Anda di halaman 1dari 4

ANGSA YANG PINTAR

Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar.


Setiap hari, angsa-angsa itu akan mengikut tuan mereka pergi ke
sebatang sungai untuk berenang. Pada suatu hari, tuan angsa
meninggalkan angsa-angsa di sungai kerana hendak menyelesaikan
suatu perkara yang penting.

Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula


seekor serigala. Serigala itu berasa sungguh gembira apabila melihat
begitu banyak angsa.

“Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk


menghubungi tuan kita dengan segera” kata angsa-angsa itu dengan
perasaan cemas.

Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai
lalu berkata, “Encik serigala, aku pernah terdengar khabar mengatakan
kamu memiliki suara yang merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu,
bolehkah aku mendengar nyanyian kamu?”

Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira


lalu berkata,”Tentulah boleh!” Serigala itu terus menyanyi dengan kuat.
Tuan angsa yang mendengar jeritan serigala itu, bergegas lari ke sungai
itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu segara
memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan diri dari situ.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat


bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie
pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil
kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie
bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan
arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan.
Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya
tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk
melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan
kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan
singa itu,”kata Joe.

Joe berjalan ke arah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan
saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah
lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang.

Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita
sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam
gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus
menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat
itu menjadi makanan singa.
Sang Arnab dan Kura-kura

Selamat pagi saya ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan


rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya ialah “Sang Arnab dan Kura-
kura”.

Suatu masa dahulu, sang arnab dan kura-kura saling mencabar


antara satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirya mereka
bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan
menentukan siapa yang lebih pantas berlari. Sesiapa yang sampai awal
di garisan penamat yang dipersetujui akan menjadi pemenang

Perlumbaan pun bermula. Sang arnab berlari dengan pantas sekali.


Di separuh jalan dia melihat kura-kura tertinggal jauh di belakang. Sang
arnab duduk berehat di bawah pokok sehingga tertidur.

Sang kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong sang


arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang arnab
arnab terjaga dan cuba untuk memotong kura-kura tetapi gagal. Dia
sangat sedih dan menyesali kegagalannya.

Sekian, terima kasih.


Sang Singa dan Sang Tikus

Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang. Dekat dengan
lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang takut
dengan Singa itu.

Pada suatu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar
mencari makanan. Tikus berjalan di dalam gelap. Tiba-tiba, tikus
terlanggar sesuatu. Rupa-rupanya tikus terlanggar Singa.

Singa sangat marah kerana mengganggu dia tidur.

“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.” Kata
sang Singa. Tikus sangat takut. “Tolong jangan bunuh saya, saya cuma
seekor tikus yang kecil. Nanti mana tahu kalau tuan perlukan bantuan
saya suatu hari nanti.” rayu sang tikus.

“Hahaha…apa yang tikus kecil macam awak ini boleh tolong saya?
Tak apalah, sebabkan awak ini kelakar, saya lepaskan awak.” Balas
Singa sambil ketawa terbahak-bahak.

Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam


hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mengaum
meminta tolong. Tikus berlari menuju ke arah suara singa. Dia
ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap. Tikus
terus menggigit jaring itu sampai putus.

“Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka


yang awak boleh tolong saya.” Kata singa. “Sama-sama.”

Anda mungkin juga menyukai