Anda di halaman 1dari 4

Pertapakan British di China

Seperti yang kita ketahui, menjelang abad ke-19, China diambang kejatuhan kerana
kelemahan dalam aspek politik, ekonomi dan ketenteraannya dan pada masa yang sama
berlaku pula pencerobohan kuasa Barat ke China. British adalah antara kuasa Barat yang
ingin menguasai China. Permulaan perhubungan British dengan China adalah melalui
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan perniagaan dan perdagangan syarikat British
yang amat maju dan memberangsangkan menyebabkan British mahu meluaskan lagi empayar
perdagangannya ke seluruh Asia termasuklah China bahkan mahu menguasai ekonomi di
China. Untuk itu, pihak British telah menceroboh China melalui pelbagai aspek iaitu politik,
ekonomi dan sosial sehingga China dibahagi-bahagikan kawasannya oleh kuasa Barat. Hal ini
telah membuka lembaran baru dalam sejarah negara China yang pada mulanya digelar sebagai
Middle Kingdom pada abad sebelum campur tangan kuasa Barat.
Politik
Pada aspek politik,
Ekonomi
Pada

aspek

ekonomi,

kita

boleh

British

memfokuskan

pada

keuntungan

perdagangannya di China dan menggunakan kekerasan untuk mencapai kemahuannya. British


membentuk SHTI pada tahun 1600 dan sejak itu British sering bersaing dengan Belanda
untuk menguasai negara lain.1 Pada tahun 1670, British pernah berdagang dengan Taiwan di
mana ketika itu diperintah oleh Zheng Jing. Kemudian, British juga berdagang dengan
Xiamen. Namun setelah Xiamen yang dikuasai oleh Zheng Jing telah jatuh pada tangan kuasa
kerajaan Qing, British menamatkan perdagangannya dengan Taiwan. Pada tahun 1673,
seorang lelaki Inggeris iaitu John Weddell mengetuai kapal perang dan belayar ke Guangzhou
untuk memaksa China agar membuka pintu kepada British untuk berdagang di China. British
tidak menghiraukan amaran yang diberi pasukan tentera China dan membedil Humen yang
kemudiannya British berlabuh di Humen dengan menggunakan paksaan.Namun akhirnya
British terpaksa berundur dari Humen setelah China berjaya mengusir pihak British. Pada
tahun 1699 pula, British mendapat kebenaran daripada Kerajaan Qing untuk membuka

Yang Zhao, Gong Shuduo, Wang Guilin, Lu Zhenxiang, Fang Linggui, Zhu Zhongyu & Guo
Dajun (2002). An Outline History Of China: Revised Edition. Beijing: Foreign Languages
Press. Hlm. 380

pejabat komersial di Guangzhou. British juga memohon kepada Kerajaan Qing supaya
membuka lebih banyak kawasan untuk berdagang.2
Di antara tahun 1802 hingga 1809 sekali lagi British menggunakan cara paksaan
dalam percubaan mereka untuk merampas Macao dari Portugis. Hal ini demikian kerana
British mahu jadikan Macao sebagai tapak untuk menyerang China. Sekitar tahun 1811 dan
1821, British menyerang kawasan pantai di Guangdong serta mencederakan golongan petani
China. Malah, semasa tahun 1830, British menghantar kapal-kapalnya untuk melaksanakan
misi bagi mengkaji kawasan laut di China, membina peta dan mengumpulkan pakar
ketenteraan di Xiamen, Fuzhou, Ningbo, Shanghai dan lain-lain. 3 Semasa era perdagangan
Anglo-China, British memperdagangkan kapas dan rempah ratus sebagai pertukaran dengan
teh, ubat-ubatan dan tembikar China. Namun aktiviti perdagangan produk eksportnya ke
China mengalami defisit.4 Hal ini telah menyebabkan kerugian besar bagi British di mana di
antara tahun 1781 dan 1790, jumlah teh China yang dieksport ke British bernilai 96, 267, 833
yuan manakala British pula di antara tahun tahun 1781 dan 1793 jumlah kapas dan rempah
ratus yang dieksport ke China hanya 1/6 daripada jumlah yang China jual kepada British iaitu
bernilai hanya 16, 871, 592 yuan.
Untuk menebus kerugian ini, British mula memperdagangkan candu dalam kuantiti
yang besar. Walaupun Kerajaan Qing telah menyekat perdagangan candu ini, namun British
tidak mempedulikannya malah British bertindak dengan lebih berani dengan merasuah
pegawai China untuk meneruskan perdagangan candu tersebut. Perdagangan candu ini telah
membawa keuntungan yang besar kepada British. Candu telah memberi kesan yang buruk
kepada ekonomi di mana mata wang Perak mengalir keluar dan sosial China di mana
kesihatan berjuta-juta rakyat China rosak. Pada pandangan China hal ini perlu dihentikan dan
diatasi daripada ia berlaku berterusan manakala pada pandangan British, hal yang
mendatangkan keuntungan perlu dusahakan dan diteruskan walau apa cara sekali pun.
Percanggahan inilah yang membawa kepada peperangan antara dua buah negara tersebut yang
meletus pada tahun 1840 iaitu Perang Candu.
Di England, hal ini telah menjadi perdebatan yang hangat di parlimen dan akhbar
tempatan terutamanya The Times dan The Morning Chroicle yang mendesak kerajaan British
2

