Anda di halaman 1dari 2

Nama: Muhammad Adam Isyraq Bin Badrol Hisham

Kelas: 5 Ibnu Rushd

Tugasan 2 (Bulan Mac 2023)


Amalan membaca wajar dijadikan sebagai rutin kehidupan dan santapanminda.
Kajian yang dilakukan menunjukkan kadar membaca rakyat Malaysai meningkat kepada
lapan buah buku dalam setahun pada tahun 2010 berbanding dengan dua buah buku
pada tahun 1996. Pada tahun 2014, rakyat Malaysia dikatakan membaca purata
sebanyak 15 buah buku setahun. Sejarah telah mebuktikan bahawa masyarakat maju
yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka ialah masyarakat yang
suka membaca.
Sumber: Dewan Siswa, Bil 1.2018

Petikan di atas menunjukkan minat membaca dalam kalangan masyarakat semakin


meningkat. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha perlu dilakukan untuk memastikan
amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan masyarakat negara ini.

Beri ulasan anda.

Tabiat membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Hal
ini demikian kerana dalam bahan bacaan terutama buku, majalah, dan akhbar,
terdapat berbagai-bagai ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan
sains, sejarah, bahasa, agama, isu semasa, dan lain-lain. Oleh itu, mereka
bukan sahaja mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling, tetapi turut
menyedari peristiwa yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggal mereka
agar mereka tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Persoalannya,
apakah usaha-usaha perlu dilakukan untuk memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam kalangan masyarakat negara ini?

Pertama, peranan ibu bapa amat penting bagi meningkatkan minat


membaca terutama dalam kalangan anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa
hendaklah menyediakan bahan-bahan bacaan di rumah dengan mewujudkan
sudut bacaan ataupun perpustakaan mini. Bahan tersebut hendaklah sesuai
dengan keupayaan dan minat anak-anak. Langkah ini penting kerana anak-anak
tidak perlu ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan bahan bacaan.
Natijahnya, situasi ini akan merangsang mereka untuk membiasakan diri
dengan buku seperti kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, pihak kerajaan perlu menjalankan kempen membaca di
kalangan masyarakat bagi menggalakkan amalan membaca. Kempen tersebut
boleh dijalankan setiap bulan di setiap sekolah serta lain-lain organisasi
setempat seperti masjid, persatuan penduduk taman perumahan serta
jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Sehubungan dengan itu, pihak
kerajaan boleh menyediakan hadiah bulanan kepada mereka yang berjaya
membaca buku mengikut syarat yang disediakan dan acara kemuncak kempen
ini boleh dijayakan di peringkat kebangsaan di hujung tahun kelak. Oleh yang
demikian, masyarakat akan teruja untuk lebih banyak membaca untuk
mendapatkan hadiah yang disediakan serta untuk bersaing sesama mereka.

Di samping itu, pihak swasta juga boleh memainkan peranan mereka


untuk membantu memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
Syarikat-syarikat penerbitan perlulah menerbitkan buku-buku yang berkualiti
dan bersesuaian dengan peringkat umur yang berlainan. Penerbitan buku juga
boleh bekerjasama dengan media massa untuk mengadakan rancangan
mengulas buku-buku baru supaya pelajar berminat dengan buku baru yang
diterbit. Secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada masyarakat
tentang buku-buku berkualiti yang terdapat di dalam pasaran bagi memastikan
masyarakat berminat untuk membaca kerana membaca jambatan ilmu.

Seterusnya, pihak media massa juga memainkan peranan yang besar


untuk menggalakkan masyarakat membaca buku. Oleh itu, pihak media massa
perlu menjayakan kempen membaca dengan menyiarkan kempen tersebut di
kaca televisyen serta corong radio. Media massa sepatutnya memberi
tumpuan kepada penulis-penulis buku yang berjaya dan bukan sekadar kepada
golongan artis yang popular sahaja kerana membaca memerdekakan minda.
Justeru itu, masyarakat akan lebih mengenali penulis-penulis tempatan dan
hasil karya mereka yang telah diterbitkan dan sekaligus menggalakkan
masyarakat membaca hasil karya tempatan.

Kesimpulannya, minat membaca sangat penting dalam kehidupan kita


seharian kerana dapat melahirkan generasi yang berintelektual pada masa
hadapan. Masyarakat harus mengamalkan minat membaca yang berfaedah
sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Walaupun dunia
sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya
membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa dan
negara. Oleh hal yang demikian, semua pihak yang berkenaan haruslah
berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
supaya negara kita menjadi semakin maju.

Anda mungkin juga menyukai