Anda di halaman 1dari 3

Nama ahli kumpulan :Eric Tai kie Haong

Mohd Faizal Hip

Ahmad Danish

KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA

a) Teknik menangkap bola rendah

Langkah-langkah:

1. Berdiri dengan keadaan menumpu sepenuhnya perhatian dan buka kaki dengan
kedudukan yang sedikit lebar.

2. Letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian hadapan badan dengan kedudukan


bersedia menangkap bola.

3. Pastikan pandangan langsung ke arah kedatangan bola.

4. Angkat bola ketika menghampiri dengan menurunkan lutut atau membongkok


sekitar 90 darjah untuk menangkap bola dengan perlahan. Sekiranya bola datang
dengan pantas, jongkok dengan satu lutut di tanah.
5. Selepas itu, turunkan tangan dan panjangkannya di bahagian hadapan kaki kiri anda
(atau kaki yang berada di depan) sehingga glove menghala ke arah bola.

6. Apabila bola telah tertangkap dalam glove, segera tutup dengan tangan lain yang
tidak berfungsi.

7. Untuk mengakhiri kemahiran ini, pegang bola itu pada tangan yang tidak memakai
glove. Letakkan berat badan di kaki kiri anda (atau kaki yang berada di depan) dan
kembali ke posisi bersedia dengan bola juga bersiap untuk dibalingkan ke arah
sasaran.

b) Kemahiran menangkap bola lurus

Langkah-langkah:

1. Pada kedudukan tubuh yang berdiri, melengkung kaki sehingga menjadi sedikit
bengkok ke bawah dan menghala glove terhadap pitcher.

2. Gerakkan tubuh badan menuju ke arah datangnya bola yang dibaling oleh pitcher.

3. Terus menangkap bola tersebut dengan menggunakan glove lalu Tarik kea rah bdan
agar bola yang telah tertangkap tidak terlepas dari glove ke arah luar.

4. Setelah bola telah tertangkap, tangan yang sebelah lagi terus memegang bola
dengan keadaan bersedia agar bola dapat dibaling ke sasaran lain dengan cepat
seperti kemahiran membaling bola softball.
c) Kemahiran menangkap bola tinggi

Langkah-langkah:

1. Semasa membuat tangkapan, gerakan tangan dengan lurus ke arah bola yang
masih berada di bahagian atas kepala.

2. Setelah bola telah tertangkap, segera Tarik lengan dan glove ke arah badan lain
agar bola tidak tergelincir dari cengkaman.

3. Selepas itu, buat persediaan untuk membalingkan bola ke sasaran lain dengan
memegang bola di tangan kanan (tidak memakai glove)

Anda mungkin juga menyukai