Anda di halaman 1dari 1

GALAKAN PELAJAR KE PERPUSTAKAAN.

Perpustakaan adalah kemudahan yang paling penting di sesebuah sekolah. Sebagai


gedung ilmu, perpustakaan sepatutnya dikunjungi oleh pelajar. Di perpustakaan terdapat
pelbagai jenis bahan bacaan. Malangnya, perpustakaan semakin jarang dikunjungi oleh
pelajar.

Generasi muda pada era globalisasi lebih terdedah kepada pelbagai perkara yang
negatif berbanding yang positif. Mereka juga lebih gemar ke pusat membeli- belah daripada
mengunjungi perpustakaan. Bagi segelintir pelajar yang berfikiran sempit, mereka
menganggap perpustakaan sebagai tempat yang membosankan.

Lantaran itu, kita perlu mengambil inisiatif untuk menggalakkan pelajar agar lebih kerap
mengunjungi perpustakaan. Antaranya ialah dengan mengadakan pelbagai pelbagai
pertandingan yang berkaitan dengan perpustakaan. Contohnya, mengadakan kuiz tentang
perpustakaan, pertandingan membaca buku dan sebagainya.

Guru- guru juga hendaklah berganding bahu bagi meningkatkan bilangan murid yang
mengunjungi perpustakaan. Contohnya dengan mengadakan minggu perpustakaan.
Sepanjang program tersebut berlansung, pihak yang terbabit perlu saling bekerjasama untuk
menceriakan perpustakaan. Para pustakawan pula perlu lebih efektif dalam melaksanakan
tugas. Hal ini harus dititikberatkan bagi menjaga kebersihan perpustakaan.

Suasana yang ceria dan selesa di perpustakaan juga perlu dibentuk demi meringankan
langkah pelajar ke perpustakaan. Keselesaan dan keceriaan tersebut akan menyenangkan
hati mereka, seterusnya mendorong mereka untuk mengunjungi perpustakaan.

Perpustakaan juga harus dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan bacaan terkini, di
samping menyediakan kemudahan lain seperti alat pandang dengar. Hal ini amat penting
agar pelajar terbuka hati untuk mengunjunginya bagi mengisi masa lapang.

Jelaslah bahawa kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi menggalakkan pelajar
agar mengunjungi perpustakaan. Perpustakaan akan menjadi tumpuan pelajar sekiranya
dilengkapi kemudahan yang mesra pengguna. Pelajar juga perlu memanfaatkan kemudahan
tersebut dengan sebaik- baiknya terutama untuk meningkatkan ilmu.

Coretan oleh;

Nur Amira Nailah Razamuddin


Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
(untuk e-siswa)

Anda mungkin juga menyukai