Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol.

Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan

melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola. Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa. PRINSIP PRINSIP UTAMA Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah: 1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. 2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan. 3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan. 4. Pemain mengikut lajak. 5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu. 6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemainpemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari. Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah: 1. Pemain bergerak satu langkah ke depan. 2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok. 3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu. 4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran. 5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut: 1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu. 2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran. 3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. 3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan. 4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak. Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. 2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya. 3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol. 4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,

dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut: 1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol. 3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat. 4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undangundang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut: 1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan. 2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. 3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring. 4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti. 2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut: 1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. 2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. 3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola.

Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat: 1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran. 2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat.

Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang.

LATIHAN ANSUR MAJU Jaringan Lompat a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki. b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu. d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.

e) Latihan berpasangan berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan. f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang). g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol). Jaringan jaringan Lain a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang. b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung. c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri) d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah) e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.html http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/kemahiran-menjaring/ http://bolabalingtrg.blogspot.com/2009/11/kemahiran-menjaring.html?zx=f779aaebd32777e7

i. Jaringan Bahu Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.

ii. Jaringan Lompat Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke

udara dan membaling ke arah gol. Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.

iii. Jaringan Dive Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol (Rajah 6.11). Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.

iv. Jaringan Rendah Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.

Anda mungkin juga menyukai