lajak
2. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu
3. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya
melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke
sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hamper sama dengan jaringan dari atas kepla,
tetapi perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu
bergerak 3 langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak
sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah
mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hali ini terjadi kerana dalam
kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan
ini sring dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada
lompatan dibuat daripada posisi bola berada di puncak lompatan.
Rajah 1.4
Jaringan Sisi
Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah
bergerakke depan golnya. Umumnya, terdapat tiga situasi berlakunya
keadaan begini, iaitu:
Kaedah melakukan jaringan ini adalah hampir sama dengan jaringan lain.
(Rajah )
Jaringan Voli
Menjaga Gol
Dalam permainan bola baling, penjaga gol merupakan barisan tarakhir
pertahanan sebuah pasukan. Oleh itu, tidak hairanlah dia dianggap sebagai
pemain paling penting bagi pasukannya. Mengikut teorinya, penjaga gol harus
menghalang setiap cubaan menjaringkan gol oleh pemain lawan dari garisan
9 meter, dan berjaya menghalang cubaan jaringan dari jarak yang lebih dekat
dianggap satu kelebihan.
Sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran asas menjaga gol, penjaga gol
perlu mempunyai beberapa ciri-ciri iaitu:
1. Mampu bertindak balas dengan pantas.
2. Mempunyai koordinasi mata dan tangan yang pantas.
3. Berkebolehan bergerak dalam pelbagai aksi seperti membongkok,
meluruskan badan dan menbaringkan badan.
4. Dapat bertindak dengan panta mengikut gerakan bola.
5. Berkeupayaan membaca gerakan pemain lawan.
6. Berkeupayaan menutup sudut jaringan pemain lawan.
7. Berani, tenag dan penyabar.
Selain itu, ciri-ciri fizikal seseorang pemain juga diambil kira dalam
menentukan penjaga gol. Penjaga gol yang bertubuh tinggi, tidak terlalu
gemuk, mempunyai jangkauan lengan yang panjang, dan mampu bertindak
dalam pelbagai keadaan dan situasi adalah lebih baik.
Tugas utama penjaga gol ialah mengawal dan mengawasi gol pasukan
sendiri. Bagaimanapun, secara khusus tugas penjaga gol adalah seperti
berikut:
Antara kemahiran asas penjaga gol dalam permainan bola baling ialah
menangkahp bola, menahan bola, menolak atau menghantar bola,
menampan bola dan menjatuhkan badan. Dalam memenuhi semua
kemahiran ini, penjaga gol perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi
permainan. Kesimpulannya, penjaga gol hendaklah mempunyai kemahiran
untuk mengawal bola seperti bola rendah, bola mendatar, bola tinggi, bola
leret dan bola lantun.
I. MENANGKAP BOLA
Menangkah bola bermaksud menangkap bola dengan tepat setiap bola
yang dilontarkan oleh pemain lawan dalam usaha untuk menjaringkan
gol. Teknik menangkap adalah sama dengan teknik menerima
hantaran iaitu kedua-dua tapak tamgam berada di belakang sambil ibu
jari berfungsi sebagai penampan seperti dalam permainan bola sepak.
Kedudukan tangan seperti ini menyebabkan bola ditangkap tidak
mudah terkeluar melepasi jari-jari yang memegang bola. Kedudukan
tang hendaklah sesuai dengan aras bola yang datang.
II. MENAHAN
Kemahiran menahan akan dilakukan berdasarkan arah dan aras
gerakan bola yang muncul. Kemahiran menahan memerlukan penjaga
gol menggunakan bahagian kaki, iaitu dengan melintangkannya selari
dengan pintu gol. Sentuhan yang berlaku ialah antara depan bola
dengan bahagian sisi kaki.
Untuk menahan bola dengan tangan, factor utama yang harus
ditumpukan ialah kelajuan dan ketinggian bola. Jika bola itu laju dan
rendah, penjaga gol hendaklah menolak badan ke tanah dan
menangkapnya; manakala untuk bola yang tinggi dan laju, dia
hendaklah menola badan melepasi palang gol. Untuk menahan bola
dengan kaki pula ialah apabila bola terlalu rendah, iaitu di bawah paras
lutu. Semasa jaringan penalti, penjga gol sering menggunakan lengan
dan kaki untuk menahan bola.
III. MENOLAK
Kemahiran menolak juga penting untuk penjaga gol kerana dia perlu
bertindak menghalang bola yang datang dari pelbagai arah dan aras
sama ada dari arah depan, sisi kanan dan sisi kiri, dan aras yang
melebihi bahu atau kepala.
Perlakuan dalam kemahiran menolak terletak padabahagian
tapak tangan yang dilentikkan ke arah lengan dan menolak bola yang
datang menghala ke nahagian atas atau sudut atas gol. Bagi bola
randah yang memerlukan penjaga gol menolak badannya, perkara
penting yang harus dilakukan oleh penjaga gol ialah membaringkan
badan lalu menolak bola itu menggunakan tapak tangan.
IV. MENEPIS
Menepis ialah gerakan melencongkan arah gerakan bola yang
dilalukan oleh pemain lawan. Dengan itu sasaran yang ditujukan oleh
pihak lawan tidak tepat dan dapat menyelematkan gol daripada
ditembusi. Menepis dilakukan pada tapak tangan dengan sedikit
bantuan daripada jari.
Cara melakukan kemahiran ini ialah penjaga gol hendaklah
merapatkan semua jarinya dalam kedudukan melentik. Sentuhan
menepis berlaku apabila kedua-dua belah jari tangan menepis pada
bola yang datang dari sisi kiri ataupun sisi kanan. Biasanya, gerakan
ini dilakukan ke atas bola yang datang dari arah depan atau sisi kanan
atau kiri penjaga gol pada aras lutut hingga ke bahu.
V. MENAMPAN
Menampan dilakukan ke atas bola yang datang dari arah depan atau
sisi penjaga gol pada aras lutut atau bahu atau lebih rendah, yang
sukar ditahan dengan kaki atau tangan oleh penjaga gol.
Caranya ialah penjaga gol membengkokkan sedikit lutut lalu
menampan bola yang datang sama ada menggunakan lutut atau
tangan. Bola dibiarkan melantun bagi memudahkan tangkapan dibuat.
Sebaik-baiknya kedudukan lutut hendaklah selari dengan permukaan
gol. Untuk menampan bola dengan tangan, tangan hendaklah
diluruskan sama ada ke depan atau ke sisi bergantung pada arah bola
datang.
Rajah 1.23 Menahan bola jaringan sisi dalam keadaan jaringan dekat
Peraturan Penjaga Gol
1. Penjaga gol dibenarkan menjaga golnya dengan menggunakan kaki
dan di bahagian bawah lututnya dengan sebarang cara.
2. Penjaga gol bleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola tanpa
mengira langkah dan had masa dalam kawasan gol tetapi dia tidak
boleh melambatan balingan gol dengan sengaja.
3. Penjaga gol dibenarkan meninggalkan kawasan gol tanpa bola. Dalam
gelanggang, dia hendaklah patuh akan peraturan-peraturan sebagai
pemain gelanggang yang lain, kecuali dia tidak akan dihukum jika
memasuki kawasan gol.
4. Penjaga gol tidak dibenarkan meninggalkan kawasannya bersama-
sama dengan bola.
5. Apabila penjaga gol telah membalingkan bola ke gelanggang
permainan dari kawasannya, maka dia tidak boleh lagi memegang bola
itu, kecuali telah dimainkan atau terkena seorang permain lain.
6. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu
menggolek arau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar
garisan kawasan gol.
7. Sewaktu permainan, penjaga gol tidak dibenarkan mengambil dan
memainkan bola ke kawasannya.
8. Penjaga gol tidak dibenarkan membahayakan pemain lawan semasa
mempertahankan golnya.
9. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki atau
lutut ketika bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila
terhenti di kawasan gol.