Anda di halaman 1dari 28

HSM215 - Pensejarahan

Malaysia
Pensyarah: Prof. Mahani Musa
MENGAPAKAH GOLONGAN KIRI /
RADIKAL MENULIS MEMOIR
PERJUANGAN MEREKA DAN
WAJARKAH TULISAN-TULISAN INI
DIBERI TEMPAT DALAM
PENSEJARAHAN NEGARA.
Disediakan oleh:
Nur amirah hasanah binti abdul wahab (143551)
Nur ‘Awatif Binti Azizan (143123)
Nur Aimi Aliah Binti Md Rohaizimi (143412)
Siti Mastura Binti Mansor (141565)

2
PERNYATAAN TESIS
(THESIS STATEMENT)
✣ Kami bersetuju bahawa memoir-memoir yang ditulis oleh golongan kiri wajar diberikan
tempat dalam pensejarahan negara kerana mempunyai kepentingan tertentu dalam dunia
sejarah terutamanya di Malaysia.
✣ Kami memilih memoir Abdullah C.D. dan Shamsiah Fakeh sebagai rujukan kami.

3
Pengenalan
4
pengenalan
 Pengertian bagi perkataan ‘radikal’ ialah memperjuangkan perubahan-perubahan
dasar pada bidang atau keadaan politik.
 Golongan kiri / radikal merupakan golongan pembangkang atau pejuang yang
membangkang tentang ideologi politik dan sistem demokrasi di Tanah Melayu.
 Menurut Rustam A. Sani, sikap berhati-hati perlu diamalkan ketika becakap tentang
konsep ‘golongan kiri Melayu’ supaya aspek ideologi pada konsep berkenaan tidak
terlalu ditekankan atau dipandang ringan.

 Contoh parti politik golongan kiri ialah API, AWAS, PKMM dan PKM.

5
pengenalan
 Memoir dalam bahasa Perancis bemaksud ingatan / kenang-kenangan.

 Memoir adalah himpunan kenangan yang ditulis pengisah akuan tentang


kejadian atau peristiwa, sama ada peristiwa awam ataupun peribadi, yang
berlaku dalam kehidupannya.

6
Abdullah D.C.
7
Mengapakah Abdullah D.C.
Menulis Memoir Perjuangan
Beliau?
Mengapakah Abdullah C.D. Menulis Memoir
Perjuangan Beliau?

1) Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu


 menceritakan tentang usaha dan rintangan yang ditempuh dalam mencapai matlamat
untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
Dalam usaha mencapai kemerdekaan 2 kekuatan nasionalisme muncul iaitu PKM & KMM.
“Kami kerahkan orang-orang KMM menyokong Tentera Anti-Jepun untuk menentang
tentera Jepun dan merebut kemerdekaan”
Menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan masalah kemerdekaan
tanah-tanah jajahan dan setengah jajahan di Asia.

9
Mengapakah Abdullah C.D. Menulis Memoir
Perjuangan Beliau?
2) Memfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajahan British
 di Tanah Melayu, penjajah British tak mungkin memberikan kemerdekaan dengan begitu mudah
tanpa revolusi bersenjata.
Abdullah C.D mengadakan petemuan sulit dengan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestaman di KL
pada bulan Mei 1948.
“Walaupun terdapat masalah dalam bekalan senjata yang tidak mencukupi namun, Abdullah C.D,
Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestaman tetap meneruskan perjuangan bersenjata dengan
menggerakkan beberapa pasukan untuk menyerang beberapa balai polis untuk mendapatkan bekalan
senjata”.
Asas Pasukan Bersenjata adalah di Peruang, di mana markas dibina di dalam hutan tidak jauh dari
kampung untuk melatih pemuda-pemuda.
Menentang penjajahan British dengan menyerang Estet Tekai & Gong.

10
Mengapakah Abdullah C.D. Menulis Memoir
Perjuangan Beliau?
3) Mencatatkan sejarah penting Rejimen ke-10
 21 Mei 1949 secara rasminya Rejimen ke-10 ditubuhkan.
Rejimen ke-10 adalah tentera Melayu yang melambangkan
kemegahan kaum Tani Melayu yang luas.
Abdullah C.D membentuk ‘Kompenin A’ Rejimen ke-10 yang
menggabungkan Platun 1,2 dan 4 menjadi 1 komponen penuh.
Menggunakan taktik bertahan – mundur – menyerang mencerminkan
pasukan Rejimen ke-10 mampu menghadapi askar penjajah,
berkembang dan mendewasa.

11
Shamsiah fakeh
"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang
tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang
melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan)
wanita.”

12
Siapakah Shamsiah Fakeh?
✣ Dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
✣ Ayahnya bernama Fakeh Sutan Sulaiman dan berasal dari Sumatera, Indonesia manakala, ibu
beliau bernama Saamah Nonggok.
✣ Merupakan anak kedua daripada lapan orang adik beradik seibu sebapa.
✣ Berasal dari keluarga yang miskin – bapanya seorang penjaja kecil (sayur-sayuran, ikan, ubat-
ubatan buatan sendiri), ibunya berjaja kain.
✣ Sejarah perkahwinan sebanyak 5 kali, satu dari suami beliau adalah pejuang Ahmad Boestaman.
 Perkahwinan terakhir kekal dengan Ibrahim Mohamad sehingga suami beliau meninggal pada
1996.
 Permulaan penglibatan beliau dalam politik apabila beliau melibatkan diri dalam pertemuan-
pertemuan yang dianjurkan oleh United Malaya National Organization (UMNO) serta Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

13
Mengapakah Shamsiah Fakeh
Menulis Memoir Perjuangan
Beliau?
Mengapakah Shamsiah Fakeh Menulis
Memoir Perjuangan Beliau?
Menceritakan kisah beliau dalam membangkitkan kesedaran wanita
✣ Penindasan terhadap kaum wanita telah menyedarkan dan mendorong Shamsiah untuk bangun berjuang bagi
membebaskan kaum wanita daripada ditindas
✣ Kaum wanita ditindas oleh kaum lelaki, adat resam kuno, terikat dengan peraturan agama yang disalahmanipulasikan
dan sebagainya.
✣ Shamsiah sendiri menderita dan menjadi mangsa kekuasaan lelaki, yang mana beliau diceraikan tanpa sebab dan
kesalahan yang munasabah. Suami beliau yang pertama telah menceraikan beliau ketika sedang sarat mengandung
lapan bulan. Hal ini dibangkitkan oleh Shamsiah Fakeh dalam memoirnya iaitu:
“Aku sendiri menjadi mangsa kuasa lelaki apabila aku pernah diceraikan tanpa sebab atau kesalahan. Suamiku
yang pertama telah menceraikan aku ketika aku sarat mengandung lapan bulan”.
✣ Disebabkan penindasan dan penderitaan inilah semangat beliau berkobar-kobar untuk berjuang demi kemerdekaan
tanah air. Bagi beliau, dengan merdekanya Tanah Melayu, maka taraf hidup kaum wanita dapat ditingkatkan.

15
Mengapakah Shamsiah Fakeh Menulis
Memoir Perjuangan Beliau?
Menjelaskan peranan Rejimen ke-10
✣ Pada 21 Mei 1949, PKM telah berjaya menubuhkan Rejimen ke-10 yang dianggotai oleh orang Melayu.
✣ Anggota markas besar Rejimen ke-10 diketuai oleh Abdullah C. D.
✣ Pertubuhan Rejimen ke-10 ini turut tidak ketinggalan diceburi oleh Shamsiah Fakeh. Shamsiah Fakeh ditugaskan sebagai
penyusun massa setelah Rejimen 10 ditubuhkan. Penyusun massa diamanahkan kepada beliau kerana beliau handal
berpidato. Dalam memoirnya, beliau ada menulis:
“...Aku pergi ke kampung menemui rakyat, memberi penerangan tentang perjuangan bersenjata melawan penjajah
British untuk mencapai kemerdekaan dan untuk menyatukan mereka supaya memberi sokongan pejuangan”.
✣ Beliau pergi ke kampung-kampung untuk menemui rakyat untuk memberi penerangan tentang perjuangan bersenjata
melawan penjajah British bagi mencapai kemerdekaan dan menyatukan mereka supaya memberi sokongan kepada
perjuangan.
✣ Segala pahit jerih perjuangan Rejimen ke-10 dirakamkan melalui Memoir Shamsiah Fakeh untuk memberi pendedahan
kepada masyarakat bahawa perjuangan tersebut adalah perjuangan orang Melayu yang bangkit menentang penjajah.
Rejimen ke-10 bukan pengganas komunis tetapi prajurit tanah air.

16
Mengapakah Shamsiah Fakeh Menulis
Memoir Perjuangan Beliau?
Membersihkan nama dalam isu pembunuhan anak
✣ 8 Ogos 1987 telah tersiarnya berita tergempar tentang tuduhan Shamsiah Fakeh membunuh anaknya di dada akhbar Utusan
Melayu & Utusan Malaysia.
✣ Beliau dituduh telah membunuh anaknya dengan dua tuduhan iaitu:
a) menghanyutkan anaknya ke sungai (tuduhan Musa Ahmad)
b) menghentak anaknya ke batu (tuduhan Syed Alwi)
✣ Di katakan beliau berbuat demikian kerana tertekan suaminya menyerah diri kepada tentera kerajaan. Tuduhan berkenaan pertama
kali dilemparkan oleh ahli PKM (Musa Ahmad) yang menyerah diri kepada kerajaan di dalam temuramah dengan RTM.
✣ Beliau telah menjelaskan cerita sebenar tentang bagaimana beliau terpaksa berpisah dengan anaknya selepas sesat di hutan selama
4 hari 3 malam.
✣ Beberapa ahli PKM, meyakinkan beliau untuk menyerahkan anaknya kepada seorang Cina yang akan kembali ke China
memandangkan keadaan perang tidak membolehkan beliau bergerak dengan bayinya. Shamsiah menyerahkan bayi itu dengan rasa
sedih dan berat hati.
✣ Hakikatnya bayi beliau tidak diserahkan kepada individu terbabit sebaliknya dibunuh oleh 3 orang anggota PKM. Selepas 3 tahun
barulah Shamsiah mendapat berita dari ahli tertinggi Rejimen ke 10, Musa Ahmad tentang kejadian sebenar.

17
WAJARKAH TULISAN-
TULISAN GOLONGAN KIRI
DIBERI TEMPAT DALAM
PENSEJARAHAN NEGARA?
Wajarkah Tulisan Shamsiah Fakeh Diberi Tempat
Dalam Pensejarahan Negara?
WAJAR, sebagai tulisan yang bernilai dalam meningkatkan pemahaman sejarah negara
✣ Memoir Shamsiah Fakeh’ banyak merakamkan perjuangannya bersama pertubuhan-pertubuhan sayap kiri dalam menuntut
kemerdekaan negara dan menghentikan kekuasaan penjajah. Perjuangan berasaskan kemerdekaan ini berjaya memikat dan
menarik minat ramai anak-anak muda Melayu untuk turut serta dalam perjuangan sayap kiri ini.
✣ Perjuangan radikalisme kemerdekaan ini kemudiannya disokong oleh pergerakan-pergerakan bukan Melayu seperti AMCJA.
Gabungan PUTERA-AMCJA berjaya memperlihatkan kerjasama politik kepada umum bahawa orang Melayu dan Cina
boleh bekerjasama dalam membela nasib rakyat kelas bawahan dan menentang penjajah.
✣ Golongan nasionalis kiri ini juga seringkali dipanggil sebagai pengganas. Namun, Shamsiah Fakeh turut menjelaskan dalam
memoirnya bahawa walaupun beliau menyertai perjuangan bersenjata di dalam hutan, tetapi beliau tidak pernah membunuh
musuh. Malah, beliau mengatakan bahawa:
“Sebenarnya anggota polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom
tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau
tentera kerajaan. Sebaliknya aku lah yang terkena hujan peluru mereka”.
✣ Penulisan memoir ini telah memberi satu nilai yang positif kepada pensejarahan negara kerana pengganas yang sebenar
adalah pihak penjajah dan bukan golongan kiri.

19
Wajarkah Tulisan Shamsiah Fakeh Diberi Tempat
Dalam Pensejarahan Negara?
WAJAR, sebagai sejarah yang mengangkat peranan wanita sebagai pejuang negara
✣ Dalam sejarah yang dipaparkan kini, peranan golongan wanita tidak terlalu ditonjolkan sebagai pejuang. Namun, dengan
adanya memoir daripada golongan wanita ini telah dapat membuka mata masyarakat bahawa wanita juga memainkan
peranan yang penting.
✣ Hal ini dijelaskan dalam memoir Shamsiah Fakeh bagaimana golongan wanita bangkit menentang penjajah.
✣ Buku ini juga telah menamakan beberapa individu wanita yang telah berjuang dalam penentangan british seperti Rabitah
isteri pertama Ahmad Boestaman, Zainab Mahmud yang merupakan setiausaha agung AWAS dan Aishah Ghani.
✣ Keadaan ini memberi pengetahuan yang jelas kepada masyarakat bahawa perjuangan kemerdekaan negara kita juga
dipelopori oleh golongan wanita yang menjadi tulang belakang kepada golongan lelaki.
✣ Selain itu, memberi pendedahan bahawa golongan wanita pada ketika ini telah mula berani bangkit tidak lagi berada di
rumah.

20
Wajarkah Tulisan Abdullah D. C. Diberi Tempat
Dalam Pensejarahan Negara?
WAJAR, mengandungi maklumat yang benar dan sahih.
 Abdullah C.D ialah pemimpin Rejimen Ke-10. Beliau amat dihendaki oleh pihak British dan juga terkenal dengan
kekuatan fahaman komunismenya(pengaruh Mao Zedong).
 Selain berkemahiran dalam persenjataan, beliau juga mahir dalam penulisan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
penghasilan memoir beliau yang mengandungi tiga bahagian iaitu Memoir: Abdullah C.D (Bahagian Pertama) :
Zaman Pergerakan Sehingga 1948, (2005) ; Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua) : Penaja dan Pemimpin
Rejimen Ke-10 (2008); Memoir Abdullah C.D (Bahagian Ketiga) : Perjuangan di Sempadan dan Penamatan
Terhormat (2009).
 Memoir yang ditulis oleh beliau adalah benar kerana berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
 Sebagai contoh, beliau memegang jawatan sebagai pemimpin Rejimen ke-10, beliau merasai pengalaman
memimpin pasukan untuk melancarkan perjuangan menentang kekuasaan penjajah British.

21
Wajarkah Tulisan Suriani Abdullah Diberi Tempat
Dalam Pensejarahan Negara?
WAJAR, semangat juang mereka yang tinggi dalam memperjuangkan hak kemerdekaan tanah air
patut dicontohi.
 Suriani Abdullah seorang ahli golongan radikal wanita yang sangat berani dalam menentang penjajah iaitu fasis Jepun.
 Beliau merupakan ahli PKM (Parti Komunis Malaya) yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada fasis
Jepun pada tahun 1941-1945.
 Keberanian dan semangat juang beliau yang tinggi dapat dilihat melalui kesanggupan beliau meninggalkan keluarga
beliau semata-mata untuk berjuang melawan fasis Jepun walaupun beliau merupakan satu-satunya anak perempuan di
dalam keluarga.
 Beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh Jepun. Sepanjang beliau dipenjara, beliau diseksa dengan kejam tetapi
itu tidak mematahkan semangat beliau untuk tetap mendiamkan diri daripada membuka mulut mengenai rahsia gerakan
anti-Jepun.
 Keberanian beliau di dalam penjara juga dibuktikan daripada mulut pegawai penjara itu sendiri.
 Beliau mendapat gelaran srikandi anti-Jepun dalam Persidangan Wanita Antarabangsa Asia yang diadakan di Beijing
selepas perang fasis Jepun.

22
Wajarkah Tulisan Pak Sako Diberi Tempat Dalam
Pensejarahan Negara?
WAJAR, penulisan golongan radikal mempunyai nilai yang tinggi.
 Pak Sako, nama sebenar beliau ialah Ishak Haji Muhammad merupakan sasterawan Melayu yang
popular sejak tahun 1930-an.
 Beliau dikenali dan diminati oleh orang ramai kerana hasil penulisan sasteranya dalam
suratkhabar Warta Malaya dan Utusan Melayu.
 Penulisan ‘Memoir Pak Sako’ telah meletakkan nilai yang tinggi dalam pensejarahan negara
apabila beliau telah berani memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
 Memoir ini menceritakan pengalaman beliau sejak kecil hingga ke tahun 1970-an.
 Memoir ini juga merakamkan detik-detik perjuangan golongan nasionalis kiri yang berjiwa kental
dan sanggup berkorban nyawa dalam usaha menuntut kemerdekaan.

23
Wajarkah Tulisan Pak Sako Diberi Tempat Dalam
Pensejarahan Negara?

 Penulisan memoir ini telah memberi satu nilai yang positif kepada pensejarahan
negara kerana pengganas yang sebenar adalah pihak penjajah dan bukan golongan
kiri.
 Beliau menggunakan penulisan beliau dalam suratkhabar sebagai media untuk
mengkritik dan menyindir pemerintah British untuk memberi kesedaran kepada
pembaca.
 Golongan muda menyanjungi Pak Sako sebagai seorang pengarang yang menjadi
model, teladan dan idola kepada mereka kerana beliau mencapai puncak yang
teragung di Singapura ketika bekerja di Warta Malaya dan kemudiannya di Utusan
Melayu.

24
kesimpulan
25
Kesimpulan
✣ Ahli golongan radikal menyampaikan cerita dan pengalaman mereka sendiri
melalui memoir yang boleh dibaca oleh masyarakat untuk memahami keadaan
mereka dan perjuangan mereka dalam mempertahankan tanah air daripada dikuasai
oleh penjajah,
✣ Memoir yang ditulis mereka boleh dijadikan pengajaran dengan mengambil nilai-
nilai positif yang ada pada diri mereka seperti tidak mudah berputus dan semangat
juang yang tinggi.
✣ Kehadiran golongan radikal ini juga sebenarnya memberi impak yang besar kepada
pensejarahan Malaysia.
✣ Oleh itu, penulisan memoir ini berhak untuk diberikan tempat dalam pensejarahan.

26
RUJUKAN
✣ Abdul Latiff Abu Bakar. Ishak Haji Muhammad. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1977.
✣ Abdullah C.D, Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua) : Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10. Selangor:
Strategic Information and Research Development Centre, 2007.
✣ Aisyah Binti Ab Rahim. Shamsiah Fakeh (1924-2008) : Kajian Terhadap Perjuangan Wanita Islam Di Tanah
Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012.
✣ Ishak Haji Muhammad. Memoir Pak Sako; Putera Gunung Tahan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997.
✣ Rustam A. Sani. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu. Petaling Jaya: Strategic Information and Research
Development Centre 2011.
✣ Shamsiah Fakeh. Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke Rejimen Ke-10. Petaling Jaya: Strategic Information
and Research Development Centre, 2009.
✣ Suriani Abdullah. Memoir Suriani Abdullah Setengah Abad dalam Perjuangan. Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn.
Bhd, 2006.

27
TERIMA KASIH

28

Anda mungkin juga menyukai