Anda di halaman 1dari 15

Sejarah Latihan Bebanan

Sejarah latihan bebanan bermula sejak zaman Greek Purba lagi. Ketika itu, ada seorang ahli gusti bernama Milo memikul seekor anak lembu ke Stadium Olimpia yang berjarak lebih kurang 200 ela setiap hari. Hasilnya, beliau tidak pernah dikalahkan di Suk an Olimpik Purba selama 24 tahun. Prinsip tambah beban Milo telah dijadikan prinsip asas latihan bebanan di mana intensity bebanakan menjadikan otot-otot lebih kuat.

Definisi Latihan Bebanan Latihan bebanan ditakrifkan sebagai latihan yang melibat kanlatihan rintangan yang progresif dengan berulangulang untukmeningkatkan kederasan, pergerakan, kuasa , daya tahan otot,kelembutan dan kekuatan Latihan bebanan melibatkan 3 angkubah iaitu : -i)Intensity Kekerapan latihan ialah 3 kali seminggu (selang hari) ii)Tempoh masa Berdasarkan kepada jenis sesuatu sukan dan otot yang ingin diguna iii)Ulangan Bagi otot yang baru diperkenalkan dengan latihan kekuatan

Objektif Latihan Bebanan

1. Membina dan meningkatkan kekuatan otot 2. Membina dan meningkatkan daya tahan otot 3. Membina dan meningkatkan kuasa eksplo sif 4. Membina dan meningkatkan kelenturan otot

Jenis-jenis Latihan Beban

Terdapat tiga jenis latihan bebanan iaitu


Latihan isometrik Isometrik bermaksud tanpa perubahan berpanjangan. Oleh yang demikian, latihan isometrik tidak melibatkan pergerakan atau kepanjangan otot-otot yang terlibat. Pengecutan static berlaku menerusi latihan ini. Meskipun latihan ini menambahkan kekuatan,tetapi kualiti kekuatan yang ditambah adalah kurang memuaskandan tidak mendatangkan banyak faedah.

Otot-otot yang terlibat semasa latihan ini dijalankan dipendekkan.Latihan ini lebih berfaedah jika diban dingkan dengan latihan isometrik. Antara alatan yang digunakan untuk latihan ini ialah dumbbell, barbell, multi-Gym machines, Universal, Weider Paramount.

Kaedah latihan ini merupakan yang paling berkesan kerana ia menggabungkan faedah-faedah daripada keduadua latihan di atas. Latihan ini melibatkan penggunaan semua otot. Mesin yang digunakan untuk latihan isokinetik termasuklah Cybex Orthotron, Cybex II Mini Gym Walaupun dinyatakan bahawasanya latihan ini merupakan yang terbaik, namun, ia kurang praktikal kerana melibatkan kos yang tinggi. Secara keseluruhannya, latihan isotonik masih merupakan kaedah latihan paling praktikal dan berkesan.

Prinsip Tambahan Beban Berat bebanan hendaklah bersesuaian dengan kemampuan pelaku. Ulangan dan berat beban harus ditambahkan secara beransur-ansur supaya latihan lebih berkesan. Prinsip Urutan Latihan Otot besar dalam badan haruslah dilatih dahulu. Ini adalah kerana otot kecil akan mudah lesu jika dibandingkan dengan otot besar.Dua jenis latihan yang melibatkan otot yang sama tidak digalakkan dan patut dielakkan.

Prinsip Spesifikasi Latihan yang diberi mestilah khusus kepada anggota tubuh badan yang terlibat dalam sesuatu permainan.
Prinsip Kekerapan Prinsip ini haruslah dijalankan berselang hari untuk memberi masa yang cukup untuk pemulihan. Jika tidak, akan terdapat masalah kelesuan dan ini akan mengganggu pencapaian yang optima.

Gambar 1 : bench press

Gambar 2 : leg press

Gambar 3 : triceps curl

Gambar 4 : biceps curl

Gambar 5 : heel raise

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai