Anda di halaman 1dari 15

Bola sepak

1. Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya.

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan

meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

(a) (b) (c) (d) (e)

menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. memegang pemain pihak lawan. melompat ke atas pemain pihak lawan. menolak pemain pihak lawan. mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.

(f) (g) (h)

sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. menyadung pemain pihak lawan mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.

(i)

membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

2. Apakah prosedur yang dipatuhi untuk membuat tendangan mula?

Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol

dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

3. Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan tendangan percuma langsung atau tidak langsung?

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi

menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran.

4. Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid

Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di

separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri.

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Bola jaring

1. Nyatakan jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang membolehkan pemain tersebut dikenakan penalti

Pemain yang memegang bola atau tidak memegang bola, tersentuh pemain lawan atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan.

Pemain berada kurang 0.91m (3 kaki) daripada pemain yang sedang membuat lontaran. Pemain itu dikira menghalang. Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pemain pihak lawan dengan tujuan melakukan gangguan mental terhadap pemain pihak lawan.

2. Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid?

Jika pemain bergerakmelebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknyabermain, dia dikira sebagai ofsaid.

3. Mengapakah mendarat atas dua belah kaki dikatakan lebih selamat berbanding mendarat di atas sebelah kaki?

Mendarat Atas Sebelah Kaki (a) Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola

sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula. (b) Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

Mendarat Atas Dua Belah Kaki

Selepas menerima bola, pemain boleh, (a) Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta membaling bola. (b) Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula. (c) Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.

4. Bilakah teknik hantaran lantun digunakan dalam sukan bola jaring?

Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan tepat.

Bola tampar

1. Terangkan secara ringkas peraturan-peraturan permainan bola tampar Susunan Giliran (Rotation Order) Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan permainan haruslah kekal di sepanjang set permainan. 3 pemain berada dalam gelanggang. 3pemain berada di sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain hadapan. 3 pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 5, pemain tengah berada pada posisi 6 menakala pemain kanan di posisi.

Rajah 1

Rajah 2

Jaring DKr DT

Jaring

DKn 2 4 3 2

BKr 5

BT 6

BKn 1 5 6 1

Susunan pemain mengikut posisi putaran

Arah putaran pemain selepas

memenangi hak membuat servis

DT : Pemain Depan Tengah BKr : Pemain Belakang Kiri

DKr : Pemain Depan Kiri BKn : Pemain Belakang Kanan

DKn : Pemain Depan Kanan BT : Pemain Belakang Tengah Bola Dalam

Dikatakan apabila bola menyentuh lantai gelanggang permainan, termasuk garisan sempadannya.

Bola Keluar.

Istilah bola keluar dikira apabila: Bola yang menyentuh lantai gelanggang berada di luar garisan sempadan gelanggang. Bola menyentuh sesuatu berada di luar gelanggang seperti siling atau orang yang beradsa di luar gelanggang permainan. Bola menyentuh antena, tali, tiang @ bahagian jaring yang berada di luar antena penjalur tepi.

Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang lintasan.

Sentuhan Serentak.

2 atau 3 pemain boleh menyentuh bola dalam masa yang sama. Apabila 2 ahli daripada pasukan yang sama meyentuh bola secara serentak, ia akan diambil kira sebagai 2 pukulan kecuali semasa menghadang.

Sekiranya 3 pemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia juga akan diambil kira sebagai 3 pukulan. Jika 2 atau 3 pemain daripada pasukan yang sama menghulur tangan untuk memukul bola tetapi hanya seorang sahaja yang menyentuhnya, maka ia hanya dikira sebagai satu pukulan.

Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola masih berhak membuat 3 pukulan lagi.

Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan permainan akan dimainkan semula.

Kesalahan Semasa Bermain Bola

Anda tidak dibenarkan melakukan perkara berikut: Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada 3 sentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak 4 kali sebelum bola dikembalikan kepada pihak lawan. Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuh bahagian bawah lutut seorang pemain. Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuan daripada rakannya atausebarang objek supaya dapat mencapai bola dalam kawasan gelanggang.

Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola dengan betul. Contohnya bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar. 2 sentuhan (double contact iaitu pemain memukul bola 2 kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badanya secara berturutan.

Kesalahan Pemain di Jaring.

Anda tidak dibenarkan melakukan berikut: Menyentuh bola atau pihak lawannya di dalam kaawasan lawan sebelum atau semasa pukulan dilakukan oleh pihak lawannya. Masuk ke dalam kawasan pihak lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan bermain. Masuk gelanggang lawan, sama ada secara sengaja atau tidak. Menyentuh jaring.

Servis Pertama Bagi Sesuatu Set.

Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan duit syiling.

Melakukan Servis: Mesti memukul bola dalam masa 5 saat selepas pengadil meniup wisel. Seandainya bola yang telah dilambung oleh pemain yang membuat servis mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis. Semasa melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat, anda tidak boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang atau lantai di luar zon servis.

Kesalahan Servis Kesalahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya pertukaran servis kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat servis ; Melanggar susunan atau aturan servis Tidak melakukan servis dengan betul Melanggar peraturan percubaan servis

Kesalahan Pukulan Serangan.

Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan (attach hit faults) yang sering dilakukan oleh pemain ialah: Pemain memukul bola daripada pihak lawan (the playing space of the opposing team). Pemain memukul bola keluar. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras atas jaring.

Kesalahan Menghadang.

