Anda di halaman 1dari 2

INFO SEJARAH BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum wbt. Saya Arissa Shafiyyah.


Dan saya Nurqistina Balqis.
Kami dari kelas 6 dedikasi.
Kami akan membacakan peristiwa bersejarah sepanjang bulan Februari yang berlaku dalam negara kita.
Kawan-kawan nak tahu peristiwa bersejarah di negara kita?
Arissa, mari kita mulakan.
Pada 1 hb Februari dalam tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari 11 buah negeri iaitu
Melaka, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan
Terengganu telah ditubuhkan. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini juga telah memansuhkan Malayan
Union yang mendapat bantahan hebat dari orang-orang melayu dan mengembalikan kedudukan simbolik
Raja-Raja Melayu. Qistina, sila sambung.
Pada 1hb Februari dalam tahun 1974, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga ditubuhkan dan pada 1hb
Februari tahun 2001 Wilayah Persekutuan Putrajaya ditubuhkan. Banyak juga peristiwa bersejarah berlaku
pada 1 februari ye Arissa.
Ye Qistina.Pada 1hb Februari juga dalam tahun 2013 Istana Negara dijadikan Muzium Diraja. Istana Negara
yang menjadi tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong 1 hingga
13 itu telah mula dibuka kepada orang ramai mulai 1hb Februari 2013.
Pada 1hb Februari juga dalam tahun 1972 Kuala Lumpur dinaiktaraf menjadi sebuah bandaraya yang ditadbir
urus oleh Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota ketika itu. Kawan-
kawan, pada 8hb Februari 1956, Perjanjian London ditandatangani oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj mewakili Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Lord Lennox Boyd iaitu Setiausaha
tanah jajahan British mewakili kerajaan British di Lancaster House, London untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Bukan mudah rupanya negara kita mencapai kemerdekaan ye kawan-kawan. Jasa
Tokoh-tokoh ini akan sentiasa kita kenang.
Betul tu Qistina. Ini pon tokoh yang perlu kita hargai jasanya. Pada 14hb Februari tahun 1942, Leftenan Adnan
bin Saidi dari Rejimen Askar Melayu telah terkorban dalam peperangan hebat menentang askar Jepun di Bukit
Chandu Johor. Beliau mati dalam mempertahankan negara kita, suatu kehilangan yang amat dirasai hingga
kini.
Pada 19hb Februari 1993, pencipta bendera negara kita yang merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya
Johor Bahru En Mohamed Hamzah telah meninggal dunia.
20 Februari 1956, Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu telah dibuat di Padang Merdeka Banda
Hilir Melaka oleh Yang teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan delegasi rombongan
sekembalinya dari rundingan kemerdekaan di Kota London.
22 Februari 1942 Upacara Penyerahan Kuasa oleh tentera Jepun kepada Kerajaan British telah dijalankan di
Victorial Institution Kuala Lumpur. Dala Upacara ini, Jenderal-jenderal Jepun telah menyerahkan pedang
samurai mereka kepada Leftenan Jenderal Sir Frank Messervy Pegawai Pemerintah Malaya Command. Ya
kawan-kawan, itu adalah antara beberapa peristiwa bersejarah sepanjang bulan Februari yang sempat kami
rakamkan.
Semoga kita semua sentiasa menghargai sumbangan tokoh-tokoh negara yang tidak sedikit jasanya dalam
membentuk sebuah negara Malaysia yang berdaulat. Sehingga berjumpa di lain ketika..
KENANG SEJARAH, TINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME.
DENGAN MEMAHAMI SEJARAH AKAN DAPAT MENINGKATKAN SEMANGAT KECINTAAN RAKYAT TERHADAP
NEGARA.
SEKIAN TERIMA KASIH. SAYANGI MALAYSIAKU.
INFO SEJARAH BULAN FEBRUARI

TARIKH PERISTIWA BERSEJARAH


Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari 11 buah negeri iaitu
Melaka, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu telah
1 Februari
ditubuhkan. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini juga telah
1948
memansuhkan Malayan Union yang mendapat bantahan hebat dari
orang-orang melayu dan mengembalikan kedudukan simbolik Raja-
Raja Melayu.
Kuala Lumpur dinaiktaraf menjadi sebuah bandaraya yang ditadbir
1 Februari
urus oleh Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang merupakan
1972
Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota ketika itu.
1 Februari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan.
1974
1 Februari
Wilayah Persekutuan Putrajaya ditubuhkan.
2001
Istana Negara dijadikan Muzium Diraja. Istana Negara yang menjadi
1 Februari tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
2013 Yang Dipertuan Agong 1 hingga 13 itu telah mula dibuka kepada
orang ramai mulai 1hb Februari 2013.
Perjanjian London ditandatangani oleh Yang Teramat Mulia Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj mewakili Kerajaan Persekutuan Tanah
8 Februari
Melayu dengan Lord Lennox Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan
1956
British mewakili kerajaan British di Lancaster House, London untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Leftenan Adnan bin Saidi dari Rejimen Askar Melayu telah terkorban
14 Februari
dalam peperangan hebat menentang askar Jepun di Bukit Chandu
1942
Johor. Beliau mati dalam mempertahankan negara kita.
Pencipta bendera negara kita yang merupakan seorang arkitek
19 Februari
Jabatan Kerja Raya Johor Bahru En Mohamed Hamzah telah
1993
meninggal dunia.
Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu telah dibuat di
20 Februari Padang Merdeka Banda Hilir Melaka oleh Yang teramat Mulia Tunku
1956 Abdul Rahman Putra Al-Haj dan delegasi rombongan sekembalinya
dari rundingan kemerdekaan di Kota London.
Upacara Penyerahan Kuasa oleh tentera Jepun kepada Kerajaan
British telah dijalankan di Victorial Institution Kuala Lumpur. Dalam
22 Februari
upacara ini, Jenderal-jenderal Jepun telah menyerahkan pedang
1942
samurai mereka kepada Leftenan Jenderal Sir Frank Messervy
Pegawai Pemerintah Malaya Command.

Anda mungkin juga menyukai