Anda di halaman 1dari 18

Pahlawan-Pahlawan

Kebangkitan Empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dan kemudiannya campur tangan kuasa-kuasa asing di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah mendorong masyarakat tempatan mengamalkan seni silat atau seni mempertahankan diri. Justeru, wujud ramai pahlawan Melayu yang handal dan amanah kerana hampir semua golongan masyarakat, termasuk orang kampung, kerabat diraja serta wanita, telah mempelajari dan menguasai ilmu persilatan. Di antara pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal adalah Hang Tuah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah, Datuk Bentara Luar Johor, Rentap dan Tun Perak. Seorang pahlawan Melayu dikehendaki melalui pelbagai tahap dan ujian di dalam seni mempertahankan diri bagi membina disiplin, keberanian dan sikap rendah diri. Status dan taraf seseorang pahlawan bergantung kepada bakti yang telah dicurahkan, integriti yang tinggi dan kemajuan yang telah dicapai. Seorang pahlawan yang mahir di dalam silat tidak memerlukan sebarang senjata untuk menewaskan musuhnya. Seorang pahlawan Melayu harus mematuhi tataetika tertentu ketika bertarung dan ketika aman. Dua kumpulan yang bertarung harus bersetuju tentang peraturan-peraturan pertarungan sebelum ia dimulakan. Peraturan-peraturan tersebut merangkumi tarikh, masa, tempoh rehat, permulaan dan akhir pertarungan dan sebagainya. Pertarungan sebegini bukan sahaja membawa kemenangan kepada satu pihak tetapi turut memastikan keadilan kepada kedua belah pihak. Sesiapa yang tercedera harus diberikan rawatan, manakala yang terkorban pula dikebumikan. Jika satu pihak berundur meninggalkan medan pertarungan, ini menandakan ia telah mengaku kalah dan kemenangan mutlak berpihak kepada pihak lawan. Penjajah Barat dengan senjata moden mereka telah memusnahkan cara dan etika sistem pertarungan ini. Seorang pahlawan biasanya memakai seluar yang pendek dan longgar ke paras lutut serta anak baju pendek yang dikenakan dengan ikatan kain di pinggang. Kain ikat kepala dililit supaya rambut tersusun rapi. Keris dan ada kalanya sejenis lagi senjata kecil akan diselitkan ke ikatan pinggang. Dia juga membawa sebatang lembing dan perisai yang diperbuat daripada besi, kulit, rotan atau kayu. Kewujudan dan fungsi pahlawan Melayu serta martabat dan darjat yang dikecapi mereka telah merosot dan beransur-ansur hilang apabila penjajah barat tiba di tanah Melayu dengan teknik dan senjata peperangan mereka yang moden.

Hang Tuah
Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai pemotong kayu di gerai keluarganya. Hang Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat karib ini telah berlajar berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit. Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat berkenaan perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya. Hang Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin menawan Melaka. Kata-kata Tak Melayu Hilang di dunia akan sentiasa hidup bersama-sama dengan wira Hang Tuah.

Mat Kilau
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir Pahang. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau. Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Datuk Bahaman
Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya . Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan . Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawaipegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orangorang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan .

Datuk Maharaja Lela


Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato? Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Mat Salleh
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa. Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Dol Said
Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Datuk Bentara Luar Johor


Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan dan membuka Batu Pahat yang dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Beliau juga merupakan bapa pembangunan bagi negeri Johor berdasarkan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau. Pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar berjaya memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala sungai Batu Pahat. Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893 dimana Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau untuk membuka Batu Pahat. Dato' Bentara Luar amat mementingkan tanggungjawab belaiau dalam memajukan Batu Pahat iaitu dengan menyediakan kemudahan jalan. Pembukaan rasmi Batu Pahat telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang sendiri dan telah dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Pejabat-pejabat kerajaan juga telah diwujudkan dan disusun dengan teratur. Sistem pentadbiran moden digantikan dengan sistem tradisional dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu. Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato' Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan dan telah memainkan peranan yang amat aktif. Orang-orang kampung digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodalpemodal asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato' Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini. Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato' Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896. Zaman Dato' Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato' Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula sistem pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran. Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Tok Gajah

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris. Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

Rantap
Masyarakat Sarawak di sini terdiri daripada pelbagai bangsa terutama masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Masyarakat Iban Betong kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman di sepanjang Sungai Layar, Sungai Spak dan Sungai Padeh. Di kawasan Spaoh dan Debak pula lebih tertumpu di kawasan Ulu Paku, Ulu Rimbas, Ulu Bayor dan sedikit tinggal di sepanjang jalan Pusa. Mereka mengamalkan pertanian pindah (padi bukit) di samping getah, lada dan koko sebagai tanaman komersial. Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu di kawasan ini termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap. Manakala masyarakat Melayu pula ramai yang mendiami kawasan hiliran dan persisiran pantai meliputi kawasan Pusa, Debak, Spaoh dan Maludam sedikit di kawasan pinggiran pekan. Pekerjaan tradisi masyarakat ini termasuklah menjadi nelayan terutama di Kampung Pusa dan sekitarnya. Mereka juga pada zaman awalnya bergiat dalam usaha penanaman padi di pinggiran sungai. Selain daripada itu, ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti pembalakan terutama di sekitar Beladin. Seperti juga masyarakat Iban, masyarakat Melayu di sini juga tidak kurang hebatnya dengan nama-nama tokoh terkenal seperti nama Datuk Patinggi Udin, Abang Abdul Kadir, Abang Godam dan Datuk Patinggi Kedit. Penduduk Cina pula kebanyakannya tinggal di pekan, sama ada di Betong, Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Pada tahun 1927, pekan Betong dikatakan mempunyai 16 buah unit kedai sahaja yang dimonopoli oleh masyarakat Cina. Tidak dinafikan juga masyarakat Cina di sini pada awalnya ada yang tinggal di pinggir pekan bagi mengusaha tanaman sayur-sayuran. Golongan ini lebih dikenali sebagai 'Cina Kebun'. Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial Regime" yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

Tun Perak
Tun Perak telah dianggap salah seorang daripada tiga orang pentadbir yang teragung.di alam Melayu pada masa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau mempunyai keperibadian, cita-cita dan kebolehan yang tinggi murni bagi seorang pemimpin. Beliau merupakan Bendahara Melaka dalam kurun ke-15 dan merupakan pentadbir yang teragung bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit dan Raja Kenayan dari Pasai. Beliau merupakan Bendahara Melaka yang ke-lima dengan gelaran Bendahara Paduka Raja selepas Bendahara ke-empat iaitu Tun Ali Seri Nara Diraja. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1396. Melaka telah dinamakan bersempena pokok melaka. Melaka telah dijadikan pentas bagi pendatang Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris dalam penciptaan sejarah. Di bawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau serta dibantu oleh Bendahara Tun Perak, Melaka membangun hingga menjadi kuat dari segi politik, sosial dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu. Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang telah menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

Tok Janggut
Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

DATO MOYANG SALLEH


Moyang Salleh ialah Dato' Penghulu ketiga bagi Luak Jelebu dan juga pengasas institusi Undang Luak di N9. Pada tahun 1725 beliau telah membebaskan Jelebu daripada kekuasaan Johor dan perisitwa ini dikenali sebagai "MEMUTUSKAN TALI KE JOHOR". Kerana kehandalan beliau dan 4 rakan yang lain (mengunakan kuasa mistiknya) beliau telah membebaskan Jelebu dari cengkaman Johor dan Sultan Johor telah mengisytiharkan beliau sebagai Raja di darat......dan mendapat gelaran Dato' Mendika Menteri Akhir Zaman......... Bagaimana beliau dapat memutuskan tali dengan Johor?......Dahulukala N9(Minang) dikuasai orang Johor (Riau), akan tetapi diabad ke 17 kerajaan Johor Riau telah lemah dan kuasa Britih telah mengambil alih pentabiraannya dan menyebabkan ketegangan di kedua belah pihak dan akhir dari ketegangan tersebut terjadilah satu pembunuhaan dimana Penghulu Rembau telah dibunuh kerana telah menolak peminangan Sultan Johor. Orang Rembau telah meminta jasa baik Moyong untuk pergi berbincang dengan Sultan..Pergilah Moyong bersama 4 orang hulubalanya....Akan tetapi kedatangan beliau tidak disambut baik bahkan dihina. Sultan tidak membenarkan moyong masuk keistananya kerana merasakan beliau tidak setaraf dengannya.....akhirnya moyang membuat satu pertunjukkan dimana seluruh bumi jajahan johor ditimpa hujan tanpa berhenti selama 7 hari 7 malam....akan tetapi yang peliknya mereka berlima tidak ditimpa hujan walaupun setitik....akhirnya sultan meminta moyong masuk tetapi hanya dilandai istana sahaja dan sultan masih tidak mahu bertemu dngny...sekali lagi moyong dihina, akhirnya 5 sekawan ini menunjukan kehebatan mereka.....ada menjadi tinggi dan mengoyangkan pokok kelapa seperti meriam membedil keistana, ada yang membuat angin ribut dikeliling istana dan ada yang mengeluarkan api dari mulut....... akhirnya baginda beralah dan membebaskan negeri disebelah darat (N9) dari kekuasaan Johor dan ini telah menyebabkan Britih tidak dapat menguasai N9, Pahang, Terengganu dan Kelantan..... Itulah besarnya jasa Dato Moyang Salleh bukan sahaja bagi warga N9 bahkan untuk negeri disebelah timur tanah air.........menyekat/melambatkan kemasukaan penjajah di sebelah darat ini.....akan tetapi jasa beliau tidak lagi dikenang, bahkan kalau ke jelebu ( orang jelebu) tanya siapa moyong salleh pasti ada yang ternganga.

PENGIRAN SHAH BANDAR SALLEH Mungkin tidak ramai di antara kita mengenali tokoh nie....Beliau adalah ahli kerabat diraja brunei yg hidup diakhir abad ke 18 dan dilantik menjadi Gabenor di Sarawak. Beliau adalah diantara keluarga diraja yang terpelajar dimana beliau mendapat pendidikan awal di Betawi dan kemudianya ke Belanda. Kehadiran beliau di Sarawak tidak disukai oleh Pg Muda Hashim dan ianya telah meminta pertolongan James Brook dan akhirnya dengan kepandaian Brook, Sarawak dan Sabah jatuh ketangan pihak Brith........Pg Saleh pun mengundur diri dari Sarawak dan mengasingkan diri di Mukah...kegawatan politik kian mengacam kerajaan melayu dan akhirnya sultan memanggil beliau untuk memperbetulkan keadaan. Dimasa itulah SYAIR RAKIS dipersembahkan kepada raja & rakyat & musuhnya. Disebabkan syair nielah beliau telah dibunuh oleh Pg. Digadong pada 1985. Pada abad ke 19 merupakan zaman yang meyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Melayu kepada Britih.....dan cendekiawan agung nie telah mengarang SYAIR RAKIS yang mengandungi nasihat, teguran dan peringatan kepada sultan brunei (khasnya) dan juga sultan-sultan di tanah melayu (amnya). Disini saya nuklikan sebahagian dari rakisnya untuk tatapan bangsa melayu yang merdeka...... Nota: Kesan dari kerakusan Britih dan bangsa Eropah yang lain dan juga pedangan dari cina & india, kini bangsa melayu telah dipecah menjadi bangsa yang sangat lemah....alam nusantara (melayu) dahulunya berlingar dari Petani diutara, Pulau Sumatera dibarat, timurnya Kepulauan borneo, mindanao dan selatanyanya pula timur -timur , australia& new zealand. akhirnya kita dipecah-pecahkan menjadi negeri yang sekecil-kecilnya........

SHAMSIAH FEKAH
Saya cuba mencari data mengenai samsiah fekah tetapi amat sedikit catatanya...jadi apa yang saya tuliskan untuk anda hari ine adalah satu pengalaman peribadi saya.....kalau salah harap dapat maafkan.... Di alam persekolahan saya diajar bahawa Samsiah Fekah seorang komunis......terus dibenak ini mengatakan dia pembelot bangsa melayu krn setahu saya komunis tidak mempunyai agama..melayu murtadlah beliau nie.......tertanya juga kenapa dia sanggup murtad hanya krn inginkan menjadi pemimpin.......Semasa dialam 20an pula saya agak terkejut apabila Kerajaan Malaysia telah memaafkan beliau dan membawa pulang beliau keMalaysia setelah hampir seabad lamanya tinggal sebagai buangan di China.....hati saya bertambah marah.....mengapa orang melayu masih mahu perempuan tua nie ..... Jan 2003 adalah tarikh keramat bagi saya.....Dengan izin TUHAN dan juga pertolongan seorang tuk muda saya dibawa berjumpa dengan SAMSIAH FEKAH.....(sekarang nie beliau tinggal diKuchai Lama)....sedih sungguh keadaannya...bila berjumpa dengannya dia tidak segan-segan memeluk saya....dengan teresak-esak katanya gembira berjumpa dengan gadis melayu(anaknya semua berkahwin dng wanita cina)....beliau tidak bermaya...beliau berkerusi roda......selama seminggu kami berulang kerumahnya untuk berurut....syukur..kakinya agak pulih....Dari situlah saya mengenali beliau dng lebih dekat.....rupanya beliau orang Kuala Pilah, N9..beliau mendapat pendidikan agama sehinggakan menjadi hafizah ketika itu......kenapa komunis?????soalan yang tak sanggup saya tanya kepada wanita tua ini.....akhirnya saya mendapat jawapannya juga..... Rupanya wanita berhati waja dikatakan bukan sahaja mempunyai ilmu kebal, beliau juga adalah org kepercayaan Ching Ping. Tiada siapa yang boleh mengkap beliau...tetapi dng tiba-tiba sahaja dikatakan wanita nie lari ke negeri China kerana telah kalah dan mendapat suaka di negeri China.... Sebenarnya beliau bukan takut untuk berperang tetapi sebenarnya beliau sendiri yg menawarkan diri untuk menjadi penasihat ketenteraan negara China...(pelik kenapa orang Cina mengambil seorang wanita melayu untuk menjadi penasihat ketenteran nya?????) mesti ada agenda dan rupanya inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan orang melayu dari disembelih oleh komunis ketika itu.....2 tahun komunis berkuasa di tanah melayu (ingat semasa jepun kalah dan britih pula belum sampai di tanah melayu dan raja pula semua telah lari ke England dan dimasa ini digelar zaman peralihan kuasa ) ....ketika itu sebenarnya komunis tersangatlah kuat dan Komunis yang berbangsa Cina hanya menunggu arahan dari China utk membunuh orang-orang melayu seperti di bosnia (pembunuhan enik) dan ingin mengelarkan tanah nie sebagai tanah mereka , akan tetapi Samsiah telah nampak keadaan nie ...beliau dan Rashid Maidin terus ke Negara China utk menolong orang melayu dng mengarahkan Presiden ketika itu jangan membunuh orang melayu..sebagai gantiannya beliau akan mengajar teknik ketenteran kepada Negara tersebut ...tu pasal lah sekarang nie negara China mempunyai kepakaran ketenteran yg sangat hebat..sampai us pun takut.....(mungkin ada yang kurang bersetuju dng saya)........ Apa yang saya ingin nyatakan disini adalah ....wanita ine sebenarnya telah banyak berjasa (tetapi tidak didokumentasikan) tanpa meminta secubit simpati pun dari warga yang bernama melayu.....sebenarnya beliau telah patah hati dng kerajaan malaysia (maaf tak dapat saya tuliskan disini kenapa).....pejuang nie akan meninggalkan kita tak lama lagi ....beliau akan pulang ke negeri cina untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya.........Cuma saya sedih kenapa kerajaan kita tidak mendokumentasikan sejarah pejuang-pejuang kita....yang ada cumalah cerita dari mulut kemulut .......mungkin selepas 100 tahun lagi anak kita tidak mengenal pejuang mereka sendiri atau ada yang akan mengelarkan mereka sebagai cerita dogeng (seperti Hang Tuah)......dan mereka akan menganggap pejuang seperti Samsiah Fekah, Rashid Maidin, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi sebagai adalah lanun, perompak dan sebagainya.... samalah seperti saya yang dahulunya beranggapan Samsiah Fekah sebagai pembelot bangsa ....

ABDUL RAHMAN BIN ABDUL HAMID


Latarbelakang Nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Diantara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Yaqub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh. Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah. Pendakwah Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm alBarahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin. Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis keduaduanya dalam bahasa Melayu. Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri di dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan beliau adalah Beserah dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan. Pejuang Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam selok belok persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dibuang Negeri Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.

LONG GHAFFAR
LONG Gafar adalah seorang pahlawan yang mempunyai pengaruh dan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pemerintahan Almarhum Long Yunus Long Sulaiman di Kelantan dari 1762 hingga 1794. Pahlawan itu bukan saja memastikan berjaya mengembalikan tampuk pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus selepas dirampas Long Deraman pada 1756, malah membantu Yang Dipertuan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis. Putera Raja kerajaan Reman yang bersempadan dengan Perak, Kelantan dan Thailand ketika itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Kelantan. Long Gafar diamanahkan menjaga kawasan Reman dan berkuasa mengutip hasil cukai serta melaksanakan undang-undang kecuali hukuman bunuh. Menariknya, beliau mempunyai satu hobi iaitu menyabung ayam dan kegemarannya itu jugalah yang membantu kerajaan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis. Ia bukan sebarang perlawanan kerana membabitkan pertaruhan negeri dan harta. Ketika Panglima Bugis yang tinggal di Pahang datang ke Terengganu, beliau membuat perjanjian pertaruhan dengan Yang Dipertuan Terengganu. MAKAM dipercayai milik Long Gafar yang terletak di Kampung Limbat Pertaruhan itu membabitkan perjanjian berbunyi Jika kalah ayam Panglima Bugis, maka seluruh tujuh buah jong kepunyaannya serta muatannya akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Terengganu. Jika ayam Yang Dipertuan kalah, maka kawasan negeri Terengganu mulai dari Seberang Takir hingga ke Kuala Setiu, dan 2,000 ela ke darat akan diserahkan kepada Panglima Bugis. Disebabkan pertaruhan itu besar, maka Yang Dipertuan Terengganu mengarahkan panglimanya mencari ayam sabung yang gagah ke seluruh pelusuk negeri termasuk negeri jiran, Kelantan. Selepas mendapat khabar mengenai pertaruhan itu, Long Gafar datang ke Terengganu bertemu Yang Dipertuan dan kehadirannya disambut baik. Ayamnya diberi nama Bekas Racun yang mewakili kerajaan Terengganu menang dalam pertarungan dengan ayam Panglima Bugis. Selepas pertandingan itu, beliau dianggap penyelamat Terengganu. Beliau juga bertanggungjawab mengembalikan hak kuasa pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus pada 1756. Atas sumbangan serta keberaniannya, beliau dikurniakan pangkat dan kuasa. Berdasarkan sejarah lisan, Long Gafar yang digelar Engku Serimahraja Perdana Menteri pernah tinggal di Kampung Jeram, Pasir Puteh dan berpindah ke Kampung Limbat lalu membina istana di situ. Kampung Limbat pula dikatakan mendapat nama sempena seekor ikan Limbat. Long Gafar pernah membina istananya di situ yang diperbuat daripada kayu serta mempunyai kelengkapan perang dan bedil. Di dalam kota istana, terdapat kolam membela ikan Limbat serta seekor belut putih. Tapak istana seluas dua ekar (0.8 hektar) itu kini dikatakan dipenuhi kelapa dan durian. Bahkan, kubur Long Gafar juga terletak di Kampung Limbat, Jalan Pasir Puteh. Beliau juga pernah membina Istana Galoh untuk Long Yunus dan Kampung Galoh, Pengkalan Lisir, Kampung Sireh di Kota Bharu pada 1782. Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya, dua sekolah ditukar nama sempena nama Long Gafar. Menjejak makam Long Gafar di Kampung Limbat memerlukan bantuan penduduk untuk mengenal pasti lokasinya kerana tiada sebarang petunjuk mengenai pusara itu. Tinjauan mendapati, makam pemimpin itu kelihatan terbiar tanpa sebarang penjagaan sempurna. Dalam perjalanan ke makam yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Bharu itu, dua sekolah yang terletak kira-kira tiga kilometer dari situ, dinamakan sempena nama beliau. Sekolah Kebangsaan (SK) Long Gafar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Gafar, melambangkan ketokohan beliau sebagai tokoh pemerintah tersohor. Sekolah menengah itu terletak kira-kira setengah batu (hampir satu kilometer) dari kubur Long Gafar. Meninggal dunia pada 1783 akibat sakit tua dan dikebumikan di Kampung Limbat. Dikurniakan Pangkat Mangkubumi dengan gelaran Engku Serimahraja Perdana Menteri. Diberi kuasa sebagai pesuruhjaya bagi kawasan bersempadan mulai Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut, ke timur hingga ke Terengganu dan ke barat hingga ke Kelantan dan ke selatan hingga ke Kuala Krai.

Mohd Salleh bin Abdul Karim


Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor. Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. [sunting]Jasa Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu. Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orangorang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati. Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga. Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh. Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu. Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

SARJAN HASSAN
SARJAN Hassan ketika menerima anugerah Military Medal dari Leftenan Kol EA Hefford. Anak kelahiran Kampung Pantai dianugerah Military Medal pada 1953. UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu. Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang jauh daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini. Sarjan Hassan dianggap patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953. Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Disember 1946 sebagai rekrut Askar Melayu dan menjalani latihan di Port Dickson selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya. Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga penulis mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal Allahyarham. Penulis juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya. Bagaimanapun, seorang penduduk asal Kampung Pantai, Ishak Harun, 72, ketika ditemui berkata, melalui cerita orang lama yang didengarnya, Allahyarham begitu bersemangat untuk memburu pengganas selepas beberapa ahli keluarganya, termasuk isterinya dibunuh dengan kejam oleh komunis. Saya tidak dapat mengesahkan sama ada Allahyarham yang berasal dari kampung ini adalah Sarjan Hassan yang kisahnya difilemkan itu atau Hassan lain," katanya. Katanya, sepanjang pengetahuannya, tiada juga sebarang peninggalan seperti rumah atau tinggalan lain milik keluarga Sarjan Hassan untuk menyokong bukti yang Allahyarham dilahirkan dan pernah menetap di kampung berkenaan. Rujukan di Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson berjaya menyingkap sedikit kisah latar belakang Sarjan Hassan yang memang menunjukkan Allahyarham berasal dari Kampung Pantai. Sebaik menamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, Hassan menyertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan dilantik menjadi Lans Koperal pada 28 April 1948 sebelum bertukar ke Batalion Keempat rejimen itu pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat Koperal pada 24 Oktober 1950. Kesungguhannya yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membolehkan pejuang itu dinaikkan pangkat Sarjan mulai 1 September 1952 dan terus mencurahkan bakti kepada Batalion Keempat yang berpangkalan di Mentakab, Pahang. Kompeninya ditugaskan beroperasi di kawasan Triang, Pahang, bermula pada 16 November 1953 dengan Allahyarham dilantik mengetuai pasukan rondaan mengandungi sembilan anggota selepas menerima arahan daripada Pegawai Memerintah. Satu daripada kisah keberaniannya adalah ketika diarahkan mengetuai pasukannya menyiasat bunyi tembakan yang didengar dari arah barat daya satu kawasan hutan di Triang Selepas satu jam meninggalkan pangkalan, peninjau kumpulan ronda mendengar bunyi pokok ditebang, lantas Sarjan Hassan memerintahkan pasukannya merangkak ke hadapan dalam barisan menghala ke arah bunyi potongan pokok berkenaan. Dalam jarak kira-kira 150 meter dari bunyi potongan itu, Allahyarham menghentikan pergerakan anggota ronda dan memerintahkan seorang pegawai tidak bertauliah dalam platunnya membentuk satu kedudukan serang hendap. Sarjan Hassan membawa seorang anggota berpangkat prebet mengikuti di sebelah kanan sasaran bagi membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan mendapati beberapa pengganas komunis sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan khemah. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyerang pasukan pengganas berkenaan bersama

anggota prebet terbabit dari arah strategik, yang akan membolehkan pengganas ditawan atau ditembak oleh anggota pasukannya yang lain jika melarikan diri. Bagaimanapun, kehadiran beliau bersama prebet berkenaan disedari seorang pengganas yang terus mensasarkan laras senapangnya ke arah mereka, tetapi Allahyarham lebih pantas melepaskan tembakan yang berjaya membunuh pengganas terbabit. Seorang lagi pengganas juga berjaya dibunuh Sarjan Hassan, manakala dua rakan mereka melarikan diri ke arah kedudukan kumpulan serang hendap dan menerima nasib yang sama di tangan anggota kumpulan platun pimpinan Allahyarham. Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya. Kemahiran menggunakan senjata dengan baik memberikan kelebihan kepada beliau ketika berdepan saat cemas dan kecekapan itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang anggota lain. Kejayaan berkenaan dicapai melalui ketenangan dan kepantasan bertindak serta perhitungan muslihat yang tepat dan bijak di samping kemahirannya menguasai suasana hutan tebal yang cukup tinggi. Kelebihan itu membolehkan Sarjan Hassan mendedahkan semua empat pengganas yang ditemuinya dan menentukan mereka tidak terlepas daripada kumpulan rondaannya. Dinaikkan pangkat Leftenan Muda pada 1957. MAKLUMAT dari Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat merekodkan Sarjan Hassan pernah menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953 dan secara peribadi dikatakan berjaya membunuh 11 pengganas. Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan beliau berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatannya dan atas kecemerlangan itu, Sarjan Hassan disokong Pegawai Memerintah Batalion, Leftenan Kol EA Hefford dianugerahkan Military Medal (MM) pada 30 Disember 1953. Beliau menerima pengiktirafan itu apabila Ratu melalui London Gazette menganugerahkan MM kepada Sarjan Hassan pada 12 Mac 1954 yang disampaikan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray di King's House, Kuala Lumpur. Selain MM, Sarjan Hassan juga dianugerahkan General Services Medal dan Mention in Despatches oleh Kerajaan British pada 1950 dan 1952 kerana keberaniannya ketika berhadapan dengan pengganas komunis sewaktu menjalankan operasi. Di atas kejayaan dan kecemerlangannya itu, beliau terpilih mengikuti latihan kadet Federation Training Wing di Port Dickson mulai 10 Jun 1957 dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu pada 7 Ogos tahun berkenaan. Allahyarham juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Water Fall Estate, Rawang Selangor yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957. Beliau kemudian ditugaskan di Briged Kedua Infantri pada 4 Disember 1959 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 5 Ogos 1962 selepas berkhidmat selama 16 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Kapten. Hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya, Aishah Bujang yang dikatakan berasal dari Kampung Rasah yang dikahwini pada 20 Januari 1952, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan. Pejuang negara ini menghembuskan nafas terakhir pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar) dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, tetapi usaha menjejak makamnya juga menemui jalan buntu. Antara anugerah lain yang diperoleh beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Ahli Mangku Negara (AMN).

Rosli Dhoby - Pahlawan Melanau Sarawak


Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan. Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati di tali gantung pada 2 Februari, 1950. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945. Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941. Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner. Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Abang Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak. Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari, 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik. Rosli menjerit: Keluar dari sini atau kamu mati! Rosli dan rakannya yang juga berketurunan Melanau, Morsidi Sidik, kedua-duanya ditangkap oleh polis British. Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi. Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian. Pada 15 Disember, 1949, Rosli dan Morsidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong, yang juga berketurunan Melanau, telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching. Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan. Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac, 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan Melanau). Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung: Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi. 2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka. 3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda. 4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak. 5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB) 6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda. 7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda. 8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal. Salam sembah dari anakanda. Rosli Dhoby 1 Mac, 1950. Allahyarham Awang Rambli adalah ayahanda kepada pelakon dan penyanyi veteran Dayang Sofia yang terkenal sebagai pelakon dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Tiga Abdul. Dayang Sofia juga adalah bekas isteri kepada Datuk Aziz Sattar, pelakon siri filem Bujang Lapok yang juga kawan karib P. Ramlee.

LEFTENAN ADNAN SAIDI


Leftenan Adnan merupakan lambang perajurit Melayu yang masih dikenang hingga ke hari ini. Pada usia semuda 18 tahun, beliau menyertai Rejimen Askar Melayu dan setahun kemudian terpilih sebagai rekrut terbaik dan dinaikkan pangkat sarjan. Beliau juga pernah ke London untuk mewakili platunnya ke pembarisan pertabalan raja di London. Kegigihan dan keazaman beliau berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu amat dikagumi dan tidak lama kemudian beliau terus dinaikkan pangkat leftenan muda. Pada 1941, beliau dihantar ke Singapura menjelang Perang Dunia Kedua. Pasukan Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang ke titisan darah terakhir menentang tentera Jepun di Bukit Chandu, Pasir Panjang, pada Februari 1942. Keperwiraannya terus dikenang pada tugu di Vigilante Driive, Kent Ridge Park Singapura dan di tanah kelahirannya, Selangor.

TOK KU PALOH
Selepas Kejatuhan Empayar Melaka, Terdapat beberapa orang tokoh Pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Mereka adalah anak jati Tanah Melayu yang telah menumpahkan darah mereka demi untuk generasi yang akan datang. Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi. Ayahnda beliau ialah Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik). Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi. Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Antara yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik alFathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi.Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Ada riwayat mengatakan Haji Abdur Rahman Limbong dan Tok Janggut yang terlibat mengetuai kegiatan anti-penjajah adalah juga murid Tok Ku Paloh. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar. Katanya: Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun. Katanya: Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun. (Ulama Terengganu, hlm. 184) Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa dunia terkini bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana. Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh.

Janganlah ada manusia Melayu yang khianat terhadap agama Islam dan bangsanya. Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu. Tok Ku Paloh wafat pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M dan Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M. Sesudah itu, tepat pada 24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai