Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAHA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU SABAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEJARAH MALAYSIA
TH10203

NAMA PELAJAR

MOHDD JUNAIDEY BIN BUASING


NO.MATRIK

CT10210484
NAMA PENSYARAH

DR.LEE BIH NI

TAJUK TUGASAN

BANDINGKAN CORAK PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU DENGAN SABAH DAN SARAWAK

ISI KANDUNGAN

TAJUK ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN CORAK PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU,SABAH DAN SARAWAK PERBANDINGAN PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU,SABAH DAN SARAWAK RUMUSAN PENILAIAN BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN Syukur pada rahmatNYA atas kurnia hikmah dan nikmat yang diberi.Walaupun sukar dan payah, saya masih mampu menjayakan penulisan tugasan ini dengan baik.Nilai masa dan tenaga yang terkorban amat menuntun hati. Jutaan ungkapan terima kasih atas bimbingan,tunjuk ajar dan pedoman yang telah dihulurkan oleh Dr.lee Bih Ni selaku pensyarah subjek Sejarah sepanjang sesi pengajian saya. Buat isteri dan anak-anak,bantuan kemesraan yang kalian sumbangkan amat berharga dan berbisa.Sebagai pengubat lara dan luka dalam mengharungi kepayahan mencurah idea. Bagi teman dan rakan seperjuangan,sokongan idea,masa,tenaga dan kesudian berkolaborasi tidak terbalas rasanya.Budi kalian menjadi ingatan dan kenangan buat diri saya. Akhir kalam,semoga semua mendapat imbalan setimpal dengan perbuatan.AMIN YA RABBAL ALAMIN. Yang benar, (MOHD JUNAIDEY BUASING)

PENDAHULUAN

Tarikh 8 disember menjadi permulaan Perang Dunia Kedua meletus di Asia sesudah perang di Eropah antara kuasa-kuasa paksi menentang kuasa-kuasa berikat pecah.Jepun telah memulakan kempen penaklukannya ke atas negaranegara di Asia Tenggara serentak dengan pengeboman mengejut ke atas Pearl Harbour,pelabuhan angkatan laut Amerika Syarikat di Pulau Hawaii pada 7 Disember 1941. Pada waktu yang sama juga angkatan perang Jepun melaksanakan serangan serentak di seluruh kepulauan Asia Tenggara melibatkan pengkalan Amerika di Filipina,Tanah Melayu dan Borneo Utara di bawah kekuasaan British dan Indonesia di bawah kekuasaan Belanda(Dutch). Serangan di Tanah Melayu bermula dari beberapa tempat pendaratan strategik iaitu Pantai Sabak di Kota Bharu,Pattani dan Singgora di Siam. Angkatan penyerangan Jepun terdiri daripada Angkatan tentera ke-25 pimpinan Leftenen

Jeneral Tomoyuki Yamashita. Serangan ini sebenarnya telah dijangkakan oleh pihak British terutama Jeneral Arthur Ernest Percival. Akan tetapi cadangan Jeneral Arthur E.Percival telah tidak diendahkan oleh (Marsyal Udara)Sir Robert BrookePopham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh.

1.terdiri daripada Detasmen Takumi(dikenali sebagai Imperial Guard)., Detasmen Saeki dari Divisyen ke-18 dan Detasmen Ando dari Divisyen ke-5.Lihat juga Aubrey Saint Kenworthy(1951), The Tiger of Malaya: The story of General Tomoyuki Yamashita and "Death March" General Masaharu Homma, Exposition Press. 2.Seorang Jeneral Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Dia paling dikenali kerana berjaya memimpin Ketumbukan Ke-25 Tentera Jepun dalam kempen menakluki Tanah Melayu sehingga menerima jolokan Harimau Malaya.Lihat juga Yoji, Akashi(2002). 'General Yamashita Tomoyuki: Commander of the 25th Army', in Sixty Years On:The Fall of Singapore Revisited. Eastern Universities Press. 3.Pemerintah Tertinggi Angkatan British di Tanah Melayu

