Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

HBEF 2703: KO-KURIKULUM

NAMA NO. MATRIX NO. KP NO.TELEFON EMEL

: ABD SALIM BIN AYUB : 650213125953001 : 650213-12-5953 : 019-8695240 : abdsalimayub@gmail.com abdsalimayub@oum.edu.my

NAMA TUTOR

: EN. AMIR KASAN BIN IBNU HASSAN

PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM TAWAU

SOALAN TUGASAN
Sediakan satu penulisan latar belakang tentang persatuan atau kelab sekolah anda. Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalah bercetak, arkib sekolah, brosur ataupun pencarian atas talian (internet). Maklumat pertandingan persatuan atau kelab yang diperlukan adalah seperti berikut:

Tujuan persatuan atau kelab. Senarai aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan dilaksanakan. Kelebihan atau manfaat penganjuran aktiviti atau pertandingan. Undang-undang atau peraturan. Cabaran-cabaran atau halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan.

Lain-lain maklumat yang bersesuaian mengikut kreativiti anda.

Isi Kandungan

Perkara 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 10. Soalan Tugasan Seulas Kata Latar Belakang Tujuan Sejarah Senarai Aktiviti/Pertandingan Kelebihan Pengajuran Aktiviti/Pertandingan Peraturan dan Langkah-Langkah Keselamatan Cabaran Penganjuran Aktiviti Penutup Rujukan

Muka Surat 2 4 5 6 7 11 12 16 16 18 19

SEULAS KATA Pertama sekali saya bersyukur di atas kurniaan dan limpah rezekinya daripada ALLAH SWT dengan mengizinkan saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Pada mulanya saya tidak dapat menjangkakan apakah yang akan direncanakan di dalam tugasan Ko-kurikulum HBEF 2703 ini tetapi hasil kesepakatan rakan-rakan sealiran dan penerangan daripada EN Amir Kasan Bin Ibnu Hassan sebagai tutor dapat juga tugasan ini disiapkan dengan jayanya. Mudah-mudahan kerja yang sedikit ini akan dapat memberikan manfaat yang besar dan berguna kepada perkhidmatan masyarakat kesluruhannya dan juga kepada pengetahuan saya sendiri serta dapat menaik taraf mutu perkhidmatan pendidikan di negara ini. Menyentuh pada tajuk tugasan ini ianya tidaklah begitu sukar dan boleh dilaksanakan jika saling bekerjasama dan sikap tolongmenolong diamalkan Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan setiap perkataan di dalam tugasan ini sehingga ianya sempurna dan dapat dihantar tepat pada waktunya.

Sekian terima kasih,

Abd Salim bin Ayub 650213-12-5953

1.0

Latar Belakang

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).

Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.

1.1

Rasional

1.1.1

Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

1.1.2

Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

1.1.3

Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

1.1.4

Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2

Matlamat

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 1.3 Objektif

1.3.1

Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

1.3.2

Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

1.3.3

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

1.3.4

Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

1.3.5

Menyediakan peluang kepada pelajar untuk

memperolehi

pengetahuan,

pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

2.0

Tujuan

2.1

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2.2

Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

2.3

Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

2.4

Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

2.5

Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

2.6

Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

2.7

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

3.0

Sejarah

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10
7

Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA PUTERI ISLAM ( KPIM ). Walau bagairnanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS) Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan teiah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Manakala, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999 khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sekolah pertama yang menubuhkan TKRS ini adalah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang kini lebih dikenali Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Antara tujuan TKRS ini ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai KRS. Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan Tunas Kadet Remaja Sekolah adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah juga. Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah namun telah rasmi dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaram YB Dato Noh bin Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

3.1

Pengertian Logo

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

3.2

Pengertian Bendera

Warna Hijau melambangkan: i. ii. iii. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

i.

Cogan kata KRS/TKRS ILMU IMAN AMAL ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. ii. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

iii.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

10

4.0

Senarai Aktiviti/Pertandingan

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti pertandingan yang dapat dilaksanakan, iaitu :

a)

Aktiviti Perkhemahan

Hampir semua aktiviti yang dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah menengah seperti program motivasi, kursus kepimpinan, perkhemahan tahunan unit beruniform dan pertandingan lain, melibatkan aktiviti perkhemahan. Aktiviti ini dilaksanakan 100% pelajar tidur di dalam khemah atau dalam chalet atau hotel dan sebagainya. Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan membaca peta (topografi), di samping dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.

b)

Aktiviti Pertolongan Cemas

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang dan platform kepada semua peserta untuk mereka menonjolkan bakat dan pengetahuan dalam memberikan bantuan kecemasan awal kepada pesakit atau mangsa kecederaan sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat atau bantuan perubatan yang lain. Dengan adanya pertandingan ini, diharapkan semua peserta dapat mencetuskan minat, bakat serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam memberikan bantuan awal. Kejayaan dan pencapaian mereka dalam bidang ini akan menjadi pemangkin untuk mereka terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

c)

Aktiviti Kawad Kaki

Aktiviti ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat kerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan. Murid dapat mempelajari dan diberikan pendedahan mengenai kawat static dan kawat dinamik serta kawat farmasi.

d)

Aktiviti Halangan Komando

Tujuan pertandinga halangan komando ini adalah untuk meningkatkan katahanan fizikal para peserta serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu dapat memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
11

e)

Aktiviti Simpulan dan Ikatan

Tujuan utama pertandingan ikatan dan simpulan ini adalah untuk menguji ingatan para peserta mengenai jenis-jenis ikatan yang pernah diajar semasa dalam kelas unit beruniform. Selain itu melalui pertandingan ini para peserta dapat memupuk semanga kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

f)

Persembahan

Tujuan utama pertandingan ini pula adalah untuk mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada para peserta tentang tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing.

