Anda di halaman 1dari 25

1.

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

2. Pertandingan Persembahan Kreatif

3. Reka cipta Jalur Gemilang dari bahan terbuang.

4. Buku Skrap Kemerdekaan.

5. Pertandingan pakaian Jalur Gemilang

6. Pidato Spontan Kemerdekaan.

7. Sajak kemerdekaan.

8. Pertandingan Sudut Kemerdekaan

9. Pertandingan Sukan Warisan (Tradisional)

10. Pertandingan Drama Sebabak Kemerdekaan.

11. Pertandingan melukis poster.

12. Pertandingan mewarna

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan


kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat
kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada
Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos
1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957.
Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan
bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan
"Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.
Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak
menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap
tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.

Tahun ini adalah hari kemerdekaan yang ke-59 dan sambutan Hari Kemerdekaan akan di
adakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Senarai acara & informasi mengenai logo serta
tema Hari Kebangsaan 2016 boleh diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka
Malaysia 2016.

Pada 2012, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi logo 55 tahun merdeka-Janji
ditepati. Pemilik logo tersebut, Kementerian Penerangan, masih mahu mengekalkan logo yang
dikutuk oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Rekabentuk logo yang tidak mencerminkan
kemajuan negara ini (senang cerita design logo 55 tahun merdeka adalah logo kemerdekaan
yang terburuk) beserta dengan tema kemerdekaan yanng tidak ada kena-mengena dengan
sambutan kemerdekaan mengecewakan ramai rakyat Malaysia termasuk saya.

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya sertakan tema dan logo merdeka
Malaysia setiap tahun dari tahun 1970. Logo hanya mula digunapakai pada tahun 1976.

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.


Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.


Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.


Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.


Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.


Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.


Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat

Logo Merdeka 1976

Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.


Tema: Bersatu Maju
Logo Merdeka 1977

Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.


Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan

Logo Merdeka 1978


Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin

Logo Merdeka 1979

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun


Tema: Berdisplin Berbakti

Logo Merdeka 1980


Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni

Logo Merdeka 1981

Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.


Tema: Berdisplin Giat Maju
Logo Merdeka 1982

Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.


Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan

Logo Merdeka 1983


Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan

Logo Merdeka 1984

Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.


Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan

Logo Merdeka 1985


Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh

Logo Merdeka 1986

Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.


Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1987

Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.


Tema: Bersatu

Logo Merdeka 1988


Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu

Logo Merdeka 1989

Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.


Tema: Berjaya

Logo Merdeka 1990


Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020

Logo Merdeka 1991

Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun


Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1992

Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.


Tema: Bersatu Menuju Wawasan

Logo Merdeka 1993


Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo Merdeka 1994

Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.


Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan

Logo Merdeka 1995


Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian

Logo Merdeka 1996

Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.


Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Logo Merdeka 1997

Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.


Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita

Logo Merdeka 1998


Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru

Logo Merdeka 1999

Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.


Tema: Keranamu Malaysia

Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006


Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang

Logo Merdeka 50

Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun


Tema: Perpaduan Teras Kejayaan

Logo Merdeka 2008

Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun


Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo Merdeka 2009

Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.


Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi

Logo Merdeka 2010


Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Logo Merdeka 2011

Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.


Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian

Logo Merdeka 2012

Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.


Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Logo Merdeka 2013

Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.


Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Merdeka 2014

Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2015

Tahun: 2016-Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa

Logo Merdeka 2016


Read more: http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-
merdeka.html#ixzz4FxtZslbG
Under Creative Commons License: Attribution

emerdekaanTemplat:Merdeka ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk


sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

pertama kalinya merdeka pada tahun 1957 bersama perdana menteri pertama malaysia iaitu tunku abdul
rahman

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada
sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuahkerajaan luaran dari
segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah
untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak
langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul(sering kali untuk
mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakanpembebasan daripada kuasa yang
mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai
keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan
kuasa atau imperialisme.

Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan ataupembahagian. Walaupun


ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan
dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara
ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa dengan atau tanpa
unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian di dalam sebuah negara dan oleh itu,
bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusiatidak bertujuan untuk
memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan
sedemikian.

Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada
dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan
kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan
yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.

Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan
mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan
Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud
serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.

Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan.
Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh
gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang
mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza
dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.

Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan


sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai