Anda di halaman 1dari 1

Tulis sebuah karangan yang bertajuk Faedah membaca buku.

Membaca merupakan hobi yang sangat baik. Pelbagai bahan yang


dapat dibaca seperti surat khabar, majalah, buku, dan sebagainya.
Membaca mempunyai bayak faedahnya.
Antara faedah membaca adalah dapat menambah ilmu
pengetahuan. Minda pembaca menjadi terbuka dan pembaca menjadi
insan yang kaya ilmu. Hal ini dapat digunakan dalam pelajaran di sekolah.
Seterusnya, membaca buku-buku fiksyen pula dapat memberikan
kesedaran dan pengajaran kepada pembacanya. Pembaca dapat
mengaplikasikan nilai-nilai murni yang terkandung dalam buku tersebut.
Hal yang demikian akan dapat membentuk budi pekerti yang tinggi.
Selain itu, dengan membaca juga kita boleh mengetahui beritaberita terkini dari serata dunia. Hal ini menyebabkan kita menjadi lebih
peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Tidaklah kita
menjadi sepeti katak di bawah tempurung.
Akhir sekali, budaya membaca dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah. Seseorang yang suka membaca akan sentiasa memanfaatkan
masa yang ada. Hal ini dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan
kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak.
Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa mengamalkan sikap suka membaca kerana Banyak
Membaca Luas Pengetahuan.

HKIK 2014

Anda mungkin juga menyukai