Anda di halaman 1dari 1

CITRA BAHASA TINGKATAN 2

TEMA 2 : MENIMBA ILMU


TAJUK : LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENERAPKAN BUDAYA MEMBACA DALAM
KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam menempuh arus kemodenan, masyarakat Malaysia kian


mengabaikan amalan membaca. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh
dibaca seperti novel, majalah dan surat khabar. Dengan membaca kita akan
memperoleh seribu satu manfaat dan pengetahuan. Oleh itu, semua pihak wajarlah
menerapkan amalan membaca dalam diri masing-masing. Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk menerapkan amalan membaca?

Antara langkah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat


Malaysia ialah ibu bapa digalakkan untuk mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Perpustakaan ini haruslah kelihatan menarik, kemas dan ceria. Hal ini dapat menarik
minat anak-anak untuk membaca setiap hari. Buku yang disediakan hendaklah
ilmiah dan mempunyai banyak informasi menarik serta isu semasa. Perpustakaan
yang menarik dapat menggalakkan anak-anak yang masih kecil untuk membaca.
Hal ini kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.

Seterusnya, pihak perpustakaan awam seharusnya mengadakan karnival


membaca. Karnival membaca ini akan menggalakkan masyarakat setempat untuk
berkunjung ke perpustakaan awam. Pelbagai aktiviti menarik hendaklah diadakan
seperti pertandingan bercerita, pertandingan mendeklamasikan sajak, menubuhkan
gerai jualan buku dan membaca selama 10 minit. Hal ini bukan sahaja dapat
menggalakkan pengunjung membaca tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan
dalam diri masyarakat terutamanya kanak-kanak dan remaja apabila menyertai
aktiviti yang dianjurkan. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa sambil menyelam
minum air.

Selain itu, pihak sekolah haruslah mewajibkan setiap kelas untuk


mewujudkan ruang bacaan di kelas masing-masing. Dengan adanya ruang bacaan
ini, pelajar dapat membaca di dalam kelas ketika guru tiada di kelas. Sebagai
contoh, menyedia pelbagai jenis bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan
novel. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak membuang masa begitu sahaja
kerana masa itu emas.
Akhir sekali, tempat-tempat awam seperti tempat menunggu haruslah
disediakan dengan sumber bacaan. Sebagai contoh, ruang bacaan wajarlah
diwujudkan di stesen komuter, bas dan kereta api. Bahan bacaan ringkas boleh
disediakan seperti surat khabar dan majalah. Selain itu, hospital dan klinik juga
boleh menyediakan bahan bacaan untuk para pesakit dan orang yang menunggu.
Dengan cara ini masa mereka dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk


menggalakkan masyarakat Malaysia membaca. Oleh itu, semua pihak haruslah
berganding bahu bagi melahirkan masyarakat yang minat membaca seterusnya
melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama. Sesungguhnya, membaca itu
jambatan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai