Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Nama

: Chuah Bee Hui

No. Kad Pengenalan : 870706-38-5272


Kumpulan

: PISMP RBT GSTT

Tajuk

: Program Bina Insan Guru (BIG ) Frasa 4 -pasca banjir


Program Bina Insan Guru (BIG) pada

semester ini agak berlainan jika

dibandingkan dengan semester yang lepas, kali ini punya program Bina Insan Guru
yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan pasca banjir di negeri Perak. Sebelum
saya bertolak ke destinasinya, saya berasa agak bimbang kerana saya tidak dapat
membuat gambaran tentang keadaan di sana.
Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, di mana saya dan
rakan-rakan telah membawa alatan pembersihan untuk membersihkan kawasan yang
dilanda banjir, namuan apa yang dibawa oleh kami tidak dapat digunakan kerana
keadaan di sekolah tersebut telah dibersihkan oleh sukarelawan selepas berlaku banjir.
Kami cuma diberi tugasan untuk menceriakan kawasan sekolah sahaja seperti
melukiskan mirror, mengecat, membuat landskap.
Dalam aktiviti ini saya berasa bersemangat untuk menjalankan kerja amal ini
beramai-ramai kerana saya yakin bahawa setiap perkara yang dilakukan beramai-ramai
akan memberi banyak faedah kepada semua orang terutama bagi mangsa banjir.
Ketika menjalankan aktiviti ini, saya dapat merasakan bahawa sikap bekerjasama
amatlah penting dalam masyarakat untuk menjayakan sesuatu tugasan yang banyak di
kawasan yang agak luas. Jika dilaksanakan sendirian, tugasan boleh disiapkan tetapi
akan memakan masa yang agak lama.
Kerjasama antara ahli kumpulan dan antara kumpulan juga melancarkan kerja
pembersihan. Sikap toleransi dan tolong-menolong amat penting untuk menjayakan
sesuatu program. Demikianlah dengan nilai kesabaran yang dicerminkan melalui
ketahanan guru pelatih untuk bekerja di bawah panas terik matahari.

Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam
terhadap diri saya. Sebabnya ialah saya berpeluang menjalankan tugasan dalam
suasana yang menyeronokkan bersama-sama dengan rakan. Selain itu, saya juga
dapat merasai kepuasan dari segi hasil usaha gotong-royong yang mendatangkan
faedah kepada semua guru pelatih. Saya bangga kerana disebabkan usaha kami,
kawasan sekolah tersebut dapat diceriakan dalam masa tersebut.
Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bergotong-royong amat
penting dalam kehidupan seharian kita untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu
kita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat hendaklah menyertai sebarang
kegiatan gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal untuk memantapkan
lagi hubungan sesama manusia. Kita akan berpeluang untuk mengenali orang ramai
yang sama-sama menyertai program yang dijalankan.
.

Anda mungkin juga menyukai