Anda di halaman 1dari 19

1.

sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan


2. Pemain mengikut lajak
3. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu
4. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola


baling, iaitu jaringan dari atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan
lompat dan jaringan menjunam.

Jaringan dari Atas Kepala


Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa da mudah dilakukan, serta
mudah pula mendapatkan gol. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain
dalam kedudukan static dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:


1. Peman bergerak satu langkah ke depan
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan
membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan
dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang
bola diluruskan ke atas kepala dan membalingkannya kuat ke arah
sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas
membuat lonjakan.
Rajah 1.1 Gerakan dalam jaringan dari atas kepala

Jaringan dari Bawah Lengan


Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilakan gol. Namun, ia
boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan
tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatikan
padqa kawalan atau pertahanan rendah, Bola selalunya diarahkan ke sudut
bawah gol pihak lawan.

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya
melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke
sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Rajah 1.2 Jaringan dari bawah lengan


Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hamper sama dengan jaringan dari atas kepla,
tetapi perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu
bergerak 3 langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak
sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah
mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hali ini terjadi kerana dalam
kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan
ini sring dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada
lompatan dibuat daripada posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:


1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini
pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil
dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru
gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarankan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Rajah 1.3 Jaringan Lompat

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan ini adalah seperti berikut:


1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang
membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan
pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek
ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring teraksa melompat untuk membuat jaringan gol,
maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan
peluang.

Latihan

1. Latihan bergerak. Tanpa memegang bola, pemain hendaklah bergerak


tiga langkah ke depan. Kemudian, bergerak lagi untuk membuat
lompatan. Bagi pemain tangan kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki
kanan sebanyak dua kali dan di akhiri dengan kaki kiri, kanan dan kiri.
Bagi pemain tangan kiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan
kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat jaringan
dengan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan secra
perseorangan ataupun bersama-sama rakan (Rajah 1.4 ).
2. Latihan dengan bola. Pemain melakukan latihan seperti di nombor 1
tetapi dengan menggunakan bola.

Rajah 1.4

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan


latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada
kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jarinagn.
Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan
ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. (Rajah )

Rajah 1.5 Jaringan pada aras paha

Cara jaringannya ialah pemain berlari pentas ke kawasan gol dan


membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lewan lawan.
Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang
bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan


pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi
pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membaut
jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba, dia kan mengangkat
kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri.
Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memeusingkan sedikit badan
dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah
lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut. (Rajah hingga Rajah )
Rajah 1.6 Jaringan sisi

Rajah 1.7 Jaringan sisi (cantas)

Rajah 1.8 Jaringan sisi (cantas)


Rajah 1.9 Jaringan sisi (junam)

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-


pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat
menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam
kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan
memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan
lagi sudut jaringan. (Rajah )

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.


2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke
udara menuju kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan
dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat denganmempertahankan badan menggunakan
tangan atau menggulingkan badan.
Rajah 1.10 Jaringan junam

Rajah 1.11 Jaringan jatuh

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut
undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau
melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat
selepas pengadil meniupkan wisel. (Rajah )
Rajah 1.12 Jaringan penalti

Teknik dalam melakukan jaringan penalty adalah seperti berikut:


1. Pemain berada di tempat penalty bersama-sama dengan bola.
Pandangan hendaklah focus pada penjaga gol untuk memerhatikan
kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat
jaringan lambung (lob) untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah
bergerakke depan golnya. Umumnya, terdapat tiga situasi berlakunya
keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujua


mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan
yang memperoleh bola untuk membuat jaringan
3. Apabila pemjaga gol keluar untuk megecilkan sudut terhadap pemain
lawan ketika terjadi serangan pantas.

Kaedah melakukan jaringan ini adalah hampir sama dengan jaringan lain.
(Rajah )
Rajah 1.13 Jaringan lambung

Jaringan Voli

Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan


jaringan voli adalah seperti berikut:

1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola


hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah
tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Rajah 1.14 Jaringan voli


Menjaga Gol
Dalam permainan bola baling, penjaga gol merupakan barisan tarakhir
pertahanan sebuah pasukan. Oleh itu, tidak hairanlah dia dianggap sebagai
pemain paling penting bagi pasukannya. Mengikut teorinya, penjaga gol harus
menghalang setiap cubaan menjaringkan gol oleh pemain lawan dari garisan
9 meter, dan berjaya menghalang cubaan jaringan dari jarak yang lebih dekat
dianggap satu kelebihan.
Sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran asas menjaga gol, penjaga gol
perlu mempunyai beberapa ciri-ciri iaitu:
1. Mampu bertindak balas dengan pantas.
2. Mempunyai koordinasi mata dan tangan yang pantas.
3. Berkebolehan bergerak dalam pelbagai aksi seperti membongkok,
meluruskan badan dan menbaringkan badan.
4. Dapat bertindak dengan panta mengikut gerakan bola.
5. Berkeupayaan membaca gerakan pemain lawan.
6. Berkeupayaan menutup sudut jaringan pemain lawan.
7. Berani, tenag dan penyabar.

Selain itu, ciri-ciri fizikal seseorang pemain juga diambil kira dalam
menentukan penjaga gol. Penjaga gol yang bertubuh tinggi, tidak terlalu
gemuk, mempunyai jangkauan lengan yang panjang, dan mampu bertindak
dalam pelbagai keadaan dan situasi adalah lebih baik.

Tugas utama penjaga gol ialah mengawal dan mengawasi gol pasukan
sendiri. Bagaimanapun, secara khusus tugas penjaga gol adalah seperti
berikut:

1. Menghalang pasukan lawan daripada membuat jaringan gol.


2. Merancang benteng pertahanan terutama semasa diask dan diserang
oleh pemain lawan.
3. Merancang serangan balas untuk pasukannya.
4. Berusaha untuk mengikuti pergerakan bola pada setiap masa.

Kemahiran Asas Penjaga Gol


Antara kemahiran asas penjaga gol dalam permainan bola baling ialah
menangkahp bola, menahan bola, menolak atau menghantar bola,
menampan bola dan menjatuhkan badan. Dalam memenuhi semua
kemahiran ini, penjaga gol perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi
permainan. Kesimpulannya, penjaga gol hendaklah mempunyai kemahiran
untuk mengawal bola seperti bola rendah, bola mendatar, bola tinggi, bola
leret dan bola lantun.

I. MENANGKAP BOLA
Menangkah bola bermaksud menangkap bola dengan tepat setiap bola
yang dilontarkan oleh pemain lawan dalam usaha untuk menjaringkan
gol. Teknik menangkap adalah sama dengan teknik menerima
hantaran iaitu kedua-dua tapak tamgam berada di belakang sambil ibu
jari berfungsi sebagai penampan seperti dalam permainan bola sepak.
Kedudukan tangan seperti ini menyebabkan bola ditangkap tidak
mudah terkeluar melepasi jari-jari yang memegang bola. Kedudukan
tang hendaklah sesuai dengan aras bola yang datang.

II. MENAHAN
Kemahiran menahan akan dilakukan berdasarkan arah dan aras
gerakan bola yang muncul. Kemahiran menahan memerlukan penjaga
gol menggunakan bahagian kaki, iaitu dengan melintangkannya selari
dengan pintu gol. Sentuhan yang berlaku ialah antara depan bola
dengan bahagian sisi kaki.
Untuk menahan bola dengan tangan, factor utama yang harus
ditumpukan ialah kelajuan dan ketinggian bola. Jika bola itu laju dan
rendah, penjaga gol hendaklah menolak badan ke tanah dan
menangkapnya; manakala untuk bola yang tinggi dan laju, dia
hendaklah menola badan melepasi palang gol. Untuk menahan bola
dengan kaki pula ialah apabila bola terlalu rendah, iaitu di bawah paras
lutu. Semasa jaringan penalti, penjga gol sering menggunakan lengan
dan kaki untuk menahan bola.

III. MENOLAK
Kemahiran menolak juga penting untuk penjaga gol kerana dia perlu
bertindak menghalang bola yang datang dari pelbagai arah dan aras
sama ada dari arah depan, sisi kanan dan sisi kiri, dan aras yang
melebihi bahu atau kepala.
Perlakuan dalam kemahiran menolak terletak padabahagian
tapak tangan yang dilentikkan ke arah lengan dan menolak bola yang
datang menghala ke nahagian atas atau sudut atas gol. Bagi bola
randah yang memerlukan penjaga gol menolak badannya, perkara
penting yang harus dilakukan oleh penjaga gol ialah membaringkan
badan lalu menolak bola itu menggunakan tapak tangan.

