Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN FORMASI 3-3-3-1 SUKAN HOKI

Sistem ini memerlukan pemain posisi penyerang yang cepat dan kuat agar corak permainan
lebih selesa dalam padang. Ketiga-tiga pemain penyerang dibenarkan untuk bermain di mana
sahaja kawasan padang untuk membuat ruang. Larian penjuru selalunya berjaya dalam formasi
ini kerana mempunyai banyak ruang untuk membuat hantaran ketika menyerang. Pemain
digalakkan untuk menukar peranan dan bergerak dari posisi asal mereka dengan 1 pemain
sebagai posisi tengah dan 2 pemain sayap.

Tiga pemain midfielder mesti mempunyai stamina dan kemahiran yang baik dan mesti disiplin.
Pemain tengah mempunyai lebih banyak kebebasan dan digalakkan untuk melepasi barisan
pemain penyerang apabila mendapat peluang . Walau bagaimanapun pemain ini juga dijangka
berperanan untuk membantu dalam situasi pertahanan . Pemain penyerang yang berada di
tengah menggunakan lebih banyak sistem menjaga atau menghalang seorang dengan seorang
untuk menghentikan pemain lawan mereka mencari ruang dan waktu untuk menerima bola.
Walau bagaimanapun pemain-pemain ini juga perlu membantu pemain penyerang semasa
membuat serangan.

Tiga pemain pertahanan perlu hampir dengan pemain lawan mereka di separuh bahagian
padang untuk menghalang dan menutup ruang pemain lawan mereka dan waktu dengan bola.
Komunikasi antara pemain pertahanan adalah penting terutamanya jika pemain lawan sering
menukar posisi. Pemain pertahanan boleh memilih untuk mengawal dan mengambil pemain
yang sama dalam semua perlawanan atau mereka bermain secara berposisi tetap, kekal
berada di posisi awal mereka, dan mengawal pemain lawan yang bergerak ke arah kawasan
penjagaan mereka.

Adalah penting jika pemain pertahanan akhir boleh membaca permainan dengan baik, dan
bertindak balas terhadap keadaan sebelum ia berlaku. Tugasan utama pertahanan akhir
adalah untuk melindungi pertahanan lain dan mengambil bola yang

bebas daripada mana - mana pemain. Walau bagaimanapun kerana mereka tidak mempunyai
pemain untuk menjaga mereka jadi ini menyebabkan pemain pertahanan sering mempunyai
masa dan ruang untuk menerima bola dan merancang serangan untuk pasukan mereka.

Anda mungkin juga menyukai