Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pengenalan

Sejarah ketenteraan di Malaysia bermula sejak abad ke-15 iaitu zaman Kerajaan Melayu

Melaka lagi. Lahirnya pahlawan-pahlawan Melayu yang menjadi tunjang utama dalam

organisasi ketenteraan. Walaupun dari segi struktur organisasi, jumlah kekuatan pasukan,

persenjataan dan kepakarannya tidaklah sama seperti sekarang yang menggunakan repal, meriam

dan peluru berpandu namun corak peperangan ketika itu bersesuaian dengan zaman tersebut.

Pahlawan Melayu pada masa lampau boleh dikatakan berwibawa, memiliki ketahanan mental

dan fizikal yang unggul dan berkemahiran dalam mengendalikan senjata. Perkara ini dapat

dilihat dengan wujudnya meriam-meriam, kapal-kapal perang dan benteng pertahanan yang

kukuh yang cukup digeruni oleh penjajah luar.

Perkembangan ketenteran di Malaysia dimulai dengan penubuhan Experimental

Company atau kompeni percubaan yang akhirnya menjadi Rejimen Askar Melayu Diraja

(RAMD) yang diwujudkan oleh British atas faktor desakan daripada Raja-Raja Melayu, para

Pembesar Melayu dan orang Melayu sendiri. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru seperti yang

didakwa oleh pihak kolonial tetapi ianya merupakan kesinambungan dalam sejarah dan tamadun

orang Melayu, khususnya dalam bidang ketenteraan. Rejimen pertama ini lahir atas dasar

inisiatif Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Shah ibni Yam Tuan Antah,

Sultan Perak Sultan Alang Iskandar ibni Almarhum Sultan Idris Musidul Adzam Shah, Undang

Luak Rembau Dato’ Abdullah Dahan dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan ibni Sultan

Abdullah.1

1
Sulaiman Zakaria, Azmah Che, Siri Kenegaraan: Angkatan Tentera Malaysia, Pustaka Cahaya Intelek, 2004, hlm
7.

1
Demi memastikan Tanah Melayu mempunyai sebuah pasukan bersenjata yang dianggotai

oleh anak watan maka Pasukan Rejimen Askar Melayu diwujudkan kerana para sultan dan

pembesar Melayu tidak begitu senang dan yakin terhadap kehadiran anggota bersenjata asing

yang memelihara kedaulatan dan keselamatan negara. Pada awalnya pihak British tidak

mengambil serius dengan cadangan tersebut dan akhirnya pihak British terpaksa akur dengan

kehendak para sultan dan pembesar Melayu kerana telah mula wujud ancaman meletusnya

perang di Eropah dan di Asia ekoran dasar imperialisme yang semakin membuak-buak. Kompeni

Percubaan ditubuhkan pada 1 Mac 1933 dan dikenali sebagai Rejimen Askar Melayu Diraja pada

1935.2

Rejimen ini pada awal telah menggabungkan beberapa unsur tradisi yang wujud dalam

masyarakat Melayu seperti pemakaian songkok, sampin dan penggunaan tulisan jawi pada

lencana yang menjadi lambang kegagahan dan keberanian. Cogan kata “Taat Setia” yang

menjadi moto RAMD turut menggambarkan sifat serta pegangan hidup masyarakat Melayu.

RAMD telah berkembang menjadi 10 buah batalion menjelah tahun 1968. Sejarah peperangan

secara langsung yang pernah terlibat iaitu Perang Dunia Ke-2, Darurat 1948-1960, berkhidmat di

bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Congo 1960-1963,

menentang ancaman Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika Konfrantasi Indonesia-Malaysia

1963-1966 dan mengawal ketenteraman awam di Singapura pada tahun 1964.3

Keamanan yang dimiliki kini tidak berlaku dengan sendirinya. Ianya memerlukan

pengorbanan nyawa, pancaindera, anggota, darah, peluh dan mata wang serta keluarga pasukan

keselamatan negara. Di Malaysia kini masih ramai yang tidak mengingati pengorbanan pahlawan

2
Wan Hashim Wan The, Perang Dunia Kedua : Peranan Askar Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 77.
3
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 2.

2
pejuang bangasa di mana mereka terpaksa hidup terseksa sewaktu negara ditakluki Tentera

Jepun. Menghadapi kehidupan sewaktu darurat menentang komunis dan pergaduhan kaum ketika

Indonesia melancarkan konfrontasi. Kehidupan selesa yang dimiliki oleh generasi muda kini

telah melenyapkan perasaan mereka terhadap pengorbanan tentera-tentera dahulu. Hal ini

mungkin terjadi disebabkan oleh pengaruh budaya Barat yang telah meresap dalam benak

pemikiran anak muda sehingga mereka lalai dan ini menjadi masalah yang besar kepada negara

bagi membentuk sebuah masyarakat yang berilmu di mana pembelajaran seharusnya bermula

daripada sejarah dan nilai-nilai yang lepas.

Penulisan esei ini ditulis adalah bertujuan untuk memberikan gambaran kepada seluruh

masyarakat tentang sejarah penubuhan dan perkembangan, kepimpinan dan kepahlawanan

tentera melalui peristiwa-peristiwa yang telah dilalui oleh pasukan tentera Malaysia. Perkara ini

dengan harapan agar seluruh masyarakat sentiasa peka dan sedar akan pengorbanan para tentera

yang telah berjuang habis-habisan demi mendapatkan keamanan yang kita miliki kini.

3
2.0 Sejarah Penubuhan Rejimen Askar Melayu

Terdapat Rejimen Tentera India sukarela pada tahun 1895 di Tanah Melayu di mana para

Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menerima tanggungjawab dalam menyelenggara

pasukan tersebut kerana telah menerima Perjanjian Persekutuan 1985. Dengan ini, para sultan

bersetuju memberikan bantuan kepada negeri-negeri dalam persekutuan seperti tenaga manusia,

kewangan dan keperluan-keperluan lain. Sehingga pasukan ini ditugaskan di Negeri-negeri Selat

yang dianggotai oleh orang Sikh dalam pasukan polis tempatan dan ditempatkan di Taiping,

Perak. Ketidakwujudan orang Melayu dalam pasukan telah mencetuskan perasaan kecewa di

kalangan peribumi kerana diketepikan daripada tugas penting dalam memlihara kedaulatan

negara watan.

Pada tarikh 26 Februari 1912 dalam akhbar The Malay Mail menyarankan bahawa orang

Melayu perlu dilatih mempertahankan diri dengan mewujudkan sebuah Pasukan Pertahanan

Kebangsaan Tanah Melayu, diberikan latihan ketenteraan untuk membantu melindungi tanah air

bagi menentukan mereka mempunyai tempat andainya perlindungan yang kini diberikan ke atas

mereka ditarik. Negara lain seperti Siam dan Belanda mempunyai tentera sendiri yang direkrut

daripada penduduk tempatan.4

Perancangan untuk menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang dianggotai oleh anak

watan bagi mempertahankan tanah air telah disuarakan oleh Walter Frederick Nutt iaitu seorang

ahli tidak rasmi di Mesyuarat Persekutuan pada 10 Julai 1913. Usulnya diterima oleh banyak

pihak termasuklah para sultan dan pembesar. Usul kedua yang dibentangkan oleh Frederick

dengan menggunakan nama Askar Melayu di Mesyuarat Majlis Persekutuan pada 26 November

1913. Usul ini juga telah dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tuanku
4
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 7.

4
Muhammad Shah ibni Yamtuan Antah dalam Persidangan Majlis Persekutuan pada 4 November

1914. Ucapan baginda yang panjang lebar telah menampakkan semangat yang berkobar-kobar

dalam membentuk sebuah pasukan bersenjata yang terdiri daripada orang-orang muda peribumi.5

Usul penubuhan Askar Melayu mendapat tentangan daripada pegawai-pegawai kolonial

seperti Arthur Young Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu, Leftenan Kolonel W. H. Whyte

Pemerintah Penang and Wellesley Volunteer Corps, Mejar Jeneral Pritchard GOC Malaya

Command di mana mereka lebih menyuarakan bahawa orang Melayu masih belum mampu untuk

mempunyai pasukan tentera dek sikap yang masih bergantung kepada pihak luar. Banyak lagi

kritikan yang diberikan mereka bagi menentang usul tersebut. Namun terdapat sebilangan

pegawai yang menyokong usul tersebut iaitu Jeneral Hamilton Inspector-General of Overseas

Forces merupakan orang pertama menyatakan keyakinannya terhadap orang Melayu yang juga

memiliki kualiti sebagai seorang tentera. Laporannya itu dibuat berdasarkan perbincangan yang

panjang lebar dengan pegawai British yang mengetuai Malay Company of Singapore Volunteer

Infantry dan JMF di mana anggota Melayu diperiksa dan diperhatinya.6

Kedua-dua pihak iaitu pihak berkuasa awam dan Tentera British kelihatan buntu dalam

soal penubuhan Askar Melayu ini. Hal ini kerana terdapat golongan yang menentang dan

menyokong. Golongan yang menyokong ternyata berpijak di bumi nyata dan golongan

menentang menggunakan alasan yang sangat tidak matang dan dengan ini memperlihatkan

pemikiran penjajah yang cukup kental. Melabelkan orang Melayu sebagai bangsa yang tidak

mempunyai sejarah kepahlawanan , tidak boleh diharap , suka bertelagah sesama sendiri, tidak

boleh didisiplinkan, malas dan hanya sesuai tinggal di dalam rumah. Ini jelas merupakan satu

penghinaan dan pengkhianatan terhadap orang Melayu. Apa yang boleh dikatakan golongan
5
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 8.
6
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 25.

5
penentang ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan bertujuan menyelamatkan penguasaan

British di Tanah Melayu. Mungkin mereka bimbang sekiranya orang Melayu yang terlatih ini

bangkit menentang dan menamatkan penjajahan mereka di Tanah Melayu.7

Akhirnya, dalam proses yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak, Rejimen Askar

Melayu ditubuhkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Kerajaan, Andrew

Caldecott di Mesyuarat Majlis Persekutuan pada tarikh 13 September 1932. Pengambilan rekrut

kompeni percubaan ini dimulakan dengan segera dan memulakan latihan pada 1 Januari 1933.

Pada peringkat awal, kompeni percubaan ini merekrut seramai 25 orang pemuda dan kumpulan

kedua sermai 30 orang. Menjelang 1 Februari 1934, pengambilan ini telah mencapai 150 anggota

bagi mencukupkan jumlah kompeni. Selain itu, pegawai yang menerajui kompeni percubaan ini

iaitu Pegawai Memerintah Pertama, Mejar Mc I.S Bruce, Kapten K.G Exham Ajutan yang

digantikan oleh Leftenan F.G Crozier, empat pegawai Britsh iaitu Mejar J.T Bretherton, Kapten

J.R.G Andre, Kapten F.W Young dan A.J.F England dan lima PTT kanan terdiri Sarjan A.E

McCarthy sebagai SMR, H.Wraight sebagai KSM, Sarjan W.Rich menjadi jurulatih mesingan,

Sarjan Jones bahagian semboyan dan Sarjan H.Beach serta Sarjan E.Green sebagai

penolongnya.8

Kejayaan penubuhan kompeni percubaan Askar Melayu menjadi perintis kepada

pembangunan ketenteraan di Malaysia. Menjelang tahun 1936, kepercayaan dan keyakinan

British terhadap anak watan yang menunjukkan prestasi yang baik lalu Sir Shenton Thomas,

Pesuruhjaya Tinggi British menganugerahkan pentauliahan pegawai kepada 4 orang anggota

Askar Melayu iaitu Lt. Muda Ibrahim bin Sidek, Lt. Muda Ismail bin Tahar, Lt. Muda Ariffin

7
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 25.
8
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 27.

6
Haji Sulaiman dan Lt. Muda Raja Lope Nor Rashid.9 Para pegawai ini banyak peranannya jika

dilihat sewaktu kempen Malaya dan Darurat. Mengetuai sesebuah platun dalam menghadapi

musuh bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya perlu diberi pujian yang tinggi terhadap jasa dan

pengorbanan mereka.

Detik penubuhan ini merupakan satu titik tolak kepada sejarah penubuhan sebuah

pasukan tentera Malaysia yang dimulai dengan Askar Melayu. Kebolehan mereka ini diuji

melalui pelbagai peristiwa hitam yang telah meragut nyawa anggota tentera. Melalui slogan

‘Taat Setia’ yang menjadi lambang kepada semangat perjuangan askar Melayu telah memberikan

sesuatu yang cukup bermakna kepada negara. Justeru mari kita menerokai sejarah perjuangan

Askar Melayu.

9
Wan Hashim Wan The, Perang Dunia Kedua : Peranan Askar Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 80.

7
3.0 Penglibatan Askar Melayu dalam Keselamatan Tanah Air dan Antarabangsa

Objektif utama Askar Melayu ialah mempertahankan perbatasan dan sempadan negara

daripada sebarang penceroboh luar selain menentang musuh dan berkhidmat semasa darurat.

Askar Melayu berperanan dalam membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam

mengekalkan keamanan awam dan terlibat dalam operasi anti-keganasan selain menawarkan

khidmat kepada pihak berkuasa awam dalam bantuan malapetaka dan pembangunan negara.

