Anda di halaman 1dari 9

Terdapat dua jenis latihan utama iaitu latihan anaerobik dan latihan aerobik.

Anaerobik Aerobik

Tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga.

Aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti.

Latihan berintensiti tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan tempoh yang singkat. Tidak melibatkan penggunaan oksigen bagi menghasilkan tenaga. Dua jenis metabolisme Sistem ATP-PC dan Glikolisis Contohnya, larian 100m, bola keranjang, angkat berat dan berenang 100m. Digunakan untuk meningkatkan kekuatan, kelajuan dan kuasa serta saiz otot. Contoh, latihan bebanan(meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan. Peningkatan keupayaan anaerobik penting banyak pergerakan dalam sukan melibatkan komponen (kekuatan + kelajuan)

Sekiranya keupayaan anaerobik meningkat, hasilkan daya yang tinggi dan cepat,pergerakan dikelaskan kepada pergerakan yang mempunyai kuasa tinggi (power). Jika tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kuasa, keupayaan utk melakukan pergerakan terhad. Latihan bebanan dapat meningkatkan komponenkomponen (kekuatan, kelajuan,kuasa) kerana dpt meningkatkan saiz dan jumlah contractile protein filament ataupun myofilament dalam otot serta diameter fiber otot akan meningkat supaya menghasilkan daya yang tinggi

Latihan ataupun aktiviti yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama. Melibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam badan(oxygen consumption). Melibatkan penggunaan oksigen. Meningkatkan keupayaan aerobik - Latihan Fartlek, Larian, Berenang, Aerobic Dance Exercise, berbasikal, mendayung. Keupayaan aerobik biasanya dikaitkan dengan keupayaan kardiovaskular. Continuous training - meningkatkan keupayaan aerobic berasaskan konsep FITT (F-Frequency, I-Intensity, TType,T-Time)

Frequency (Kekerapan aktiviti)


Untuk meningkatkan keupayaan aerobic, sesi latihan mestilah tidak kurang daripada tiga kali seminggu.

Intensiti

Intensiti latihan ditentukan berdasarkan kawalan kpd kadar denyutan nadi (Hea rt Rate-HR). Kadar denyutan nadi dpt ditingkatkan atau diturunkan dgn mempercepatkan atau melambatkan kadar pergerakan yg dilakukan.

Type (Jenis aktiviti)


Bagi meningkatkan keupayaan aerobic, latihan aerobik harus melibatkan pengulangan gerakan, pergerakan keseluruhan badan, pergerakan otot besar bagi sesuatu tempoh yang dipanjangkan. Sebagai contoh latihan aerobik adalah latihan Fartlek, latihan Interval dan Circuit Training.

Time/ Duration (Tempoh)


Menurut American College of Sports Medicine (ACSM), bagi meningkatkan keupayaan aerobik, atlet harus menjalani latihan tidak kurang drpd 15 min dengan kawalan kadar denyutan nadi (ditingkatkan/diturunkanintensiti). Semakin lama latihan,semakin tinggi kadar peningkatan keupayaan aerobik.

Mekanisma meningkatkan keupayaan aerobik dari segi adaptasi fisiologikal adalah kadar denyutan nadi dengan meningkatkan strokevolume serta meningkatkan cardiac output. Peningkatan tiga komponen fisiologikal merupakan penentu kadar maksimum oksigen yang dapat digunakan bagi menghasilkan tenaga semasa melakukan aktiviti fizikal. Setelah menjalani latihan (bagi sesuatu tempoh) , adaptasi fisiologikal meningkatkan keupayaan aerobik (jantung dapat mengepam lebih banyak darah setiap kali kitar, yg mana akan mengakibatkan kadar denyutan rendah semasa melakukan aktiviti fizikal) Kadar denyutan semasa melakukan aktiviti menurun,dapat bertahan bagi suatu tempoh masa yang panjang. Keadaan ini telah menunjukkan peningkatan keupayaan aerobik.

Anda mungkin juga menyukai