Anda di halaman 1dari 2

NAMA : NEESA’ HUMAIRA BINTI MOHAMMED NAZRI

KELAS : 3KAA1

PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN


ANAK-ANAK.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Amalan ini


biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, amalan seperti
ini turut boleh dilakukan di luar kawasan rumah seperti di perpustakaan,
taman rekreasi dan lain-lain lagi. Namun, anak-anak pada zaman ini tidak
berminat untuk membaca kerana lebih suka meluangkan masa dengan gajet
seperti telefon bimbit. Oleh itu, ibu bapa mempunyai peranan yang penting
kerana mereka merupakan individu terdekat dengan anak-anak. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
anak-anak?

Sebagai lontaran idea yang pertama, peranan ibu bapa yang boleh
dilakukan ialah membudayakan amalan membaca di rumah. Hal ini dikatakan
demikian kerana ibu bapa merupakan suri teladan anak-anak di rumah.
Sebagai contoh, mengajak anak-anak membaca buku bersama-sama ketika
waktu lapang. Implikasinya, anak-anak akan berasa gembira kerana dapat
meluangkan masa dengan ibu bapa sekaligus menarik minat membaca. Hal ini
boleh diibaratkan seperti peribahasa “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Jelaslah bahawa melestarikan amalan membaca dapat memupuk minat anak-
anak.

Selain daripada itu, menambah variasi bahan bacaan juga merupakan


peranan ibu bapa. Hal ini berlaku demikian kerana anak-anak akan berasa
bosan apabila membaca bahan bacaan yang sama. Sebagai tamsilan, bahan
bacaan seperti buku cerita, komik, novel, kamus bergambar dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, anak-anak akan lebih tertarik dengan pelbagai jenis
bahan bacaan dan lebih seronok ketika membaca. Terbuktilah,
mempelbagaikan buku di rumah menarik minat anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa boleh menyediakan bilik atau sudut bacaan
yang khas di rumah. Hal ini terjadi kerana anak-anak boleh belajar atau
mengulang kaji pelajaran di dalam bilik tersebut. Tamsilnya, bilik yang
disediakan mempunyai kerusi dan meja yang selesa. Kesannya, anak-anak akan
lebih memberi tumpuan dan tidak terganggu dengan bunyi televisyen serta
lebih fokus untuk membaca dan belajar. Tegaslah bahawa bilik atau sudut khas
dapat menarik minat anak-anak untuk membaca.

Tambahan pula, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke


perpustakaan awam yang berdekatan. Hal ini terjadi kerana anak-anak perlu
dibiasakan dengan suasana di perpustakaan sekaligus ibu bapa dapat
membantu anak-anak meneroka pelbagai ilmu yang dapat diperoleh melalui
buku-buku. Misalnya, ibu bapa membawa anak-anak sekali dalam seminggu ke
perpustakaan untuk meminjam pelbagai pilihan buku di perpustakaan.
Kesannya, mereka akan berasa teruja untuk berkunjung ke perpustakaan
semula. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menerapkan aktiviti ini dalam
kehidupan harian.

Konklusinya, peranan ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam


usaha memupuk minat membaca anak-anak. Usaha-usaha ini tidak akan
mencapai keberhasilan tanpa sokongan daripada semua pihak terutamanya
ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang
perkembangan anak-anak. Bak kata pepatah melayu kera di hutan disusukan,
anak di rumah kebuluran.

(419 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai