Anda di halaman 1dari 3

Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu padu.

Kemukakan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan kaum di negara kita.

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit.
Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi,
pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957,
tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting
untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja
Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir
Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga
1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri,
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa
bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat
nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima
segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat
membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa,
melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam
semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan
menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu,
mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita
perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para
pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka
akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan
kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini,
namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya
perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan
mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus
mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak
H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu
sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar
yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa
Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum
bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing
ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak
terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya
sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969
yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk
menamatkan masalah tersebut.
Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan
bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan
perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini
demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum
lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus
dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum.
Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak
dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-
rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA.
Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan
yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang
positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu
padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum
penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam
memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini
berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan
Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti
tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan
santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti
kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung
mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan
pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama
insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan
kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang?
Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting
dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Ayat pinjaman :

 Nasionalisme : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris


 Senario : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris
 Wabak : Berasal daripada perkataan Bahasa arab
 Patriotik : Berasal daripada perkataan Bahasa yunani
 Realisasi : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris
 Intelek : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris
 Integrasi : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris
 Konsep : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris
 Ilmu : Berasal daripada perkataan Bahasa arab
 Orientasi : Berasal daripada perkataan Bahasa inggeris
 islamiah: Berasal daripada perkataan Bahasa arab
 Al-Quran : Berasal daripada perkataan Bahasa arab
 As-Sunnah : Berasal daripada perkataan Bahasa arab
 Sifat : Berasal daripada perkataan Bahasa arab
 Optimis : Berasal daripada perkataan Bahasa Latin
 Bahasa : Berasal daripada Bahasa Sanskrit
 Perdana Menteri : Berasal daripada Bahasa Sanskrit
 Negara : Berasal daripada Bahasa Sanskrit
 Nama : Berasal daripada Bahasa Sanskrit

Anda mungkin juga menyukai