Anda di halaman 1dari 1

Pada masa ini, buku-buku sangat penting kerana dengan membaca kita boleh mendapat banyak

pengetahuan.Tabiat membaca juga akan banyak mendatangkan faedah. Dengan kata-kata hikmat "Membaca
Jambatan Ilmu" dapat menarik perhatian semua orang untuk suka membaca. Ia juga menggambarkan
kepentingan membaca perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak.

 Sebagai permulaan, kanak-kanak akan didedahkan kepada pelbagai bahan bacaan yang menarik di
perpustakaan, di sekolah atau di rumah mereka. Kanak-kanak akan diberi buku yang dibeli oleh ibu bapa
mereka.Buku itu mestilah mempunyai warna yang menarik untuk menarik perhatian kanak-kanak.Buku itu
mestilah mempunyai isi cerita yang berunsur positif untuk kesesuaian kanak-kanak.

Sehubungan itu , pihak sekolah perlulah menganjurkan pertandingan baca.Pihak sekolah mesti menyediakan
buku yang menarik untuk menarik perhatian murid-murid.Pihak sekolah perlulah bijak memilih bahan bacaan
untuk murid-murid. Apabila tidak memilih dengan betul, murid-murid akan terpengaruh dengan perbuatan
yang diceritakan dalam bahan bacaan itu. Ibubapa juga perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap
pemahaman anak-anak.

Selain itu, ibubapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik untuk mengajar mereka untuk tidak membuat
benda yang tidak baik apabila mereka sudah besar. Ibubapa juga perlu rajin membaca bahan bacaan.  Mereka
perlu mengisi masa lapang dengan membaca bersama anak-anak mereka dan ianya akan menjadi ikutan anak-
anak.

Ibubapa boleh membawa anak-anak ke program pertandingan membaca,perpustakaan yang berdekatan, kedai
buku, atau pameran buku yang dilangsungkan di tempat mereka. Jika mereka boleh berbuat begitu, ia juga
boleh memupuk minat anak-anak mereka terhadap amalan membaca dan dapat ditingkatkan dengan lebih
lanjut

Akhir sekali, pelbagai cara dapat dilakukan untuk menarik minat membaca kepada anak-anak seperti
membina perpustakaan di rumah, membaca melalui internet supaya dapat menyemai minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak.Paling penting sekali,Ibubapa perlu menunjukan contoh yang baik kepada anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai