Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT,
TUARAN, SABAH.

KERJA KURSUS

PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN

(PPISMP) AMBILAN JUN 2019


____________________________________________________________

GPM

PENDIDIKAN MORAL

NAMA : ERIC TAI KIE HAONG


ANGKA GILIRAN : 2019062310052
NOMBOR KAD PENGENALAN : 000629-12-2225
KUMPULAN / UNIT : PPISMP BAHASA MELAYU SJKC-2

AMBILAN JUN 2019

KOD KURSUS : GPM 1083


NAMA KURSUS : PENDIDIKAN MORAL
NAMA PENSYARAH : ENCIK AMIDY

TARIKH HANTAR : 11 MAC 2020

MARKAH KKP PERAKUAN MAKLUM BALAS KKP


BIODATA DIRI

NAMA : ERIC TAI KIE HAONG

NO.KAD PENGENALAN : 000629-12-2225

OPSYEN : PPISMP BM SJK(C) – 2


AMBILAN JUN 2019
TARIKH LAHIR : 29 JUN 2019
TEMPAT ASAL : SANDAKAN,SABAH
BANGSA : CINA
AGAMA : KRISTIAN
NO.TELEFON : 0167743010
EMEL : munaro.com.yahoo@gmail.com
PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat saya menyelesaikan kerja kursus GPP 1083 pada tahun 2020 dengan penuh
jayanya. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia kerana telah memberi peluang kepada saya sebagai guru pelatih
di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Sabah.

Saya menjulang sekalung penghargaan kepada Encik Amidy Pensyarah


kursus Pendidikan Moral (GPM 1083) kerana telah memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya sepanjang proses pembentukan kerja kursus ini. Tidak lupa juga
kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan semangat
yang tinggi agar saya tidak mudah berputus asa dan meneruskan perjuangan untuk
menjayakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan guru pelatih terutamanya rakan sekelas saya dari unit Bahasa
Melayu SJK(C)-2 kerana telah banyak membantu saya dalam tatacara “Word 2016”,
pencarian maklumat, penggunaan komputer riba dan nasihat sebagai panduan untuk
melaksanakan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, saya tidak akan dapat
menghasilkan kerja kursus yang baik dan menepati syarat.

Oleh itu, saya berharap agar kerja kursus ini dapat mendorong saya lebih rajin,
tekun, berdikari, berdisiplin, mahir dalam perancangan masa, rasional dan
berpengetahuan tinggi dalam Pendidikan Moral.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN……………………………………………1
2.0 APLIKASI AGAMA DAN KEPERCAYAAN
MEMBENTUK NEGARA YANG
AMAN DAN MAKMUR………………………………….2-5
3.0 RUMUSAN…………………………………………………5
4.0 BIBLIOGRAFI……………………………………………...6
TUGASAN 1
1.0 PENGENALAN

Agama didefinisikan sebagai satu kepercayaan terhadap Tuhan, sifat-sifat serta


kekuasaan-Nya dan penerimaan ajaran-ajaran agama serta perintah-Nya. Secara
umum, ayat tersebut bermaksud agama adalah satu bentuk hubungan antara umat
manusia dengan sesuatu kekuasaan yang luar biasa yang dianggap dapat
memberikan dan menjaminkan perlindungan. Hubungan ini yang dinamakan suci
membawa kepada rasa tunduk sembah manusia kepada-Nya, manusia mencintai-
Nya, mempercayai dan meminta perlindungan daripada-Nya. Terdapat kewujudan
pelbagai agama dan kepercayaan di dunia ini. Setiap agama mempunyai konsep-
konsep tersendiri iaitu berbeza dari segi kepercayaan, hubungan dengan Tuhan,
perintah dan larangan, baik dan buruk, dosa serta pahala.

Selain itu, definisi bagi kepercayaan pula ialah akuan terhadap kebenaran
akan sesuatu perkara. Seseorang individu yang menaruh kepercayaan akan berasa
pasti terhadap sesuatu perkara yang berkaitan. Sebagai contoh, amalan adat dan
pantang larang. Jadi, suatu amalan adalah daripada nenek moyang yang diwarisi
secara turun-temurun. Konsep kepercayaan adalah berbeza daripada konsep agama
iaitu tiada konsep dosa dan pahala.

Namun, agama dan kepercayaan merupakan elemen yang amat penting


dalam pembentukan negara yang aman dan makmur. Negara yang aman dan
makmur bermaksud suatu negara yang mempunyai tempoh keharmonian antara
kumpulan-kumpulan sosial yang berlainan yang bercirikan tidak ada kewujudan
keganasan atau konflik, dan bebas dari kebimbangan keganasan.

1
2.0 Aplikasi Agama dan Kepercayaan membentuk negara yang aman dan
makmur

Negara Malaysia merupakan negara yang unik dan istimewa. Hal ini dikatakan
demikian kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan bangsa. Antara tiga kaum majoriti iaitu terbesar di negara kita ialah kaum
Melayu, Cina dan India. Bagi kaum minoriti pula, iaitu jumlah satu kumpulan yang
kecil yang wujud di suatu tempat ialah kaum Kadazandusun, Murut dan sebagainya.
Walaubagaimana pun, wujudnya kepelbagaian kaum dan bangsa juga menimbulkan
masalah atau konflik dalam hubungan etnik antara satu sama lain. Namun,
kewujudan kaum yang pelbagai juga terbentuklah pelbagai agama dan kepercayaan
yang berlainan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jadi, agama dan kepercayaan
masing-masing dalam kalangan masyarakat memainkan peranan yang amat penting
dalam menyatupadukan masyarakat yang majmuk. Oleh itu, terdapat cara bagi
setiap penganut untuk mengaplikasi agama dan kepercayaan dalam pembentukan
negara yang aman dan makmur.

Aplikasi agama dan kepercayaan dalam pembentukan negara yang aman


dan makmur yang pertama ialah sebagai satu sumber nilai-nilai moral. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap agama dalam masyarakat Malaysia sudah pasti
memberi ajaran nilai-nilai moral kepada penganutnya bagi mewujudkan semangat
perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Antara nilai moral yang perlu
dipraktikkan atau diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat adalah nilai
toleransi, tolong-menolong, menghormati antara satu sama lain, beramah mesra
terhadap orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Contoh masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai moral ialah seseorang individu perlu menghormati adat
tradisi dan budaya orang yang berlainan bangsa bagi mengelakkan salah faham dan
merapatkan lagi jurang antara satu sama lain. Sekiranya setiap masyarakat di
negara tidak mengamalkan nilai moral tersebut, sudah tentu situasi negara adalah
huru-hara kerana kewujudan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk. Oleh itu,
sudah terang lagi bersuluh bahawa agama merupakan sumber nilai moral yang
menjadi panduan atau penunjuk dalam merancang kehidupan untuk merealisasikan
keharmonian pelbagai etnik.

2
Selain itu, setiap agama dalam masyarakat Malaysia juga amat
menitikberatkan semangat perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana agama dan
kepercayaan masing-masing sudah pasti mengajar umatnya untuk saling
menyayangi antara satu sama lain dan tidak menimbulkan perasaan benci dalam
kalangan masyarakat. Justerunya, pihak kerajaan telah menubuhkan satu
perlembagaan supaya masyarakat yang berlainan kaum dan bangsa bersatu padu
berpandukan perlembagaan tersebut bagi mewujudkan perpaduan nasional. Sebagai
contoh, Penubuhan Piagam Madinah pada zaman dahulu di mana bertujuan untuk
memastikan penduduk yang berlainan bangsa perlu hidup bersama. Secara
umumnya, kandungan Perlembagaan Persekutuan yang ditubuhkan mempunyai
konsep yang sama dengan Piagam Madinah iaitu memberikan hak sama rata
kepada setiap etnik walaupun berlainan agama. Contoh amalan masyarakat yang
mematuhi Kandungan Perlembagaan Persekutuan ialah majlis Rumah Terbuka bagi
suatu perayaan yang mengalu-alukan kehadiran masyarakat yang berlainan agama
dan kaum serta bangsa. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain kerana majlis tersebut dapat memberi peluang
kepada masyarakat untuk berkomunikasi. Sekiranya masyarakat tidak mengamalkan
amalan tersebut, ia akan mengakibatkan jurang hubungan masyarakat menjadi lebih
besar. Oleh itu, pentingnya agama untuk menyatupadukan masyarakat di negara
Malaysia.

3
Di samping itu, aplikasi yang seterusnya ialah agama dijadikan sebagai
pendorong dan pengesahan program pembangunan masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap etnik mempunyai perbezaan kebudayaan dan tradisi masing-
masing. Perubahan sosiobudaya yang cepat seiring dengan perkembangan negara
ke arah negara yang maju tidak bermakna menjejaskan peranan agama dalam
pembangunan. Buktinya, agamawan bertindak sebagai pemberi pengesahan kepada
perayaan atau sambutan yang akan dianjurkan supaya dapat diterima oleh setiap
masyarakat dan mendapatkan sambutan daripada masyarakat pelbagai kaum dan
bangsa. Apabila suatu program telah disahkan, sudah pasti program tersebut dapat
disambut dengan meriah oleh masyarakat kerana diterima dengan baik oleh
masyarakat. Sebagai contoh, setiap masyarakat yang beragama Islam akan
berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan telah diterima secara baik oleh
masyarakat kerana perayaan tersebut telah disahkan. Jadi, perkara tersebut dapat
mengelakkan sebarang perbalahan antara etnik kerana tidak menghormati dan
menghargai kebudayaan dan tradisi etnik yang lain.

Selanjutnya, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengaplikasikan


agama dan kepercayaan dalam pembentukan negara yang aman dan makmur. Hal
ini dikatakan demikian kerana segala didikan dan ilmu pengetahuan yang diperolehi
oleh anak-anak adalah bermula dari rumah iaitu ibu bapa mereka. Bak patah
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ia bermaksud ibu bapa perlulah
mendidik anak-anak mereka dari usia kecil lagi. Jadi, ibu bapa haruslah memberikan
didikan agama dan kepercayaan kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini
dapat memastikan ajaran agama dan kepercayaan ditanam dalam sanubari anak-
anak mereka sebagai pedoman hidup serta membolehkan mereka membezakan
sama ada perkara itu adalah baik atau buruk. Sebagai contoh, semua ibu bapa
haruslah pergi ke pusat ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya mengikut

4
agama masing-masing kerana ibu bapa adalah role model kepada anak-anak
mereka iaitu perbuatan mereka menjadi ikutan anak-anak. Oleh itu, tanggungjawab
ibu bapa amatlah dititikberatkan bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai
didikan agama yang mencukupi agar mereka dapat sedar akan kepentingan
membentuk negara yang aman dan makmur.

Kesimpulannya, kita dapat mengetahui bahawa usaha untuk mewujudkan


negara yang aman dan makmur terutamanya di negara Malaysia adalah sukar
dibentukkan. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum dan bangsa. Jadi, hal ini mengakibatkan setiap orang
mempunyai konsep dan sifat-sifat yang tersendiri. Oleh itu, agama dan kepercayaan
perlu ditekankan oleh semua pihak sama ada penganut-penganut, pemimpin dan
sebagainya untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing mengaplikasikan agama
dan kepercayaan dalam membentuk negara yang aman, kerana setiap agama dan
kepercayaan mewajibkan setiap umat untuk saling menyayangi antara satu sama
lain. Kesannya, ia dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan semangat
perpaduan yang luhur.

3.0 RUMUSAN

Berdasarkan pernyataan di atas, kita dapat mengetahui bahawa agama dan


kepercayaan masing-masing adalah sangat penting untuk mewujudkan keamanan
rakyat dan negara kerana dapat membentuk keperibadian yang baik dalam sanubari
diri sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama sudah tentu mendidik
umat-umatnya untuk berbuat baik antara satu sama lain. Sekiranya seseorang
berbuat jahat akan mendapat balasan semasa di akhirat. Bagi kepercayaan pula,
kepercayaan adalah suatu adat resam dan budaya bekas nenek moyang yang

5
menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Oleh itu, setiap masyarakat perlulah
memainkan peranan masing-masing untuk mengaplikasikan.

4.0 BIBLIOGRAFI

SlideShare(2013). Agama dan Kepercayaan. Diambil daripada


https://www.slideshare.net/munnianwar/agama-dan-kepercayaan

SlideShare (2015). Bab 6 Kepelbagaian Agama. Dirujuk daripada

https://www.slideshare.net/mobile/akmalamethyst/bab-6-kepelbagaian-agama

Zaidi, A. (2016). Peranan Agama dalam Memupuk Hubungan Etnik yang


Harmoni di Malaysia. Diambil daripada
https://www.scribd.com/doc/313551877/Peranan-Agama-dalam-Memupuk-
Hubungan-Etnik-yang-Harmoni-di-Malaysia

6
M. Mohamad Zan. Peranan Agama. Dipetik daripada
https://www.academia.edu/39173338/KEHARMONIAN_DALAM_KEPELBAG
AIAN_AGAMA

Anda mungkin juga menyukai