Ibid. Hlm. 381

Ibid.

Ibid.

mengisytiharkan perang.5 Pada bulan April 1840, Parlimen British meluluskan resolusi untuk
berperang dan pada bulan Jun pada tahun yang sama seramai kira-kira-kira 4000 tentera
British tiba di Perairan Guangdong.6 Perang yang tercetus boleh dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu pada peingkat pertama yang bermula dengan kedatangan Admiral Elliot pada
Jun 1840 dan berakhir dengan Konvensyen Chuanbi pada Januari 1841di mana konvensyen
tersebut menyebabkan China harus menyerahkan Hong Kong kepada British dan membayar
ganti rugi kerana telah memusnahkan candu.7 Pada peringkat ini pihak China menghantar
Qishan sebagai wakil China bagi mengadakan rundingan damai. Rundingan damai tersebut
diadakan pada Januari 1841iaitu Konvensyen Chuanbi.
Pada peringkat kedua pula bermula dengan penolakan Konvensyen Chuanbi oleh keduadua pihak pada April 1841. Pada peringkat ini tentera British masih lagi di bawah pimpian
Elliot tetapi pihak China telah melantik sepupu maharaja itu sendiri iaitu I-shan untuk
mengetuai tentera China. Peringkat ini juga menunjukkan bahawa semua kawasan strategik di
Sungai Mutiara telah dikuasai oleh tentera British. Manakala peringkat akhir sekali iaitu
ketiga yang bermula dengan kehadiran Sir Henry Pottinger untuk mengetuai tentera British.
Pada peringkat ini, tentera British mula bergerak ke utara dan menawan beberapa kawasan
penting di Sungai Yangtze. Antara bandar-bandar yang jatuh ke tangan British adalah seperti
Amoy, Tinghai, dan Ningpo. Apabila keadaan menjadi genting, pihak China telah
mengutuskan seorang Pesuruhjaya Maharaja, Ching Ying dan Timbalan Leftenan Jeneral
Chapu I-li-pu untuk mengadakan rundingan.
Akhirnya satu rundingan telah diadakan pada 29 Ogos 1842 yang telah menghasilkan
Perjanjian Nanking. Pada hakikatnya, perjanjian ini lebih menguntungkan pihak British dan
berat sebelah kepada China. Antara isi kandungan Perjanjian Nanking adalah termasuk ganti
rugi sebanyak $21 juta dengan pembahagian $12 juta untuk perbelanjaan ketenteraan, $6 juta
pula kerana pemusnahan candu dan selebihnya $3 juta untuk membayar hutang Hong Kong
kepada pedagang British serta menyerahkan Hong Kong. Kedua pula ialah menghapuskan
sistem Co-hong, membuka perdagangan, penempatan pedagang dan konsul British di Canton,
5

Glenn Melancon (2003). Britishs China Policy and the Opium Crisis: Balancing Drugs
Violence and National Honour, 1833-1840. Burlington: Ashgate Publishing Limited,
Hampshire. Hlm. 74-75 &122
6

Yang Zhao, Gong Shuduo, Wang Guilin, Lu Zhenxiang, Fang Linggui, Zhu Zhongyu & Guo
Dajun (2002). An Outline History Of China: Revised Edition. Beijing: Foreign Languages
Press. Hlm. 389
7

Ibid. Hlm. 390

Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Sudah tentulah perjanjian ini tidak dapat diterima
oleh China kerana melalui perjanjian ini, ia telah membuka peluang kepada pihak British
untuk meluaskan lagi empayarnya dan menguasai China.8

Sosial

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hlm. 24-26

Anda mungkin juga menyukai