Anda di halaman 1dari 8

Baca petikan di bawah Kini pelancongan menjadi suatu industri baru yang boleh menjana pendapatan negara.

Kemasukan pelancong ke negara ini akan meningkatkan aliran masuk mata wang asing.

Malaysia mempunyai keupayaan yang besar untuk maju dalam bidang pelancongan. Hal ini demikian, kerana Negara kita mempunyai kemudahan seperti sistem pengangkutan terbaik. Selain itu, hotel-hotel juga menawarkan harga yang berpatutan. Semua ini menjadi asas penting dalam industri pelancongan.

Selain kemudahan asas yang sempurna, Malaysia mempunyai keunikan dari segi pelancongan yang ditawarkan. Pelancong bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai dan pulau-pulau yang ada, malah Negara kita juga menawarkan percutian di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Bukit Fraser. Sejak dahulu lagi, negara kita terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang indah. Misalnya, Pulau Tioman dikatakan pulau tercantik di dunia. Kewujudan tempat-tempat pelancongan seperti ini Berjaya menarik banyak pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

Selain itu, Malaysia juga dikenali ramai kerana keunikan dari segi masyarakatnya. Penduduk Negara ini terdiri daripada pelbagai kaum tetapi kita hidup bersatu padu dan harmoni. Malah, setiap kaum yang tinggal di Negara ini bebas untuk mengamalkan budaya kaum masingmasing. Ole itu, kepada pelancong yang ingin menyaksikan kepelbagaian budaya mereka berasa seronok untuk berkunjung ke negara kita.

Di samping keunikan di atas, Malaysia menjadi destinasi pelancongan kerana negara kita sentiasa menganjurkan program seperti pesta, karnival dan lain-lain untuk menarik pelancong berkunjung ke negara ini. Program pelancongan seperti Pesta Air, Pesta Buah-buahan, Karnival Membeli-belah memang ditunggu-tunggu oleh pelancong. Secara tidak langsung, programprogram tersebut menggalakkan perkembangan industri pelancongan di Malaysia.

Kesimpulannya, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai rancangan untuk memajukan industri pelancongan dan sekali gus menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan yang unggul. Oleh itu, rakyat perlu memainkan peranan masing-masing agar usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan Berjaya.

Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Jawab semua soalan di bawah. 1. Bagaimanakah pelancongan dapat menjana ekonomi negara? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

2.

Mengapakah pelancong-pelancong sering datang melawat ke Malaysia? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

3.

Apakah keunikan masyarakat di negara kita? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

4.

Apakah system pengangkutan terkini yang terdapat di negara kita? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

5.

Apakah peranan yang harus dimainkan oleh rakyat dalam meningkatkan sektor pelancongan? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Matapelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 1 Mac 2012 Masa : 9.15 am - 10.15 am (60minit) Tahun : 6 Amanah Bil Murid : 30 orang Tema : Pelancongan Tajuk : Pelancongan di Malaysia Nilai Murni : i. Bekerjasama

ii. Hormat-menghormati iii. Patriotisme Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat; 1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. 3. Berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan Fokus Utama : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks Aras 2 i. 5.2 Membaca dan mengenal pasti idea yang terdapat dalam teks.

Membaca kuat teks, prosa, puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 ii. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan : 3.1 : Menyampaikan maklumat tentang sesuatu atau tajuk dengan menggunakan istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 i. Mengakategorikan isi penting berdasarkan topik . Kemahiran Bernilai Tambah : 1. kemahiran Berfikir :i .Merumus ii. Mengenal pasti idea utama iii. Menjana idea 2. Kecerdasan Pelbagai i. Interpersonal ii. ii. Verbal-linguistik Tatabahasa : Penanda wacana BBM : Petikan, kad gambar, kad huruf, borang lakaran grafik, lembaran kerja Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar melihat pelancong yang datang melawat ke negara kita

Langkah Set induksi

Isi kandungan P N G E C A L O N A N

Aktiviti 1. Guru mengedarkan kad huruf 2. Murid diminta mencantumkan kad huruf untuk membentuk perkataan. 4. Bersoal jawab tentang perkataan yang terbentuk. 3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

Catatan BBM: Kad huruf KB: Menjana idea

Langkah 1

Murid membaca petikan yang 1. Guru mengedarkan petikan. bertajuk Pelancongan di 2. Murid diminta membaca petikan Malaysia tersebut secara senyap. 3. Murid diminta membaca petikan secara individu.

BBM: Petikan KBT: Kecerdasan pelbagai - verbal linguistik Nilai: Patriotisme

Langkah 2

1. Murid dibahagikan kepada enam Murid-murid melengkapkan kumpulan. borang lakaran grafik. 2. Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan tentang isi-isi penting yang terdapat dalam petikan dengan bimbingan guru. 3. wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.

BBM: borang lakaran grafik KBT: Kemahiran berfikir: mengenal pasti idea utama Kecerdasan pelbagai - verbal linguistik -interpersonal Nilai: kerjasama BBM: borang lakaran grafik KBT: merumus Kemahiran berfikir: mengenal pasti idea utama Kecerdasan pelbagai - verbal linguistik Nilai: kerjasama

Langkah 3

Pembentangan kumpulan

1. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka. 2. Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan setiap kumpulan

Penanda wacana Langkah 4 Selain itu Penutup Oleh itu Penutup Hal ini demikian Penutup Di samping itu Penutup 1. murid-murid diminta mencari dan menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan. 2. penerangan tentang penggunaan penanda wacana. 3. Murid ditunjukkan dengan contohcontoh penanda wacana yang lain. BBM: Kad Perkataan Tatabahasa: penanda wacana

Penutup

Soalan lembaran kerja

1. Guru mengedarkan soalan lembaran kerja. 2. murid-murid dikehendaki menjawab soalan pada lembaran kerja. 3. Penerapan nilai

BBM: soalan lembaran kerja KBT: Kemahiran berfikir: Kecerdasan pelbagai - verbal linguistik Nilai: kerjasama

PENANDA WACANA

Oleh itu Justeru itu Kemudian Tambahan pula Namun begitu Dengan demikian Sebelum itu

walaubagaimanapun Lantaran itu Selepas itu Sungguhpun begitu Oleh sebab itu Lagi pun Lebih-lebih lagi

Anda mungkin juga menyukai