Anda di halaman 1dari 1

Nota Ringkas Rundingan Kemerdekaan

Rombongan Merdeka
1. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berunding dengan raja-raja
Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan.
2. Satu rombongan kemerdekaan telah dibentuk diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
3. Rombongan Merdeka terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti
Perikatan.

Matlamat Rombongan Merdeka


1. Matlamat Rombongan Merdeka ke London bertujuan untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.

Perjanjian London
1. Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd Setiausaha Tanah Jajahan British.
2. Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
3. Rombongan Merdeka telah kembali ke tanah air pada 20 Februari 1956 disambut secara besar-besaran
di padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
4. Dalam perhimpunan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah
Melayu, sambil orang ramai yang hadir melaungkan “Merdeka”.

Nota Ringkas Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan


1. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, bendera Union Jack diturunkan.
2. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO.
3. Peristiwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dengan laungan merdeka
bergema menandakan kemenangan rakyat bebas daripada belenggu penjajahan.
4. Pada keesokan harinya, 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu telah lakukan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
5. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa.
6. Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan telah membaca pengisytiharan kemerdekaan
Negara dengan lantang.
7.Tunku kemudian melaungkan laungan Merdeka dan disambut oleh rakyat yang memenuhi ruangan
stadium

Anda mungkin juga menyukai