Beliau

ragu-ragu terhadap maklumat perisikan sehingga mengagalkan

pelaksanaan Operasi Matador dan Operasi Krohcol. Keraguan beliau dibayar dengan harga yang tinggi apabila pihak British kehilangan kuasa laut berikutan kegagalan Force Z di laut Kuantan pada 10 disember 1941. Kemusnahan HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales telah menjatuhkan moral dan semangat pasukan pertahanan British di Tanah Melayu. Serangan Jepun disusun dalam bentuk serangan penyepit. Angkatan Jepun yang mendarat di Pattani dan Singgora telah bergerak ke pantai Barat menembusi pertahanan sektor utara British di Gurun dan Jitra. Kegagalan pihak British memusnahkan aset ketenteraan di lapangan terbang Alor Setar telah

menguntungkan pihak Jepun. Aset-aset ini termasuk beribu tong minyak,meriam berat,mesingan berat dan berpuluh-puluh bom dan amunisi.Aset-aset ini telah digunakan oleh angkatan udara Jepun untuk menyerang pengunduran British sepanjang Perak sehingga Kuala Lumpur. Menjelang akhir Januari 1942,Jepun telah sampai di Johor dan membuat persiapan akhir menyerang Singapura. Angkatan Jepun pimpinan Leftenen Jenaral Takuma Nishimura yang mendarat di Kota Bharu bergerak ke arah Bandar Kuantan selepas menawan lapangan terbang strategik di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.Detasmen Takumi telah menembusi pertahanan kukuh British selepas pertempuran sengit dengan askar Australia di Muar.Selepas siri pengeboman udara oleh angkatan udara Jepun memusnahkan markas Briged 45 British,Jeneral Arthur E.Percival memutuskan pengunduran penuh British ke Singapura.
4.satu rancangan perang yang dibuat oleh Markas Gerakan Tanah Melayu untuk menggerakkan pasukan Tentera British ke wilayah Thailand bagi menentang serangan amfibi oleh pasukan Jepun. 5. alternatif kepada Operasi Matador tetapi gagal dilaksanakan. 6.merupakan detasmen laut British dan Australia diketuai oleh Laksamana Sir Thomas "Tom" Spencer Vaughan Phillips.Kapal penyerangan utama ialah HMS Prince of Wales dan HMS Repulse.

Serangan Jepun yang ke atas bermula pada 8 Februari 1942 dari tiga arah berlainan. Rancangan Yamashita ini adalah serupa dengan penyerangan yang diolah semasa Perang Dunia Pertama oleh Fil Marsyal Edmund Allenby semasa kempen di Palestin (1918 ). Menjelang 15 Februari,Jeneral Arthur E.Percival menyerah diri kepada Jeneral Yamashita secara rasminya di Bukit Timah. Di Sarawak dan Sabah pula, operasi penawanan dilaksanakan oleh

Angkatan Bersenjata Selatan daripada Briged Kawaguchi yang berpengkalan di Cam Ranh,Vietnam. Proses penaklukan bermula dengan singkat oleh angkatan Jepun didorong oleh maklumat perisikan yang betul dan tepat disertai oleh kemahiran para perancang Jepun yang berwibawa. Sarawak yang diperintah oleh keluarga Brooke tidak memiliki kekuatan ketenteraan. Manakala sabah pula merupakan kawasan pengeluaran hasil-hasil pertanian dan mineral bagi Syarikat Berpiagam Borneo Utara hanya dipertahankan oleh dua battalion askar India dan sukarelawan tempatan. Keseluruhan Borneo Utara hanya dipertahankan oleh lebih kurang 4500 orang tentera darat tanpa sokongan angkatan udara dan angkatan laut. Sedangkan Angkatan Jepun pula terdiri daripada Rejimen infantri ke-124 daripada Division ke 18 diiringi oleh pasukan sokongan pendaratan angkatan laut dari Division Pembinasa ke-12 disertai oleh kapal penggangkut IJN Hiyoshi Maru.Anggaran kekuatan pasukan penyerang lebih kurang 6000 hingga 8000 orang tidak termasuk pasukan sokongan angkatan laut.

7.Briged kawaguchi diperintah oleh Major-Jeneral Kiyotake Kawaguchi dan ia terdiri kebanyakannya dari unit-unit berikut yang ditempatkan di Canton, selatan negara China, yang sebelum ini diperintah di bawah Divisyen Infantri Ke-18.Lihat juga Philippe Revillers. (1988). Sejarah Indo-China. Hlm 168-171.

CORAK PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Sepanjang era pentadbiran Jepun,banyak transformasi berlaku dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.Struktur pentadbiran yang lebih bersifat ketenteraan telah diperkenalkan bagi menjamin keselamatan dan keamanan kawasan jajahan.Corak pentadbiran peringkat tinggi secara berpusat dilaksanakan sebagai strategi bagi memudahkan kawalan ke atas rakyat.Manakala sturktur pentadbiran di peringkat daerah dan kampong dikekalkan mengikut corak pemerintahan

British.Bagaimanapun,kuasa mutlak terletak pada pihak Jepun.Penduduk peribumi hanya sebagai kakitangan sokongan sahaja dalam melaksanakan propaganda jepun bagi memastikan sokongan sebagai pemerintah. Selepas penawanan Tanah Melayu oleh Jepun,struktur pentadbiran yang diperkenalkan oleh barat telah dimansuhkan.Pentadbiran Jepun yang bercorak ketenteraan telah diperkenalkan bagi menjaga keaman dan ketenteraman Tanah Melayu yang porak peranda akibat kesan peperangan.Agihan kuasa telah dibuat dengan kuasa tertinggi terletak pada Pejabat Perang di Tokyo (pentadbiran pusat).Selepas itu,kuasa pentadbiran dilaksanakan oleh pegawai peringkat tinggi tentera(pengarah Agung) beribu pejabat di Syonan(Singapura). Di bawah kawalan pentadbiran pengarah agung ialah Majlis Pusat,Makhamah dan Biro-Biro

Pentadbiran.Pentadbiran Tanah Melayu telah diasingkan antara negeri-negeri selat dengan negeri-negeri Melayu yang lain.Kuasa mentadbir Negeri-negeri Selat telah diletakkan dibawah pentadbiran seorang Gabenor berbangsa Jepun. Pusat pentadbirannya diletakkan di Singapura yang telah dinamakan semula sebagai Syonan bermaksud Cahaya Selatan. Negeri-negeri Melayu yang lain telah disatukan dengan Sumatera bagi membentuk kawasan pentadbiran dikenali sebagai Malai Baru sehingga tahun 1943. Bagi membalas kebaikan Siam yang telah memberikan akses kepada Jepun semasa proses penaklukannya,negeri-negeri utara Tanah Melayu telah diserahkan sebagai tanda penghargaan dan

persahabatan.Siam pada Ogos 1943. Malai Baru telah dipecahkan menjadi 8 wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun yang menerima arahan terus dariapada Presiden (Gunseikan) yang beribu pejabat di Singapura.

Gabenor ini dibantu oleh Majlis Penasihat Melayu dan Majlis Perundangan. Gabenor menjadi pengerusi majlis-majlis ini dan sultan menjadi naib pengerusinya. Majlis Mesyuarat Negeri kekal menjadi sebuah badan penasihat. Sultan-sultan kekal sebagai ketua negeri masing-masing dan hanya dibenarkan melaksanakan kuasanya dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Pada peringkat bawahan,setiap daerah dikawal selia oleh seorang pegawai daerah tempatan dibantu oleh sepasukan polis Jepun dikenali sebagai Kempetai, Toko dan Teikikan. Dibawah organisasi daerah ialah penghulu kampong yang mengawal aktiviti dalam kampung masing-masing dengan seliaan pasukan keselamatan Jepun. Struktur pemerintahan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti dalam rajah 1.

PEJABAT PERANG DI TOKYO PENGARAH AGING DI SINGAPURA PENTADBIRAN PUSAT MAJLIS PUSAT

MAHKAMAH

BIRO-BIRO PENTADBIRAN

GABENOR WILAYAH

MAHKAMAH

BIRO-BIRO PENTADBIRAN

MAJLIS WILAYAH

PENTADBIRAN WILAYAH

DATUK BANDAR

PEGAWAI DAERAH

PENGHULU

RAJAH 1

SISTEM PENTADBIRAN JEPUN DI SABAH DAN SARAWAK(BORNEO UTARA)


Sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Jepun di Borneo Utara(Sabah dan Sarawak) lebih bercorak ketenteraan dikenali sebagai GUNSEIBU yang ditubuhkan pada 1942 sesuai dengan situasi peperangan. Struktur pentadbiran bercorak eropah dikekalkan dengan beberapa pembaharuan Rombakan dalam organisasi pentadbiran pusat sahaja dibuat sementara organisasi peringkat rendah atau kedaerahan dikekalkan mengikut corak pengurusan British..Borneo Utara dibahagikan kepada beberapa wilayah dengan setiap wilayah mengandungi beberapa daerah atau kawasan pentadbiran kecil.Kuasa tertinggi bagi Borneo Utara diletakkan pada Pejabat Tanah Jajahan di Tokyo,Jepun. Bagi Borneo Utara,struktur pentadbirannya dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu Bahagian pertama(Kuching meliputi Sarawak Barat),Bahagian kedua(Sibu meliputi kawasan Rajang dan Sarawak tengah),Bahagian Ketiga(Miri meliputi Brunei dan Sarawak Timur),Bahagian keempat( Jesselton meliputi bahagian pantai barat) dan Bahagian kelima(Sandakan meliputi pantai timur).Setiap bahagian diperintah secara langsung oleh seorang pegawai tentera berpangkat Mejar Jeneral berpusat di Kuching yang menjadi ibu pejabat Division Darat ke-37.Di

Sarawak,peringkat wilayah pula ditadbir urus oleh Majlis Penasihat Daerah Kewilayahan(KEN-SANJIKAI). Ahli-ahli Majlis Ken Sanjikai terdiri daripada ketuaketua masyarakat setempat dikenali sebagai KEN SANJI. Di Sabah pula,struktur pentadbiran dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil.Danny Wong Tze Ken menjelaskan seperti berikut: for the administrative purposes,the Japanese divided the territory into two governoretes (provinces):Seikei shiu comprised the former west coast residency,Kudat and the interior and Tokai shiu east coast residency ( Tawau) and Sandakan under the governoretes,the administration was futher divided into various prefectures,followed by divisions or district the kampungs(village was the lowest level of administration unit

8.Corak pentadbiran Borneo Utara semasa perang .Lihat juga Danny Wong Tze Ken,The War hlm 40

Setiap bahagian terdiri daripada beberapa wilayah.Empat wilayah yang ditubuhkan ialah Kudat, Jesselton, Beaufort dan Keningau.Wilayah merupakan gabungan beberapa daerah.Setiap wilayah diperintah secara langsung oleh seorang pegawai tentera jepun.Di bawah organisasinya ialah pegawai-pegawai asal Borneo Company sama ada berbangsa eropah atau india.Kuasa memerintah Daerah pula dipegang oleh penduduk setempat dengan kawalan seorang pegawai tentera jepun.Daerah pula merupakan gabungan beberapa buah kampung yang diperintah oleh Jepun melalui ketua-ketua suku kaum yang mendiaminya.Setiap ketua suku kaum dibantu oleh sepasukan pengawal sukarela.Bagi memastikan sokongan penduduk

setempat,pihak Jepun telah menjalankan pengintipan dengan meletakkan pasukan perisikan bagi memastikan kepatuhan terhadap penguasaan jepun.Steven R.Evens menjelaskan senario tersebut sebagai: the Japanese kept a close control over the native villages through the headman.Spies were planted in the villages ensure the headman did his duty properly Dengan membahagikan wilayah,Jepun berharap dapat melicinkan pengurusan pentadbiran bagi mempercepatkan pengeluaran sumber bahan mentah untuk menampung perbelanjaan peperangan dengan British.

9. Lihat Stephen R.Evens,Sabah under the rising Sun Government. hlm 85-87

PERBANDINGAN SISTEM PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU DAN BORNEO UTARA


Perbezaan sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh pihak Jepun di Tanah Melayu dan Borneo Utara amat ketara. Perbezaan ini wujud kerana dipengaruhi oleh faktor demografi,agama dan kepercayaan ,kegiatan ekonomi dan bentuk muka bumi. Struktur pentadbiran di Tanah Melayu bermula mengikuti hierarki.Kuasa tertinggi dipegang oleh seorang pengarah agung beribu pejabat di Singapura. Selepas jawatan pengarah,kuasa diagihkan antara Mahkamah,Biro-biro pentadbiran pusat dan Majlis Pusat.bagi Mahkamah,ahli-ahlinya terdiri daripada pegawaipegawai tentera Jepun yang fanatik.Mereka menghukum mengikut kemahuan dan kehendak mereka tanpa perbicaraan yang adil. Ahli Biro-biro pentadbiran terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan India sahaja. Majlis Pusat pula dianggotai oleh beberapa pegawai Jepun dan sultan-sultan melayu sahaja.Kaum cina dan bangsa eropah diketepikan sama sekali. Struktur pentadbiran di peringkat wilayah amat berlainan dengan Borneo Utara. Pemerintah wilayah ialah seorang gabenor dibantu oleh Biro-biro pentadbiran, Mahkamah dan Majlis Wilayah. Mahkamah di peringkat wilayah dikuasai oleh Datuk Bandar. Sementara Majlis wilayah mengandungi pegawai daerah dan penghulu.Pegawai daerah berfungsi sebagai penyelaras kepada kampong-kampung yang diurus oleh penghulu. Struktur pentadbiran di Sarawak dan Sabah cukup ringkas.Kuasa tertinggi dipegang oleh seorang Gabenor Jeneral di Kuching. Selepas itu,kuasa diagihkan kepada gabenor-gabenor wilayah antara Sabah dan Sarawak. Dalam pentadbiran setiap gabenor,terdapat beberapa bahagian yang ditadbir urus oleh residen.Residen-residen ini dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.Kebanyakan pegawai-pegawai dalam organisasi pentadbiran Jepun merupakan rakyat tempatan.Mereka terdiri daripada rakyat tempatan yang berpendidikan dan bekas kakitangan North Borneo.Peringkat rendah ialah kampong-kampung yang dikawal selia oleh ketua-ketua suku.Setiap ketua-ketua suku dibantu oleh pihak militia tempatan yang bertindak sebagai kawalan keselamatan dan perisikan bagi pihak Jepun.