Penghadang menyentuh bola dalam kawasan lawan sama ada sebelum @ serentak dengan pukulan serangan lawan. Bola menyentuh penghadang pada sebarang bahagian bawah lututnya. Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu hadangan @ menyertai sesuatu hadangan yang lengkap. (d) Pemain menghadang bola dalam kawasan lawan dari luar antena. (e) Pemain menghadang bola servis pihak lawan. (f) Bola dihantar keluar melalui hadangan.

Gangguan Biasa Dalam Permainan.

Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam permainan bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan penggantian pemain (player substitution)

Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan berhak meminta untuk berhenti tidak lebih daripada 2 kali untuk setiap set. Pada waktu berhenti, pemain-pemain yang sedang bernain mestilah pergi ke zon bebas yang berhampiran dengan bangku pasukan mereka.

Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau berdiri berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian itu tidak akan dibenarkan dan pasukan tersebut akan dikenakan denda kerana lewat membuat penggantian.

Undang-Undang AM

Perlawanan atau permainan rasmi bola tampar dimainkan oleh dua pasukan dan memerlukan sebiji bola dan sebuah gelanggang yang dibahagi kepada 2 bahagian oleh jaring.

Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain yang mempunyai kemahiran asas untuk menampar bola melepasi jaring supaya pasukan lawan tidak dapat menyambut pukulan bola tersebut. Setiap pasukan dibenarkan untuk memukul bola sebanyak 3kali sebelum dihantar ke pasukan lawan. Bola juga bolah ditampar sekali atau 2 kali sahaja untuk melepasi jaring.

2. Jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai gangguan biasa dalam permainan

Gangguan Biasa Dalam Permainan.

Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam permainan bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan penggantian pemain (player substitution)

Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan berhak meminta untuk berhenti tidak lebih daripada 2 kali untuk setiap set. Pada waktu berhenti, pemain-pemain yang sedang bernain mestilah pergi ke zon bebas yang berhampiran dengan bangku pasukan mereka.

Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau berdiri berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian itu tidak akan dibenarkan dan pasukan tersebut akan dikenakan denda kerana lewat membuat penggantian.

Bola baling

1. Di negara manakah permainan bola baling moden mula diperkenalkan?

Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-Ahmad AlSabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.

2. Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam bola baling?

permainan

Pemain dibenarkan: Membaling, menangkap, menolak, memberhentikan @ memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha. Memegang bola tidak melebihi 3 saat. Membawa bola dan berjalan tidak melebihi daripada 3 langkah. Apabila berdiri @ berlari: Melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu @ dua tangan Melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan Kemudian menagkap kembali dengan satu @ dua tangan. Menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan Kemudian menangkap kembali dengan satu @ dua tangan

Menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain. Bermain bola semasa duduk @ meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendaklah melakukan hantaran.

Pemain tidak dibenarkan: Menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki. Menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek @ pegun di atas lantai. Meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang.

3. Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai 'Time-out' dalam permainan bola baling?

Memberhentikan perlawanan (time-out). Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti: Seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang Diminta oleh pasukan yang bermain. Melalui isyarat wisel dari penjaga masa @ teknikal pertandingan. Setiap pasukan dibenarkan menerima @ membuat 1 panggilan time-out selama 1 minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan semasa masa tambahan.

4. Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya?

Amaran / Kad Kuning Kerap melakukan kesalahan @ melanggar peraturan permainan. Perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan.

Hukuman / Gantung Dua Minit Tidak meletakkan meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan. Perlanggaran peraturan permainan. Kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

Pembatalan / Pemberhentian Pemain. Melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan. Telah melakukan kesalahan penggantungan dua minit untuk kali yang ketiga. Tingkah laku dan tindakan yang keterlaluandan merbahaya. Mengugut pemain di luar gelanggang pemain.

Kekasaran hingga mencederakan pihak lawan. Kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan.

5. Senaraikan jenis-jenis jaringan dalam permainan bola baling. Namakan jaringan yang mudah dilakukan.

Menjaring merupakan tindakan terakhir beberapa siri teknik dan taktik Berikut adalah prinsip am menjaring : Mempunyai keyakinan diri.

menjaring.

Berkemampuan mengawal imbangan dan pergerakan badan. Memberi tumpuan dan perhatian penuh. Bijak mencari ruang. Ikut lajak.

Jenis-jenis jaringan :

Jaringan atas kepala Jaringan lantun celah kangkang

Jaringan gerak keliru dari belakang Meleret Jaringan sisi/paras pinggang Jaringan menjunam Jaringan sambil berpusing. Jaringan lompat Jaringan sudut

Hoki

1. Jelaskan mengapa teknik hantaran belakang boleh menjadi satu muslihat ketika bermain hoki

Hantaran belakang (back pass) Jarang digunakan kadang-kadang digunakan untuk melambatkan permainan, mendapatkan lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan atau menarik pemain-pemain pertahanan daripada kawasan yang terkawal yang anda tidak boleh menembusi.

2. Nyatakan dengan jelas posisi yang dicadangkan untuk penjaga gawang gol

Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti berani, mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas dan fleksibiliti yang baik. Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan pintu gol.

Diri Sedia (Stance) Buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan di atas bebola kaki Badan dibongkokkan sedikit dan mata memandang bola Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit, tapak tangan menghala ke hadapan Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras pinggang

Anda mungkin juga menyukai