IV. MENEPIS
Menepis ialah gerakan melencongkan arah gerakan bola yang
dilalukan oleh pemain lawan. Dengan itu sasaran yang ditujukan oleh
pihak lawan tidak tepat dan dapat menyelematkan gol daripada
ditembusi. Menepis dilakukan pada tapak tangan dengan sedikit
bantuan daripada jari.
Cara melakukan kemahiran ini ialah penjaga gol hendaklah
merapatkan semua jarinya dalam kedudukan melentik. Sentuhan
menepis berlaku apabila kedua-dua belah jari tangan menepis pada
bola yang datang dari sisi kiri ataupun sisi kanan. Biasanya, gerakan
ini dilakukan ke atas bola yang datang dari arah depan atau sisi kanan
atau kiri penjaga gol pada aras lutut hingga ke bahu.

V. MENAMPAN
Menampan dilakukan ke atas bola yang datang dari arah depan atau
sisi penjaga gol pada aras lutut atau bahu atau lebih rendah, yang
sukar ditahan dengan kaki atau tangan oleh penjaga gol.
Caranya ialah penjaga gol membengkokkan sedikit lutut lalu
menampan bola yang datang sama ada menggunakan lutut atau
tangan. Bola dibiarkan melantun bagi memudahkan tangkapan dibuat.
Sebaik-baiknya kedudukan lutut hendaklah selari dengan permukaan
gol. Untuk menampan bola dengan tangan, tangan hendaklah
diluruskan sama ada ke depan atau ke sisi bergantung pada arah bola
datang.

VI. MENJATUHKAN BADAN


Menjatuhkan atau menjunamkan badan dilakukan untuk
menyelamatkan bola apabila penjaga gol tidak berada di posisi yang
baik untuk membolehkannya membuat tangkapan.
Teknik melakukan kemahiran ini ialah pemain mencampakkan
badannya ke arah bola yang menuju ke pintu gol dengan tujuan
menghalang daripada membolosi pintu gol.
Rajah 1.15 kedudukandan pergerakan asas menjaga gol

Cara-cara Menahan Bola


Rajah 1.16 Menahan bola tinggi menggunakan dua tangan

Rajah 1.17 Menahan bola tinggi menggunakan satu tangan

Rajah 1.18 Menahan bola separuh tinggi (medium high shot)


Rajah 1.19 Menahan bola rendah

Rajah 1.20 Menahan bola jaringan dekat

Rajah 1.21 kedudukan asas


Rajah 1.22 Menahan bola jaringan sisi dalam keadaan bola rendah

Rajah 1.23 Menahan bola jaringan sisi dalam keadaan jaringan dekat
Peraturan Penjaga Gol
1. Penjaga gol dibenarkan menjaga golnya dengan menggunakan kaki
dan di bahagian bawah lututnya dengan sebarang cara.
2. Penjaga gol bleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola tanpa
mengira langkah dan had masa dalam kawasan gol tetapi dia tidak
boleh melambatan balingan gol dengan sengaja.
3. Penjaga gol dibenarkan meninggalkan kawasan gol tanpa bola. Dalam
gelanggang, dia hendaklah patuh akan peraturan-peraturan sebagai
pemain gelanggang yang lain, kecuali dia tidak akan dihukum jika
memasuki kawasan gol.
4. Penjaga gol tidak dibenarkan meninggalkan kawasannya bersama-
sama dengan bola.
5. Apabila penjaga gol telah membalingkan bola ke gelanggang
permainan dari kawasannya, maka dia tidak boleh lagi memegang bola
itu, kecuali telah dimainkan atau terkena seorang permain lain.
6. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu
menggolek arau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar
garisan kawasan gol.
7. Sewaktu permainan, penjaga gol tidak dibenarkan mengambil dan
memainkan bola ke kawasannya.
8. Penjaga gol tidak dibenarkan membahayakan pemain lawan semasa
mempertahankan golnya.
9. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki atau
lutut ketika bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila
terhenti di kawasan gol.

Anda mungkin juga menyukai