Anda di halaman 1dari 12

MODUL PENGAJARAN

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

6. HORMAT

Nilai HORMAT ialah menghargai dan memuliakan seseorang serta


menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan.

STANDARD
KANDUNGAN
6. Hormat

Menghargai dan
memuliakan
seseorang serta
menghormati
peraturan institusi
sosial dengan
memberi layanan
yang bersopan
6.1 Menghormati
Negara

TAHAP PENGUASAAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.1.1 Menjelaskan caracara menghormati


negara.

6.1.2 Menghuraikan
kepenting
menghormati
negara.

6.1.3 Memerihalkan
perasaan apabila
menghormati
negara.
6.1.4 Mempraktikkan
sikap menghormati
negara.

Murid menyatakan cara


menghormati negara

Murid menerangkan
kepentingan menghormati
negara
Murid menunjukkan xara
menghormati Negara dengan
bimbingan
Murid menunjukkan cara
menghormati negara dalam
pelbagai situasi
Murid mengamalkan sikap
menghormati negara dalam
kehidupan seharian
Murid mengamalkan sikap
menghormati negara dalam
kehidupan seharian dan boleh
dicontohi

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MataPelajaran
Kelas
Nilai
Tajuk
Masa
Bilangan murid
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Pengalaman Sedia
Ada

HORMAT

Pendidikan Moral
Tahun 6
Hormat
Jalur Gemilang
60 minit
20 orang
6.1
6.1.2 ; 6.1.3; 6.1.4
Murid pernah melakukan cara
menghormati lagu Jalur Gemilang

Strategi Pengajaran:
Langkah Pengajaran

Penerapan/
Elemen

Set Induksi (5 minit)


1. Murid memegang stabail bunga bercorak Jalur Gemilang
yang diberikan oleh guru dengan diiringi lagu Jalur
Gemilang. (Lampiran 1)
2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
-berapa simbol yang terdapat pada stabail ini?
-Apakah kaitan kedua-dua simbol tersebut kepada
negara?
3. Guru mengaitkan Jalur Gemilang dengan nilai
Menghormati Negara.

EMK:
Nilai murni
Kemahiran
berfikir

Langkah 1 (15 minit)


1. Murid melihat dan membaca petikan teks mengenai
Hormati akan Jalur Gemilang. (Lampiran 2)
2. Murid menghuraikan kandungan petikan teks dengan
bimbingan guru.
3. Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan
menghormati Jalur Gemilang

Langkah 2 (20 minit)


1. Murid dibahagi kepada kumpulan untuk menjalankan
aktiviti main peranan. Kad Hormati Negara diedarkan
oleh guru. (Lampiran 3)
2. Murid mengadakan perbincangan selama 10 minit
mengenai cara untuk menghormati negara.

Kemahiran
Berbahasa/

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

3. Murid melakukan aktiviti main peranan.


4. Murid membincangkan peranan mereka mengenai cara
menghormati Jalur Gemilang.

Komunikasi

Langkah 3 (15 minit)


1. Murid dalam kumpulan membincangkan satu situasi
ransangan mengenai cara `menjual negara berdasarkan
Jalur Gemilang.
2. Murid membentangkan hasil perbincangan.
3. Guru bersama murid membuat rumusan mengenai cara
mempromosi negara di mata dunia.

Kemahiran
Berbahasa/
Komunikasi

Aktiviti Pemulihan
Lembaran Kerja: (Lampiran 4)
1. Jawab soalan ( ) dan ( x )

Aktiviti Pengayaan
Lembaran kerja: (Lampiran 5)
1. Murid membuat flyers yang mengandungi kepentingan
menghormati negara.

Penutup (5 minit)
1. Murid dikehendaki menyanyikan lagu Jalur Gemilang .

Guru merumus pelajaran dengan menyatakan bahawa


sebagai rakyat Malaysia kita perlu menghormati Jalur
Gemilang, simbol negara kita.

Refleksi :
i) ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
ii) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 1

Bunga Bercorak Jalur Gemilang

HORMAT

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang di bawah naunganmu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah
Jalur gemilang!

HORMAT

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

Murid meneliti bunga bercorak Jalur Gemilang


Guru menyoal mengenai bunga bercorak Jalur Gemilang tersebut
Soalan :
1. Berapa simbol negara yang terdapat pada stabail ini?

2. Apa kaitan kedua-dua simbol tersebut kepada negara?

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

LAMPIRAN 2
HORMATI JALUR GEMILANG, LAMBANG
NEGARA.
Sesebuah negara yang merdeka memiliki kedaulatan tersendiri. Ia dilambangkan dalam
pelbagai bentuk interaksi simbolik. Bendera negara, Jalur Gemilang umpamanya adalah simbol
kepada kewujudan dan kedaulatan negara kita. Maka, mengibarkan Jalur Gemilang sebagai
menzahirkan rasa cinta dan syukur menjadi warga negara adalah satu tingkah laku mulia.
Jalur Gemilang mempunyai maksud yang tersirat di dalamnya. Lambang Jalur pada
bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama,
yang dianuti oleh rakyat negara ini. Gemilang bermaksud bercahaya, terang-benderang dan
cemerlang. Oleh itu, Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu
bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
Sebagai rakyat, kita harus menghormati Jalur Gemilang. Ia menaikan semangat
patriotisme dan membangkitkan rasa cinta akan negara. Perpaduan rakyat pelbagai kaum
dapat disatukan dengan menghormati Jalur Gemilang.
Pelbagai cara boleh kita amalkan untuk menunjukkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.
Antaranya, kita boleh mengibarkan Jalur Gemilang di premis kerajaan pada setiap masa. Kita
juga boleh meletakkan Jalur Gemilang pada kenderaan terutama pada sambutan Hari
Kemerdekaan.

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

SOALAN:
1. Huraikan kepentingan menghormati Jalur Gemilang untuk
kesejahteraan negara.
2. Ceritakan perasaan kamu apabila menghormati Jalur Gemilang,
lambang kedaulatan negara kita.
3. Nyatakan amalan mengibarkan Jalur Gemilang yang terdapat
dalam teks.

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 3

HORMAT

Aktiviti Main Peranan

Setiap kumpulan murid diberikan kad yang mengandungi tugasan yang perlu
dilakukan.

Murid-murid dikehendaki melakonkan situasi cara menghormati negara.

Tujuan aktiviti:
o Murid tahu cara-cara menghormati negara.
o Murid rasa gembira dapat menghormati negara.

Ketika anda berada di sebuah kedai


menjual bendera di luar negara,
anda dapati Jalur Gemilang
tersorok di celah-celah barang di
dalam cermin pameran. Sebagai
rakyat Malaysia yang menghormati
negara apakah yang perlu anda
lakukan.

Ketika anda berada di perhimpunan


sekolah, Jalur Gemilang tertanggal
dari tiang bendera. Sebagai rakyat
Malaysia yang menghormati negara
apakah yang perlu anda lakukan.

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

LAMPIRAN 4

LEMBARAN PEMULIHAN
NAMA:_____________________________________________________
TAHUN:_____________________________________________________

1.

Tandakan (
) pada penyataan yang betul dan tandakan ( x ) pada
penyataan yang salah.

Terdapat 5 warna pada Jalur Gemilang .

2. Warna merah pada Jalur Gemilang bermaksud gagah berani.

3. Jalur Gemilang merupakan salah satu simbol negara Malaysia.

4. Apabila saya ternampak Jalur Gemilang terjatuh dari tiang bendera, saya
akan mengibarkannya semula.

5. Saya berasa sedih apabila melihat Jalur Gemilang.

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

LAMPIRAN 5
Murid membuat Flyers

Menghormati Negara Malaysia

Negara saya, negara kamu, negara kita semua


CARA
MENGHORMATI NEGARA
Mengibarkan Jalur Gemilang
sebagai menzahirkan rasa cinta
dan syukur menjadi warga
sesebuah Negara.
Berdiri tegap ketika
lagu Negaraku dinyanyikan
adalah satu bentuk
penghormatan fizikal.

Rakyat menyalurkan kritikan


dan teguran secara matang
menerusi saluran sah seperti
badan-badan bukan kerajaan,
parti-parti politik dan juga
badan profesional adalah bukti
aksi sosial dalam menghormati
Parlimen Malaysia dan sistem
Raja Berperlembagaan negara

Jawapan:
ini.

KEPENTINGAN
MENGHORMATI NEGARA
Mewujudkan rasa cinta dan
bangga pada Negara.
Melambang jati diri kita sebagai
rakyat Malaysia yang cintakan
Negara.
Mewujudkan perasaan taat setia
pada Negara.
Mewujudkan perpaduan antara
kita sebagai warganegara
Malaysia.

MODUL PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

HORMAT

LAMPIRAN 1
Bunga Raya, Jalur Gemilang
Sebagai lambang negara Malaysia

LAMPIRAN 2
1.

Kepentingan menghormati Jalaur Gemilang ialah dapat menaikan semangat


patriotisme dan membangkitkan rasa cinta akan negara. Perpaduan rakyat
pelbagai kaum dapat disatukan dengan menghormati Jalur Gemilang.

2.

Saya berasa cinta akan negara dan syukur menjadi rakyat Malaysia.

3.

Kita mengibarkan Jalur Gemilang di premis kerajaan pada setiap masa. Kita
juga boleh meletakkan Jalur Gemilang pada kenderaan terutama pada
sambutan Hari Kemerdekaan.
Untuk memupuk semangat cintakan negara
Cintakan semangat patriotik
Melambangkan jati diri sebagai rakyat Malaysia

Menghormati lagu Negaraku


Sebagai tanda kebanggan dan kesetiaan kepada negara

Lampiran 3
Menegur mereka secara berhemah supaya menghormati Jalur Gemilang.
Mengambil Jalur Gemilang tersebut dan memasangnya semula pada tiang bendera.

LAMPIRAN 4
X

Anda mungkin juga menyukai