Anda di halaman 1dari 11

GARIS PANDUAN KURIKULUM

PERSATUAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

EDISI 2014




BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

1

GARIS PANDUAN KURIKULUM
PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara
pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan
satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah
generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

1.2 Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan
kerajaan mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat, dan bakat murid
berdasarkan objektif yang diutarakan.

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini,
Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan
tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat
menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam berbagai-bagai bidang seperti puisi,
penulisan, dan lakonan. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan
yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

2
ugut, lumba haram, dan ponteng sekolah dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Bahasa
Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai
murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, usaha untuk
membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan, dan
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.


3.0 MATLAMAT
Melahirkan insan yang berketerampilan daripada pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji
dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.


4.0 OBJEKTIF
4.1 Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu.
4.2 Menggunakannya bahasa Melayu secara gramatis.
4.3 Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri, dan negara supaya wujud warganegara yang
berkualiti dan memiliki jati diri yang tinggi.
4.4 Mewujudkan persatuan yang bergiat aktif untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan
tinggi, berketerampilan, dan dapat berkomunikasi dengan baik.
4.5 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat, dan kemahiran murid dalam aktiviti yang
dirancang.
4.6 Memaksimumkan penglibatan, kerjasama, dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu
bapa serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.
4.7 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya
Melayu.
4.8 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga, dan kreativiti serta menyertai
pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan kebangsaan.
4.9 Melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
4.10 Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang unggul dan peka akan nilai-
nilai kemasyarakatan dalam kalangan murid.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

3

5.0 GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
(TAHUN 4, 5 DAN 6)


PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

1

Pendaftaran ahli baharu dan
mesyuarat

Murid dapat:
(i) Berinteraksi antara
satu sama lain.
(ii) Memberi dan
menyatakan
pendapat.
(iii) Merancang aktiviti
dengan berkesan.

(i) Pendaftaran ahli-ahli baharu.
(ii) Taklimat persatuan (fungsi
persatuan, tanggungjawab ahli
dan sebagainya).
(iii) Memperkenalkan guru
penasihat dan AJK.
(iv) Majlis suai kenal antara ahli
(v) Membentangkan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang
tahun.
(vi) Pembahagian kumpulan.



Borang pendaftaran dan
bahan edaran.


2

Menceriakan papan
kenyataan Persatuan
Bahasa Melayu

Murid dapat:
(i) Bekerjasama dalam
satu kumpulan.
(ii) Menunjukkan kreativiti
menghias papan
kenyataan.
(iii) Mempunyai perasaan
bangga menjadi ahli
persatuan
(iv)






(i) Murid bekerja secara
berkumpulan untuk menghias
dan menceriakan papan
kenyataan dengan
menampalkan carta organisasi
persatuan, peribahasa, pantun,
syair, sajak, biodata, dan
sumbangan tokoh bahasa, dan
istilah bahasa.

Carta organisasi dan bahan-
bahan berkaitan untuk
ditampal di papan kenyataan.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

4
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

3

Permainan Bahasa (Teka
Silang Kata)







Murid dapat:
(i) Berfikir secara kreatif
untuk menyelesaikan
masalah.
(ii) Merancang
penggunaan masa
dengan bijak.

(i) Guru menerangkan cara
permainan tersebut dalam
kumpulan, ahli-ahli
melengkapkan kata dengan
huruf yang sesuai hingga
menjadi kata yang lengkap.
(ii) Pengumuman pemenang.



Borang teka silang kata.




4

Pantun Teka-teki

Murid dapat:

(i) Memilih teka-teki yang
ingin dikemukakan.
(ii) Menyatakan ciri-ciri
pantun 4 kerat.
(iii) Menukarkan teka-teki
dalam bentuk prosa
kepada bentuk
pantun.

(i) Ahli memberi pelbagai contoh
teka-teki.
(ii) Guru menerangkan cara
mencipta teka-teki berdasarkan
pantun empat kerat.
(iii) Menerusi kumpulan, ahli
mencipta sekurang-kurangnya
dua rangkap pantun teka-teki.
(iv) Wakil kumpulan
mempersembahkan pantun
teka-teki masing-masing.
(v) Setiap kumpulan
mempamerkan pantun teka-teki
yang telah dihasilkan.













Pantun teka-teki.




GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

5
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

5

Bercerita








Murid dapat:
(i) Berkongsi maklumat
sesama ahli persatuan
dalam bentuk cerita.
(ii) Membina keyakinan
diri untuk
menyampaikan cerita.
(iii) Menghuraikan
pengajaran daripada
cerita yang
disampaikan.


