Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara melestarikan alam sekitar

Masalah pencemaran alam sekitar merupakan isu hangat yang selalu

dipertikaikan. Pada hakikatnya, khalayak ramai perlulah mengubah

sikap untuk melestarikan alam sekitar.

Antaranya, kita mestilah membuang sampah ke dalam tong

sampah untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya

membuang sampah ke dalam longkang kerana perbuatan ini akan

menyebabkan longkang tersumbat dan tercemar.

Seterusnya, kita patutlah menanam tumbuhan hijau di

kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan tumbuh-tumbuhan dapat

menghijaukan kawasan dan mencantikkan alam sekitar. Pokok juga

berperanan untuk menurunkan kepanasan suhu dan menyegarkan udara.

Selain itu, kita juga haruslah mengamalkan amalan kitar

semula dalam kehidupan seharian. Barangan terpakai seperti surat

khabar, botol plastik, tin-tin aluminium dan botol kaca boleh dikitar

semula untuk digunakan semula. Amalan ini dapat menyelamatkan alam

sekitar dengan mengurangkan kuantiti sampah agar haiwan perosak

tidak membiak dengan berleluasa.

Kesimpulannya, kita patutlah memandang serius akan isu

pencemaran alam sekitar. Manusia sejagat mestilah berganding bahu

untuk melestarikan alam sekitar kerana sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai