Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS SEJARAH MELAYU (SULALATUS SALATIN)

PEMBINAAN JATI DIRI BANGSA

1. Ketaatan pada raja


 Taat dan patuh kepada raja.
• Konsep daulat mendasari kepercayaan orang melayu
menyebabkan mereka takut menderhaka kepada raja,
perderhakaan kepada raja akan menyebabkan terkena tulah.
• Dalam sejarah melayu, ketaatan orang melayu kepada raja
digambarkan dalam pelbagai peristiwa termasuklah peristiwa
pembunuhan tun besar, anak bendahara paduka raja tun perak
oleh raja ahmad, kisah penyerahan Tun Teja kepada Sultan
Melaka oleh Hang Tuah.
• Dalam Sejarah Melayu juga, pembesar Temasik, Sang Rajuna
Tapa dan isterinya telah terkena tulah dan disumpah menjadi
batu akibat daripada penderhakaan mereka terhadap Raja
(Haron Daud, 1984).

2. Bangsa yang mengekalkan kepercayaan lampau


• Raja dan seluruh masyarakat Melaka telah memeluk Islam,
namun mereka juga masih lagi mengekalkan kepercayaan
mereka terhadap ilmu mistik, yang bertentangan dengan
ajaran Islam (Haron Daud, 1984).
• Sebagai contoh, peristiwa Hang Nadim yang telah
menggunakan ilmu guna-guna dalam bentuk pelulut (serbuk)
yang disapu ke badan Tun Teja sehingga Tun Teja berasa
berahi akan Sultan Mahmud Syah (Hazman Azhar, 2013).
• Sultan Mansur Syah juga masih mengamalkan ilmu yang
bersifat “memuja semangat” dalam menundukkan haiwanhaiwan
liar seperti ilmu gajah. Sultan juga sanggup memberi
belanja kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu gajah di
istana Melaka.

PEMBINAAN MASYARAKAT

1. Hierarki Politik
 Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), pengkelasan struktur
masyarakat pada era Kesultanan Melayu Melaka dapat dikelaskan
kepada susunan hierarki piramid.

2. Masyarakat Pedagang
• Sejarah Melayu menceritakan mengenai masyarakat Melaka yang
rata-ratanya adalah pedagang yang kaya serta mampu berdagang
hingga ke Tanah Arab.
• Sebagai contoh, Sejarah Melayu mencatatkan, “...kerana pada masa
itu orang Melaka ratalah berkapal belaka.”

3. Masyarakat majmuk

Melayu
Melaka
Keling

Pedagang yang pelbagai

KRITIKAN SOSIAL

1. Kritikan terhadap Raja


 Peristiwa Singapura dilanggar todak
 Moral Raja
 Kezaliman Raja
2. Kritikan terhadap masyarakat
 Sikap mudah percaya fitnah
 Sikap Ketaatan membuta tuli
 Masyarakat yang mengkhianati bangsa

KRITIKAN TERHADAP MORAL RAJA

 Tidak menyembunyikan keburukan Sultan Mahmud Syah

yang dilihat sangat mengikut hawa nafsunya sehingga

sanggup untuk bersekedudukan dengan isteri Tun Biajid

ketika Tun Biajid dalam satu tugasan ke Morib.

 Selain itu, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang dan

peristiwa penculikan Tun Teja dari Pahang ke Melaka bagi


dijadikan isteri Sultan Mahmud Syah sehingga hampir

memulakan perang di antara Pahang dan Melaka

menunjukkan bagaimana sikap Sultan Mahmud Syah.

 Pengarang juga turut membuka aib Sultan Mahmud Syah

dengan menceritakan tentang penyakit kesukaran untuk

membuang air.

KEZALIMAN RAJA

• Mengkritik Sultan yang melanggar perjanjian di Bukit

Seguntang di mana Raja diberi Daulat, Rakyat diberi

Keadilan (Hazman Azhar, 2013).

• Bermula dengan kisah anak pembesar Singapura Sang

Rajuna Tapa yang dijadikan gundik Raja seolah-olah

menjatuhkan maruah Sang Rajuna Tapa sebagai Bendahara

pada ketika itu (Haron Daud, 1984 & Hazman Azhar, 2013).

• Kisah pembunuhan Tuan Jana Khatib, peristiwa Hang Nadim

yang dizalimi, kisah Tun Biajid, kisah pembunuhan anak Tun

Perak dan peristiwa pembunuhan keluarga Bendahara Tun

Mutahir.

KRITIKAN TERHADAP PENGKHIANATAN

• Temenggung yang menerima Rasuah, kesannya urusan

dagang di Pelabuhan bermasalah (Umar Junus, 1984).

• Kisah Sang Rajuna Tapa yang mengutus surat ke Majapahit

supaya melanggar Temasik dan beliau sanggup belot dengan

membuka pintu kota.


• Kesannya Temasik tewas kepada Majapahit dan Raja dan

pengikutnya terpaksa berundur ke Melaka (Haron Daud,

1989).

• Kisah Si Kitol yang membocorkan starategi pertahanan

kepada Feringgi Putih

• Kesannya, Melaka tewas kepada British.

PENDIDIKAN

• Melaka muncul sebagai pusat pendidikan Islam terkemuka di alam

Melayu dengan kehadiran ulama-ulama dari Tanah Arab seperti

Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, dan etc

(Muhammad Yuduf Hashim, 1989).

• Sultan turut menjadi pemangkin kepada budaya ilmu, contohnya,

Sultan Mansur Syah berguru dengan Maulana Abu Bakar dalam

ilmu agama dan mengutus permasalahan agama ke Pasai (Umar

Junus, 1984).

• Melaka juga muncul sebagai pusat keilmuan Islam terkemuka

apabila Kitab Darul Manzum karangan Syeikh Abu Ishaq di bawa

oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka dan diajar kepada masyarakat.

• Sejarah Melayu juga mencatatkan bagaimana masyarakat Melaka

belajar dengan para ulama seperti kisah Tun Mai Ulat Bulu yang

belajar menyebut perkataan Arab dengan Maulana Sadar Jahan

serta kisah Sultan Mahmud Syah yang berguru dengan Kadi Yusof.

PEMIKIRAN

1. RAJA DAN PEMERINTAH

• Ketelitian Bangsawan (Muhammad Haji Salleh, 2004)


• Pemerintah yang bijak dan adil mampu mengekalkan

keamanan negeri (Muhammad Yusuf Hashim, 1989 & Haron

Daud 1989)

“Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama

kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala…ra’ayat itu

umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya

pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala

ra’ayatnya …jikalau kau bunuh ia (ra’ayatmu) dengan tiada dosanya,

bahawa kerajaanmu binasa”

• Pemerintah yang menentang penjajah (A. Samad Ahmad, 1969)

“Jikalau lagi ada Bendahara Seri Maharaja … Melaka tiada akan

alah”

2. RAKYAT

• Masyarakat yang taat kepada Pemerintah (Muhammad Haji

Salleh, 2004)

• Masyarakat yang Penakut dan percaya pada cerita khurafat

dan ramalan dukun (Harun Daud, 1989)

• Masyarakat yang meletakkan urusan Melaka dan Sultan

mendahului keperluan sendiri, takut menderhaka

(Muhammad Yusuf Hashim, 1989 ).

• Masyarakat yang gigih menuntut ilmu agama (Nik Abdul Aziz

Nik Hassan, 1980)

• Sejarah Melayu turut melakarkan mengenai pemikiran

golongan pemerintah dan rakyat Melaka yang melihat

peranan masing-masing dalam bernegara yang saling

lengkap-melengkapi di antara satu sama lain (Hazman Azhar,


2013).

PERANAN WANITA

• Antara tokoh-tokoh wanita yang diceritakan dalamSejarah

Melayu Puteri Syahrul Bariyah, Wan Malini dan Wan Empuk,

Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Puteri Hang Li Po dan Tun

Fatimah, di samping beberapa watak lainnya.

• Setiap watak wanita yang disebut dalamSejarah Melayu

memainkan peranan mereka yang tersendiri, sama ada secara

sampingan ataupun melakarkan sejarah tersendiri dan

membentuk wangsa yang pelbagai dalam Pensejarahan

Sejarah Melaka.

• Digunakan untuk kepentingan Politik (Haron Daud, 1989 &

Umar Junus, 1984)

1. TUN FATIMAH

• Tun Fatimah telah bertindak menggugurkan kandungannya

sebagai tanda protes terhadap tindakan Sultan Mahmud Syah

yang telah menghukum bunuh semua ahli keluarga dan

suaminya, Tun Ali.

• Disebabkan kemurungan dan sikap dingin Tun Fatimah

terhadap Sultan Mahmud Syah, baginda telah sanggup untuk

berjanji akan merajakan anak yang dilahirkan Tun Fatimah

supaya Tun Fatimah tidak membahayakan dirinya dengan

menggugurkan kandungan tersebut.

• Sultan Alauddin Riaayat Syah II dilantik sebagai Sultan di

Kampar selepas Tun Fatimah menentang wasiat Sultan

Mahmud (Haron Daud, 1989)


2. BONDA SULTAN MAHMUD SYAH

• Individu penting di belakang perlantikan adindanya, Tun

Mutahir sebagai Bendahara Melaka (Muhammad Yusuff

Hashim, 1989, Harun Daud, 1989 & Hazman Azhar, 2013).

• Dalam hal ini, Sejarah Melayu telah menceritakan bagaimana

ketika Sultan Mahmud Syah ingin mencari pengganti kepada

Bendahara Melaka, bonda baginda membisikkan kepada

baginda supaya melantik adinda bondanya (yakni bapa saudara

Sultan Mahmud) iaitu Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka

yang baharu.

• Hal ini menunjukkan wujudnya campur tangan dalam pemilihan

Bendahara Melaka pada waktu itu.

• Secara tidak langsung juga, walaupun diketahui kuasa politik

dalam Kesultanan Melayu Melaka dikuasai oleh golongan lelaki,

dalam sesetengah keadaan, peranan wanita juga dapat dilihat

mencampuri urusan pentadbiran Melaka pada ketika itu

Anda mungkin juga menyukai