Anda di halaman 1dari 10

GARIS PANDUAN KURIKULUM

PERSATUAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Kelolaan:
unit bahasa melayu
Sektor pengurusan aktiviti murid
Bahagian kokurikulum dan kesenian
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU


1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara
pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan
satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah
generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

1.2 Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan
kerajaan mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid
berdasarkan objektif yang diutarakan.

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini,
Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan
tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat
menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam berbagai-bagai bidang seperti puisi,
penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi
dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya
hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang
demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua
aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid
yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di samping itu, usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan
bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.

1
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

3.0 MATLAMAT

Melahirkan insan yang berketerampilan daripada pelbagai aspek, berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji
dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyuburkan perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu


4.2 Menggunakannya bahasa Melayu secara gramatis.
4.3 Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang
berkualiti dan memiliki jati diri yang tinggi.
4.4 Mewujudkan satu Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk melatih murid
yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.
4.5 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang.
4.6 Memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu
bapa serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.
4.7 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya
Melayu.
4.8 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai
pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
4.9 Melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa di samping
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
4.10 Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang unggul dan peka akan nilai-
nilai kemasyarakatan dalam kalangan murid.

2
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

5.0 GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


(TAHUN 4, 5 DAN 6)

PERJUMPAAN TAJUK AKTIVITI CATATAN

1 Pendaftaran ahli baharu dan I. Pendaftaran ahli-ahli baharu - Guru


mesyuarat II. Taklimat persatuan (fungsi menyediak
persatuan, tanggungjawab ahli an borang
dan sebagainya) pendaftara
III. Memperkenalkan guru n dan
penasihat dan AJK bahan
IV. Majlis suai kenal antara ahli edaran
V. Membentangkan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang tahun
VI. Pembahagian kumpulan

2 Menceriakan papan kenyataan -murid bekerja secara


Persatuan Bahasa Melayu berkumpulan untuk menghias dan
menceriakan papan kenyataan
dengan menampalkan carta
organisasi persatuan, peribahasa,
pantun, syair, sajak, biodata dan
sumbangan tokoh bahasa, istilah
bahasa dan sebagainya

3 Permainan Bahasa (Teka Silang -guru menerangkan cara -menyediakan


Kata) permainan tersebut bahan edaran
-dalam kumpulan, ahli-ahli yang
melengkapkan kata dengan huruf mengandungi
yang sesuai hingga menjadi kata teka silang kata
yang lengkap

3
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

-pengumuman pemenang

4 Pantun Teka-teki - ahli memberi pelbagai contoh -contoh pantun


teka-teki teka-teki:
-guru menerangkan cara mencipta
teka-teki berdasarkan pantun Pagi minggu
empat kerat pergi membajak,
-dalam kumpulan, ahli mencipta pergi bersama
sekurang-kurangnya dua rangkap anak lelaki, jika
pantun teka-teki tuan orang yang
-wakil kumpulan bijak, apakah
mempersembahkan pantun teka- haiwan berkeris
teki masing-masing di kaki
-setiap kumpulan mempamerkan
pantun teka-teki yang telah (kumpulan lain
dihasilkan menjawab teka-
teki yang
dikemukakan)

5 Bercerita -mengadakan tayangan bercerita -Ahli diminta


-berbincang tentang Pertandingan menyediakan
bercerita yang telah ditonton bahan seminggu
-ahli-ahli menyampaikan cerita sebelum
berdasarkan bahan yang telah perjumpaan
disediakan oleh mereka -tayangan CD
-menyampaikan cerita dengan Pertandingan
cara yang bersahaja dan menarik. Bercerita

6 Pengucapan Awam -guru menerangkan cara -ahli mencari


pengucapan awam yang menarik bahan yang
-ahli menyediakan bahan berkaitan
berdasarkan tema yang diberi

4
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

-menyampaikan pengucapan
umum dengan cara yang menarik
-mengulas pengucapan awam ahli

7 Syarahan/Pidato -mengadakan tayangan pidato -Ahli diminta


-berbincang tentang pidato yang menyediakan
telah ditonton bahan seminggu
-ahli-ahli menyampaikan pidato sebelum
berdasarkan bahan yang telah perjumpaan
disediakan oleh mereka -tayangan CD
-menyampaikan pidato dengan Pidato
cara yang betul dan menarik

8 Nyanyian -murid dibahagikan kepada -aktiviti nyanyian


beberapa kumpulan dapat menyemai
-murid diberi kebebasan memilih nilai estetika dan
lagu-lagu yang sesuai seperti lagu cintakan seni
patriotic, lagu rakyat, lagu kanak- dalam jiwa murid
kanak atau sebarang lagu yang
berunsurkan moral dan pengajaran

9 Sajak - ahli-ahli menyatakan pelbagai -guru


jenis puisi yang diketahui menggunakan
-ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak teknik permata
-guru menerangkan teknik mudah untuk
menghasilkan sajak memudahkan ahli
-ahli-ahli mengarang sajak mencipta sajak
-ahli-ahli mendeklamasikan sajak
dengan sebutan yang betul

10 Syair -guru menerangkan cara-cara Bersyair secara


mengarang syair yang baik langsung/Pita

5
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

-ahli-ahli mengarang syair rakaman


-guru memperdengarkan syair Contoh : Syair Siti
-ahli-ahli melagukan syair dengan Zubaidah, Syair
betul. Dandan Setia
-guru merakamkan penyampaian
syair yang betul

11 Seni Lakon/Teater -ahli membentuk kumpulan -setiap kumpulan


-setiap kumpulan memilih tajuk telah bersedia
yang sesuai untuk dilakonkan sekurang-
-persembahan lakonan kurangnya dua
minggu sebelum
perjumpaan
diadakan

12 Bicara Berirama -guru menerangkan konsep bicara -setiap kumpulan


berirama. bersedia dengan
-guru menyediakan bahan skrip untuk
berdasarkan tema. pertandingan
-menyampaikan bicara berirama
dengan cara yang menarik
-mengulas persembahan murid
-beri tema dan murid menyediakan
skrip untuk pertandingan
13 Bicara Berirama -pertandingan bicara berirama -guru sebagai
mengikut kumpulan ditetapkan hakim
-guru menerangkan kriteria menentukan
pemarkahan pemenang
-murid memulakan pertandingan

6
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

14 Wawancara -guru menetapkan tajuk -ahli dibahagikan


wawancara kepada tiga
-guru menerangkan ciri-ciri kumpulan
wawancara yang baik i. panel
-aktiviti simulasi dijalankan ii. wartawan
iii. penonton

15 Menghasilkan Buku Skrap - murid bersedia dengan buku Bahan-bahan


skrap dan bahan berita yang surat khabar
Menghasilkan koleksi berita daripada disediakan lebih awal (tiga minggu)
akhbar berkaitan dengan sesuatu -guru menerangkan buku skrap
tajuk (contoh pencemaran) untuk yang ingin dihasilkan
digunakan sebagai bahan menulis -mempersembahkan hasil buku
pertandingan esei skrap berdasarkan kreativiti
masing-masing
-mendapatkan maklumat untuk
menulis esei deskriptif/rencana
-murid menyelesaikan esei
tersebut dalam tempoh seminggu
sebelum dinilai oleh guru (dihantar
untuk pertandingan di sekolah/
daerah/negeri/kebangsaan

16 Permainan Sahiba -guru memberikan permainan -menyediakan


sahiba kepada murid peralatan
-murid dibahagikan kepada permainan sahiba
beberapa kumpulan
-ahli kumpulan berusaha mengeja
perkataan dengan betul dalam
jangka masa yang ditetapkan

7
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

17 Kembara Bahasa -guru memberi taklimat dan Contoh tugasan:


tugasan yang perlu dilakukan
-melawat tempat-tempat yang menyenaraikan
menarik dan berkaitan keistimewaan
(luar negeri) tempat yang
-ahli menyiapkan tugasan yang dilawati
ditetapkan -menyediakan
-ahli-ahli menghantar laporan diari lawatan

18 Mesyuarat Agung -ucapan pengerusi -Menyediakan


-membentangkan dan peralatan untuk
mengesahkan minit mesyuarat mencatat minit
yang lepas mesyuarat
-membentangkan laporan tahunan
-membentangkan dan menerima
laporan kewangan
-pembubaran jawatan kuasa lama
dan melantik pengerusi sementara
-melantik AJK baharu
-pembentangan usul

19 Karnival Bahasa Melayu Persatuan -mengadakan pertandingan aktiviti -bicara berirama


terpilih sebagai persiapan tahun -berbalas pantun
hadapan -cerita dan pidato
-murid menyediakan lokasi
pertandingan
-melantik hakim
-melantik pengerusi pertandingan
Jamuan Akhir Tahun -mengedarkan kad undangan -mesyuarat
-menyediakan tempat jamuan tentang jamuan
-menceriakan tempat jamuan tersebut telah

8
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

20 -menyediakan menu dan atur cara diadakan 2


-ucapan, jamuan dan minggu sebelum
penyampaian hadiah/sijil jamuan
penghargaan berlangsung

Cadangan aktiviti perjumpaan di atas boleh disusun semula mengikut kesesuaian dan guru boleh
menambah nilai aktiviti yang dicadangkan.

Anda mungkin juga menyukai