Anda di halaman 1dari 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) MOD PJJ

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PJM 3109

NAMA NO IC NO MATRIK KELAS KURSUS PENSYARAH

: NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI : 840615-09-5037 : PPG 0611 / 2383 : PJM ( B ) : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN : EN ELIAS BIN TALIB

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

KANDUNGAN

BILANGAN 1. 2. 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

ISI SEKAPUR SIREH SEJARAH PERMAINAN BOLA SEPAK MATLAMAT OBJEKTIF PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA SEPAK SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING MATLAMAT OBJEKTIF PERATURAN DAN PERALATAN BOLA JARING PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING PENUTUP BIBLIOGRAFI POWER POINT KEMAHIRAN ASAS BOLA SEPAK DAN BOLA JARING. LAMPIRAN

MUKASURAT 3 4 -6 6 6 7 - 22 23-25 26 26 26 - 30 31-34 35 36 38 37

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|2

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Sekapur Sirih

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan ini. Pada kesempatan ini, ingin saya mengucapkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada EN ELIAS BIN TALIB selaku tutor bagi Kursus PJM 3109 di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak yang amat mengambil berat dan memahami situasi saya sepanjang pengajian di IPG ini. Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam memberi idea, dan dorongan sehingga selesai tugasan ini dilaksanakan. Segala sumbangan kalian akan dikenang sepanjang masa dan moga-moga

bimbingan, sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Wassalam.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|3

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

SEJARAH PERMAINAN BOLA SEPAK

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari diseluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini. Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909 /1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecilkecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir.Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|4

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang- seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu. Perkembangan Di Malaysia.

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.
|5

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah,

perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

MATLAMAT Memartabatkan sukan bola sepak di Malaysia.

OBJEKTIF Melahirkan pemain yang bertaraf dunia.

Peraturan Dan Undang-Undang Permainan. Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara yang

bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk menyelenggara bola sepak di peringkat dunia. Antara tujuan-tujuan penubuhan FIFA adalah seperti berikut, i. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar diterima sebagai permainan yang diminati. ii. Meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa. iii. Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi bola sepak.
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|6

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

iv.

Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola sepak bagi seluruh dunia.

v.

Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan peraturan mengenainya.

Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undangundang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. (b) Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ): Panjang : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela)
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|7

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Lebar

Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang Lebar (c) Kawasan padang Untuk melancarkan padang permainan untuk ini garisan perlu ditandakan di setiap garisan : : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela)

kawasan

membezakan

sesuatu

kawasan.

Dua

panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan bahagian melalui garisan tengah di mana mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela). kepada melebihi dua

kawasan bulatan di tengah padang

Ukuran kawasan padang bola sepak

(d)

Kawasan gol

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|8

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e)

Kawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

Ukuran kawasan penalti

(f)

Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan

di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(g)

Lengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang

bendera dibuat di dalam padang permainan.

(h)

Tiang gol
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

|9

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a)

Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

(b)

Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 10

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

pertukaran.

Peraturan

pada

setiap

pertandingan

mestilah

menyatakan

berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain). (c) Nama pemain gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. (d) Peraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gentian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e)

Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain

(a)

Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 11

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

(b)

Peralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: i. ii. iii. iv. vi. Jersi Kasut bola Seluar pendek Stoking Pelindung kaki

(c)

Pelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d)

Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(e)

Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil

(a)

Kuasa pengadil

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 12

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak. (b) Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undangundang 4. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memberhentikan atau membatalkan permainan sebarang gangguan daripada pihak luar. sekiranya berlaku

Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 13

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

(c)

Keputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

(a)

Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah: Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.

(b)

Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan

(a)

Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 14

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

(b)

Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c)

Masa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.

(d)

Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e)

Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 15

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua. (b) Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

(c)

Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 16

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

(b)

Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan.

(c)

Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurangkurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 17

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) (b) (c) (d) (e) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. memegang pemain pihak lawan. melompat ke atas pemain pihak lawan. menolak pemain pihak lawan. mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. (f) (g) (h) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. menyadung pemain pihak lawan mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. (i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 18

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti. Prosedur: a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengahtengah gawang. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

b)

c)

Undang-undang 15: Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur: Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 19

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Undang-undang 16: Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur: Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur: Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 20

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

STRATEGI PERMAINAN
Sistem permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

(a)

4-2-4 Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi penghubung di antara pemain pertahanan dan penyerang. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan. Oleh itu, daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting

(b)

4-3-3 Dalam sistem ini, hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai pemain penyerang. Oleh itu, pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan membuat overlap untuk membantu 3 orang penyerang tersebut.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 21

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

(c)

4-4-2 Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. Lapan pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan memikul tugas yang berat. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan.

(d)

1-4-3-2 Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana seorang pemain menjadi sweeper manakala yang lain akan menjaga pemain lawan. 'Sweeper ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 22

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING

Seperti sukan-sukan yang lain sukan bola jaring juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Dr. James Naismith merupakan individu yang memperkenalkan sukan ini. Bola jaring mula diperkenalkan di Kolej Springfield, Massachusetts, USA pada tahun 1981. Ia dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk dan kemudiannyadiperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan. Bakul yang digunakan sebagai gol digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis sukan baru yang disebut hari ini sebagai bola jaring.Perubahan undang-undang atau peraturan permainan yang dibuat oleh Dr. James telah menarik minat Madam Osterberg yang melawat Amerika ketika itu. Apabila beliau kembali ke England di Kolej Pendidikan Jasmani Hampstead, beliau telah mengajar permainan yang dilihatnya kepada pelajar-pelajar perempuan dengan menggunakan bakul sampah sebagai gol. Selepas itu sukan ini telah berkembang dengan berbagai-bagai cara dan menggunakan gelang bola keranjang sebagai gol. Beberapa tahun kemudian Dr Toles yang berketurunan Amerika telah memperkenalkan sukan ini di England. Pada tahun 1900 dan 1901, undang- undang bola jaring telah digubal oleh sebuah persatuan rekreasi di England. Sejak itu bola jaring diterima dengan dimainkan dengan meluas. England memperkenalkan sukan ini kepada negara-negara lain, khususnya negara-negara Komanwel. New Zealand dan Australia merupakan negara yang terawal menerima sukan ini. Pada masa yang sama pengenalan kepada sukan ini telah diusahakan di negara-negara Eropah, Asia dan Amerika Selatan.Pada tahun 1901, Persatuan Ling telah membentuk satu

jawatankuasa untuk merangka undang-undang dan peraturan bola jaring dengan berpandukan undang-undang bola keranjang di Amerika. Menjelang tahun 1906, undang- undang yang dirangka telah diperkenalkan oleh R. Jamieson di New Zealand dan pada tahun-tahun berikutnya ia telah berkembang ke Kanada, Afrika Selatan, Australia, Perancis, Denmark dan Amerika Syarikat. Sejak 1906 sukan ini telah berkembang ke seluruh dunia hinggalah ke negara kita Malaysia. Di England, Persatuan Bola Jaring Seluruh England telah ditubuhkan. Persatuan ini bertanggungjawab memajukan sukan ini dan bertindak sebagai badan rasmi yang menggubal undang-undang permainan bola jaring. Pada tahun 1960, persatuan ini
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 23

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

bersidang di Sri Lanka untuk menganjurkan satu pertandingan bola jaring di peringkat dunia. Sambutan yang menggalakkan diterima dari negara-negara yang mengambil bahagian. Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil dari negara Australia, New Zealand, Sri Lanka, Afrika Selatan, Hindia Barat dan England.Persidangan tersebut memutuskan antara lainnya, sebuah persatuan peringkat antarabangsa hendaklah ditubuhkan. Persatuan ini bertanggungjawab meningkatkan aktiviti sukan bola jaring di seluruh dunia. Hasil persetujuan daripada para perwakilan akhirnya persatuan tersebut ditubuhkan dan diberi nama Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Bola Jaring dan Bola Keranjang Wanita (IFNA). Objektif utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menggubal undang-undang bola jaring di peringkat antarabangsa yang kemudiannya menjadi undang-undang rasmi bola jaring sedunia. Satu keputusan telah dibuat untuk mengadakan kejohanan dunia pertama di England pada tahun 1963. Sebanyak 11 buah negara telah bertanding dalam kejohanan itu dan Australia telah dinobatkan sebagai johan sementara New Zealand sebagai naib johan manakala England meraih tempat ketiga. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali dan jumlah negara yang mengambil bahagian semakin meningkat setiap kali kejohanan dianjurkan. Hinggalah ke hari ini, Malaysia juga merupakan antara negara Komanwel yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

PERKEMBANGAN BOLA JARING DI MALAYSIA Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhum Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990, PBJM telah mempunyai 16 Ahli Gabungan yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.Kini PBJM mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 2 Ahli Gabungan bukan negeri. Mulai 18 Jun 2003, keahlian PBJM semakin meningkat dengan terlaksananya perlembagaan terkini yang membenarkan persatuan-persatuan peringkat kebangsaan yang berdaftar menjadi Ahli Bersekutu PBJM. Dengan penambahan ahli ini, ia memberi peluang kepada PBJM meningkatkan lagi usahanya untuk memperkasakan sukan bola
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 24

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

jaring di Malaysia serta meningkatkan lagi prestasi permainan ini ke peringkat antarabangsa. Berlandaskan kepada salah satu objektif penubuhan PBJM iaitu untuk memajukan dan mengembang sukan bola jaring di seluruh negara, maka persatuan ini telah memperkenalkan Kejohanan Peringkat Kebangsaan pada tahun 1979 iaitu setahun selepas ianya ditubuhkan. Kejohanan tahunan ini diadakan khas bagi Ahli Gabungan PBJM sahaja. Sehingga kini, sebanyak 26 kejohanan telah diadakan. Menyedari akan perlunya usaha untuk melahirkan golongan pelapis, telah menganjurkan satu lagi maka PBJM

kejohanan iaitu Kejohanan Bola Jaring Remaja

Kebangsaan pada tahun 1984.Pada tahun 1985, apabila Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia (AFNA) ditubuhkan, Malaysia merupakan salah satu ahli pengasasnya. Setelah menyertai ketiga-tiga badan ini PBJM semakin aktif dan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang diadakan oleh ketiga-tiga badan ini. Pada tahun 1988 bertempat di Canberra, Australia, Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia diperkenalkan oleh IFNA dan pasukan Malaysia telah turut serta. Malaysia juga mengambil bahagian di Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia Ke-3 di Toronto, Kanada pada tahun 1996 dan di Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia Ke-4 pada tahun 2000 di Cardiff, Wales. Pelaburan terhadap pasukan remaja menampakkan hasil kerana pencapaian pasukan sentiasa meningkat. AFNA sebagai badan induk sukan bola jaring bagi rantau Asia memulakan langkah pembangunan untuk sukan ini dengan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Asia Pertama pada tahun 1985 di Kuala Lumpur.Selain daripada pembangunan untuk atlet, PBJM juga menyediakan pelbagai program dalam aspek kejurulatihan, pengadilan, pegawai teknikal dan pengurusan menerusi seminar, bengkel dan klinik bola jaring yang diadakan secara berkala setiap tahun. PBJM juga turut terlibat secara langsung dengan pengelolaan kejohanan diperingkat kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA), KESUMA serta memberi khidmat bantuan kepada organisasi, agensi atau badan-badan lain yang memerlukan khidmat pegawai teknikal, jurulatih dan pengadil.Melalui pelbagai program yang disediakan oleh PBJM ini adalah diharapkan agar prestasi sukan bola jaring akan bertambah meningkat dan menjadi semakin mantap di samping dapat mengeratkan

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 25

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

silaturrahim, perpaduan dan kehormanian di kalangan wanita Malaysia serta dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan dan penglibatan wanita dibidang sukan bola jaring.

MATLAMAT Mempertingkatkan dan memantapkan mutu permainan sukan bola jaring di Malaysia menerusi program pembangunan untuk atlet dan kepegawaian selaras dengan slogan "BOLA JARING MEMBINA GENERASI CEMERLANG".

OBJEKTIF Memajukan dan mengembangkan permainan bola jaring mengikut undang- undang permainan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).Bertindak sebagai badan penyelaras bagi semua Ahli-ahli Gabungan.Mengawasi segala aspek permainan bola jaring di seluruh Malaysia. Bertindak sebagai badan penganjur dan pengawal di Malaysia untuk pertandingan kebangsaan dan antarabangsa berpandukan kepada undang- undang permainan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Jaring peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh PBJM sendiri. Antarabangsa (IFNA) dan

PERATURAN DAN PERALATAN Sebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan untuk mengetahui peralatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan peralatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecil berbanding dengan saiz bola keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol dan 14 orang pemain (7 orang satu pasukan). Hanya dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal dan mengadili permainan ini. Bola Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 26

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak). Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia hendaklah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan. Tiang Gol Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm.Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong. Gelanggang Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup.Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan. Pemain Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 27

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

dan kedudukan pemain adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (e) (g) Penjaga gol (GK) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD) (d) Penyerang sayap (WA) (f) Penjaring gol (GS) Pemain tengah (C)

Penyerang gol (GA)

Pengadil Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan bersih dan

mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang. Sebarang keputusan yang dibuat olehnya adalah muktamad.Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2 orang sesuatu pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi

pertandingan dan

lazimnya

terdapat juga pengadil lelaki.

Kawasan Pengadil Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang dibuat tidak bercanggah. Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 3.6. Pengadil X mengadili dan membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 28

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

permainan. Dia juga akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB. Gerakan Pengadil Berbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadil bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat jaringan yang dibuat.Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang, kecuali dalam keadaan atau tugas berikut: 1. 2. 3. 4. Membuat lambungan Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil Melihat permainan dengan lebih jelas Melihat pemain yang tercedera (jika ada)

Pakaian Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil Bibs. Huruf pada bibs mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka. Pemain bersama bibs yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 29

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

kasut yang diperbuat daripada bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan. Cara Bermain Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut

pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat membuat lontaran penalti, membuat hantaran hantaran,

percuma, mengawal gol dan

menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain. Mula Bermain Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah- tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan. Tempoh Bermain Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 30

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga memaklumkannya kepada pengadil. Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop ball). Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau

mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang. Ofsaid, Faul dan Penalti Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid. Penalti Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti. (a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan

dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan


PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 31

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

(i)

Apabila

undang-undang

advantage boleh

digunakan.

Ertinya, pengadil denda

hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan sekiranya tindakan demikian

akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan

yang dilakukan kesalahan. (ii) (b) (c) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan). Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat. Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah

satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu. (d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di

tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul. (e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti,

jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang- undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dangan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah. (f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau

jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan. (g) Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-

undang (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan Hantaran Percuma Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-

kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 32

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu. Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu). Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti: (a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh

seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan. (b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat

hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua. (c) Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah

berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil. (d) Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau

menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah
PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 33

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. (e) Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh

membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan Hantaran ke Dalam Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya (a) (b) Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar

gelanggang. Lambungan Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila (a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan

satu atau kedua-dua belah tangan. (b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar

gelanggang. (c) Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola

sebelum bola itu keluar gelanggang. (d) Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah

seorang memegang ataupun menyentuh bola. (e) Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang

mengganggu permainan.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 34

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

PENUTUP

Dewasa ini bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilionbilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah Negara.Oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Permainan bola jaring tidak kurang hebatnya.Dengan kemudahan yang sedia ada,permainan ini mula diminati oleh semua lapisan masyarakat.Dengan kemahirankemahiran yang mudah dipelajari ia mendorong permainan bola jaring digilai ramai.Kos yang tidak tinggi juga mendorong permainan ini diminati remain dan peraturanperaturannya mudah untuk dipelajari oleh pemain baru. Holistiknya,kedua-dua permainan ini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi serta latihan berterusan dan teknik yang betul bagi mengelak kecederaan ketika pertandingan atau latihan.

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 35

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

BIBLIOGRAFI

a) Buku Rujukan

1. Shamsuddin bin Mohd Sharif, .Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kajang : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1992.

2. Vasudevan T.A. Permainan Bola Sepak, Shah Alam : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1985.

3. Ahmad Wafi, Siri Teras Sukan Padang. Kuala Lumpur: Goodmark Interprise, 1996

b) Laman Web

http://www.wikipedia.com.my/bolasepak
http://www.scribd.com/doc/52131915/PENGENALAN-BOLA-JARING http://www.slideshare.net/Noorlieza/sejarah-bola-jaring-dan-maklumat2 http://www.scribd.com/doc/3815128/BOLA-SEPAK-SOCCER-

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 36

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

POWER POINT KEMAHIRAN ASAS BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 37

PJM 3109 NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

LAMPIRAN

PERMAINAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

| 38

Anda mungkin juga menyukai