Anda di halaman 1dari 5

Kajian Literatur

Idea untuk menghasilkan produk/projekMesin Rumput Mekanikal ini adalah berdasarkan pemerhatian kebanyakan mesin pemotong rumput mengggunakan system yang di hidupkan menggunakan bahar bakar yang banyak menggunakan kos dan memberi pencemaran udara kepada alam sekitar. Konsep daya pemotongan rumput masih dikekalkan akan tetapi kaedah pemotongan menggunakan pusingan bahan bakar digantikan dengan pacuan nisbah gear. Fokus produk ini hanya kepada kawasan kecil dan kawasan rata(kawasan perumahan) yang bertujuan untuk menjimatkan kos, dan mengurangkan pencemaran udara hasil daripada pembakaran bahan bakar tersebut.

Metadologi Pengenalan Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik, metadologi adalah aspek yang perlu diberi perhatian. Metodologi kajian ialah satu proses dalam sesuatu projek yang mengandungi prosedur, definisi dan penjelasan tentang perkara-perkara yang dilakukan untuk mengumpul, menyimpan, menganalisis maklumat yang diperolehi. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai prosedur yang sistematik dan teratur untuk mencapai tujuan projek. Metodologi tidak menggambarkan kaedah tertentu namun bab ini menentukan beberapa proses yang perlu diikut. Proses ini juga merupakan rangka kerja-kerja yang akan dilakukan. Aspek yang dibincangkan didalam bab ini adalah Mengkaji sistem atau sumber lain yang boleh digunakan untuk menghasilkkan mesin pemotong rumput. Kajian dilakukan terhadap Mesin Pemotong Rumput yang menggunakan bahan bakar untuk kawasan-kawasan kecil dan rata(kawasan perumahan) Pengubahsuaian sistem memotong dilakukan terhadap sistem mesin pemotong rumput sedia ada dipasaran.

Prosedur Kajian. Kajian kami merangkumi analisis awal sehinggalah produk dihasilkan. Di bawah adalah langkah-langkah kajian yang telah kami lakukan: 1. Membuat perbincangan dengan penyelia mengenai cadangan mereka bentuk Mesin Rumput Mekanikal 2. Beberapa lakaran awal dibuat dan penyelia meminta kami memilih reka bentuk yang sesuai. Setelah memilih, lakaran kesuluruhan produk dilakukan serta ukuran dan spesifikasi produk bagi memudahkan proses seterusnya. 3. Membuat lakaran utama dan setiap komponen dengan menggunakan perisian komputer iaitu Solid Work. 4. Menyenaraikan barang-barang dan peralatan yang perlu digunakan terutamanya penggunaan mesin yang sesuai bagi proses pembuatan produk ini. 5. Mencari komponen barang dan memulakan proses pengukuran mengikut spesifikasi yang ditetapkan pada lakaran utama. 6. Proses pemasangan dilakukan dengan menggabung setiap komponen mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 7. Pengujian dilakukan untuk menganalisis produk, terutamanya memastikan Mesin Rumput Mekanikal berfungsi. 8. Mendapatkan dan menganalisis hasil potongan rumput. 9. Membuat pengiraan dan perbandingan samada projek yang dihasilkan mempunyai nilai tambah bain atau tidak.

Perisian Projek Perisian Solid Work 2013 digunakan untuk melukis dan mengilustrasi Mesin Pemotong Rumput Mekanikal. Perisian ini memudahkan tugas kerana ianya jelas memaparkan komponenkomponen yang terdapat pada produk kami. Proses kami memilih bahan dan bentuk juga mudah kerana reka bentuk perisian ini adalah tiga dimensi (3D). Perisian ini juga mudah bagi proses pengubahsuaian sebelum produk akhir ditetapkan.

Mesin Dan Peralatan Produk ini dihasilkan menggunakan mesin dan peralatan yang berikut.

1. Mesin Pemotong Besi 2. Mesin Canai 3. Mesin Gerudi Tangan 4. Mesin Gerudi Meja 5. Mesin Kimpalan 6. Pita Pengukur 7. Sesiku L 8. Angkup Vernier 9. Kikir Besi 10. Tukul 11. Mesin Pelentur Besi 12. Set Sepana

Sasaran

Mesin pemotong rumput mekanikal ini direkabentuk khusus untuk pengguna bagi digunakan di kawasan-kawasan kecil yang rata, contohnya kawasan halaman rumah dan taman-taman kecil.

Konsep

Konsep yang digunakan bagi proses memotong rumput adalah sama seperti pemotong rumput sedia ada yang dikuasakan oleh enjin. Bilah pemotong digerakkan oleh daya yang terhasil dari daya tolakan ke atas pemotong rumput ini. Pengguna akan menolak mesin rumput ini yang akan memusingkan roda tayar seterusnya akan menggerakkan sistem gear yang bersambung pada mata bilah pemotong. Pemotongan rumput telah diaplikasikan menggunakan konsep pemotongan ricih di mana bilah pemotong yang berpusing akan membawa rumput kepada mata bilah yang pegun dan akan memotong rumput tersebut.

Lukisan Produk

Kesimpulan Projek ini dengan jayanya telah disiapkan sejajar dengan objektif yang ditetapkan. Namun begitu terdapat beberapa halangan dan masalah sewaktu proses menyiapkan projek ini. Mesin Rumput Mekanikal yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna. Selain itu, projek ini berkonsepkan mesra alam dengan mengurangkan pencemaran dan bahan bakar. Dengan itu kos pengguna dapat dikurangkan dengan mendadak kerana kebanyakan mesin pemotong rumput di pasaran menggunakan bahan bakar ataupun sumber elektrik.

Anda mungkin juga menyukai