Selain tugas-tugas yang dinyatakan, Askar Melayu juga diamanahkan menjalankan

operasi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).10

3.1 Penglibatan Batalion Askar Melayu dalam Kempen Malaya

Kempen Malaya merupakan peperangan yang dilancarkan oleh Jepun ke atas

Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura yang dikuasai oleh pihak British. Tujuan kempen itu

adalah untuk menguasai penuh Tanah Melayu kerana Tanah Melayu merupakan sebuah negara

yang mengeluarkan bahan mentah yang sangat diperlukan oleh Jepun. Menurut Syed Othman,

kempen ini juga bertujuan adalah menguasai Singapura sebagai sebuah pelabuhan penting serta

nadi pertahanan British di timur jauh.11 Ketika Jepun melanggar Tanah Melayu dan Singapura,

kekuatan tentera yang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura di bawah Leftenan Jeneral

Arthur Ernest Percival berjumlah 88 000 orang yang sebahagian besar terdiri daripada orang

Asia. Pecahan anggota tenteranya adalah seperti berikut, 19 000 bangsa British, 15 000 bangsa

Australia, 37 000 bangsa India dan hanya 1 700 bangsa Melayu.

Peranan yang melibatkan Askar Melayu adalah ketika Perang Dunia Kedua-Kempen

Malaya yang telah melibatkan seramai 1 469 orang warga Rejimen Askar Melayu. Mereka
10
Sulaiman Zakaria, Angkatan Tentera Malaysia, Petaling Jaya: Pustaka Cahaya Intelek, 2004, hlm. 9.
11
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 93.

8
merupakan warga Batalion Pertama, Batalion Ke-2, Depot Rejimen dan Markas Rejimen Askar

Melayu. Daripada jumlah askar yang terlibat pada ketika itu seramai 1 404 orang bangsa Melayu

(19 orang pegawai dan 1 385 orang LLP), manakala seramai 65 orang warga British (60 orang

pegawai dan 5 orang LLP).12 Walau bagaimanapun, daripada jumlah bangsa Melayu yang

terlibat, seramai 575 orang anggota yang kurang daripada setahun mempunyai pengalaman

dalam ketenteraan. Hal ini menyebabkan mereka perlu menyertai dalam peperangan walaupun

kurang pengalaman bagi memenuhi bangsa Melayu dalam penglibatan Rejimen Askar Melayu.

Namun, ketika menentang tentera Jepun, Rejimen Askar Melayu telah dipimpin oleh

Pegawai Tentera British. Manakala, Pegawai Melayu hanya menjadi pemimpin di peringkat

platun sahaja dan berada di kedudukan pertahanan secara bersendirian. Hal ini telah

menyebabkan kebanyakan anggota kurang mengetahui dalam mengambil keputusan kerana

hanya Pegawai Tentera British yang akan membuat setiap keputusan. Ketika ini, mereka telah

ditugaskan bagi menduduki penempatan pertahanan di Pantai Singapura. Namun, mereka telah

diserang oleh Tentera Jepun melalui arah barat laut. Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh

kurangnya anggota Bateri-bateri Hong Kong Royal Altilery selain daripada pihak Jepun yang

telah mengetahui kedudukan mereka.13 Namun, selepas beberapa hari bertahan dengan serangan

daripada tentera Jepun, akhirnya mereka telah diarahkan untuk meletakkan senjata dan menyerah

diri. Walau bagaimanapun, anggota Melayu telah diarahkan untuk menyamar sebagai orang

awam untuk melarikan diri daripada ditawan oleh tentera Jepun.

Maklumat di atas merupakan antara peranan anggota Melayu yang telah terlibat dalam

siri peperangan yang dikenali sebagai Kempen Melaya. Hal ini dapat dilihat bahawa walaupun

mereka adalah sebagai sebuah pasukan tentera yang baru, yang tidak pernah diuji dalam
12
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 94.
13
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 94.

9
peperangan dan merupakan satu pasukan kecil yang anggotanya pernah diragui akan

kemampuannya, Rejimen Askar Melayu telah berjaya mempamerkan tahap profesionalisme dan

keberanian yang cukup tinggi sepanjang penglibatannya dalam Perang Dunia Kedua baik di

Semenanjung Tanah Melayu mahupun di Singapura. Ia merupakan satu detik sejarah yang tidak

boleh dilupakan oleh semua anggota tentera di Malaysia hingga ke hari ini ialah peranan yang

dimainkan oleh Askar Melayu dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang kemaraan tentera

Jepun.14

3.2 Penglibatan Rejimen Askar Melayu Diraja ketika Darurat

Pada April 1948, suasana di Tanah Melayu telah berlaku ketegangan di kalangan buruh

bermula di Singapura. Hal ini disebabkan oleh pihak komunis telah menyusupi pergerakan buruh

pada 1947. Parti Komunis Malaya (PKM) telah berjaya menguasai 200 daripada 227 kesatuan

sekerja yang mendaftar melalui Pan Malayan Federation of Trade Unions.15 Komunis telah

menjadikan perusahaan asas sebagai sasaran tindakan mereka dengan buruh estet dan lombong

bijih timah diugut, kilang getah dibakar, kontraktor dan pengurus serta buruh yang enggan

berkerjasama dengan mereka dibunuh malah pihak perintah yang mahu mengadakan melalui

rundingan turut diugut. Tindakbalas dengan tindakan tegas kerajaan dalam membendung

keganasan yang dicetuskan oleh komunis, pada 10 Mei 1948 para pemimpin PKM bertemu bagi

membincangkan strategi pemberontakan. Langkah ini seiring dengan gagasan Setiausah Agong

PKM, Cheng Peng yang mahukan PKM mengambil alih kuasa dengan cara menggalakkan

ketegangan yang berpanjangan.

14
Wan Hashim Wan The, Perang Dunia Kedua : Peranan Askar Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 89.
15
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 131.

10
Kerajaan pada ketika ini telah mengambil langkah bagi menangani masalah yang

dicetuskan oleh PKM. Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu

memaklumkan bahawa satu Rang Undang-undang akan dibentangkan di Persidangan Majlis

Mesyuarat Persekutuan.16 Rang Undang-undang tersebut akan memberikan kuasa meluas kepada

pihak pentadbir dan polis di mana-mana kawasan yang diisytiharkan darurat. Menurut Edward

Gent, langkah perlindungan yang diambil bagi memperkuatkan tindakan terhadap ancaman yang

dilakukan oleh pihak PKM. Namun, keadaan menjadi semakin tegang dengan beberapa pegawai

atau pengurus peladang dibunuh oleh komunis di beberapa kawasan seperti di Sungai Siput

Utara, Perak. Ekoran peristiwa tersebut, Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di beberapa

daerah di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948. Pada 17 Jun 1948, seluruh Persekutuan Tanah

Melayu telah diisytiharkan darurat akibat daripada keadaan yang semakin parah gara-gara

ancaman yang dicetuskan oleh komunis.

Pasukan tentera pada ketika itu berada di bawah daripada kekuatan yang diperlukan telah

dikerah bagi mengembalikan keyakinan orang awam terhadap kemampuan penguatkuasa

undang-undang dan peraturan bagi melindungi mereka. Oleh itu, operasi ketenteraan telah

dilakukan Batalion Askar Melayu bagi mematahkan perjuangan komunis. Walau bagaimanapun,

operasi pada awal tahun 1949 tidak menunjukkan banyak perubahan baik dari segi teknik

mahupun tempo. Rondaan tentera ke dalam hutan, memusnahkan kem pengganas dan memaksa

mereka sentiasa bergerak. Namun, pengganas komunis juga turut mencapai kejayaan terhadap

pasukan tentera melalui serangan hendap yang mereka lakukan. Pada Januari 1949, dua kejadian

di mana pengganas berjaya mengakibatkan kemalangan terhadap pasukan tentera yang bergerak

di jalan raya. Walaupun mengalami sedikit pengalaman buruk, pihak tentera mengambil inisiatif

16
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 131.

11
lain dan operasi menentang pengganas komunis berjalan lancar sebagaimana dirancang. Pasukan

tentera memperoleh banyak kejayaan dalam usaha menghapuskan pengganas melalui serang

hendap yang dilakukan oleh Batalion RAMD di beberapa kawasan.

Jika dilihat, menunduk dan menghapuskan komunis bukanlah suatu pekerjaan yang

mudah namun dengan semangat taat setia, cintakan agama, bangsa dan tanah air serta kesediaan

membelakangkan segala kepentingan diri di kalangan warga RAMD, misi sukar tersebut berjaya

dilakukan. Berdasarkan data dan fakta, seramai 850 orang pengganas komunis berjaya

dihapuskan oleh RAMD sepanjang darurat.17 Sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan

keberanian yang ditunjukkan oleh warga RAMD, mereka telah dianugerahkan penghargaan.

Akhirnya, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat tamat di Tanah

Melayu pada 31 Julai 1960.

3.3 Penglibatan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Congo

Congo merupakan salah sebuah negara terbesar di Afrika kira-kira 20 kali Semenanjung

Malaysia. Ia bersempadan dengan Republik Afrika Tengah dan Sudan di sebelah utara. Pada

tahun 1885 di Persidangan Berlin, Congo diserahkan sebagai harta persendirian kepada King

Leopold dari Belgium. Penentangan rakyat terhadap pentadbiran Leopold memaksa kerajaan

Belgium mengambil alih negara tersebut pada 1908 dan menamakannya Belgian Congo. Di

samping itu, Congo telah dilihat sebuah kawasan yang kaya dengan bahan galian, tembaga,

logam, berlian, uranium dan radium. Hal ini menyebabkan Congo menjadi sebuah negara tarikan

oleh negara di Eropah. Dalam pada itu, Congo juga merupakan pembekal timah, emas, zink dan

timah hitam.

17
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 164.

12
Menurut Syed Othman, Congo telah diberikan kemerdekaan pada 30 Jun 1960. 18 Parti

pimpinan Patrice Lumumba pada ketika itu diminta untuk membentuk sebuah kerajaan. Namun,

sebuah kerajaan campuran telah dibentuk oleh Joseph Kasavubu yang menjadi presiden

manakala Lumumba sebagai Perdana Menteri. Selepas beberapa hari mendapat kemerdekaan,

berlakunya pemberontakan oleh penduduk tempatan yang dikenali sebagai Tentera

Pemberontakan Congo. Hal ini berlaku adalah disebabkan pihak pemberontak yang tidak

bersetuju dengan corak kerajaan campuran yang di dalam kerajaan tersebut terdapatnya orang

Eropah. Hal ini telah menyebabkan Perdana Menteri dan Presiden bertindak untuk memohon

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan Tentera PBB bagi membantu

untuk mengembalikan keamanan. Kotinjen pertama telah dihantar oleh PBB yang terdiri dari

negara Tunisia dan Ghana pada tahun 1960 dan kotinjen lain tiba selepas itu termasuklah

kotinjen dari Persekutuan Tanah Melayu.

Pada Oktober 1960, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman

Putra telah mengisytiharkan Malayan Special Force (MSF) untuk dihantarkan ke Congo bagi

misi pengaman.19 Antara Batalion RAMD yang telah menyertai misi ini adalah seperti Batalion

Ke-2 RAMD, Batalion Ke-4 RAMD, Batalion Ke-6 RAMD, dan Batalion Ke-7 RAMD. Dalam

misi ini, MSF telah ditugaskan untuk menjaga beberapa kawasan di Congo yang disyaki aktif

dengan pemberontakan oleh Tentera Pemberontakan Tentera Congo. Antara kawasan yang

menjadi tumpuan pada ketika itu ialah Kindu Port Empain yang merupakan pekan utama Daerah

Manienma. Hal ini kerana Kindu merupakan bandar yang terpenting dengan kedudukannya yang

strategik untuk pemberontak Congo. Di Kindu, MSF diwakili oleh Kompeni B 6 RAMD

pimpinan Mejar Daud Mohamed Yassin dan dibantu oleh pegawai-pegawai yang lain. 20 Mereka
18
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 171.
19
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 173.
20
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 177.

13
telah diarahkan untuk menjaga Lapangan Terbang Kindu daripada dikuasai oleh pemberontak

Congo. Di sini telah berlaku beberapa pertempuran antara MSF dengan pemberontak Congo.

Namun, bagi mengelakkan daripada ketegangan dan kekecohan terus berlaku, Mejar Daud telah

mengambil langkah untuk berunding dengan pemberontak Congo. Akhirnya, Mejar Daud

berjaya dalam rundingan tersebut dengan menyelesaikan masalah tersebut secara aman.

Walaupun pada hakikatnya, cara Mejar Daud mengambil langkah untuk berunding

dengan pihak pemberontak Congo tidaklah disenangi oleh beberapa pihak namun, Kapten Idrus

iaitu penolong ketua kompeni ketika itu dan rakan kepada Mejar Daud berpendapat bahawa

ketuanya itu bertindak secara bijak dan betul. Hal ini kerana Mejar Daud telah berjaya

menyelamatkan banyak nyawa dan kelengkapan daripada musnah jika pertempuran diizinkan

berlaku pada ketika itu. Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa pasukan MSF telah

memainkan peranan yang penting dalam misi pengaman di Congo. Mereka telah diberi

kepercayaan oleh PBB dan telah berjaya membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah di

Congo. Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu dengan PBB di Congo akhirnya telah tamat pada

April 1963. Perkhidmatan cemerlang MSF di Congo telah mendapat pujian daripada Setiausaha

Agong PBB, Encik U Thant.

3.4 Penglibatan Askar Melayu Diraja dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Menurut Jan M. Pluvier, konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia bertujuan untuk

mengelakkan daripada berlakunya revolusi sosial di Indonesia dan bukanlah bertujuan untuk

mengambil mana-mana wilayah Malaysia.21 Hal ini adalah disebabkan timbulnya konflik dalam

21
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 199.

14
hubungan kedua-dua buah negara serumpun kerana kepimpinan Tunku Abdul Rahman di Tanah

Melayu telah berjaya memimpin Tanah Melayu dengan baik membuatkan Presiden Indonesia

Soekarno merasa iri hati. Walaupun Indonesia telah mencapai kemerdekaan yang lebih awal iaitu

pada tahun 1945 sedangkan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tetapi Tunku

Abdul Rahman telah berjaya mengatasi masalah dalam negara. Sebagai contoh, kejayaan Tunku

Abdul Rahman menamatkan darurat yang ditimbulkan oleh kumpulan bersenjata Parti Komunis

Malaya (PKM) mulai 1948 hingga 1960 telah menyebabkan Malaysia diterima menganggotai

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September 1957. Hal ini menimbulkan rasa iri

Presiden Soekarno yang masih gagal menyatupadukan rakyat, membawa pembangunan,

mempertingkatkan nilai Rupiah, di samping kegagalannya mendapatkan pinjaman luar. Kesedian

pihak British melepaskan cengkamannya terhadap Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan pulau

Singapura serta keinginan majoriti penduduk daerah terbabit menyertai Persekutuan Malaysia

anjuran Tunku Abdul Rahman secara langsung melenyapkan impian Presiden Soekarno untuk

muncul sebagai pemimping paling berkuasa di Asia Tenggara di bawah gagasan yang dikenali

sebagai Indonesia Raya atau Melayu Raya.22

Pada tahun 1963, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengisytiharkan dasar

berkonfrontasi terhadap Tanah Melayu. Beliau telah beranggapan bahawa Tanah Melayu adalah

kuda tunggangan kuasa kolonialis dan imperialis yang mempunyai niat buruk terhadap

Indonesia. Malaysia telah dianggap oleh Soekarno sebagai kolonial bentuk baru di Asia

Tenggara. Selain itu, Soekarno juga menganggap bahawa Pembentukan Malaysia dianggap

sebagai suatu percubaan hendak membendung dan mengepung Indonesia baik dari segi politik,

22
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 200.

15
ekonomi mahupun ketenteraan. Oleh itu, dasar berkonfrontasi dengan Malaysia telah

dilancarkan.

Anggota bersenjata Indonesia diseludup masuk ke wilayah Sarawak dan Sabah menerusi

perbatasan Kalimantan, manakala ke Singapura dan negeri Johor melalui perairan Selat dan

diterjunkan melalui ruang udara Johor. Oleh itu, pasukan infantri telah dipertanggungjawabkan

bagi menjaga setiap inci tanah negara daripada sebarang pencerobohan asing. Batalion RAMD

serta-merta digerakkan ke kawasan yang dicerobohi oleh anggota bersenjata Indonesia. Terdapat

lapan Batalion RAMD yang telah mencapai tahap operasi ketika negara menghadapi ancaman

konfrontasi daripada Soekarno.23 Semua batalion terlibat bergilir-gilir beroperasi di kawasan

yang menjadi tumpuan penyusupan anggota bersenjata Indonesia, terutamanya dia kawasan

Timur Malaysia. Sejajar dengan peranan dan tugasnya sebagai sebuah Batalion Infantri, iaitu

menguasai dan mempertahankan setiap inci kawasan tanah, semua lapan batalion RAMD terlibat

secara aktif menentang penyusupan gerila dan tentera Soekarno di Selatan Semenanjung serta di

Sabah dan Sarawak.

Batalion RAMD yang terlibat adalah 1 RAMD, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 RAMD. Walaupun

ditubuhkan semasa era Konfrontasi Malaysia-Indonesia, 9 RAMD tidak terlibat secara langsung

dalam operasi menentang penyusupan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sama ada di

Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Sebagai ancaman terhadap kedaulatan negara,

konfrontasi harus ditangani oleh pihak tentera. Oleh itu, Ketua Turus Tentera Darat, Mejar

Jeneral Dato’ Abdul Hamid Bidin dilantik sebagai Pengarah Operasi Malaysia Barat. Beliau

bertanggungjawab ke atas semua operasi menentang penyusupan anggota bersenjata Indonesia di

semenanjung.24
23
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 200.
24
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 201.

16
Batalion RAMD telah terlibat dalam 13 operasi yang melibatkan 457 penyusup

bersenjata Indonesia. Dalam operasi yang disertai, sejumlah 108 penyusup bersenjata Indonesia

dibunuh, 288 ditawan dan sembilan lagi menyerah diri. 25 Pasukan 5 RAMD merupakan Batalion

RAMD pertama bertempur dengan kumpulan bersenjata Indonesia di Malaysia Timur. Pasukan 6

RAMD pula merupakan batalion pertama RAMD bertempur dengan TNI di Semenanjung.

Pasukan 8 RAMD, 4, 5, 6, 7 dan 3 RAMD merupakan pasukan RAMD yang paling berjaya

melaksanakan peranannya ketika konfrontasi. Ianya diukur dari segi kejayaan membunuh dan

menawan TNI. Pasukan 3 RAMD juga merupakan pasukan RAMD pertama bertugas di Sabah

dan paling malang ketika konfrontasi kerana ramai anggotanya terbunuh dan tercedera dalam

pertempuran dengan TNI.26

Pada 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia dan kofrontasi

Malaysia-Indonesia semaking reda. Pada tahun 1966, sebuah rundingan antara Malaysia dan

Indonesia telah dilakukan di Bangkok bagi mengumumkan perdamaian. Rundingan ini telah

berjaya dan pada tahun 1967, secara rasminya telah tamat konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Secara keseluruhannya, pihak tentera atau RAMD telah memainkan peranan yang penting bagi

mengawal keadaan negara. RAMD juga telah berjaya mematahkan setiap pergerakan atau

penyelusupan yang dilakukan oleh TNI.

4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, walaupun Askar Melayu suatu ketika dahulu sebagai pasukan

tentera yang masih muda, tidak pernah diuji dalam peperangan dan anggotanya pernah diragui

dari segi kemampuannya dalam bertempur, namun Askar Melayu telah mempamerkan tahap

25
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 226.
26
Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005, hlm. 227.

17
profesionalisma serta semangat keberanian yang cukup tinggi. Hal ini telah dibuktikan dalam

penglibatan mereka dalam Perang Dunia Kedua iaitu Kempen Malaya baik di Semenanjung

mahupun Singapura. Perkara ini telah mengubah persepsi kolonial British terhadap kemampuan

Askar Melayu. Peperangan yang berlaku ini sedikit sebanyak telah mendedahkan warga RAMD

kepada corak peperangan lazim iaitu conventional warfare dan insurgency communist ketika

darurat. Perkembangan RAMD selepas darurat dapat lihat dengan pembesaran batalion daripada

dua ke tujuh batalion. Ini bagi memenuhi keperluan keselamatan negara selepas itu. Revolusi

Askar Melayu dan tertubuhnya unit dan kor lain-lain seperti Semboyan, Renjer, Artileri, Amor,

Jurutera, Gerak Khas, Kesihatan, Polis Tentera, Risik, Ordnans, Agama Tentera, Perkhidmatan,

Wataniah dan Pasukan Udara menunjukkan Tentera Malaysia mencapai satu tahap yang tinggi

dalam menjamin segala kelengkapan bagi menghadapi segala ancaman musuh. Pencapaian ini

memperlihatkan kekuatan negara kita bukan hanya boleh dipandang sebelah mata namun kita

sebagai negara yang berdaulat perlu sentiasa berhati-hati dalam memperkuatkan lagi setiap

benteng dan barisan yang sedia ada bagi menangkis segala kekuatan musuh. Selain itu, darah

satria yang mengalir dan sejarah perjuangan yang telah tercipta ini perlulah dihayati dengan

penuh penghayatan pada setiap sanubari generasi muda agar kita tidak lupa dan lalai akan

perkara yang akan berlaku pada masa akan datang serta sentiasa berwaspada.

5.0 Rujukan

Sulaiman Zakaria, Azmah Che, Siri Kenegaraan: Angkatan Tentera Malaysia, Pustaka Cahaya Intelek,
2004.

Syed Othman, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2005.

18
Wan Hashim Wan The, Perang Dunia Kedua : Peranan Askar Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.

19

Anda mungkin juga menyukai