Anda di halaman 1dari 29

1

1.0 PENGENALAN
Sepak takraw merupakan satu permainan yang telah wujud sejak zaman Allahyarham
Tan Sri P.Ramlee lagi. Zaman sebelum itu,sepak takraw belum lagi dimainkan secara
gelanggang dan ia hanya dimainkan secara bulatan yang dipanggil sepak raga. Sepak raga
hanya menggunakan sebiji bola yang diperbuat daripada rotan. Ia dimainkan secara bulatan
dan ditimang seberapa banyak yang boleh. Namun beberapa tahun kemudian,permainan
sepak takraw ini telah di ubahsuai dan mula dimainkan secara gelanggang sepertimana
permainan sepak takraw yang dapat kita saksikan hari ini. Hari ini kita dapat saksikan
bahawa permainan sepak takraw amat menarik kepada penggemarnya kerana sukan ini
mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga menjadi satu kegilaan bagi peminat-peminat
sukan ini dengan aksi libasan dan akrobatik yang merbahaya.
2.0 ASAL-USUL SEPAK TAKRAW
Sepak Takraw dipercayai berasal dari permainan Cina iaitu Cuju bermaksud
menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai
takraw dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan
dan menimbang bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh, pusingan itu tamat. Pada 1740
peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua
pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.
3.0 CARA BERMAIN
Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu belakang yang berdiri di
belakang, satu kanan dalam yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah kiri dalam
yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan dilukis ditengah gelanggang.
1.Membaling syling dan siapa yang menang akan dapat memilih sama ada untuk memulakan
dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu.
2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka.
3.Untuk pasukan itu memenangi satu mata, penentang mereka harus tidak dapat membawa
kembali bola itu.

2

4.0 PEMAIN
Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak
mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan
belakang gelanggang.
Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong,
bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak
mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk
Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola
dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-
masing.
5.0 PERALATAN & KELENGKAPAN DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW

5.1 GELANGGANG
Berukuran 13.4 x 6.1 m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8 m dari
permukaan lantai.
Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04 m dan dilukis hala dalam
dari penjuru ukuran gelanggang.
Garisan teras ialah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada 2
bahagian yang sama besar.
Pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku
bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari 0.9 m dan
diukur serta dilukis hala keluar dari jejari tersebut.
Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m dan dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang,
yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan gelanggang belakang gelanggang, 4.25
m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.

3



5.2 TIANG
Ukuran tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita).
Permukaan gelanggang hendaklah cukup teguh untuk mengekalkan ketegangan
jaring.
Tiang hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh
melebihi 0.04 m.
Kedudukan tiang hendaklah didirikan dan ditempatkan 0.3 m dari garisan tepi dan
sebaris dengan garisan teras.

5.3 JARING
Diperbuat daripada nilon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.
Lebar jaring ialah 0.7 m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10 m selari
dengan garisan tengah gelanggang.
Kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita yang dijadikan sebagai sempadan dari atas
ke bawaj dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan garisan tepi.
Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan menggunakan pita
0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon.
4

Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52 m (1.42 m untuk
wanita) tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.55 m (1.45 m untuk wanita)
tinggi di tiang.


TIANG DAN JARING


5.4 BOLA SEPAK TAKRAW
Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.
Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.
Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45 m
untuk pemain wanita).
Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170 gm hingga 180 gm (150 gm
hingga 160 gm untuk wanita).
Bola boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna atau warna yang terang tetapi
tidak boleh mempunyai warna yang boleh mengganggu perhatian, fokus dan prestasi
pemain.

5


Diperbuat daripada rotan


Diperbuat daripada fiber sintetik


5.5 PAKAIAN DAN KASUT
Pakaian sukan yang sesuai dan berkasut.
Memakai kasut sepak takraw yang bertapak getah yang sesuai dan selesa.
Berstoking.
Baju atau jersi sepak takraw haruslah dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas.


6


Contoh kasut sepak takraw











7



6.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW
6.1 SERVIS
Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki kanannya sebelum
melakukan ayunan.
Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut lajak.


8



6.2 MELAMBUNG

Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola, membengkok
lutut, melempar bola dan ikut lajak.
Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.

9



6.3 MENGUMPAN
Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan
melakukan sepakan.
Bersedia mengawal bola.
Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
Imbangkan badan dengan tangan.



6.4 MENANDUK

10

Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar,
mengumpan, mengawal dan merejam bola.
Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka, kemudian gunakan dahi untuk
menolak bola ke atas.


6.5 MEREJAM
Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman sisi dan
rejaman menapak.
Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah mempunyai fleksibiliti,
kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola.
Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.


11











12

6.6 MENGHADANG

Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh
pihak lawan ditangkis.
Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :
1. Diri sedia.
2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring,
semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan hadangan.
3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam,
batal jika menghadang menggunakan tangan












13





7.0 KESALAHAN-KESALAHAN

7.1 Kesalahan Pihak Penyepak Bola

Apabila sebagai pelambung masih memainkan bola, melemparkan bola pada teman
sendiri, memantulkan, melempar dan menangkap lagi setelah wasit menyebut posisi
angka.
Apabila mengangkat kaki, menginjak garis, menyentuh atau melewati garis bawah net
ketika melakukan lambung bola.
Tekong melompat saat melakukan service, kaki tumpuan tidak berada dalam
lingkaran atau menginjank garis lingkaran servis.
Tekong tidak menyepak bola yang dilambungkan kepadanya.
Bola menyetuh salah seorang pemain sendiri sebelum bola melewati net.
Bola jatuh diluar lapangan.
Bola tidak melewati net.

7.2 Kesalahan Pihak Penerima Service

Berusaha mengalihkan perhatian lawan seperti : (isyarat tangan, menggertak, bersuara
keras atau membuat keributan).

7.3 Kesalahan kedua Pihak

Ada pemain yang mengambil bola di lapangan lawan.
Menginjak dan melewati satu telapak kaki garis tengah.
Ada pemain yang melewati lapangan lawan, walaupun diatas atau dibawah net kecuali
pada saat The Follow Trugh Ball
Memainkan bola lebih dari tiga kali.
Bola mengenai tangan.
14

Menahan atau menjepit bola antara lengan dan badan atau antara dua kaki dengan
bola.
Bola mengenai loteng atau pembetas lainnya.


8.0 SISTEM PERHITUNGAN ANGKA

Apabila penerima servis melakukan ksesalahan otomatis akan memperoleh angka
sekaligus melakukan sepak mula lagi bagi penyepak mula.
Angka kemenangan setiap set maksimum 21 angka, kecuali pada saat posisi angka
20-20, pemenang akan ditentukan pada saat selisih dua angka sampai batas akhir 25
poin, ketika 20-20 wasit utama menyerukan batas angka 25 poin.
Memberikan kesempatan istirahat 2 menit masing-masing pada akhir set pertama
atau kedua termasuk Tie Break.
Apabila masing-masing regu memenangi satu set, maka pemain akan dilanjutkan
dengan set Tie Break dengan 15 poin kecuali pada posis 14-14, pemenang akan
ditentukan pada selisih dua angka sampai batas akhirnya angka 17.
Sistem perhitungan angka menggunakan Relly Poin
Pergantian pemain
Setiap Regu hanya dapat melakukan 1 (satu) kali pergantian pemain dalam satu
pertandingan.
Pergantian pemain diperbolehkan setiap saat ketika bola mati melalui time manager
atau pelatih yang disetujui oleh official atau petugas pertandingan.
Setiap regu dapat menominasikan maximum dua orang cadangan tetapi hanya boleh
melakukan pergantian pemain kali.
Pemain yang mendapat kad merah dapat diganti dengan syarat belum ada pergantian
pemain sebelumnya.

9.0 POSISI PEMAIN SEMASA MEMBUAT SERVIS

Sebelum permainan dimulai, kedua regu harus berada dilapangan masing-masing
dalam posisi siap bermain.
15

Dalam melakukan sepak mula, salah satu kaki tekong berada dalam garis lingkaran
service.
Kedua apit kita melakukan servis harus berada pada seperempat lingkaran.
Lawan atau regu penerima servis bebas bergerak didalam lapangan sendiri.


10.0 PETUGAS PERTANDINGAN

2 orang Technical Delegotate
6 orang juri (dewan hakim)
1 orang Official Refree
2 orang wasit (wasit utama dan wasit dua)
6 orang penjaga garis samping dan belakang

11.0 PENALTI (HUKUMAN)

Pemain yang menggar peraturan ini akan dikenakan sangsi atau hukuman pernyataan dari
wasit apabila :
Memperlihatkan sikap tidak sopan kepada pemain atau penonton juga pada wasit atas
keputusan yang diambil.
Menghubungi wasit yang bertugas dengan keras mengenai suatu keputusan yang
diambil.
Meninggakan lapangan permainan tanpa permisi kepada wasit yang memimpin
pertandingan.
Memberikan bola kepada pihak lawan dengan menggunakan kaki atau
melemparkannya dengan keras.
Berkelakuan tidak sopan selama permainan.

12.0 TATATERTIB

Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.
16

Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada
sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat
dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah
dibuatnya.
Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai dilarang membantah keputusan
Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran
pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.

13.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, permainan sukan sepak takraw merupakan suatu sukan yang dapat
menyatupadukan rakyat dan juga masyarakat. Hal ini disebabkan permainan ini sudah
sememangnya telah lama wujud dan ianya telah sebati dengan masyarakat di negara ini.
Selain itu, sukan sepak takraw juga dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan
memastikan pemain berada dalam keadaan cergas dan sihat. Sukan sepak takraw juga
menjadikan para pemain lebih berdisiplin dan dalam masa yang sama mengajar mereka erti
kerjasama antara mereka.











17

1.0 PENGENALAN

Permainan wau merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu
sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur- unsur budaya
Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.
Asal usul permainan wau ini sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku
Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang
berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Shah (1488-1511). Pendapat ini berdaarkan buku Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu) yang
menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi
penduduk-penduduk di kawasan pedalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara
Semenanjung seperti Kedah, Perlis, dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu
permainan tradisi selepas musim menuai. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa
penat selepas bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di
antara satu sama lain sehingga ada di sesetengah tempat dan daerah mereka akan
mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingna wau yang tercantik di antara daerah-daerah.
Tukang- tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan
menimbang ketika meaut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-
tua, tetapi kebolehan sebenar adalah melalui pengalaman. Ketepatan seseorang dalam meraut
buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong
oleh teraju yang dipasang dengan tepat.


2.0 LAGENDA WAU

Di bahagian Utara Malaysia, terutamanya di Kedah, satu lagenda mengisahkan asal-usul
permainan wau. Ceritanya adalah mengenai seorang petani yang hidup bersama dengan
isterinya dengan mengerjakan padi huma di kaki bukit. Mereka tidak mempunyai anak. Satu
hari ketika sedang bekerja di ladangnya petani tersebut berjumpa dengan seorang budak
perempuan. Budak perempuan itu dipelihara menjadi seorang anak gadis yang sangat cantik
paras rupanya. Oleh kerana terlalu sayang kepada anak gadisnya itu, si petani tadi tiap-tiap
hari menghantarkan makanan ke tempat gadis itu bermain iaitu dibaluh padi. Perkara ini telah
menyebabkan si isteri jadi cemburu lantas dipukul dan dihalaunya anak itu hingga lari ikut
mata-angin barat.
18

Tahun itu padi yang mereka kerjakan telah tidak menjadi. Si petani dan isterinya menjadi
risau dan berjumpa dengan Tok Nujum. Mengikut Tok Nujum, anak yang dihalau tadi
sebenarnya ialah semangat padi. Untuk meminta maaf, petani itu hendaklah membuat satu
lembaga yang pada masa itu menyerupai Wau Bulan dan dinaikkan dengan menggunakan tali
rami. Dari peristiwa inilah berpuncanya permainan wau.
Cerita ini menunjukan betapa tingginya pandangan orang-orang Melayu terhadap wau,
sehingga mereka menghubungkannya dengan semangat padi iaitu semangat yang melibatkan
pengeluaran tanaman padi yang merupakan bahan makanan utama kita. Keadaan ini adalah
sesuai dengan masa wau dimainkan iaitu selepas musim menuai padi dan ketika itu ialah
musim angin barat bertiup.

3.0 TUJUAN DIMAINKAN

Permainan tradisional wau ini adalah sebagai hiburan ketika masa lapang dan bagi peminat
yang sukakan permainan ini. Zaman dahulu permainan tradisonal wau dimainkan secara
bermusim iaitu selepas selesai menuai padi demana ia dimainkan di tapak sawah padi yang
kering. Pada masa kini, permainan tradisional wau dimainkan bila-bila masa dan dibuat
secara moden untuk menarik perhatian peminat wau. Permainan ini dimainkan bagi menarik
minat pelancung secara pertunjukan kebudayaan bagi setiap tahun dan tempat khas disediakn
untuk permainan ini.













19

4.0 CARA- CARA MEMBUAT WAU








20

4.1 Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh: Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau
dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang,
akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak aku
tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu
make hok sini.

4.2 Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi
rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh
daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan
buluh tersebut tahan dan kuat ialah:
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

4.3 Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti
ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk
dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-
benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah
seperti:
21

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin
halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di
bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan
ia dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok
pula dengan kertas pasir.

4.4 Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.

4.5 Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan
buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang
wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan
kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
22

4.6 Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah:
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka
bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

4.7 Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan
satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak
dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas
bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam
di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan
daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna
diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan.
Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu
kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak
diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang
23

wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat
lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

4.8 Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat
daripada kertas crepe yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk
rambu.

4.9 Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau
tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah
dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini
permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar
bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula
memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai
salah satu aktiviti pada waktu terluang.

5.0 BAHAN-BAHAN MEMBUAT WAU

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut.
Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk
menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang. Pembuat
wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya
adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.
Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik.
Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi
sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan
supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh
ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan.
Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh
akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi
wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
24

6.0 CARA BERMAIN WAU

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka
tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah
wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang
berwarna-warni itu. Wau juga hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi
pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang
paling sesuai untuk menerbangkan wau. Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah
dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.
6.1 Tiga unsur yang mempengaruhi kenaikan wau
a) Tekanan angin
Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik
tinggi semakin meningkat.
b) Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.
c) Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang
tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu
adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan
wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau
menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang
digunakan adalah tali tangsi.

6.2 Teknik menaikkan wau jarak dekat
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan
untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan
pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan
memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

6.3 Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau.
Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau
25

mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup
lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali
wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

6.4 Teknik menurunkan wau
Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi
penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali
ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau
laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan,
tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca
halus.






















26

7.0 JENIS- JENIS WAU



BENTUK


NAMA







Wau Bulan







Wau Kucing







Wau Dodo Helang

27








Wau Merak







Wau Jala Budi








Wau Daun









28

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Walaubagaimanpun, permainan wau mempunyai keunikannya yang
tersendiri yang sememangnya telah melekat di dalam sanubari orang-orang Melayu
khususnya dan ianya diharapkan sentiasa dapat dikekalkan buat selamanya. Hal ini demikian
kerana permainan wau merupakan budaya Melayu yang telah lahir sejak berabad dahulu.














29

BIBLIOGRAFI
http://en.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw
http://www.sepaktakraw.org/
http://www.gajahmas.com/
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah-Sukan Sepak
Takraw, diambil daripada http://www.moe.gov.my/v/1-murid-1-sukan-
view?id=2124&, 13 Julai 2014.
http://bb2008chijsjc.wordpress.com/sepak-takraw/
http://puadede.com/v1/permainan-tradisional-wau/
http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=12
http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/permainan-wau.html
http://kelabuasapart.blogspot.com/2012/12/nota-alat-permainan-wau_12.html
http://www.scribd.com/doc/2547106/PERMAINAN-WAU
http://wautradisional.blogspot.com/p/jenis-jenis-koleksi-wau.html

Anda mungkin juga menyukai