Anda di halaman 1dari 1

6.

FAKTA: KEBAIKAN-KEBAIKAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Setiap sekolah mesti ada perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai


jenis bahan bacaan seperti buku cerita, buku ilmiah, majalah dan akhbar. Setiap
pelajar harus mengunjungi perpustakaan sekolah. Hal ini kerana perpustakaan
membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada murid di sekolah.

Antara faedah mengunjungi perpustakaan ialah kita dapat menambahkan ilmu


pengetahuan. Terdapat pelbagai jenis buku meliputi pelbagai bidang yang terdapat di
perpustakaan. Bagi yang ulat buku, perpustakaan merupakan tempat untuk kita
menimba ilmu pengetahuan dan segala pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam
pembelajaran di dalam kelas. Dengan ini, kita akan menjadi manusia yang
berpengetahuan dan menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan kita juga dapat


menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli
semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang
yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam
tabung atau membeli barang keperluan yang lain.

Perpustakaan sekolah juga dapat mengelakkan murid daripada membazir


masa dan dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka
yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan
kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan
gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-
murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan


mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat
bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya
dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisiplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, murid juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan


di perpustakaan. Sekiranya seseorang murid pergi ke perpustakaan, dia boleh
berjumpa dengan kawannya di sana. Perpustakaan ialah tempat yang sesuai untuk
murid-murid berjumpa dan membuat kerja sekolah bersama-sama.

Kesimpulannya, perpustakaan sekolah mempunyai banyak faedahnya. Kita


sepatutnya menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya supaya dapat
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat
menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku
tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai