Anda di halaman 1dari 18

1INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
MOD PJJ
PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON
PJM 3113







NAMA : NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

NO IC : 840615-09-5037

NO MATRIK : PPG 0611 / 2383

KELAS : PJM ( B )

KURSUS : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENSYARAH : PN LILY ROZITA BINTI MOHAMAD





PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 2

KANDUNGAN






BILANGAN ISI MUKASURAT

1


SEKAPUR SIREH


3

2


PENULISAN ESEI




4 - 5

3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN





6 - 11

4


LAPORAN




14

5


REFLEKSI




15

6


CD RAKAMAN PENGAJARAN




16

7


BIBLIOGRAFI




17
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 3

Sekapur Sirih



Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta
keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan ini.
Pada kesempatan ini, ingin saya mengucapkan ucapan setinggi tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih kepada PN LILY ROZITA BINTI MOHAMAD selaku tutor bagi Kursus
PJM 3113 di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk
ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak yang amat
mengambil berat dan memahami situasi saya sepanjang pengajian di IPG ini. Begitu juga
kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam memberi idea, dan dorongan sehingga
selesai tugasan ini dilaksanakan.
Segala sumbangan kalian akan dikenang sepanjang masa dan moga-moga bimbingan,
sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah
SWT.



Wassalam.




PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 4

TUGASAN 1 ( PENULISAN ESEI )
Pengajaran dan pembelajaran permainan badminton dan hoki yang menarik dan
menyeronokkan membantu murid-murid sekolah rendah memperolehi badan yang
cergas serta minda yang cerdas.

Dewasa ini perkembangan jasmani merupakan elemen penting bagi mewujudkan
tamadun yang berkualiti.Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial,emosi ,mental, spiritual,
dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.
Kecergasan juga bertujuan untuk mencapai keadaan fizikal,mental dan sosial yang optimum
untuk individu,komuniti dan persekitaran.
Dalam mencapai tujuan di atas,penerapan budaya gaya hidup sihat harus ditekankan di
peringkat awal pendidikan kanak-kanak.Oleh itu bagi mewujudkan suasana yang menarik dan
menyeronokkan dalam pengajaran pendidikan jasmani,penggunaan strategi,kaedah dan teknik
yang bersuaian dengan topik yang diajar perlu diberi perhatian agar objektif pengajaran
tercapai. Kepentingan menentukan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan
guru memfokuskan cara penyampaian yang berkesan. Merujuk Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005.
Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim:
Quantum Books strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka
panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan
sebagainya. Sebagai contoh, untuk mengajar topik permainan hoki dan badminton, strategi
pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang
perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil?
Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan,
kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi
pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Kepentingan kaedah membolehkan strategi yang dirancang dapat dijayakan dengan
optimum.Merujuk Ee Ah Meng (1998), Pedagogi III.Pengujian, Penilaian, Pemulihan,
Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn., Bhd ,saya
akan mengupas tentang gaya gabungan dalam permainan hoki dan badminton.Ia adalah
kaedah yang mengabungkan gaya pembelajaran berpusatkan kepada guru dan murid. Dalam
kaedah ini guru akan memilih gaya pembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum dan ciri-ciri
murid, murid menyelesaikan masalah dan guru membimbing serta memberi motivasi dalam
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 5

membuat perlakuan. Oleh itu, ia memberi peluang kepada murid menunjukkan kebolehan
masing-masing dan menggalakkan interaksi dua hala antara murid dan guru. Contohnya, ketika
ingin melaksanakan pengajaran pendidikan permainan hoki dan badminton, guru perlulah
mengambil kira ciri-ciri iaitu guru perlu mengetahui tahap, kebolehan atau kesesuaian aktiviti
untuk murid. Sekiranya guru mengajar murid tahun 5 guru perlu tahu kemampuan murid
tersebut dalam melakukan sesuatu aktiviti sama ada memberi mereka aktiviti berat ataupun
ringan.Dalam kaedah ini guru perlu menghidupkan suasana dua hala antara murid dan guru
untuk menjamin objektif tercapai.
Kepentingan teknik dan pendekatan membolehkan murid memahami dengan lebih
jelas terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Pendekatan pengajaran merupakan
haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran
sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu
kemahiran. Sebagai contoh kaedah TGFU yang diubahsuai dapat meningkatkan penglibatan
murid-murid dalam sesuatu permainan hoki dan badminton kerana permainan yang dibahsuai
akan menjadikannya lebih menarik berbanding permainan asal kerana ianya lebih bebas dan
tidak terikat dengan terlalu banyak peraturan namun masih mengekalkan taktikal dan
kemahiran seperti permainan yang sebenar. Ini akan dapat membimbing mereka ke arah
kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu
dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang
sesuai mengikut situasi dan keadaan.Murid-murid juga berpeluang untuk melibatkan diri secara
aktif di dalam permainan, serta berpeluang memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang
melibatkan daya berfikir yang lebih kritis dan kreatif dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah di dalam permainan yang berkonsepkan TGFU.
Holistiknya,pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani yang menyeronokkan
perlu diperluaskan secara menyeluruh di segenap ruang masyarakat agar menjelang Wawasan
2020 nanti,kita mempunyai generasi yang berketrampilan tinggi dan berdaya saing serta kualiti
hidup kelas atasan.Justeru itu,kita perlu membuat satu anjakan paradigma dalam menempuh
arus kemodenan dan berdiri di atas landasan yang betul sejajar dengan pendidikan abad ke-21.

PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 TEKUN

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Hoki
Sub-tajuk : Menolak Dan Menahan
Tarikh : 10 September 2013
Masa : 8.15 pagi 9.15 pagi
Tahun : 4 Tekun
Bilangan murid : 24 orang (13 lelaki, 11 perempuan)

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
Psikomotor :
- Melakukan aktiviti menolak dan menahan secara statik dan dinamik dalam kawasan yang ditetapkan.
- Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke dalam pelbagai variasi aktiviti yang melibatkan kemahiran
koodinasi.

PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 7

Kognitif :
- Menyatakan 2 otot yang terlibat semasa melakukan kemahiran menolak dan menahan.
- Menyatakan 2 langkah keselamatan terhadap diri dan rakan semasa melakukan aktiviti di dalam permainan
Super Ball .
Afektif :
- Menerima cabaran dan menunjukkan perasaan seronok melalui mimik muka.
- Bekerjasama antara rakan,guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal

Penerapan nilai : Berdisplin dan bekerjasama dalam kumpulan.
Kemahiran berfikir :Membandingkan dan membezakan
Strategi utama : Kontekstual

BSPP Kuantiti BSPP Kuantiti
Line Marker 20 Punci Kacang 30
Kon Kecil 18 Bip 9
Kon Besar 2 Bola 1


PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 8

Bahagian / masa Aktiviti Fokus P&P dan Organizas Kelas. catatan
Permulaan
(5 minit)
1. Kehadiran
2. Kesihatan
3. Pakaian

Permainan
Open And Close


1. Mengenal pasti kehadiran murid.
2. Kenal pasti tahap kesihatan murid.
3. Memastikan semua murid pakai pakaian sukan.

Fokus Pembelajaran
Memanaskan badan dan merenggangkan diri sebagai
persediaan diri.

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Kumpulan 1 akan berada di zon marker kuning dan
kumpulan 2 akan berada di zon marker biru.
3. Kumpulan 1 akan menutup marker biru dan sebaliknya
untuk kumpulan 2 serta kumpulan 1 satu akan
membuka balik marker yang ditutup kumpulan 2 dan
sebaliknya untuk kumpulan 2.
4. Kumpulan yang banyak marker terbuka dikira
pemenang.



Ciri strategi :
Menghubung kait.
BSPP : Marker
Catatan :
1. Melalui aktiviti ini
murid dapat
meningkatkan
kadar nadi dan
kesediaan otot.
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 9













Perkembangan
(10 minit)
Aktiviti 1
Permainan
Give it Back


Fokus pembelajaran
Melakukan balingan dan menyambut pundi kacang daripada
rakan dalam keadaan statik bagi meningkatkan koordinasi
antara mata dan tangan.
Organisasi Kelas
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dengan
membuat kiraan 1 hingga 3.

Strategi : mengaplikasi
BSPP : gelung rotan,
pundi kacang.
Catatan :
Melalui aktiviti ini murid
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 10





2. Murid yang mempunyai nombor yang sama akan
dikelompokkan dalam satu kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membaling pundi kacang
yang terdapat dalam gelung rotan yang pertama
kepada rakan hingga sampai ke gelung rotan yang
kedua dengan posisi rendahkan badan seperti
kemahiran menolak dalam hoki.
4. Murid perlu mengembalikan semula pundi kacang yang
berada di gelung rotan kedua ke gelung rotan yang
pertama.
5. Kumpulan yang paling cepat menghantar pundi kacang
ke gelung rotan pertama dikira sebagai pemenang.









dapat mengaplikasikan
kemahiran menolak dan
menahan dalam
pendekatan TGFU
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 11

Kemuncak
(15 minit)


Permainan
SuperBall

Fokus Pembelajaran
Melakukan kemahiran melambung bola kepada rakan secara
posisi rendahkan badan seperti kemahiran menolak dalam
permainan hoki.

Organisasi Kelas
1. Bahagi kepada 2 kumpulan.Setiap kumpulan 8 orang.
2. Bentuk dan cara permainan adaptasi daripada
permainan hoki.
3. Murid melambung bola kepada rakan dengan
merendahkan badan seperti kemahiran menolak dalam
hoki.
4. Kumpulan yang banyak menjatuhkan kon dikira sebagai
pemenang.






Strategi : Memindahkan

Bspp : kon besar, bola.

Catatan :
Melalui aktiviti ini murid-
murid dapat
memindahkan
pengetahuan dan
pengalaman sedia ada
mengenai :
Posisi kemahiran
menolak adaptasi dari
hoki serta kesedaran
ruang.
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 12















Penutup
(5 minit)

Menyejukkan
badan / Refleksi



Fokus pembelajaran
Menyejukkan badan dan menurunkan kadar nadi
Rumusan dan pengukuhan daripada guru hasil daripada
aktiviti yang dijalankan.

Strategi : mengalami
BSPP: Kon

PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 13


Aktiviti
Max In
Wonderland

Organisasi kelas
Murid verada dalam keadaan berselerak ( terkawal )
Murid mendengar arahan guru dan pergerakan guru
disamping mendengar cerita Max In Wonderland.

Arahan Cerita.
Max tidur di bawah pohon.
Max terjaga dari tidur ( mengeliat ) dan berjumpa
dengan ahli sihir ( melompat ).
Max berlari dan terjatuh dalam lubang ( duduk )
Max terjumpa taman yang cantik dan melihat rama-
rama ( hayun tangan ).
Tiba-tiba Max terdengar suara yang kuat ( goyang
badan ).
Max ketakutan dan terjaga dari mimpi.( menarik nafas

guru






Catatan :
Dapat menurunkan
kadar nadi dan asid
laktik dibebaskan.



PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 14

LAPORAN
SEBELUM AKTIVITI
Sebelum saya menghasilkan aktiviti ,terlebih dahulu saya membuat carian di
internet berkaitan aktiviti TGFU.Selepas mencari maklumat yang cukup,saya mula
merangka aktiviti.Di peringkat ini,saya bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan
sekolah dan guru-guru praktikum bagi menghasilkan satu aktiviti yang menarik untuk
permainan hoki.Selepas itu saya memilih beberapa peralatan yang mesra pengguna
bagi menarik minat pelajar dalam melakukan aktiviti.selepas siap rancangan mengajar,
saya memohon kebenaran daripada pihak sekolah untuk membuat rakaman video.
Seperti jangkaan saya,pihak sekolah amat mengalu-alukan aktiviti seperti ini.

SEMASA AKTIVITI
Semasa perlaksanaan aktiviti ini,saya dapati murid-murid amat seronak dengan
aktiviti yang dirancangkan.Penggunaan peralatan yang mesra pengguna amat
berkesan kerana semua murid aktif di setiap fasa perlaksanaan.Untuk merakamkan
perlaksanaan ini saya memohon bantuan daripada rakan sekolah bagi mengambil video
semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran permainan hoki ini dalam
bentuk TGFU.Murid-murid menunjukkan komitmen yang tinggi di setiap fasa
perlaksanaan dan penglibatan yang menyeluruh.

SELEPAS AKTIVITI
Selepas perlaksanaan aktiviti,murid-murid berkerjasama menyusun alatan yang
digunakan dan menyimpan dalam stor.Murid-murid begitu seronok dengan aktiviti yang
dilaksanakan dan tidak sabar untuk menunggu kelas pendidikan jasmani pada minggu
berikutnya.Terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki pada bahagian
arahan dengan meringkaskan lagi arahan setiap perlaksanaan.Holistiknya pengajaran
dan pembelajaran amat berkesan dan berjaya menarik minat murid.
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 15

REFLEKSI


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Pertama sekali ribuan terima
kasih ditujukan kepada pensyarah PN LILY ROZITA BINTI MOHAMAD yang tanpa jemu
memberikan maklumat serta ilmu di dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak
dilupakan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu berkongsi idea dan
bertukar-tukar pendapat mengenai tajuk tugasan yang diterima. Hasil daripada
perbincangan-perbincangan ini, maka tugasan ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan amat baik.
Hasil daripada tugasan ini , saya dapati perlaksanan dalam bentuk TGFU atau
permainan ianya sangat menarik dan ia melibatkan semua murid.Dalam pemerhatian
saya sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya berpendapat pengajaran seperti ini dapat
menarik minat murid untuk mengikuti kelas pendidikan jasmani.Ini kerana aktiviti yang
dirancang,murid tidak perlu menunggu untuk melakukan aktiviti.Di sinilah kekuatan
pengajaran dalam bentuk TGFU.Selain itu peralatan yang yang mesra pengguna
menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran ini.Hasil daripada tugasan ini juga
saya memperolehi ilmu yang sangat berguna bagaimana merancang pengajaran yang
berkesan.
Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat belajar bagaimana untuk
mendapatkan maklumat dan bahan yang sesuai serta menarik untuk digunakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Penggunaan bahan yang mesra pengguna
yang baik dapat menarik perhatian murid untuk bersama-sama dalam sesi pengajaran
dalam kelas. Namun begitu, saya juga mengalami sedikit kekangan untuk mendapatkan
maklumat dan bahan-bahan ini. Walaubagaimanpun, semua masalah yang dihadapi
dapat diatasi sepenuhnya dengan kerjasama rakan-rakan serta guru-guru di sekolah.
Holistiknya pengajaran dalam bentuk TGFU amat menarik dan berkesan untuk menarik
minat murid-murid.
PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 16

CD
RAKAMAN
PENGAJARAN





























PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 17





BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng (1998), Pedagogi III.Pengujian, Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan
Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn., Bhd.

Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-
aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books

Modul panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 4.
www.moe.gov.my/bpk/

Modul ppg permainan hoki dan badminton.
www.ipgperlis.edu.my/












PJM 3103
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI


PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON| 18

Anda mungkin juga menyukai