Anda di halaman 1dari 8

MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

SOALAN : SEJARAH PENUBUHAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

1
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

 Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu


pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Banyak
perbincangan oleh Raja-Raja Melayu

 Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini.


Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,
Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak,
Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan
dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah
menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

 Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang


Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-
Undang No. 11.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN

 Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu


sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen
ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai
Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua
ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia
Kedua bermula di Malaya.

 Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah,
dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati
dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan.Pada
pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai
berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang
lengkap. Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat
pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan
pangkat Leftenan Muda. Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12

2
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid
bin Raja Abdul Rahman.

 Dengan tercetusnya peprangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota


Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan. Pada 1
Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi
serangan Tentera Jepun yang sedang mara. Kompeni A, Batalion Kedua
adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat
di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis
1941. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang
bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah
berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buona
Vista, Labrador dan Alexander.

3.0 PERISTIWA DAN CABARAN SEJARAH ATM SEBELUM MERDEKA

1. ANCAMAN KOMUNIS DAN DARURAT

 Pada tahun 1948, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan
Darurat. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang
tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh
batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan
pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta
Perisai Persekutuan pada tahun 1952.

 Semasa Darurat diistiharkan Askar Melayu hanya berkekuatan 3


batalion. Mereka telah berjuang menentang pengganas komunis bersama
Tentera British, Komanwel dan pasukan Polis. Askar Melayu telah
diperbesarkan meningkat kepada 7 batalion sehingga tahun 1956. Dalam
jangkamasa yang sama Kor Peninjau (Armor) dan Rejimen Semboyan telah
ditubuhkan. Dengan penubuhan dua pasukan baru ini perkembangan Tentera
Darat bertukar corak dengan memberi kesempatan kepada bangsa-bangsa

3
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

bukan Melayu berganding bahu bersama mempertahankan negara. Kemudian


Rejimen Jurutera ditubuhkan diikuti dengan Kor Polis Tentera. Akhirnya dalam
tahun 1960 Darurat diistiharkan tamat.

2. PERISTIWA BUKIT CHANDU

 Satu peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa
indakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh
Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai
oleh Lt Adnan bin Saidi. Tentera musuh, setelah gagal dalam percubaan
yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat
ganda.

 Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang
dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah. Lt Adnan sendiri
mengandalikan senjata Lewis Machinegun dan mara mara untuk memberi
semangat dan perangsang. Walaupun mengalami kecederaan, namun
beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan
darah terakhir. Akhirnya tentera musuh telah berjaya menawan Bukit
Chandu dan Lt Adnan telah ditikam dengan benet dan mayat beliau
digantung kepala ke bawah disebatang pokok.

3. Lt Adnan bin Said

Satu lagi peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Februari


1942 apabila seramai 8 orang pegawai Askar Melayu, setelah
menjadi tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan
keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera
mereka. Selain dari anggota-anggota Askar Melayu, ramai lagi
anak-anak Melayu menceburkan diri sebagai anggota dalam
Federation Volunteer Forces menentang tentera musuh dan

4
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

ramai yang turut terkorban. Di samping itu ramai anak-anak Melayu yang berkhidmat
dengan Tentera British seperti Royal Army Service Corps (RASC), Royal Army
Ordnance Corps (RACC), Royal Artillery (RA) dan lain-lain pasukan yang turut
berjuang. Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan anggota Askar
Melayu yang masih hidup telah menjadi tawanan perang. Apabila diperintahkan
pulang ke kampong masing-masing ramai dari mereka meneruskan perjuangan
menentang pemerintahan Jepun melalui pergerakan bawah tanah.

4.0 PERKAITAN ATM BERSAMA MISI PBB

1. Malayan Special Forces Congo (UNOC) - Okt 1960

 Apabila tamat Darurat dalam tahun 1960, Malaysia telah diberi


penghormatan sebagai sebuah negera merdeka, membantu mengekala
keamanan dunia. Penghormatan ini diberi kepada Negara selaku
Negara keenam belas menghantar tenteranya berkhidmat di bawah
panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

 Tentera Darat mewakilkan Batalion Keempat, Rejimen Askar Melayu


Diraja, di bawah pemerintahan Lt Kol Ungku Nasarudin, sebagai
batalion yang pertama berkhidmat di Congo dalam tahun 1960. Di
samping itu Rejimen Pertama Kor Peninjau serta komponen Kor-Kor lain
seperti Semboyan, Perkhidmatan dan lain-lain memberi sumbangan
anggota mereka. Perkhidmatan Tentera Darat dengan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion
Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja ke tanahair pada 28 Apr 1963.

2. Namibia (UNTAC) - Feb 89

 Misi UNTAC (UN Transitional in Assistance in Namibia) bermula pada


Feb 1989 sehingga Apr 1990 yang mana penugasan adalah sebagai
Staf Markas dan dikenali sebagai MALBAT.

5
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

3.Cambodia (UNAMIC/UNTAC/UNMLT) - Nov 1991

 Penglibatan kontijen Malaysia dengan misi ini bermula dari Nov 1991
sehingga Mei 1994. Misi UNAMIC (UN Advance Mission in Cambodia)
bermula pada Nov 91 - Mac 92 yang mana penugasan adalah Pegawai
Perhubungan dan Misi UNTAC (UN Tansition Authority in Cambodia)
pula bermula pada Mac 92 sehingga Nov 92 yang mana penugasan
adalah MALBAT I, II dan Staf Markas. UNMLT (UN Military Liaison
Officer Team) bermula pada Nov 93 sehingga Mei 94.

4.Somalia (UNOSOM) - Jun 1993

 Malaysia menyertai misi UNOSOM dari 1993 hingga 1995. 870 anggota
tentera dari 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di
Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Batalion ini terlibat dengan misi tempur
untuk menyelamat askar Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di
Pasar Bakara di Mogadishu pada 3 dan 4 Okt 1993, dimana 75 Renjer
Amerika Syarikat berjaya diselamatkan.

5.Bosnia Herzegovina UNPROFOR/IFOR/SFOR - 1993

 Malaysia mula menyertai Pasukan Pelindung PBB (UNPROFOR) pada


bulan Sep 1993. Kumpulan MALBATT dianggotai oleh 23 RAMD dan 3
KAD tempoh tugas dari 2 Sep 1993 sehingga 22 Ogos 1994
 Kumpulan MALBATT II (22 Ogos 1994 hingga 27 Mac 1995) dari 5
RAMD dan 2 KAD. Kumpulan MALBATT III (28 Mac 1995 hingga Nov
1995) dari 12 RAMD dan 1 KAD. B
 agi Kumpulan IFOR (International Force) MALCON I, II dan III telah
bertugas bermula pada Dis 1995 sehingga Jun 1997. Kumpulan SFOR
(Stabilization Force) pula iaitu MALCON IV Dan V telah ditugaskan
bermula pada Jun 1997 sehingga Jun 1998.

6
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

6.Timur Timor (INTERFET/UNTAET) - Sep 1999

 Penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 30


pegawai dan LLP berganding bahu dengan Multi-national Force
(INTERFET), membantu United Nations Mission in East Timor
(UNAMET) melaksanakan tugas-tugasnya serta bagi memudahkan
pelaksanaan operasi-operasi bantuan kemanusiaan. tempoh
penugasan tim ini adalah dari 29 Sep 1999 hingga 1 Feb 2000 (dikenali
sebagai MALTEAM). Seterusnya mulai 18 Mei 2000, anggota ATM telah
ditugaskan sebagai jurubahasa dibawah misi UNTAET.

7.Ethiopia (UN MEE) - Dis 2000

 Misi UN MEE (UN Mission in Eriteria/Ethiopia) bermula pada Dec


2000 sehingga sekarang yang mana penugasan adalah sebagai Staf
Markas.

8.Op Khas Timor Leste (MALCON) 2006

 Penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 36


pegawai dan 302 LLP. Tempoh penugasan tim ini adalah dari 29 Mei
2006 hingga sekarang yang mana misi ini diketuai oleh Kol Ismet Nayan
bin Ismail (3001633).

7
MPU1152 PENGAJIAN MALAYSIA

5.0 KEBERANIAN DAN PENGORBANAN

BARISAN HADAPAN DARI KIRI:

Usman bin Engguk, Jantan bin Abdul Rahman, Ismail bin Tahar, Ibrahim bin Sidek,
Buyong bin Md Yasin, Ahmad bin Abdullah, Ngah bin Abdullah dan Ahmad bin Nordin.

BARIS KEDUA:

Abdul Ghaffar bin Abdullah, Ismail bin Ahmad, Abdul Manap bin Abdullah, Hj Kadir bin
Hj Hassan, Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman, Ariffin bin Hj Sulaiman,
Ahmad bin Dodo, Mohd Taib bin Jais dan Buyong bin Md Yassin.

BARISAN KETIGA:

Abdul Rahman bin Md. Yatim, Muhammad bin Kenit, Awang bin Abdullah, Musa bin
Ismail, Usman bin Yunus, Abdul Samad bin Abdullah, Mohd Taib bin Jais dan Ismail
bin Mahmud. (Naim dan Buyong adalah merupakan tukang masak).

KISAH PENGORBANAN

Ini merupakan sebahagian dari kisah pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para
pahlawan-pahlawan negara dimana mereka sanggup mempertaruhkan jasad dan
nyawa mereka demi mempertahankan maruah dan nama negara Malaysia yang
tercinta. Semoga ia dapat menjadi renungan dan pengorbanan para pahlawan yang
terdahulu tidak akan kita lupakan. Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi .

Anda mungkin juga menyukai