Anda di halaman 1dari 48

Kenegaraan dan Pembangunan

Mutakhir Malaysia

BAB 3: IMPERIALISME
DAN ANCAMAN KOMUNIS

1
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Hasil Pembelajaran Topik

(1) Menghuraikan imperialisme British dan


Jepun.
(2) Mengaitkan imperialisme dengan
perkembangan negara.
(3) Menelusuri konflik negara dalam isu
kebangkitan kuasa dan ideologi komunis.

2
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Perjalanan Kuliah

(1) Pengenalan
(2) Imperialisme British
(3) Imperialisme Jepun
(4) Kebangkitan Komunisme
(5) Rumusan Perkuliahan

3
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

(1) Pengenalan

4
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

George Hans Nadel (1964)

Perkembangan kuasa atau kawalan samada secara


langsung oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat
ke atas bangsa dan masyarakat lain.

5
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

David Kenneth Fieldhouse (1961)

Satu kecenderungan sesuatu


masyarakat atau pemerintahan
untuk mengawal masyarakat
lain biar apa pun cara dan
tindakan itu.

6
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Webster’s New World Dictionary

Imperialisme sebagai satu dasar atau amalan


yang berhubung dengan penubuhan dan
pemeliharaan sebuah empayar melalui jalan
penaklukan, penempatan, penguasaan
ekonomi ataupun melalui politik.

7
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Rumusan Definisi

Penguasaan ke atas wilayah


asing dengan berbagai cara /
kaedah / pendekatan kerana
kepentingan tertentu.

8
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

PORTUGIS
24 Ogos 1511 - 16 Januari 1641 (130 tahun)
BELANDA
16 Januari 1641 - 20 Mac 1824 (183 tahun)
BRITISH
20 Mac 1824 - 8 Disember 1941 (117 tahun)
JEPUN
8 Disember 1941 - 5 September 1945 (4 tahun)
BRITISH
5 September 1945 – 31 Ogos 1957 (12 tahun)

Tempoh penjajahan : 446 Tahun

9
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

(2) Imperialisme British

10
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Tanah Melayu

Empayar taklukan British

11
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Faktor Tolakan

Perkembangan revolusi perindustrian di Eropah


yang memerlukan bahan mentah dan pasaran.

12
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Faktor Tarikan

Kemunduran kuasa Melayu: pergolakan, persaingan,


pertikaian dan peperangan sesama sendiri.
13
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Keperluan Strategik

Pulau Pinang

29 Jun 1786 : Francis Light


menduduki PP

11 Ogos 1786 : FL menduduki


PP atas nama
Raja George III

14
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Singapura

Raffles mengangkat Tengku Long


(Hussein) sebagai Sultan Singapura
berserta dengan syarat-syarat tertentu.

15
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Dasar Campurtangan British

Dasar rasmi British adalah tidak campur


tangan dalam urusan negeri.

Disebabkan keperluan perdagangan dan


persaingan, British terpaksa campur tangan.

British tidak mahu kuasa barat yang lain


menganggu-gugat kedudukan mereka.

16
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Titik Tolak Campurtangan

Melalui Perjanjian Pangkor


Di antara Sultan Perak dan British di atas
kapal HMS Pluto pada 18 Januari 1874.

17
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Syarat

Perak terpaksa menerima


seorang penasihat British
(Residen) bagi tujuan
pentadbiran.
Kemudian, Sistem Residen ini
merebak ke Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan.

18
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kelemahan Sistem Residen

Pentadbiran dijalankan di atas budi bicara


(tiada sistem).
Tiada garis panduan dalam pentadbiran.
Residen diberi kuasa penuh untuk
mewujudkan keamanan.
Kuasa residen terlalu bebas: tiada
penyelarasan di antara negeri-negeri.

19
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

1895, British mengarahkan Frank


Swettenham mendapatkan persetujuan
sultan-sultan.

FS memperdayakan sultan: menyatakan


bahawa NNMB adalah bagi memulangkan
kuasa sultan.
Hakikatnya, NNMB untuk memudahkan
pentadbiran dan mengukuhkan kuasa British
di bawah satu persekutuan.
20
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Julai 1896, Raja-raja Melayu


dan British telah menandatangani
Perjanjian Persekutuan 1896.

Ketua NNMB adalah Residen


Jeneral. Jawatan ini telah disandang
Oleh Frank Swettenham (1896-1901).

21
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Sultan dan pembesar Melayu hanya boleh bermesyuarat,


berbahas dan mengemukakan cadangan melalui
Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu (DURBAR), tetapi,
keputusan berada di tangan British.

Jawatan residen masih dikekalkan tetapi bukan sebagai


Penasihat sultan. Ianya hanya sebagai ketua pentadbiran
negeri.

22
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

FS telah mewujudkan jabatan di


peringkat persekutuan dan negeri
bagi pelarasan. Ketua jabatan
adalah pegawai British.

Kuala Lumpur
KL menjadi ibu pejabat.

Ramai tenaga kerja di bawa


masuk.

23
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesan NNMB

Kehadiran ramai pemodal Eropah


Bagi mengusahakan bijih timah
dan getah.
Bijih timah: Teknologi kapal korek
bagi menggantikan ‘cara dulang’.

Penanaman getah secara ladang


menggantikan sistem kebun.

24
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesimpulan Imperialisme British

Sistem Residen merupakan pengenalan


pentadbiran moden ala British.
Menghakis penguasaan sultan dan
pembesar ke atas pentadbiran negeri
dan daerah.
Pengenalan sistem Persekutuan telah
Memantapkan kuasa British melalui dasar
yang diperkenalkan.

25
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

(3) Imperialisme Jepun

26
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Idea Imperialisme

Matlamat Orde Baru Asia Timur Raya.


Tujuan Menyediakan wilayah yang cukup serba
serbinya dari segi keperluan bahan mentah.
Kawasan Berpusat di Jepun dengan keahlian China,
Indo-China, Manchuria, Thailand, Tanah Melayu,
Borneo, Hindia Timur Belanda, Australia,
New Zealand dll.

27
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Tujuan Utama Imperialisme

Jepun memerlukan bahan mentah:


bijih timah, getah dan petroleum
Sebagai input perindustrian.
Jepun memerlukan pasaran
bagi output perkilangannya.

28
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Cara Kemaraan

29
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Jepun mendarat di Pantai Sabak,


Kota Bahru, Kelantan.

70 hari: Jepun berjaya ke selatan


Tanah Melayu dengan kecekapan
anggota perisikan dan bantuan
orang tempatan.

15 Februari 1942 ; British di Tanah


Melayu menyerah kalah dengan
Jepun.

30
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Propaganda

Poster propaganda: Allahuakhbar, peliharalah kami


oleh tentera Jepun daripada penjajahan Barat!

31
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Dasar Pentadbiran Jepun

September 1942, Jepun mengiktiraf hak-hak raja Melayu.

Tujuan: Supaya orang Melayu tidak memberontak.


Jepun memberikan layanan buruk kepada Cina lanjutan
Perang China-Jepun 1937.
Jepun berbaik dengan India supaya dapat melaksanakan
dasar Jepun menentang British di negara India.

32
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Pembaharuan Pentadbiran

Thailand
1943, Jepun menyerahkan
Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu kepada Thailand.

Jepun menggabungkan
TM dengan Sumatera di
bawah satu pentadbiran.

33
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesan Sosial

Penindasan terhadap orang Cina.

Pemusuhan kaum Melayu-Cina.


Masalah kesihatan (perubatan
dan makanan yang kurang).
Ramai pemuda yang terpaksa
menjadi buruh paksa ‘Jalan
Keretapi Maut’,

34
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesan Ekonomi

Kemerosotan ekonomi:
ketidakmampuan membeli
keperluan.
Perusahaan bijih timah dan getah
merosot akibat kemusnahan
lombong, ladang dan kilang.
Nilai matawang jatuh: tiada
kawalan pencetakan matawang
‘pisang’.
35
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesan Politik

Kesedaran untuk mencapai


kemerdekaan.
Melahirkan semangat
nasionalisme.
Keyakinan orang Melayu untuk
mentadbir negara disebabkan
ramai yang bekerja pentadbiran
pada penjajahan Jepun.

36
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Penyerahan Kalah Jepun

15 Ogos 1945

37
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesimpulan Imperialisme Jepun

Penjajahan Jepun yang singkat


berjaya menyemarakkan perasaan
nasionalisme terhadap semua
kaum.

Susulan itu, kesedaran terhadap


perjuangan untuk kemerdekaan
tanah air telah diberi tumpuan.

38
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

(4) Kebangkitan Komunisme

39
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Latar Belakang Komunis

Fahaman komunis bermula


sejak 1925 menular melalui
cawangan parti Kuomintang
(KMT) yang mempunyai
hubungan langsung dengan
Komunis di China.

Memperjuangkan masyarakat
tanpa kelas, memiliknegarakan
tanah dan perindustrian.
40
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

1930: Parti Komunis Malaya


ditubuhkan. Mula melancarkan
aktiviti pemogokan, pemboikotan,
sabotaj dan demonstrasi.

Mendapat banyak sokongan


daripada orang Cina berbanding
Melayu dan India.

41
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Darurat (1948-1960)

PKM mengambil kesempatan ke


atas Tanah Melayu selepas British
mengambil alih kuasa dari Jepun.

PKM mengganggu perkembangan


ekonomi dan kehidupan harian
penduduk melalui hasutan untuk
pemogokan, keganasan serta
rusuhan golongan pekerja.

42
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

PKM berusaha mengambil alih


Tanah Melayu dan Singapura.

Mula menggerakkan
pemberontakan bersenjata
pada 1948 selepas
Persidangan Calcutta
(menyerang, merosakkan
kemudahan dan pengangkutan
awam serta jalan raya, ladang
dan membunuh).

43
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Meneruskan keganasan walaupun


setelah Darurat diisytiharkan pada
1948.

Darurat diisytiharkan kerana bagi


melindungi nyawa, harta benda dan
mengekalkan keamanan negara.

Rakyat dicengkam bimbang dan


trauma dengan keganasan komunis.

44
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Kesan Darurat

Ancaman Komunis tertumpu


pada orang Melayu diikuti India
dan kaum-kaum lain. Orang Cina
yang tidak mahu bekerjasama
dengan PKM turut menerima
nasib malang.

Ketegangan antara kaum


memuncak.
Usaha Komunis adalah untuk menyekat pembangunan dan
melumpuhkan ekonomi.

45
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Serangan Bukit Kepong, 23 Februari 1950

46
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

Rumusan
Perkuliahan

Penjajahan British menyebabkan sistem tradisional di Tanah


Melayu menjadi terhakis.

Penjajahan Jepun pula telah meluapkan semangat patriotik


untuk menuntut kemerdekaan.

Usaha penaklukan oleh PKM menyebabkan rakyat menjadi


mangsa dan pembangunan negara menjadi lembap.

47
Kenegaraan dan Pembangunan
Mutakhir Malaysia

SEKIAN
TERIMA KASIH

48

Anda mungkin juga menyukai