(i) Mengadakan tayangan
bercerita.
(ii) Berbincang tentang
Pertandingan bercerita yang
telah ditonton.
(iii) Ahli-ahli menyampaikan cerita
berdasarkan bahan yang telah
disediakan oleh mereka.
(iv) Menyampaikan cerita dengan
cara yang bersahaja dan
menarik.

CD Pertandingan
Bercerita.

6








Pengucapan Awam








Murid dapat:
(i) Mencari isi-isi penting
untuk pengucapan
awam.
(ii) Menyampaikan
pengucapan awam.
(iii) Memberi ulasan
terhadap
persembahan rakan.

(i) Guru menerangkan cara
pengucapan awam yang
menarik.
(ii) Ahli menyediakan bahan
berdasarkan tema yang diberi.
(iii) Menyampaikan pengucapan
umum dengan cara yang
menarik.
(iv) Mengulas pengucapan awam
ahli.


Akhbar dan majalah.




7

Syarahan/Pidato








Murid dapat:
(i) Berbincang untuk
mencari isi.
(ii) Menyampaikan pidato
berdasarkan apa-apa
yang telah
dibincangkan.
(iii) Menyampaikan pidato
dengan gaya yang
menarik.

(i) Mengadakan tayangan pidato.
(ii) Berbincang tentang pidato yang
telah ditonton.
(iii) Ahli-ahli menyampaikan pidato
berdasarkan bahan yang telah
disediakan oleh mereka.
(iv) Menyampaikan pidato dengan
cara yang betul dan menarik.





CD Pidato.






GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

6
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

8








Nyanyian








Murid dapat:
(i) Memilih lagu yang
sesuai untuk
dipersembahkan.
(ii) Menyatakan mesej
yang boleh diambil
daripada lagu
tersebut.

(i) Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
(ii) Murid diberi kebebasan memilih
lagu-lagu yang sesuai seperti
lagu patriotik, lagu rakyat, lagu
kanak-kanak atau sebarang
lagu yang berunsurkan moral
dan pengajaran.


Lirik lagu.



9

Sajak

Murid dapat:
(i) Menyatakan ciri-ciri
sajak.
(ii) Mencipta sajak
berdasarkan
pengalaman dan
pengetahuan murid.
(iii) Mendeklamasikan
sajak yang telah
dicipta.

(i) Ahli-ahli menyatakan pelbagai
jenis puisi yang diketahui.
(ii) Ahli-ahli menyenaraikan ciri-ciri
sajak.
(iii) Guru menerangkan teknik
mudah menghasilkan sajak.
(iv) Ahli-ahli mengarang sajak.
(v) Ahli-ahli mendeklamasikan
sajak dengan sebutan yang
betul.


Kertas mahjong.

10









Syair


Murid dapat:
(i) Menyatakan ciri-ciri
syair.
(ii) Mencipta syair
mengikut kemampuan
murid.
(iii) Melagukan syair
dengan bimbingan
guru.

(i) Guru menerangkan cara-cara
mengarang syair yang baik.
(ii) Ahli-ahli mengarang syair.
(iii) Guru memperdengarkan syair
(iv) Ahli-ahli melagukan syair
dengan betul.
(v) Guru merakamkan
penyampaian syair yang betul.






CD syair.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

7
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

11





Seni Lakon/Teater




Murid dapat:
(i) Memilih tajuk yang
sesuai untuk
dilakonkan.
(ii) Membuat
persembahan
lakonan.

(i) Ahli membentuk kumpulan.
(ii) Setiap kumpulan memilih tajuk
yang sesuai untuk dilakonkan.
(iii) Persembahan lakonan.

Skrip drama.

12







Bicara Berirama

Murid dapat:
(i) Menyatakan konsep
bicara berirama.
(ii) Menyediakan skrip
bicara berirama.
(iii) Menyampaikan bicara
berirama dengan gaya
yang menarik.



(i) Guru menerangkan konsep
bicara berirama.
(ii) Guru menyediakan bahan
berdasarkan tema.
(iii) Menyampaikan bicara
berirama dengan cara yang
menarik.
(iv) Mengulas persembahan murid
(v) Beri tema dan murid
menyediakan skrip untuk
pertandingan.


Skrip bicara berirama.

13





Bicara Berirama

Murid dapat:
(i) Menyatakan format
pemarkahan bicara
berirama.

(i) Pertandingan bicara berirama
mengikut kumpulan ditetapkan.
(ii) Guru menerangkan kriteria
pemarkahan.
(iii) Murid memulakan
pertandingan.

Borang markah
penghakiman.

14






Wawancara






Murid dapat:
(i) Berdialog dengan
rakan tentang sesuatu
isu.

(i) Guru menetapkan tajuk
wawancara.
(ii) Guru menerangkan ciri-ciri
wawancara yang baik.
(iii) Aktiviti simulasi dijalankan.

CD wawancara.






GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

8
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

15

(i) Menghasilkan Buku
Skrap
(ii) Menghasilkan koleksi
berita daripada akhbar
berkaitan dengan sesuatu
tajuk (contoh
pencemaran) untuk
digunakan sebagai bahan
menulis pertandingan
esei

Murid dapat:
(i) Membuat rangka kerja
untuk menghasilkan
buku skrap.
(ii) Mencari maklumat
untuk menghasilkan
buku skrap.
(iii) Menghasilkan buku
skrap dalam tempoh
yang ditetapkan.

(i) Murid bersedia dengan buku
skrap dan bahan berita yang
disediakan lebih awal (tiga
minggu).
(ii) Guru menerangkan buku skrap
yang ingin dihasilkan.
(iii) Mempersembahkan hasil buku
skrap berdasarkan kreativiti
masing-masing.
(iv) Mendapatkan maklumat untuk
menulis esei deskriptif/rencana.
(v) Murid menyelesaikan esei
tersebut dalam tempoh
seminggu sebelum dinilai oleh
guru (dihantar untuk
pertandingan di sekolah/
daerah/negeri/kebangsaan.


Bahan-bahan surat khabar.






16

Permainan Sahibba

Murid dapat:
(i) Menerangkan
peraturan permainan
sahibba.
(ii) Membina perkataan
daripada ubin yang
diperoleh.
(iii) Menentukan
pemenang mengikut
jumlah markah
tertinggi.

(i) Guru memberikan permainan
sahibba kepada murid.
(ii) Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
(iii) Ahli kumpulan berusaha
mengeja perkataan dengan
betul dalam jangka masa yang
ditetapkan.





Peralatan permainan
sahibba.






GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

9
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

17

Kembara Bahasa

Murid dapat:
(i) Berbincang untuk
menentukan destinasi
yang ingin dilawati.
(ii) Membuat kertas kerja
lawatan dengan
bimbingan guru.

(i) Guru memberi taklimat dan
tugasan yang perlu dilakukan.
(ii) Melawat tempat-tempat yang
menarik dan berkaitan
(luar negeri).
(iii) Ahli menyiapkan tugasan yang
ditetapkan.
(iv) Ahli-ahli menghantar laporan.


Gambar dan video tempat-
tempat menarik.

18

Mesyuarat Agung

Murid dapat:
(i) Mengendalikan
mesyuarat mengikut
peraturan.
(ii) Mencatat minit
mesyuarat dengan
cara yang betul.
(iii) Membuat
pembentangan
laporan mengikut
peraturan mesyuarat.

(i) Ucapan pengerusi.
(ii) Membentangkan dan
mengesahkan minit mesyuarat
yang lepas.
(iii) Membentangkan laporan
tahunan.
(iv) Membentangkan dan
menerima
laporan kewangan.
(v) Pembubaran jawatan kuasa
lama dan melantik pengerusi
sementara.
(vi) Melantik AJK baharu.
(vii) Pembentangan usul.


Borang catatan minit
mesyuarat dan contoh minit
mesyuarat.

19








Karnival Persatuan Bahasa
Melayu

Murid dapat:
(i) Membuat
perancangan
persiapan
pertandingan
(ii) Melantik AJK
pelaksana untuk
menjalankan
pertandingan.

(i) Mengadakan pertandingan
aktiviti terpilih sebagai persiapan
tahun hadapan.
(ii) Murid menyediakan lokasi
pertandingan.
(iii) Melantik hakim.
(iv) Melantik pengerusi
pertandingan.



Borang penghakiman bicara
berirama, berbalas pantun
bercerita dan pidato.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

10
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

20

Jamuan Akhir Tahun

Murid dapat:
(i) Membuat
perancangan untuk
mengendalikan majlis
jamuan akhir tahun.
(ii) Menyusun atur cara
majlis mengikut tema
yang ditetapkan.
(iii) Mengendalikan
perjalanan majlis
dengan berkesan.


(i) Mengedarkan kad undangan.
(ii) Menyediakan tempat jamuan.
(iii) Menceriakan tempat jamuan.
(iv) Menyediakan menu dan atur
cara.
(v) Ucapan, jamuan dan
penyampaian hadiah/sijil
penghargaan.


Teks pengacara majlis.




Cadangan aktiviti perjumpaan di atas boleh disusun semula mengikut kesesuaian dan guru boleh
menambah nilai aktiviti yang dicadangkan.

Anda mungkin juga menyukai