5.0

Kelebihan Penganjuran Aktiviti/Pertandingan

Secara umumnya program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Akitviti ini mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam pertandingan dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh itu, watak dan peribadi pelajar haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aktiviti tersebut juga banyak berperanan membentuk pelajar yang seimbang dalam semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. Antara maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar. Setiap persatuan pasti
12

mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk menerajui pergerakan persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli-ahli jawatankuasa kecil, dan juruaudit. Pelajarpelajar yang terpilih akan bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli. Oleh itu, mereka berpeluang mempersiapkan diri untuk memikul tugastugas sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan dihormati dan disegani oleh rakan-rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin adalah secara demokrasi, pelajar-pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka secara adil dan harmoni. Seterusnya, kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar untuk menyokong aspirasi Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Yang berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Raza, bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh. Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai kehiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut. Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah memerlukan kemampuan pelajar untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan dalam sesebuah pertubuhan tidak dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu, kegiatan tersebut terutamanya kegiatan badan-badan beruniform dapat membentuk pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya amat penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja. Pada masa yang sama, para pelajar dapat mengasah bakat dan kemahiran mereka tatkala menyertai persatuan yang diminati oleh mereka, misalnya Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan secara aktif dapat menyerlahkan bakat mereka sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka, seterusnya memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan, dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan bakat mereka dalam kehidupan harian. Sementara
13

pelajar-pelajar yang lain pula dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah. Sebagai intihanya, murid-murid wajar menyertai aktiviti atau pertandingan kokurikulum dengan aktif untuk menggalakkan perkembangan diri yang sihat dalam pelbagai aspek dan bukannya sebagai profesor dalam dewan peperiksaan sahaja. Guru perlu berganding bahu mempersiapkan diri murid sebagai bakal pemimpin negara dengan menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif dari sekarang, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sememangnya manusia yang cemerlang adalah manusia yang berkemahiran dalam pelbagai bidang dan bukannya sebagai alat peperiksaan sahaja.

6.0

Peraturan dan Langkah-langkah Keselamatan Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum,beberapa perkara yg berkaitan

dengan peraturan & langkah-langkah, perlu difikirkan oleh urusetia/pentadbir/jawatankuasa pengelola bagi menentukan kejayaan sesuatu aktiviti. Semua peraturan & langkah pengelolaan meliputi tiga peringkat iaitu: -Sebelum aktiviti dilaksanakan. -Semasa aktiviti dilaksanakan. -Selepas aktiviti dilaksanakan.

6.1

Sebelum aktiviti dilaksanakan Tindakan yg perlu dilaksanakan oleh urusetia/jawatankuasa antaranya adalah:

1.

Senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan,

Contohnya; Jenis-jenis pertandingan yang akan dilaksanakan. 2. Taklimat kepada para peserta,

Contohnya; Syarat-syarat pertandingan.


14

3. 4. 5.

Perkara yg perlu dibawa Tingkah laku semasa aktiviti Pakaian.

Menyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa. 6.2 Semasa aktiviti dilaksanakan Dalam setiap aktiviti/pertandingan, pihak urusetia/komandan kem hendaklah memastikan beberapa langkah keselamatan antaranya: 1. Memastikan tmpt dan peralatan aktiviti/ pertandingan selamat digunakan oleh peserta dan para pegawainya. 2. 3. 4. 5. Memastikan pegawai/pengadil/hakim sentiasa berada di tmpt pertandingan. Mengedarkan borang pemarkahan kepada pengadil/hakim. Memastikan semua peserta melapor diri kepada pengurus peserta. Menyediakan peralatan pertandingan, aktiviti yang secukupnya bagi setiap acara/aktiviti. 6. 7. Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiap

aktiviti/pertandingan. 8. Memberi taklimat kpd peserta mengenai acara, syarat pertandingan atau aktiviti & langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil tindakan oleh setiap peserta.

6.3

Selepas aktiviti pertandingan Selepas aktiviti dilaksanakan, penganjur/urusetia/Pengerusi Jawatankuasa Pengelola perlu memastikan beberapa perkara diselesaikan. Di bawah ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan selepas sesuatu aktiviti dilaksanakan iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Membersihkan kawasan yg digunakan Memastikan barang-barang/peralatan yang dibawa mencukupi. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan semula. Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat asal. Memastikan semua peralatan tidak tercicir di tempat aktiviti.
15

6. 7.

Menyampaikan hadiah,cenderahati dan sijil kepada peserta. Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan dan laporan-laporan lain yang difikirkan perlukan.

8.

Menghantar surat penghargaan kepada mereka yang memberi sumbangan dan kerjasama seperti penceramah, jurulatih, penaja dan sebagainya.

9.

Memastikan pelajar-pelajar dijemput oleh ibu bapa mereka.

7.0

Cabaran atau Halangan dalam Penyertaan Aktiviti/Pertandingan

Aktiviti kokurikulum menjadi salah satu agenda yang sangat penting dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa aktiviti kokurikulum dapat membentuk sahsiah murid secara menyeluruh. Namun begitu, aktiviti kokurikulum mendapat sambutan dingin dalam kalangan murid-murid dan ibu bapa. Terdapat pelbagai halangan yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini. Antara punca isu ini ialah ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa terlalu memfokuskan pencapaian anak mereka dalam bidang akademik sematamata. Sebagai contoh, ibu bapa terlalu keberatan untuk membelikan anak-anak mereka peralatan sukan seperti kayu hoki, raket badminton dan seumpamanya kerana dianggap sebagai

pembaziran. Tegasnya, bagi melahirkan insan yang cemerlang, pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum perlulah seimbang. Selain itu, jadual harian yang padat seperti menghadiri kelas tuisyen menjadi satu punca kegiatan kokurikulum kurang mendapat sambutan dalam kalangan murid. Sebagai contoh, murid-murid juga perlu menghadiri kelas tambahan dan kumpulan belajar di sekolah. Hal ini menyebabkan murid-murid tiada masa untuk melakukan kegiatan kokurikulum. Tegasnya, murid-murid mesti bijak menguruskan masa supaya dapat menjalankan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, pelajar juga lebih menumpukan perhatian terhadap pencapaian akademik semata-mata. Hal ini demikian kerana, pelajar berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum hanya sia-sia walaupun aktiviti ini sebenarnya amat penting. Sebagai contoh, pelajar lebih suka duduk di rumah dan menelaah buku pelajaran daripada menyertai aktiviti sekolah. Maka, pelajar
16

haruslah mengubah fikiran mereka kerana pelajaran dan kokurikulum adalah sama penting dan boleh menentukan masa depan mereka. Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian programprogram yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Pihak sekolah tidak menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Hal ini demikian kerana, pihak sekolah menghadapi masalah kewangan untuk membina gelanggang badminton, tenis dan sebagainya. Oleh sebab murid yang menyertai

sukan itu terlalu ramai maka kemudahan seperti kayu hoki, raket badminton dan sebagainya tidak dapat menampung bilangan pelajar. Tegasnya, sekiranya isu ini tidak dapat dibendung, sekolah gagal melahirkan seorang murid yang berbakat dan berkebolehan dalam bidang sukan melalui tiga gerak kerja kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan.

17

8.0

Penutup

Berdasarkan perbincangan di atas maka jelaslah bahawa kokurikulum adalah aktiviti lanjutan daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Objektif utamanya adalah untuk pengukuhan pemahaman terhadap pengetahuan yang diajar di luar bilik darjah di samping memberi peluang kepada murid-murid untuk menambah dan mengamal nilai-nilai serta kemahiran yang telah dipelajari melalui aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Bagi murid-murid, kokurikulum adalah satu peluang yang amat baik kepada mereka untuk meningkatkan keyakinan diri, kepimpinan, perpaduan, kecerdasan otak dan minda, meningkatkan stamina dan kesihatan diri seterusnya menjadikan diri mereka lebih sempurna. Kokurikulum dan rekreasi mampu memberi kesan yang sangat positif kepada muridmurid berkeperluan khas khususnya bermasalah pembelajaran. Ini kerana melalui aktiviti kokurikulum dan rekreasi, otak mereka akan lebih cergas dan lebih berupaya untuk menimba ilmu pengetahauan. Aktiviti seumpama ini juga akan menambah keyakinan diri kepda mereka seterusnya mejadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar.

18

Rujukan
1. Modul HBEF 2703 Ko-kurikulum, OUM 2007 2. Kamus Dewan edisi 4, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur. 3. Dr. Tam Yeow Kwai, (2010), Siri Pendidikan Guru : Pengurusan Ko-kurikulum, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan. 4. Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah, (2009), Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. http:///www.emoe.gov.my 6. http:///www.oum.edu.com 7. http://gerkomarsah.blogspot.com/2010/08/pengelolaan-aktiviti.html 8. http://kbk3053jane.blogspot.com/2012/05/1024x768-normal-0-false-false-falseen.html 9. http://krskinta.tripod.com/id1.html 10. http://sbitara.upsi.edu.my/smdzm/index.php/kokurikulum 11. http://pbsmskptldm.blogspot.com/2012/04/aktiviti-pertolongan-cemas-oleh.html 12. http://www.scribd.com/doc/51368457/PENGURUSAN-KRS-MOHD-SUBHIMARSAN

19

Anda mungkin juga menyukai