Anda di halaman 1dari 15

EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1. Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion


A. Menjelaskan konsep profesion dan profesionalisme
B. Menghuraikan ciri-ciri sebagai seorang profesional
2. Kod Etika Dan Akauntabiliti Keguruan
A. Menerangkan konsep etika dan akauntabiliti keguruan
B. Menghuraikan kod etika keguruan Malaysia dan akauntabiliti keguruan
C. Menghuraikan integriti guru dan peranan guru dalam mengamalkan
integriti dalam profesion keguruan
3. Isu-isu Etika Guru
A. Menjelaskan isu-isu etika guru
B. Membincangkan isu-isu dalam konteks profesion keguruan
4. Peringkat Perkembangan Guru
A. Menjelaskan peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui oleh guru
dari status novis ke status pakar
B. Menghuraikan perubahan dalam proses belajar untuk mengajar yang
dialami oleh guru pada peringkat awal profesion keguruan
C. Mendapat gambaran menyeluruh bahawa pergerakan profesion keguruan
merupakan proses perkembangan yang memerlukan masa yang panjang
5. Peranan Guru Sekolah Rendah
A. Menjelaskan pelbagai peranan guru dalam konteks pengurusan di sekolah
B. Menghuraikan amalan guru yang dapat memenuhi fungsi guru sesuai
dengan pendidikan semasa
C. Memupuk kesediaan guru praperkhidmatan untuk menerima peranan-
peranan guru yang dikaitkan dengan guru yang berkesan
6. Kepemimpinan Guru
A. Menjelaskan konsep kepimpinan
B. Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis kepimpinan
C. Menghuraikan teori-teori kepimpinan dari perspektif tradisional dan
semasa
D. Menghuraikan kepentingan kepimpinan guru dan kepimpinan sekolah
dalam organisasi pendidikan
7. Struktur Organisasi Pendidikan
A. Menjelaskan struktur organisasi KPM dengan jelas serta menyatakan
fungsi setiap bahagian
B. Membincangkan struktur organisasi sekolah dengan mengenal pasti
kekuatan peranan bagi setiap unit/ sektor
C. Menyenaraikan tugas dan tanggungjawab guru dan membuat refleksi
sejauh mana tugas dan peranan tersebut sanggup dilaksanakan
D. Membandingkan jangkaan guru terhadap komuniti dan murid-muridnya
dengan jangkaan komuniti dan murid terhadap guru
E. Memaparkan ciri-ciri insan guru yang bertanggungjawab dalam
menjayakan matlamat KPM
8. Perkembangan Profesional Guru : Pembelajaran Sepanjang Hayat
A. Menerangkan konsep pembelajaransepanjang hayat
B. Merancang dan memilih pelan pembelajaran sendiri
C. Melaksanakan penyelidikan tindakan dengan mengintegrasikan budaya
membaca, amalan reflektif dan kolaborasi dalam proses penyelidikan
D. Memasukkan elemen nilai tambah melalui pembelajaran sepanjang hayat
dalam pengajaran dan pembelajaran
E. Membuat refleksi dan perancangan untuk meningkatkan profesionalisme
diri sebagai guru
F. Memaparkan ciri-ciri kolaborasi dan musyawarah sewaktu menjalankan
kerja berkumpulan
G. Mengakses maklumat daripada pelbagai sumber untuk peningkatan
profesionalisme keguruan

Tajuk 1 Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion


Konsep  Bidang yang mempunyai ciri-ciri kepentingan kemahiran intelek, latihan
Profesion ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan.
 Bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Konsep  Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu
Profesional profesion.
 Seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam.
 Profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-
aspek yang berkaitan dengan pekerjaan.
Aspek  Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar
keguruan  Pengetahuan mengenai pelajar
 Peningkatan profesionalisme guru
Ciri-ciri guru  Bersikap profesional
yang  Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
profesional  Kaya dengan ilmu
 Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja
 Bermoral teguh
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
 Kebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan
semasa
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa
McEwan  Dorongan misi dan passionate
Sepuluh tret  Positif dan benar
guru yang  Guru sebagai pemimpin
berkesan  With-it-ness
 Gaya
 Kepakaran dalam motivasi
 Keberkesanan pengajaran
 Budaya membaca
 Street smarts (pintar)
 Kehidupan mental
Model Slavin  Kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bbm )
4 unsur  Kesesuaian aras pengajaran ( pengemas kinian kandungan dan sistem
mempengaruhi penilaian serta mengikut aras kebolehan pelajar )
pengajaran  Insentif ( perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi sama
yang berkesan ada ganjaran atau dendaan )
 Masa ( engaged time dan time on task )
Tajuk 2 Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan
Maksud etika  Prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat
dari kebenaran
 Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan
manusia dalam bahagian tertentu
 Ilmu mengenai suatu kewajiban
Fungsi kod  Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai prinsip
etika profesion profesionalisme yang dirangkakan
 Merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang
berkaitan
 Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak luar
organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan
profesion
Kod etika  Tanggungjawab terhadap pelajar
perguruan  Utamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Malaysia  Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
mereka berhak mengetahuinya
 Membimbing atau mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus supaya pengajaran mencapai mutu
tinggi
 Tanggungjawab terhadap ibu bapa
 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka
 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara pendidikan dengan rumahtangga
 Maklumat keadaan rumahtangga atau anak mereka disulitkan
 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak
secara teliti dan bijaksana
 Mengelakkan diri menggunakan kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa
 Mengelakkan diri mengeluarkan kata-kata atau kelakuan menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
 Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau
bertentangan dengan Rukun Negara
 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
taatsetia, tanggungjawab dan berguna, menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama
 Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai warganegara dan mengambil kegiatan
masyarakat
 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat
 Berpegang tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalankan kehidupan dengan baik
 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
 Elakkan membuat sebarang mencemarkan nama atau menjatuhkan
maruah guru di hadapan pelajar atau ibu bapa
 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru
 Berusaha sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial
 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
 Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan
 Menjadi ahli pertubuhan guru
Konsep  Tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru
akauntabiliti terhadap profesionalisme keguruan
keguruan  Akauntabiliti terhadap pelajar
 Mendidik pelajar ke tahap cemerlang dalam pencapaian akademik
 Membentuk potensi pelajar secara menyeluruh supaya melahirkan
pelajar yang seimbang dan harmoni dari intelek, rohani, emosi, sosial,
fizikal
 Membentuk sahsiah pelajar dan mendidik pelajar ke tahap moral yang
tinggi agar menjadi warganegara yang baik dan berguna
 Akauntabiliti terhadap diri sendiri
 Harus berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata
pelajaran yang diajar
 Mengemaskini diri tentang perkembangan baharu
 Pengetahuan kandungan pedagogi dan psikologi kanak-kanak
 Kemahiran cara penyampaian maklumat secara berkesan,
interpersonal, pengurusan bilik darjah, disiplin, motivasi pelajar,
penglibatan murid
 Bersikap positif, melaksanakan tugas secara adil, model pelajar,
tingkah laku yang baik
 Akauntabiliti terhadap ibu bapa
 Mewujudkan hubungan yang erat dengan ibu bapa supaya mendapat
sokongan dalam apa jua masalah yang berkaitan dengan sahsiah atau
pencapaian akademik pelajar
 Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
 Memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan
prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara
 Melaksanakan tugas demi mencapai cita-cita dan aspirasi dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar supaya dapat
membimbing dan membentuk mereka menjadi warganegara yang
setia, bertanggungjawab, menghormati semua orang daripada
pelbagai budaya, keturunan dan agama
 Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan selain
 Menjalin hubungan baik sesama rakan sejawat
 Menghormati profesionnya dan berusaha melaksanakan
tanggungjawab
 Bersedia membantu rakan sejawat baharu
 Menguasai ilmu atau pengetahuan kandungan terkini, pengetahuan
kandungan pedagogi, pedagogi bestari dan kemahiran pedagogi
 Meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi
 Menggunakan sepenuhnya kemudahan sedia ada di pusat kegiatan
guru, pusat sumber dan perpustakaan setempat bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan memartabatkan profesion keguruan
Integriti guru  Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu
anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidikan
berlandaskan etika dan piagam pelanggan organisasi
 Sebagai penjawat awam membawa makna bahawa guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum
 Mendidik pelajar penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan
generasi berguna
 Mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan
keikhlasan serta sifat penyayang
 Pemuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan memupuk
kerjasama baik
 Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan
Tajuk 3 Isu-isu Etika Guru
Isu kesantunan  Kesantunan melibatkan perlakuan verbal atau nonverbal, ia dapat dilihat
guru dari pelbagai segi dalam pergaulan harian
 Setiap guru wajib mempamerkan perlakuan yang santun menerusi kata-
katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-
peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya
 Tatacara bertindak dan berbahasa yang harus dilakukan oleh guru mesti
mengikut norma-norma masyarakat di tempat guru berkhidmat
 Kesantunan berbahasa yang perlu dipatuhi oleh guru:
 Kata-katanya mengandungi maksud ujaran yang jujur, ikhlas dan
benar
 Intonasi suara yang sesuai
 Memilih penggunaan kata ganti nama diri dan sistem panggilan serta
sapaan yang tepat yang menghormati pihak yang mendengar
 Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud
 Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat
 Kesantunan nonverbal melibatkan perlakuan seperti gaya berpakaian,
cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain seperti senyum, salam dan
beramah tamah
 Ciri kesantunan guru sebagai garis panduan:
 Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorban
 Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan kebaikan diperoleh
 Berani, tegas dan mampu membetulkan perkara-perkara keji
 Menghargai dan menghormati pihak lain
 Menggunakan kata-kata untuk perkara-perkara yang baik
 Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri
Isu kepedulian  Kepedulian guru merujuk kepadda gabungan perasaan, pemikiran dan
guru perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa
melaksanakan tugas
 Hall et al mengemukakan model Concerns-Based Adoption 7 peringkat:
kesedaran, informational, personal, pengurusan, akibat, kolaboratif dan
fokus semula
 7 kategori kepedulian guru yang dikenal pasti:
 kepedulian bukan melibatkan pengajaran,
 peranan sebagai guru,
 kandungan subjek dan disiplin,
 hubungan peribadi / sosial/ emosi guru dengan pelajar,
 kaedah pengajaran dan penilaian pembelajaran pelajar,
 pembelajaran pelajar terhadap bahan pengajaran
 penambahbaikan diri sebagai guru
Penampilan  merangkumi gabungan pengalaman lampau, hubungan sosial, nilai, sikap
guru dan kepercayaan
 Howard menghuraikan 4 ciri:
 penampilan untuk perbezaan ( guru berada pada tahap selesa
terhadap ciri-ciri bangsa, agama dan jantina )
 penampilan untuk berdialog ( mempunyai minat dan keinginan tahu
terhadap orang lain )
 disilusi ( keterbukaan melihat luar daripada budaya sendiri )
 demokrasi ( bersikap terbuka dan memberikan peluang kepada
pelajar )
Berniaga di  guru yang menjalankan perniagaan sebenarnya melanggar etika
sekolah perkhidmatan awam dan guru terikat dengan Perintah Am yang bertujuan
mengawal tingkah laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam
Kerjaya  kakitangan awam perlu memohon kelulusan untuk melakukan kerja
sambilan sambilan bagi menambah pendapatan dan kelulusan hanya diberikan jika
tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan
Pengurusan  pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada
masa secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan
masa bagi aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan
rehat
Pengurusan  kutipan wang sumber wang awam (SUMA) adalah masalah
kewangan  guru bertanggungjawab mengutip yuran dan menghadapi masalah
pengeluaran resit
 guru mengambil masa yang lama untuk menguruskan kewangan pelajar
 guru harus mengamalkan sifat kemuliaan kesederhanaan serta
kebijaksanaan berhemat dalam pengurusan kewangan diri dan keluarga
Tajuk 4 Peringkat-peringkat Perkembangan Guru
Teori  keprihatinan didefinisikan oleh Fuller sebagai tanggapan guru / sesuatu
keprihatian yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh
( Fuller ) guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya
 3 peringkat keprihatinan:
 Peringkat keprihatinan terhadap diri
 Peringkat keprihatinan terhadap tugas
 Peringkat impak
 Perkembangan guru sebagai proses semula jadi
5 peringkat  Peringkat novis
perkembangan  belajar dan berusaha mempelajari fakta yang spesifik secara objektif
guru ( Trotter ) serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak
 Peringkat novis lanjutan
 berusaha menambah maklumat berkaitan proses P&P
 memantapkan pengetahuan tentang peristilahan, prinsip dan konsep
yang berkaitan profesiionnya
 Peringkat cekap
 memiliki sijil atau ijazah dalam bidang keguruan
 mula memiliki kemampuan untuk menyelesaikan masalah P&P
 Peringkat mahir
 mudahnya dapat mengenal pasti elemen-elemen penting dalam
sesuatu tugas,
 mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi untuk mencerakin dan
menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif dan tersendiri
 Peringkat pakar
 Menggunakan pengalamannya secara holistik
 Boleh memahami dan menangani maklumat yang banyak dan
pelbagai serta masih dapat mempamerkan gaya pengajaran yang
lancar
 Dianggap sebagai jurucakap atau orang yang berautoriti dalam
profesionnya
7 teras  Pengetahuan isi kandungan
pengetahuan  Pengetahuan pedagogi am
 Pengetahuan kurikulum
 Pengetahuan kandungan pedagogi
 Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar
 Pengetahuan tentang konteks pendidikan
 Pengetahuan tentang falsafah, maklamat dan nilai pendidikan
Tajuk 5 Peranan Guru Sekolah Rendah
Guru sebagai  Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi : pengetahuan isi
pengamal ilmu kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan konteks
dan kemahiran pendidikan
 Menstrukturkan pengajarannya dengan mengintegrasikan unsur-unsur
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam penyampaian isi
kandungan agar dapat menghasilkan pelajar yang mampu berfikir pada
aras tinggi serta sesuai dengan gaya pembelajaran dan gaya kognitif
mereka
 Kemahiran boleh dimiliki melalui pembacaan, perkongsian maklumat
dengan rakan sejawat, amalan refleksi, menghadiri kursus dan amalan
penyelidikan tindakan
Pembimbing  Bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang
memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran
tertentu
 Guru sebagai pembimbing berperanan untuk:
 Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran akademik
supay meningkatkan pencapaian
 Membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri,
minat dan kecenderungan diri terhadap bidang yang diceburi, sesuai
dengan minat dan kebolehan agar bakat dan potensi dikembangkan
 Menanamkan minat dan sikap yang sihat
 Mengenal pasti dan membantu pelajar yang bermasalah
Pengamal  Perlu merangkumi aspek sosial, moral dan etika dalam proses P&P
reflektif  Refleksi tentang keadaan pengajaran yang bermasalah berlaku pada tiga
aras yang berbeza:
 Teknikal
 Praktikal( guru cuba mengkaji hasil dan kesan daripada cara-cara
yang digunakan demi mencapai maklamat pendidikan )
 Kritikal ( cuba menggabungkan kriteria akhlak, etika dan tindakan
profesional dalam pengajarannya )
 Manfaat melalui amalan reflektif :
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri untuk mencapai tahap
prestasi baik
 Menjadi guru yang lebih yakin
 Pengajaran lebih berkesan berdasarkan prinsip dan teknik
 Tindakan dan keputusan berasaskan ilmu dan pengetahuan
pedagogi berkesan
 Pemikiran reflektif didokumentasikan dalam bentuk tulisan sebagai
sumber rujukan
Penyelidik  Kebaikan guru sebagai penyelidik:
 Menambah kejelasan teori, bahasa dan pembelajaran
 Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah
dan meningkatkan kemahiran mengajar
 Memudahkan kolaborasi dengan murid-murid dan guru lain
 Berpeluang mengembangkan komitmen bersama ke arah
penambaikan dan peningkatan kualiti profesion
Agen  Guru berperanan membentuk individu yang mampu bersosialisasi dan
sosialisasi memiliki kecerdasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri
dalam dunia pekerjaan
 Guru harus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh
komuniti setempat
 Corak dan nilai hidup guru, pertuturan dan penggunaan bahasa,
menghormati peraturan dan undang-undang serta respons guru kepada
golongan yang kurang bernasib baik
Agen  4 bidang membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan:
perubahan  Membina visi peribadi
 Inkuiri
 Masteri
 Kolaborasi
 Guru mesti mengamalkan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat
 Bersifat generatif iaitu satu idea baharu dapat menjanakan idea-idea dan
inovasi secara berterusan atau progresif
 Guru sebagai agen perubahan dikaitkan pegangan peranan moral
Pengganti ibu  Dengan mempamerkan kasih sayang, kemesraan dan menyediakan
bapa pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkualiti, guru boleh
berperanan sebagai pengganti ibu bapa serta melayan pelajar yang
dahagakan kemesraan dan kasih sayang
Pembentuk  Pendekatan behavioris:
tingkah laku  Memberikan fokus kepada perubahan tingkah laku
 Tingkah laku merupakan tindakan yang boleh diperhatikan, didengar
dan diukur
 Mengutamakan penggunaan peneguh semula jadi memberikan fokus
kepada pemikiran, perasaan, keperluan psikologikal dan emosi
seseorang individu
 Memberikan peluang kepada individu untuk menguasai kawalan
terhadap tingkah laku sendiri
Pengurus  Guru bertanggungjawab untuk:
pembelajaran  Merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti P&P
 Menguruskan bilik darjah dari aspek peraturan dan rutin pengendalian
kelas
 Menguruskan persekitaran fizikal dari segi susunan kerusi meja dan
perabot, suhu, pencahayaan, keceriaan, tempat simpanan peralatan
 Menguruskan persekitaran psikososial bilik darjah dengan
memastikan persekitaran pembelajaran mesra, perasaan diterima dan
saling hormat
 Menguruskan proses pentaksiran
Tajuk 6 Kepimpinan Guru
Konsep asas  Kesan kepemimpinan dapat diperlihatkan dari aspek kemampuan serta
kepemimpinan kebijaksanaan pemimpin mempengaruhi perasaan, keyakinan dan
tindakan pengikut-pengikutnya ke arah mencapai matlamat yang dikongsi
bersama
 Kepemimpinan yang berkesan adalah tertakluk kepada konteks, jenis
pengikut serta isu / matlamat organisasi
Jenis-jenis  Kepemimpinan semula jadi ( anggota kumpulan tertua )
kepemimpinan  Kepemimpinan berkarisma ( kualiti istimewa atau luar biasa )
 Kepemimpinan birokratik ( berstruktur mengikut prosedur yang ditetapkan
dalam sesebuah organisasi )
 Kepemimpinan teragih ( kepemimpinan diagihkan )
Teori-teori  Teori tradisional – teori tret
kepemimpinan  Keperluan untuk kejayaan
 Keperluan untuk kuasa
 Keyakinan diri
 Kematangan emosi
 Kemahiran teknikal
 Kemahiran konseptual
 Kemahiran interpersonal
 Teori tradisional – teori tingkah laku
 Teori X dan Teori Y
 Grid Pengurusan
 5 jenis tindakan kepemimpinan:
1. Kelab rekreasi
2. Papa
3. Berpasukan
4. Berorientasikan tugas
5. Di pertengahan jalan
 Teori tradisional – teori situasi
 Teori kontinjensi Fiedler
 Teori Situasi Hersey dan Blanchard
 Keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara
2 variable:
 Gaya kepemimpinan
 Tahap sokongan persekitaran
 Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan atau
perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam 3 dimensi
kritikal:
 Hubungan pemimpin-ahli
 Struktur tugasan
 Kedudukan kuasa
 Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan 2 aspek:
 Kematangan psikologikal
 Kematangan pengendalian tugas
 Teori semasa – teori transformasi
 Menjadi pemangkin kepada perubahan
 Mencabar daya berfikir dalam kalangan pengikutnya
 Berunding sebelum bertindak
 Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pengikut
 Teori semasa – kepemimpinan moral
Implikasi  Implikasi teori tret
kepemimpinan  Terdorong oleh misi dan berjiwa guru
kepada  Positif dan benar
sekolah  Pemimpin guru
 With-it-ness
 Gaya guru
 Pakar motivasi
 Keberkesanan pengajaran
 Berpengetahuan
 Street smart
 Berdaya fikiran
 Implkasi teori X dan teori Y
 Implikasi toeri tingkah laku
 Implikasi teori situasi
 Implikasi teori transformasi
 Merangsang pelajar bersama-sama menghayati dan menerima nilai
ideologi dan visi ke arah menzahirkann wawasan sekolah
 Guru menonjolkan imej pemimpin yang dapat menjadi sumber
inspirasi kepada pelajar untuk dijadikan ikutan
 Menetapkan harapan memperoleh pencapaian yang tinggi melalui
motivasi,bimbingan dan amalan hidup pemimpin
 Menjana permuafakatan, menggalakkan kerja kolaboratif,
memperjelas kepentingan kerja berpasukan
 Mempamerkan keprihatinan, menghormati keunikan dan
kepelbagaian kebolehan individu untuk berkembang ke arah
mencapai potensi tertinggi
Kepemimpinan  Kepemimpinan sekolah
sekolah dan  Kepemimpinan guru
guru  Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran
mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan
diri pelajar mengikut tahap tertinggi yang ditetapkan oleh KPM
 Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum
yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan
 Menjadi pakar rujuk, memberikan khidmat nasihat dan
membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan
 Menjadi kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan,
meneroka inovasi dan penemuan baharu dalam mata pelajaran
kepakaran
 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai dan
pengarah PPD, JPN, KPM
Cabaran  Wawasan pendidikan Negara
kepemimpinan  Perpaduan dalam semua lapisan organisasi dan masyarakat
 Stail pengurusan dan kepemimpinan yang berkualiti
 Perkhidmatan penyayang untuk merapatkan hubungan
 Empowerment atau pengupayaan di mana penurunan kuassa
 Budaya ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya
berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya
 Sekolah penyayang yang memupuk harga diri
 Budaya cemerlang, mempunyai sikap berusaha ke arah
kecemerlangan
 P&P Sains dan Mate dalam Bahasa Ibunda
 Transformasi Kokurikulum Sekolah Rendah
 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Tajuk 7 Struktur Organisasi Pendidikan
Visi, misi dan  Visi: Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Matlamat KPM  Menekankan sifat sekolah mempunyai pertalian kuat dengan sifat
generasi yang akan dilahirkan
Carta  Y.B Menteri Pelajaran Malaysia mempunyai 2 Timbalan Menteri dan 1
organisasi Setiausaha Parlimen
KPM  KPM mempunyai 2 Timbalan Ketua Setiausaha:
 TKSLI Pembangunan
1. Bahagian Kewangan
2. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
3. Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Majlis Peperiksaan Malaysia
5. Institut Terjemahan Negara Malaysia
 TKSU Pengurusan
1. Bahagian Hal Ehwal Korporat
2. Bahagian Audit Sekolah
3. Bahagian Audit Dalam
4. Bahagian Matrikulasi
5. Penasihat Undang-undang
6. Bahagian Tajaan
7. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
8. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
9. Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
10. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 3 orang Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM):
 TKPPM Sektor Operasi Pendidikan
 TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
 TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Organisasi  Guru besar dibantu 3 Penolong Kanan(PK)
sekolah  Penolong Kanan I ( Kurikulum dan Pentadbiran ) PK1
 Penolong Kanan II ( Hal Ehwah Murid ) PK HEM
 Penolong Kanan III ( kokurikulum ) PK KK
Tugas dan  Pengamal ilmu pengetahuan dan kemahiran
tanggungjawab  Penerap Nilai
guru  Pendidik
 Pakar Rujuk
 Mentor
 Penyelidik
 Agen Sosialisasi
 Agen Perubahan
 Pembina Negara Bangsa
Jangkaan guru  Jangkaan terhadap pelajar : hasil pembelajaran, tingkah laku
 Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah : kerja kuat dan
berusaha, bersikap adil, memimpin dengan penuh amanah, menjaga
kebajikan
 Jangkaan terhadap ibu bapa dan komuniti : mengawal tingkah laku murid,
memberi sokongan moral
 Jangkaan terhadap piri sendiri : kualiti kerja
Tajuk 8 Perkembangan Profesionalisme Guru
Konsep  Menghadiri seminar dan bengkel
pembelajaran  Menyertai kursus-kursus pendek dan panjang
sepanjang  Terlibat dalam konsultansi
hayat  Budaya membaca
 Menjalankan penyelidikan
Pelan  Pembelajaran Di Rumah : OLL
pembelajaran  Pendidikan Dewasa : kursus atau program pengajian lanjutan
peribadi  Pendidikan Berterusan : PJJ, OLL, kursus interaktif atas talian
 Pengetahuan Pekerja : pengetahuan pedagogi, kandungan m/pelajaran
 Persekitaran Pembelajaran Kendiri
Budaya  Panduan dapat difikirkan dan diamalkan:
membaca  Peruntukkan masa untuk membaca setiap hari
 Membawa buku ke mana-mana sahaja
 Kurangkan aktiviti lain
 dapatkan ruang sunyi dan sudut bacaan
 sediakan senarai bahan bacaan
 kunjungi pameran buku dan kedai buku
Menyelidik  penyelidikan tindakan (PT), kepentingannya :
1. menambah baik amalan P&P kendiri guru secara langsung
2. memfokus pada sesuatu kajian, mengkaji secara mendalam punca
masalah dan mencari pendekatan terkini, menarik perhatian
3. menggalakkan budaya kolaborasidengan pihak lain
4. pendokumentasian dan bukti sesuatu pernyataan
5. mendorong budaya reflektif dan bersikap terbuka, mampu
menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki
6. memberikan peluang untuk nilai tambah dalam peningkatan
profesionalisme keguruan
Amalan reflektif  kepentingan amalan reflektif dalam bidang keguruan
1. mengimbangi antara pengalaman sendiri atau golongan dahulu
2. membawa maklum balas yang berterusan berkaitan dengan isu
3. pensyarah membimbing guru melalui jurnal, catatan guru pelatih
4. pembelajaran diri : menilai dan meyemak amalan dan tanggapan
 jenis-jenis amalan reflektif
1. amalan reflektif semerta : berlaku semasa sedang bertindak
2. amalan reflektif ke atas tindakan : berlaku secara lisan @ bukan
lisan
3. amalan reflektif untuk tindakan : berlaku selepas sesuatu tindakan
diambil dan bantu guru mempelajari pengetahuan baharu
 cara pengajaran reflektif:
1. penulisan jurnal refleksi
2. pengurusan portfolio
Kolaborasi dan  kolaborasi sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang
musyawarah mempunyai matlamat sama hendak dicapai
 musyawarah ialah rundingan yang berlangsung dan mencapai kata
sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil dan
penting bagi membina kesepakatan
 cara-cara guru berkolaborasi :
1. pengajaran berpasukan
2. kolaborasi melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK)
3. kolaborasi natara organisasi / institusi / agensi
Latihan dalam  objektif kursus:
perkhidmatan 1. mendedahkan guru-guru dengan inovasi terkini dalam bidang
pendidikan
2. memenuhi tuntutan semasa dan keperluan negara
3. meningkatkan kualiti pengajaran di bilik darjah dengan
menawarkan kursus yang berkaitan pengurusan emosi dan
spiritual, menangani disiplin dan masalah tingkah laku murid
dengan pendekatan
4. memperlengkapkan guru dengan kecekapan
Pembelajaran  aktiviti pembelajaran berasaskan keadaan sebenar, contoh dalam
autentik pengajaran mikro
 menyiapkan tugasan dengan mengenal pasti dan meneliti tugasan yang
membolehkan pelajar menginterpretasikan secara terbuka
 memeriksa dan mengkaji tugasan dalam jangka masa tertentu
 berpeluang berkolaborasi dengan pihak lain
 boleh diintergrasikan dan dilaksanakan merentas dalam pelbagai m/p
 berpusatkan pelajar
Akses  sumber yang dapat membekalkan pelajar dengan pelbagai maklumat :
maklumat 1. program adobe
daripada  Rich Internet Application (RIA)
pelbagai  Adobe Digital Careers
sumber  Portfolio Elektronik, Penilaian Digital dan rancangan
mengajar dengan Adobe Acrobat
 Saluran TV Pendidikan Adobe
2. program ERIC
3. E-pembelajaran
4. E-perpustakaan, E-buku dan E-jurnal

Anda mungkin juga menyukai