Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

SEK.KEB.SUNGAI RUSA
Sabtu, 2014 telah diadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah.
Peserta dilepaskan oleh pengetua pada pukul 8.30 pagi. Larian ini mendapat
kerjasama yang erat dalam kalangan guru di samping bantuan lalu lintas daripada
pasukan polis trafik Barat Daya. Polis trafik dengan kekuatan anggota seramai 4
orang dan guru-guru peronda bermotosikal memastikan kejohanan merentas desa
ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Cuaca yang baik pada sebelah pagi memungkinkan peserta bersemangat


untuk meneruskan larian, walaubagaimanapun segelintir peserta mengalami sedikit
kecederaan kerana stamina yang tidak cukup. Justeru mereka ini dihantar balik ke
sekolah oleh guru berkenaan. Manakala peserta-peserta lain Berjaya menamatkan
larian.Latihan telah dijalankan selama dua minggu untuk memberikan sedikit
stamina kepada peserta dan memperkenalkan trek kepada peserta. Komitmen
pelajar dan guru rumah sukan amat baik.Pihak penganjur telah menukar trek
merentas desa pada kali ini memandangkan trek lama berlumpur dan sebahagian
kecil telah di pagar oleh pemilik. Pihak AJK memilih alternatif lain untuk
mengubahnya. Walaupun begitu jarak larian masih dikekalkan. Cabaran trek
merangkumi jalan tanah liat yang sedikit berlumpur dan jalan berbatu selain jalan
berturap di sebahagian besar trek. Memandangkan trek ini agak baik kami akan
menggunakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Penglibatan guru-guru dan kaki tangan sekolah amat baik dengan diwujudkan
jawatan kuasa kecil merangkumi pegawai pusat kawalan, pegawai rondaan
bermotosikal, pegawai peralatan, hakim-hakim, pancatat dan sebagainya. Kredit
patut diberi kerana komitmen mereka yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Kredit juga dengan inisitif dan kreativiti guru-guru untuk `mencantikkan` kejohanan
merentas desa ke-20 ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada ketua-ketua
bidang yang berjaya mengetuai jawatan kuasa kecil yang diwujudkan.
Kerjasama yang erat dalam kalangan unit sukan sekolah yang diketuai oleh
Penolong Kanan Kokurikulum juga wajar dipuji. Banyak liku-liku perlu ditempuhi dan
diselasaikan dengan tuntas agar kelancaran program ini dapat diabdikan dengan
baik. Fasa perancangan dan perlaksanaan dapat dihadam dengan berhemah untuk
dijadikan landasan yang betul kea rah menjadikan SK Sungai Rusa di peringkat
daerah dan lebih jauh lagi.
Sebaik peserta dilepaskan petugas-petugas lorong, hakim dan pencatat
mengambil tempat dalam debaran guru-guru rumah sukan yang ingin memastikan
rumah sukan mereka akan sampai dulu. Namun begitu tugas sebagai pegawai lebih
diutamakan. Suasana agak kelam kabut apabila peserta tiba ke garis penamat
serentak, ditambah pula kesilapan peserta masuk ke lorong yang salah walaupun
telah diarahkan oleh penjaga lorong. Masalah ini dapat diatasi jika peserta semasa
latihan telah dilatih menggunakan lorong-lorong berkenaan. Suasana yang sama
juga berlaku di tempat pencatat kerana pelajar berasak-asak untuk mendaftar nama
mereka. Keadaan ini boleh diperbaiki pada masa hadapan dengan menambah
bilangan pegawai pencatat ataupun pencatat perlu dibekalkan dengan nama-nama
peserta, jadi pencatat hanya menanda sahaja.
Apabila semua peserta sampai ke sekolah pegawai peronda bermotosikal
yang diketuai oleh En Wan Nasri telah memeriksa trek untuk memastikan tiada
peserta tertinggal atau tercedara. Selepas itu majlis penyampaian hadiah telah
diadakan di dewan pada pukul 12.00 tengah hari disertai majlis penutup.

Disediakan oleh

Nurkhairi Bin Mohd Shukri


( Unit Dokumentasi Merestas Desa )

Anda mungkin juga menyukai