Anda di halaman 1dari 25

Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain .Sebelum satu-satu perlawanan dimulakan.

Jika kurang pasukan tersebut dikira kalah. Pemain tengah(C) akan memulakan permainan. C akan melontar bola kepada WA/GA dan masing-masing akan dihalang oleh WD/GD. Perlawanan berlangsung sebnyak empat suku(quarter) iaitu 15 minit atau 20 minit setiap permainan diselang dengan 3 minit rehat . Kecuali rehat separuh masa iaitu 510 minit.

Apabila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak menyambung permainan, permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk menentukan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu.

Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan dihentikan kerana kecederaan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa. Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya manamana pasukan yang gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan dengan mata 15 - 0. Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan, pertandingan ini tertakluk dengan UndangUndang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball- IFNA)

Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi. Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh keduadua undang-undang permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dari aspek teknikal. Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu. Penentuan kemenangan - Setiap kemenangan akan diberi dua (2) mata, seri satu (1) mata, dan kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan untuk menentukan pemenang:

i. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang. ii. Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang bolos dikira pemenang iii. Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal dikira pemenang.

Pemain lain tidak dibenarkan keluar daripada gelanggang. Hanya Pengurus Pasukan sahaja yang boleh memberi minuman, tuala muka dan sebagainya yang diminta oleh pemain yang berada di dalam gelanggang. Air tidak boleh dibaling atau seumpamanya. Pemain simpanan dan jurulatih TIDAK DIBENARKAN meninggalkan kerusi simpanan, bercakap atau memberi sebarang KEJURULATIHAN kepada pemain yang berada di dalam gelanggang semasa tempoh pemberhentian ini.

Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini. Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set 'bibs' yang berlainan warna. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai 'bibs' yang sama maka pasukan yang disebutkan lebih awal hendaklah menukar 'bibs' mereka.

Huruf-huruf (ketinggian adalah 6 inci) di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain itu ;
GS
GA WA C WD GD Penjaring Gol Penyerang Gol Goal Shooter Goal Attack

Penyerang Sayap Wing Attack Pemain Tengah Penangkis Sayap Penahan Gol Centre Wing Defence Goal Defence

GK

Penjaga Gol

Goal Keeper

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside".

Nama Kedudukan Penjaring Gol Penyerang Gol

Singkatan GS GA

Lawan Penjaga Gol Penahan Gol

Kawasan Dibenarkan Kawasan Jaringan , Kawasan Gol(1/3 gelanggang) Kawasan Jaringan, Kawasan Gol, Kawasan Tengah(2/3 gelanggang) 2/3 gelanggang (kecuali Kawasan Jaringan) Semua kawasan (kecuali Kawasan Jaringan) 2/3 gelanggang (kecuali Kawasan Jaringan) 2/3 gelanggang 1/3 gelanggang

Penyerang Sayap Pemain Tengah Penangkis Sayap Penahan Gol Penjaga Gol

WA C WD GD GK

Penangkis Sayap Pemain Tengah Penyerang Sayap Penyerang Gol Penjaring Gol

Jika sesebuah pasukan menarik diri, maka pasukan tersebut tidak dibenarkan meneruskan pertandingan tersebut. Pasukan tersebut dianggap tidak menyertai pertandingan tersebut dengan semua mata dan jaringan gol dibatalkan.

Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad.

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini

Permain yg memegang bola atau tidak memegang bola ,tersentuh permain lawan atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan Pemain berada kurang 0.91m (3 kaki) daripada pemain yang sedang buat lontaran.Pemain itu dikira menghalang.

Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pihak lawan dengan tujuan melakukan gangguan mental terhadap pemain pihak melawan .

Hukuman faul ialah di mana pasukan lawan akan diberi -jaringan penalti kalau kesalahan berlaku di dalam bulatan gol -pilihan sama ada memilih hantaran penalti ataupun jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan -hantaran bebas(free throw )diberikan kepada pihak lawan di tempatnya berlaku kesalahan

Penalti akan dikenakan bagi kesalahan berlaku dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan -apabila undang-undang advantage boleh digunakan.Ertinya pengadil harus menahan daripada membungikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan

-mengikut ketepatan untuk undang-undang penalti(halangan dan sentuhan )

Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat Apabila penalti dikenakan ,kecuali lambungan yang diberikan kepada pasukan ,salah seorang pemain darippada pasukan lawan yang dibenrkan masuk kawasan penalti boleh mengambil penalti itu Pemain yang mengambil penalti mestilah melontar bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mendapat tempat yang betul Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma,hantaran penalti,jaringan penalti,atau hantaran ke dalam ,dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki

Terdapat beberapa jenis penalti dalam permainan bola jaring : Hantaran percuma Hantaran Penalti Jaringan Penalti Hantaran ke Dalam Lambungan

Diberikan untuk kesalahan-kesalahan yg berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan yg dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol Semasa pemain daripada pasukan lawan dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma ,bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seprang pemain dalam kawasan itu

Diberikan jika pemain didapati melanggar peraturan sentuhan dan halangan Jika seseorang pemain didenda kerana melanggar peraturan sentuhan ,dia mesti berdiri bersebelah dan jauh daripada pemain yang mengambil penalti Penalti akan mengambil dari tempat pemain melakukan kesalahan kecuali jika tindakan merugikan pasukan yg membuat penalti

Apabila bola keluar dari gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila (a)Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan. (b)Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang. (c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar dari

(d) Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola. (e) Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang menganggu permainan.

Anda mungkin juga menyukai