RUMUSAN

Kesengsaraan dan kemelaratan sepanjang penjajahan Jepun telah banyak mengajar penduduk setempat erti semangat kenegaraan dan patriotisme. Tanpa disedari,Jepun telah membangkitkan niat penduduk setempat terutama golongan berpendidikan ke arah mencari kemerdekaan sendiri. Penentanganpenentangan oleh penduduk tempatan tanpa batasan kaum seperti Parti Komuis Malaya, Force 136, Wataniah dan peristiwa Double tenth di Sabah telah merubah sisi semangat nasionalisme ke satu tahap baru. Penglibatan dalam pentadbiran semasa pemerintahan Jepun telah menjadi asas yang kukuh kepada ribuan anakanak tempatan untuk menceburkan diri dalam bidang politik. Slogan ASIA UNTUK ORANG ASIA yang dijana oleh Jepun telah memamah imperialis barat daripada terus menguasai dunia nusantara khasnya bumi dan Tanah Melayu serta Kepulauan Borneo. Kepulangan British ke Tanah Melayu hanya menyaksikan kejatuhan maruah dan harga diri mereka sebagai penjajah di mata penduduk setempat.

PENILAIAN

Perang Dunia Kedua yang tercetus di kepulauan nusantara lahir daripada hasrat Negara Jepun untuk menyaingi imperalisme barat. Peningkatan mendadak dari segi ekonomi dan ketenteraan Jepun telah membuka mata banyak negaranegara yang dikuasai oleh kuasa-kuasa barat seperti Indonesia,Tanah Melayu dan Indo-cina. Semangat dan slogan propaganda Jepun semasa kempen peperangannya telah membuka minda penduduk kepulauan nusantara perihal kemerdekaan.Tuntutan untuk memerintah negara sendiri semakin memuncak dengan situasi meruncing akibat pemerintahan kejam tentera Jepun. Bagaimanapun,masih terdapat perdebatan tentang kesan-kesan kependudukan Jepun di Asia Tenggara.Ramai sejarawan tempatan mengakui bahawa Jepun sebenarnya hanya menjadi pencetus kepada kebangkitan semangat nasionalisme yang telah sekian lama terkubur keranan ketakutan golongan elit dan beraja terhadap tindakan pihak imperialisme.Apa yang jelas,kekalahan kuasa-kuasa barat khususnya British di Tanah Melayu dan Borneo Utara telah menghakis keangkuhan ketuanan mereka ke atas anak bangsa kita. Pengalaman dan kesengsaraan yang dilalui oleh penduduk nusantara semasa pendudukan Jepun telah dibayar dengan darah dan air mata oleh pejuang-pejuang yang tidak ternama. Rumusannya,Pendudukan Jepun banyak meninggalkan sejarah kepada Tanah Melayu dan Borneo Utara.Sejarah kelam yang diciptakan telah mengajar anak bangsa tingginya nilai sebuah kemerdekaan. Seharusnya pengorbanan pejuang-pejuang tanah air yang pernah mencurahkan bakti wajar dikenang dan dihargai.Semangat keperwiraan mereka tetap menyala di setiap sanubari anak bangsa.

BIBLOIGRAFI

1. Azhar Mad Aros. ( 2002 ). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu,19411945: satu kajian mengenai bibliografi. 2. Mohamad Isa Othman. (1992). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945. Tumpuan di Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 3. Henry Miller. (2007). The Story of Malaysia. Kuala Lumpur: Synergy Media. 4. Maxwell Hall. ( 2009). Kinabalu Guerillas. Kota Kinabalu: Opus Publications. 5. Danny Wong Tze Ken. (2010). Historical Sabah, The War. Kota Kinabalu: Opus Publications. 6. Stephen R. Evens. (1990). Sabah under the rising Sun Government. Kota Kinabalu: Opus Publications. 7. M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku sdn.bhd. 8. Philippe Revillers. (1988). Sejarah Indo-China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka(terjemahan oleh Ruhanes Harun). 9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu. 10. http://ms.wikipedia.org/wiki/HMS_Repulse 11. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tomoyuki_Yamashita 12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu 13. http://portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf.

Anda mungkin juga menyukai