabila persalinan Melayu hanya dipakai pada hari jumaat dan menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Begitu juga pakaian masyarakat lain yang mana hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja. Perkahwinan Maksud berkahwin : mempunyai isteri (suami), ber-isteri atau bersuami Kamus Dewan (Edisi Keempat) Proses menyatukan dua jiwa dan dua keluarga, perkahwinan adalah suatu yang pasti dalam kehidupan. Perkahwinan dalam Masyarakat Malaysia kaya dengan adat dan tradisi bersesuaian dengan kaum dan agama. Bagi Masyarakat Melayu, proses pernikahan penuh dengan adat dan tradisi bersopanan dengan budaya Masyarakat Melayu yang penuh dengan sopan santun. Samalah juga dengan Masyarakat Cina dan India. Mereka mempunyai prosedur yang mesti diikuti sebelum sah bergelar suami isteri. Pada masa kini, terdapat trend majlis perkahwinan yang mana ianya sedikit sebanyak mengurangkan budaya dan adat bagi sesuatu majlis perkahwinan. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan ianya berlaku. Antaranya adalah masalah jarak antara tempat pengantin, kurangnya budaya bantu membantu antara saudara mara dan lainlain. Masyarakat Melayu contohnya, mereka kuat berpegang pada konsep bantu membantu dan bergotong-royong dalam menjalankan aktiviti terutama aktiviti kenduri kendara. Masyarakat Melayu sekarang lebih kepada memikirkan hal sendiri berbanding jiran tetangga menyebabkan hal sebegini terjadi. Faktor lokasi dan tempat kediaman juga didapati ada kena mengena. Sebagai contoh, penduduk di suatu taman perumahan. Kebanyakannya sekarang terutama di bandarbandar besar, penduduk di suatu taman bukanlah tuan rumah asal. Biasanya mereka menyewakan rumah mereka untuk diduduki dan mereka menginap di tempat lain. Apabila berlaku kenduri kendara ataupun musim majlis perkahwinan tiba, ramailah penyewa rumah yang pulang ke kampung halaman dalam membantu sanak saudara

mereka. Jadi tuan punya majlis perkahwinan terpaksa mencari alternatif lain kerana tiadanya aktiviti gotong-royong untuk majlis tersebut. Kerapkali juga Masyarakat Malaysia mengadakan majlis perkahwinan mereka bukan di rumah mereka seperti di hotel atau dewan. Mereka merasakan bahawa mereka tidak perlu bersusah-payah dalam mengendalikan majlis tersebut dan menyerahkan pada pihak lain untuk menguruskannya. Hal tersebut menyebabkan semakin kurang aktiviti bantu-membantu dalam urusan majlis perkahwinan. Namun begitu, majlis perkahwinan adalah proses terakhir pengumuman pasangan baru. Urusan pinang-meminang masih lagi diteruskan. Masih banyak lagi adat dan tradisi turun temurun yang masih diamalkan oleh Masyarakat Malaysia. Pemakanan Nasi Lemak, Capati dan Dimsum serta Yeesang, merupakan antara beberapa makanan popular di kalangan Masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan hampir kesemua Rakyat Malaysia menikmati hidangan tersebut. Meskipun makanan tersebut adalah makanan identiti sesuatu masyarakat, namun pengkomersilan makanan yang dilakukan telah menghilangkan jurang pemisah makanan antara kaum di Malaysia. Dahulu, masyarakat Melayu Islam amat takut dengan makanan dari Masyarakat Cina kerana pada mereka, Masyarakat tersebut amat sinonim dengan makanan yang diharamkan dalam agama Islam seperti babi. Namun begitu, proses pengkomersilan telah memperkenalkan makanan yang disediakan secara halal dan itu telah menjadikan Masyarakat Melayu Islam boleh menikmati hidangan tersebut. Walaupun Masyarakat Melayu Islam ragu-ragu dengan makanan dari masyarakat lain, tidak pula berlaku hal tersebut kepada masyarakat lain terhadap masakan Masyarakat Melayu. Dengan mengandaikan makanan yang disedikan adalah bersih kerana Masyarakat Melayu mematuhi syariat Islam, mereka tiada masalah dalam menikmati hidangan tersebut. Itu adalah impak hasil daripada kesatupaduan Masyarakat Malaysia yang menyaksikan kepelbagaian dalam hidangan masakan. Lebih istimewa lagi, masakanmasakan tersebut menjadi minat utama pelancong. Masa kini terdapat pelbagai jenis hidangan yang dibawa masuk dari luar. Kedapatan ramai kedai-kedai Arab yang menjual makanan tradisional mereka. Ini menjadikan masyarakat semakin kurang untuk menikmati hidangan kebangsaan disebabkan mereka semakin gemar menikmati hidangan tersebut. Banyak juga kedai-kedai yang menjual masakan kebangsaan terpaksa mengecilkan skop perniagaan semata-mata untuk memastikan kelangsungan hidup perniagaan mereka. Perayaan Sambutan Aidil Fitri, Sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali adalah antara perayaan yang terutama di Malaysia. Kesemua masyarakat di Malaysia menyambut secara samada sederhana atau besar-besaran. Aktiviti kunjung mengunjung dan ucap selamat seringkali didengari pada masa hari perayaan berlaku.

Namun, aktiviti tersebut semakin lama semakin berkurangan berpadanan dengan kesibukan seseorang individu. Kebanyakan mereka merasakan leceh dalam menjalankan aktiviti kunjung mengunjung. Ini menyebabkan mereka semakin lama semakin lupa terhadap hubungan yang terjalin dan ini akan menyebabkan anak-anak mereka akan lupa dengan aktiviti tersebut. Televisyen juga banyak memainkan peranan dalam mengurangkan aktiviti tersebut. Dengan menayangkan slot-slot cerita yang menarik, anak-anak akan melekat di kaca televisyen dan tidak mengendahkan tetamu yang datang mengunjung.

Impak dan Cabaran terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia dari segi kesenian.
Kesenian adalah segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. Kamus Pelajar (Edisi Kedua) Masyarakat Malaysia kaya dengan keseniannya. Pelbagai kemahiran seni bersesuaian dengan kaum-kaum mewarnai dunia Malaysia. Pada kebiasaannya, kemahiran seni perlu dipupuk sedari anak kecil dan semasa mereka meningkat remaja, kemahiran mereka dalam sesuatu seni akan nampak keberhasilannya. Selalunya kemahiran sesuatu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Jarang didengari kemahiran seni ini dijadikan satu kelas atau persatuan. Seni Tarian, Seni Ukiran, Seni Hiasan, setiap kaum mempunyai keseniannya yang tersendiri. Pada kebiasaannya seni-seni ini akan dipertontonkan apabila menjelang satu-satu majlis perayaan atau pertandingan. Budaya meniru seni dari luar sedikit sebanyak menghilangkan identiti seni sesuatu kaum. Ini kerana mereka mendapati seni dari luar lebih Catchy dan mudah mendapat audien. Bahaya dan risiko hilangnya seni dari sesuatu bangsa amat tinggi sekiranya ianya tidak terkawal. Sebab itulah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merasakan penting untuk memelihara dan memulihara kesenian kerana impak dari globalisasi menyaksikan seni-seni ini semakin lama semakin kurang diamalkan atau ditinggalkan. Kesukaran sesuatu proses kesempurnaan sesuatu kemahiran seni menyebabkan ramai anak-anak muda malas untuk meneruskan tradisi tersebut. Sebagai contoh, seni pembuatan wau telah meyaksikan semakin lama semakin kurang penghasilan wau tradisional dan semakin banyak layang-layang dijual di pasaran. Ini kerana penghasilan sesuatu wau memestikan seseorang menguasai seni meraut buluh yang aman ianya bukan senang dihasilkan oleh orang biasa. Kesinambungan dalam seni mestilah diteruskan supaya ianya tidak pupus ditinggalkan zaman. Seni dilihat sebagai satu kemahiran yang semakin lama semakin terancam dan ianya perlu dipulihara selagi mampu.

Anda mungkin juga menyukai