Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN SYARAHAN

Faedah-faedah Menjayakan Kempen Kitar Semula.


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialahFaedah-faedah Menjayakan Kempen Kitar
Semula.
Hadirin sekalian,
Faedah Kitar semula dapat mengelakkan pembaziran. Bekas plastik, kaca
dan alaminium yang sudah digunakan tidak terbuang begitu sahaja. Bahanbahan terbuang boleh diproses dan digunakan semula sebagai bahan baru.
Kitar semula jaga dapat mengatasi masalah pencemaran udara. Dengan kitar
semula, tiada lagi longgokan sampah-sarap yang busuk dan menyakitkan
mata. Oleh itu, alam sekitar kita menjadi bersih, udara segar, dan kesihatan
kita terjamin.
Hadirin sekalian,
Kebaikan kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan
menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastic
dapat menambah pendapatan kita.
Melalui kempen kitar semula juga dapat mengatasi masalah melupuskan
sampah-sarap. Kita dapat mengurangkan kawasan pelupusan sampah dan
dapat menjimatkan ruang.
Semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan kempen ini. Kita dapat
banyak manfaat daripada kempen kitar semula ini. Saya berharap agar rakanrakan turut serta menjayakan kempen ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai