Anda di halaman 1dari 3

NAMA KUMPULAN : ENAM PENGORBANAN ( KUMPULAN 1 ) .

AHLI KUMPULAN : 1. Muhammad Syukree Alimi bin Ahmad Sahruddin


2. Johan Zafri bin Johar
3. Raja Azril bin Raja Petra
4. Nazlina Safiyyah binti Nazaruddin
5. Nur Ar’risha binti Alias
6. Nur Batrisya Izmilea binti Noor Rohimi

SOALAN :
- Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman
dan harmoni . Berikan pendapat anda tentang usaha – usaha untuk mengekalkan
keadaan tersebut .

KARANGAN :
Marcapada ini, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman
dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan
India ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk
Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita
ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal
di negara Malaysia. Namun begitu, apakah prakarsa-prakarsa yang harus dilaksanakan oleh
semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara kita?

Prakarsa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia


ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, amannya sesuatu komuniti amnya
bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak
ansurdan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa
mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal
sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat
pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita
mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak
seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari
mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat
mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah
pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan. Tegasnya, sikap
individu memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.

Di samping itu, pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang
tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah
mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti
pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan pemakaian pakaian
tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari
Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita
akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk
di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju
Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi
kaum India . Seandainya pihak sekolah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam
menyemaikan semangat perpaduan terutama dalam diri pelajar sudah pasti keharmonian
dan keamanan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum di negara sukar diterapkan dan
diamalkan oleh semua masyarakat. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan
penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di
negara Malaysia.

Amalan masyarakat itu juga salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara
kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Amalan masyarakat yang baik dapat
mengamankan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan
dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah
komuniti. Sebagai contoh, pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan
dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan sikap-sikap terpuji
dalam tradisi yang dilakukan. Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan
penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan, sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak
dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat
majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam
komuniti pelbagai kaum.

Di samping itu, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
keharmonian dan keamanan antara masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini demikian
kerana, media massa merupakan satu mekanisma atau alat sebaran am yang dapat
menyampaikan maklumat atau berita kepada orang ramai dengan cepat dan dalam masa
yang singkat. Sikap mudah terpengaruh dengan media massa seperti radio atau televisyen
merupakan senario yang biasa kita lihat pada hari ini. Dengan tersiarnya iklan-iklan atau
cerita-cerita yang bertemakan perpaduan dan keharmonian, semangat cinta akan keamanan
akan terus tersemat di dada semua rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, cerita dan iklan
seperti filem “Papadom” dan iklan TM yang memaparkan persahabatan antara kaum seperti
kaum Melayu, Cina dan India. Seandainya, media massa tidak memainkan peranan mereka
sebagai alat sebaran am terpantas, sudah pasti keharmonian dan kemakmuran masyarakat
sukar dikekalkan dalam anggota masyarakat di negara kita. Jelaslah bahawa media massa
merupakan mekanisma penghubung antara masyarakat dalam mengekalkan keharmonian
rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kerajaan juga memainkan peranan yang pentng dalam mengekalkan keharmonian


masyarakat berbilang kaum di negara kita. Hal ini demikian kerana negara kita mengamalkan
amalan demokrasi dan diperintah oleh sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Gagasan “1
Malaysia” yang sentiasa berubah bergantung kepada sesuatu peristiwa yang penting telah
membawa kepada satu transformasi yang drastik dalam mengekalkan keharmonian negara.
Setiap rakyat haruslah sanggup berjuang berkorban dan bergadai nyawa untuk
mempertahankan kedaulatan, keamanan dan cara hidup tanpa mengira kaum. Sebagai
contoh sempena Hari Kemerdekaan ke-54 tahun 2011, pengasas cogan kata “1 Malaysia”,
Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Datuk Seri Mohd Najib B. Abd Razak telah
menjadikan tema “1 Malaysia” kepada tema ‘transformasi berjaya,rakyat sejahtera’.
Seandainya kerajaan memainkan peranan dengan betul, jujur dan amanah sudah pasti
kesejahteraan hidup bermasyarakat dalam pelbagai kaum dapat dikekalkan. Tegaslah
bahawa kerajaan merupakan satu pihak yang memainkan peranan yang penting dalam
mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan


keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini,masyarakat
haruslah berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta
kerjasama antara sekolah,media massa dan kerajaan bagi mengekalkan keharmonian
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-
60 dan bulan pembentukan Malaysia, marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadi lebih
patriotik,berikrar untuk memberi sumbangan penuh beerti kepada masyarakat, lebih bersatu
padu dan mahu berkorban kepada negara kerana sesungguhnya ‘Bulat air kerana
pembetung,bulat manusia kerana muafakat’.

Anda mungkin juga menyukai