Anda di halaman 1dari 8

Sudut Pengumpulan Amalan Hijau

Sejajar dengan keputusan perbincangan EKSA Zon Pulau Aur pada 9 Januari 2018 yang lalu, satu sudut pengumpulan
amalan hijau diwujudkan bagi mengumpul barang kitar semula.

Menariknya bekas untuk sudut pengumpulan ini adalah dengan menggunakan kotak dan T-Shirt yang terpakai.

Kos membuat satu bekas ini hanyalah RM 8.00 sahaja iaitu kos untuk membeli tali hiasan dan glue gun.
Perbincangan juga sebulat suara bersetuju untuk mengumpul kertas, plastik, ubat-ubatan dan bateri terpakai untuk dijual
atau dikitar semula.

Menjual kertas dan kotak


Hari ini aktiviti Zon Pulau EKSA adalah menjual kertas dan kotak terpakai yang telah berjaya dikumpul oleh ahli-ahli Zon
Pulau Aur bagi menyokong Program Amalan Hijau. Antara yang telah dikumpul adalah buku, majalah terpakai, kotak,
kertas terpakai, dan lain-lain lagi.

Program ini telah diketuai oleh Encik Burhanuddin bin Abu Samah.
Hasil jualan yang diperolehi adalah sebanyak RM 18.40. Duit jualan yang diperolehi telah diserahkan kepada Bendahari
EKSA, Puan Norasikin binti Sailan bagi menampung program-program EKSA yang akan datang

Program mengedarkan risalah Amalan Hijau 3R


Program mengedarkan risalah Amalan Hijau telah berlangsung pada 14 Januari 2018 dengan tajuk "Amalan 3R Budaya
Kita".

Sumber poster adalah dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PSSPPA).

Objektif program ini adalah bagi:-

 Berhemah dalam penggunaan alat tulis.


 Mencetak atau membuat salinan hanya jika perlu.
 Mencetak atau membuat salinan di kedua-dua belah mukasurat bagi dokumen formal.
 Menggunakan semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal (salinan draf).
 Menggunakan semula sampul surat dan fail yang telah digunakan.
 Fikir dulu sebelum buang.
 Menggunakan tong kitar semula yang betul.
Risalah ini telah diedarkan oleh Timbalan Ketua Zon Pulau Aur, Puan Ng Kim Neo kepada ahli-ahli bagi menerapkan
amalan 3R di kalangan ahli Zon Pulau Aur supaya dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan seterusnya
mengelakkan bahan kitar semula dilupuskan di tapak pelupusan.

Anda mungkin juga menyukai