Anda di halaman 1dari 9

KONSEP HUBUNGAN

LUAR DAN HUBUNGAN


ANTARABANGSA
HAZIQ IRSYAD
DEFINISI HUBUNGAN
LUAR
 Menurut Richard L. Merritt (1975), hubungan luar membawa maksud
aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan dasar
luarnya dan juga hubungannya dengan negara luar, iaitu hubungan
secara diplomatik.

 Hubungan luar ini adalah bertujuan menjaga kepentingan bersama bagi


kedua-dua belah pihak.

 Sebagai contoh, menurut Johan Saravanamuttu (2010), Malaysia telah


membuat hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China
semenjak 1974
DEFINISI HUBUNGAN ANTARABANGSA
 Menurut Holsti (1963), hubungan antarabangsa membawa erti perhubungan di antara
ahli-ahli dalam negara yang berlainan, sama ada perhubungan yang melibatkan kerajaan
ataupun tidak. (Mokhtar Muhammad, 2005).

 Manakala menurut Handerson (1998), hubungan antarabangsa ditakrifkan sebagai suatu


proses pembahagian kuasa di antara peringkat negara-negara peringkat antarabangsa

 Sebagai contoh, Malaysia telah membuat hubungan antarabangsa dengan Arab Saudi
demi membanteras keganasan bersama.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN HUBUNGAN LUAR DAN
HUBUNGAN ANTARABANGSA

PERSAMAAN PERBEZAAN
Hubungan yang secara rasminya tertakluk Sasaran utama hubungan antarabangsa
di bawah undang-undang antarabangsa menjangkaui sasaran utama hubungan
dan juga undang-undang semasa di luar yang skopnya lebih meluas.
negara tempatan.
Penglibatan aktor melepasi sempadan Hubungan luar dipersetujui oleh kerajaan,
negara. namun hubungan antarabangsa tidak
semestinya dipersetujui atas nama
kerajaan itu sendiri.
Hubungan luar yang melibatkan aktor Hubungan luar yang dibuat hanya
mana-mana negara adalah termasuk melibatkan aktor negara manakala
dalam sebahagian daripada aspek aktor hubungan antarabangsa turut melibatkan
antarabangsa aktor bukan negara
PERBEZAAN AKTOR NEGARA DAN AKTOR BUKAN NEGARA

AKTOR NEGARA AKTOR BUKAN NEGARA


Diwakili oleh suatu badan yang Diwakili oleh inidvidu, atau pertubuhan
mempunyai autoriti ke atas sesebuah dalam negeri, atau pertubuhan
negara iaitu pihak kerajaan. antarabangsa kategori bukan kerajaan
(INGO), syarikat multinasional (MNC),
dan organisasi antara kerajaan (IGO).
Penting dalam hubungan antarabangsa Berperanan dalam mempengaruhi dasar
luar negara
Bebas menggubal dan melaksana undang- Mempengaruhi, mengekang dasar yang
undang. dibuat oleh aktor negara.
PERANAN AKTOR
NEGARA DAN AKTOR
BUKAN NEGARA
AKTOR NEGARA
◦ Penting dalam hal hubungan antarabangsa.
◦ Sebuah kerajaan yang bebas daripada ancaman luar dan berkuasa mutlak agar dapat menjaga kepentingan sesebuah kerajaan.
◦ Mempunyai kuasa dalam hal penggubalan undang-undang dan dasar negara, mengutip cukai, dan sebagainya dalam usaha
memelihara nasionalisme.
◦ Dapat menghantar wakil bagi sesebuah negara untuk membuat Tindakan pada peringkat yang lebih tinggi atas nama negara
sendiri.
AKTOR BUKAN NEGARA
◦ Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), kumpulan aktor bukan negara terbahagi kepada dua iaitu kumpulan yang
berada dalam negara untuk mempengaruhi dasar luar kerajaan dan kumpulan kedua pula adalah kumpulan aktor yang lebih
bersifat global seperti MNC, IGO dan INGO.
◦ Contohnya, aktor-aktor bukan negara adalah seperti kesatuan pekerja dan pertubuhan perlindungan alam sekitar.
◦ Aktor bukan negara berada dalam negara untuk mempengaruhi corak perhubungan antarabangsa yang dibuat oleh aktor-aktor
negara.
◦ Sebagai contoh, kesatuan pekerja di Malaysia telah mengekang isu pengambilan pekerja asing ke Malaysia dan persatuan alam
sekitar telah menentang isu kilang pemprosesan bahan nadir bumi yang berlaku di Gebeng, Kuantan
SUMBER RUJUKAN
◦ https://www.slideshare.net/mobile/ctfironika/hubungan-antarabangsa
◦ Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. (2003). HUBUNGAN LUAR ANTARABANGSA. Bentong, Pahnang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors

Anda mungkin juga menyukai