Anda di halaman 1dari 2

WORKING TITLE OBJECTIVE

: :

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR MEMAPARKAN KISAH BENAR DI SEBALIK KEDATANGAN TENTERA JEPUN KETANAH MELAYU

SYNOPSIS Peperangan Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula di pantai Kelantan. Ianya bermula sejam 20 minit lebih awal dari serangan Jepun ke atas Pearl Harbour. Kehadiran tentera Jepun pada pagi 8 disember 1941 di pantai kuala pak amat kelantan merupakan satu siri serangan dari 3 penjuru yang telah dirancang. Pendaratan secara serentak juga telah dilakukan di singora dan patani, Thailand oleh tentera Jepun dengan kekuatan jauh lebih ramai dari di kelantan. Setelah menghadapi sedikit tentangan dari tentera Thailand, pihak Jepun mengadakan rundingan dengan Thailand. Dengan rundingan tersebut, Thailand membenarkan tentera Jepun melalui negaranya dengan syarat negeri-negeri di utara malaya di letakkan di bawa pentadbiran Thailand. Rancangan Kesemakmuran Asia Timur dengan motto Asia untuk Asia yang telah dilaungkan oleh pihak Jepun berjaya mengelabui beberapa perkumpulan melayu di malaya ketika itu. Perkumpulan-perkumpulan seperti Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ahmad Boestamam contohnya, telah menyeru penduduk tempatan untuk menerima kedatangan tentera Jepun. Kemaraan tentera Jepun melalui pantai barat menerusi Thailand juga telah di duga oleh pihak British. Pada tahun 1939, satu plan tindakan telah dirancang dan dibentangkan oleh Maj Gen William Dobbie GOC Malaya, untuk menyekat sebarang ancaman melalui Thailand. Namun plan tersebut tidak diendahkan oleh pihak atasan British. Pada bulan ogos 1941, Marsyal Udara, Sir Robert Brooke Popham telah mengutarakan sekali lagi plan tersebut. Plan yang dinamakan Matador itu merupakan rancangan utuk menggerakkan elemen-elemen ketenteraan dalam skala yang besar jauh ke dalam wilayah Thailand untuk membina pertahanan bagi menyekat kemaraan musuh. Namun begitu plan tersebut gagal dilaksanakan sepenuhnya. Krohcol atau elemen pendahuluan Matador hanya digerakkan setelah 2 hari Jepun mendarat. Kegagalan melancarkan plan matador lebih awal dikatakan akibat kerenah birokrasi dan ketidak tentuan pihak British dalam menentukan sikap Thailand terhadap serangan Jepun. UNIQUE SELLING POINT Pendudukan Jepun merupakan fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan dalam sejarah Malaysia. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui secara terperinci mengenai kisah disebalik penjajahan ini. Dokumentari ini akan mengupas secara terperinci fakta disebalik kedatangan Jepun. Fakta serta kisah yang tersembunyi menjadi agenda dalam dokumentari ini agar ianya menjadi satu tarikan penonton. Faktor awal kegagalan British dalam mempertahankan Utara dan Timur Malaya akan didedahkan. Temubual eksklusif akan dibuat keatas koresponden samada yang terlibat secara langsung atau pengkaji sejarah bagi memberikan gambaran sebenar situasi. Beberapa orang tentera Jepun yang pernah bertugas di Malaya ketika itu juga di kenalpasti untuk di temubual. Temubual terhadap tokoh akademik juga dilihat akan memberi impak kepada dokumentari ini.

CGI pergerakan Trup samada Jepun atau British akan lebih memberikan kefahaman yang lebih jelas dalam setiap pertempuran yang berlaku. Disesetengah insiden penonton akan dibawa ke lokasi sebenar berlakunya kejadian tersebut. Beberapa artifak tinggalan British dan Jepun masih kelihatan hingga ke hari ini. Dalam sesetengah insiden, lakon semula akan dibuat bagi memberikan kesan tragik kepada insiden. Ini memberikan lebih impak kepada penonton.

Anda mungkin juga menyukai